Apa itu anxiety: Terlalu risau & cemas – punca debar tanpa sebab

Untuk lebih kepastian buat test anxiety ni dulu sebelum kita teruskan membaca tentang “apa itu anxiety”.

Created on

Test Anxiety

Rasa debar tanpa sebab yang jelas?

Rasa takut tanpa sebab yang jelas?

Suka menyendiri dalam rumah?

Rasa tak selamat bila bila berada diluar?

Selalu fikir bukan bukan?

Selalu fikir nak mati?

Selalu kelam kabut tanpa sebab?

Tak boleh duduk ditempat orang ramai?

Selalu rasa sesak nafas tanpa sebab yang jelas?

Selalu susah tidur malam?

Selalu rasa resah gelisah tanpa sebab yang jelas?

Selalu fikir negatif pada orang lain?

Takut bila dengar berita kematian?

Perasaan takut orang hack phone?

Rasa benda bergerak dalam badan?

Mudah merasa benda benda yang tak elok ditempat tempat tertentu?

Selalu berulang ulang? Selalu tengok pintu kunci ke tidak sebab tak yakin & tak ingat pintu dikunci walaupun dah berkali kali. (Contoh)

Selalu rasa nak mati? Rasa macam nyawa dekat hujung tanduk

Alami gerd? (Masalah penghadaman)

Rasa diri diperhatikan? Rasa tak selamat?

Perasaan yang sensitif? Mudah terasa & sedih?

Ada gerak hati yang kuat? Kebanyakan betul.

Anxiety adalah perasaan bimbang atau takut yang terlalu kuat dan berlebihan terhadap sesuatu situasi atau kejadian yang belum berlaku atau sedang berlaku.

Perasaan terlalu bimbang boleh menjejaskan fizikal, emosi dan tingkah laku seseorang. Antara gejala fizikal yang biasa berlaku termasuk jantung berdebar, berpeluh tanpa sebab, gementar, dan sesak nafas secara tiba tiba.

Antara gejala emosi boleh termasuk panas baran, rasa resah gelisah, rasa tak tetang, rasa tak selamat & sebagainya. 

Gejala tingkah laku mungkin termasuk selalu mengelakkan diri dari orang ramai, berkawan atau situasi yang boleh mencetuskan kebimbangan. Termasuklah suka bersendirian. 

Kebimbangan yang melampau boleh menjejaskan kehidupan seseorang dan sangat memerlukan rawatan jika ia berterusan untuk jangka masa yang lama. 

Links

Punca anxiety

  • Faktor genetik dan biologi seperti ketidakseimbangan kimia dalam otak
  • Trauma atau alami pengalaman buruk di masa lalu seperti penderaan mental & fizikal. 
  • Tekanan akibat perubahan kehidupan seperti perpisahan, kematian, atau masalah kewangan
  • Keadaan perubatan seperti thyroid, jantung atau gangguan pernafasan
  • Bergantung pada dadah, ubat ubatan & alkohol
  • Keadaan persekitaran seperti tekanan yang melampau daripada tempat kerja atau sekolah
  • Perasaan tidak terkawal atau tidak dapat menghadapi sesuatu situasi atau tugas
  • Kurang kemahiran dalam menguruskan tekanan dan masalah
  • Faktor sosial seperti kebimbangan yang berkaitan dengan orang lain.
  • Salahguna media sosial menyebabkan terkena body shaming, kutukan, fitnah & lain lain. 
  • Gangguan jin yang duduk terlalu lama pada diri pesakit. Sama ada pernah terkena sihir yang kuat, pernah alami gangguan yang terlalu lama seperti saka & banyak pengalaman berjumpa perawat Islam. Masalah ini pun boleh menyebabkan pesakit terkena anxiety. 
anxiety

Tanda tanda anxiety

Ada banyak tanda tanda anxiety, antaranya: 

