14 bisnes yang boleh buat duit dari