1. Rasa takut tanpa sebab yang jelas. 

2. Rasa diri diperhatikan. 

3. Tak suka keluar rumah. Lebih suka bersendirian. 

4. Susah nak percaya orang & selalu rasa tak selamat. Sampai kadang kadang hp pun pakai VPN. 

5. Selalu rasa berdebar tanpa sebab yang jelas. 

6. Sesak nafas bila berada ditempat yang ramai orang. 

7. Takut dengan kematian & berita kematian. 

8. Susah tidur malam, aktif berfikir benda benda yang tak sepatutnya. 

9. Kerap mimpi buruk. 

10. Ada gerak hati yang sangat kuat. Mudah merasa benda benda yang tak elok, termasuk pada jiwa manusia tu sendiri. 

11. Selalu rasa gelisah & tak tenang. 

12. Alami vertigo – Hilang keseimbangan. 

13. Mudah sakit sakit badan pada tempat tempat tertentu. 

14. Selalu overthinking. Kelam kabut. 

15. Buat kerja nak laju. Tak tahu apa yang kita kejar. 

16. Ada tanda tanda gangguan jin pada diri selain anxiety. 

17. Selalu berpeluh walaupun tengah duduk. 

18. Rasa ada benda bergerak dalam badan. Dibawah kulit. 

19. Rasa ada pasir diatas kepala. 

20. Rasa ada penyakit kritikal & akan mati dalam sehari dua. 

21. Rasa ada orang nak sedang perhatikan diri kita, termasuk melalui hp & komputer. 

22. Rasa sejuk dihujung kaki. Sejuk di hujung tangan. 

23. Selalu pitam & kerasukan tanpa sebab yang jelas. (Kemungkinan juga masalah ni berkait rapat dengan masalah gangguan jin pada diri)

Lagi banyak tanda ni pada diri kita, lagi jelas yang kita ni sebenarnya memang terkena anxiety. 

Sama ada anxiety kita tahap teruk atau anxiety tahap ringan. Apa pun kalau kita sedang alami anxiety ni tahap teruk, segera dapatkan rawatan di hospital atau buat temujanji dengan pengamal perubatan Islam. 

Setiap penyakit boleh dirawat dengan izin Allah. InsyaAllah. 

Artikel berkaitan

Cara nak pulihkan anxiety

First sekali, ‘kalau kita anxiety, kita mesti dapatkan support dari keluarga, pasangan & kawan kawan. Kena inform & jelaskan tentang anxiety ni pada diorang. 

Bila diorang dah tahu apa itu anxiety, baru la diorang akan faham tentang keadaan sebenar diri kita. 

Nak pulihkan anxiety ni ada macam macam cara. Kita boleh ikhtiar dengan ruqyah mandiri, kita boleh ikhtiar dengan mengamalkan meditasi, sukan & teknik pernafasan yang betul. Paling ramai buat, ruqyah mandiri. 

Ruqyah boleh bantu kita bersihkan diri dari benda benda yang tak baik. Termasuk la penyakit anxiety. 

Kita boleh rawat diri dengan cara memotivasikan diri sendiri melalui filem, cerita yang bermanfaat & kata kata semangat. Kita boleh rawat diri dengan meminta bantuan dari kaunselor & doktor. 

Kita boleh rawat diri dengan meminta bantuan dari pengamal perubatan Islam. Ruqyah, doa & pengisian pendinding diri boleh buat kita rasa lega. 

So ada banyak jalan & cara untuk kita sembuhkan anxiety pada diri. Tinggal nak buat dengan tak nak je. 

Artikel berkaitan

Anxiety boleh jadi serius

Anxiety kalau tak dirawat, boleh jadi serius. Kalau dibiarkan dia akan jadi lebih teruk. So keadaan kita akan jadi kritikal, sampai akan mengganggu rutin harian kita. 

Jadi kalau kita syak tengah alami anxiety yang ringan, kita kena bertindak dari sekarang. Tak tahu tak apa, tapi kalau kita yang memang ada anxiety, tetiba terbaca artikel ni maknanya kita dah tahu. 

Jadi jangan buat tak tahu. Buat research tentang anxiety. Buat temujanji dengan hospital. Mencegah tu lebih baik dari merawat. InsyaAllah. 

Perlu ambil tahu tentang anxiety

Zaman sekarang jangan cakap tak tahu apa maksud anxiety. Semua kita boleh cari kat google. So apa kata kita study supaya lebih jelas tentang anxiety ni. 

Jangan pandang remeh tentang anxiety ni. Kalau banyak pengetahuan kita tentang anxiety, lagi cepat kita akan pulih. So berwaspada dengan sakit anxiety. 

Kalau tak kita takkan tahu cara nak elak anxiety ni. So kena selalu up to date. 

anxiety

Join komuniti group di FACEBOOK

Kita join bukan nak bagi serabut lagi kepala kita dengan anxiety, kita join untuk tambah pengetahuan, tengok pengalaman dari orang orang yang terkena anxiety. 

So bila kita banyak baca tentang anxiety ni, lagi lagi pengalaman dari orang lain, kita akan jadi faham & mungkin rasa sedikit lega, sebab kita akan nampak ada orang lain yang lebih teruk dari diri kita. 

Tapi bukan satu kewajipan untuk kita join group anxiety ni. Ada banyak group macam ni kat facebook. Kita boleh baca kalau kita nak lebih mendalam tentang anxiety. 

Kat sana ada macam macam pendapat tentang anxiety. 

Buat temujanji dengan hospital kerajaan

Cara nak buat temujanji mudah je. Mula mula kita pergi ke klinik swasta dulu. Kemudian kita ceritakan semua yang kita alami. So minta doktor buatkan surat referral untuk ke hospital. 

Bila dah dapat surat tu, bawa la ke hospital. Register nama & tunggu giliran. Bila dah jumpa doktor pakar, ceritakan betul betul & detailskan masalah kita yang sebenarnya. Bagi tahu doktor yang diri kita ada banyak tanda tanda anxiety pada diri. 

Tips: Jangan cerita separuh separuh. Mesti cerita sampai habis. Ada sesetengah doktor tak faham dengan cerita kita & akan labelkan kita bukan anxiety.

Tambahan: Selain dari klinik swasta, boleh je ke klinik kerajaan. Cuma kalau nak cepat, lebih baik buat di klinik swasta. Tak sampai RM40 pun. 

Kalau kita ada medical card, lagi bagus. Kita boleh terus ke hospital swasta & dapatkan layanan class A. Life is simple. 

Ramai orang alami anxiety

Jangan ingat kita keseorangan. Ada ramai sebenarnya yang alami anxiety. Ramai yang ke hospital sebab anxiety tapi majoriti tak tahu pun yang diorang ni ada anxiety. 

Bila selalu berdebar, kita akan ingat, masalah ni sebab jantung. Tapi bila ke hospital, doktor kata bukan jantung. 

Bila kita alami gerd, kita ingat memang betul gerd, tapi bila check dengan doktor, tak ada apa apa. 

So memang ramai alami simptom anxiety, tapi tak sedar pun yang sebenarnya simptom tu dari anxiety. Sekali pun kita dah berjumpa dengan doktor, kadang kadang doktor sendiri pun tak tahu apa tu anxiety. 

Doktor mungkin tahu perkataan anxiety tu, tapi tak ramai doktor yang tahu tentang simptom simptom anxiety.

Maklum, doktorkan macam macam benda kena ingat. Mungkin la kot doktor terlepas pandang. Sebab tu penting untuk kita tanya dengan banyak doktor. Jangan bergantung dengan 1 jawapan dari 1 doktor semata mata. 

Pesakit anxiety perlukan sokongan keluarga

Tengah sakit, tengah risau memang perlu sepenuhnya sokongan dari keluarga. Tapi kalau dapat keluarga yang memang tak nak faham pesakit anxiety, keadaan anxiety mungkin akan jadi lebih teruk. 

Keadaan pesakit akan lagi susah nak sembuh. Motivasi & bantuan dari orang terdekat sangat sangat diperlukan. Kena selalu berjemaah. Bukan bersendirian. 

Ikhtiar di hospital & rawatan ruqyah

Jangan tolak kedua rawatan ni. Dua dua penting untuk pesakit dapatkan rawatan. 

Kalau nak ikhtiar, buat dua dua sekali jalan. Perubatan Islam bukan rawatan ruqyah semata mata. Tapi untuk semua rawatan yang tidak bercanggah dengan syariat Islam. 

Perubatan yang mengikut syariat Islam adalah perubatan Islam yang sebenarnya. Jangan kita sempitkan maksud perubatan Islam tu sendiri. 

Kesimpulan

Anxiety boleh pulih & jadikan kita kembali normal macam biasa. Tak ada penyakit yang tak boleh sembuh melainkan hanya kematian sahaja. 

Dapatkan khidmat nasihat dari pakar untuk tahu dengan lebih lanjut tentang anxiety. 

Jangan mudah percaya & taksub pada sihir semata mata. Tak rawat penyakit dengan betul, akan jadikan diri kita semakin teruk & akhirnya menderita. 

Anxiety ni sakit dahsyat kalau dah tahap teruk, bukan sakit demam. 

Artikel berkaitan
Pautan Luar
Team Imuslim

Team Imuslim

Digital Content Writer - Menulis content yang berkaitan dengan kehidupan seorang Muslim.

Feedback Artikel

Feedback yang diberikan penting untuk membuat artikel yang lebih baik dari masa kesemasa.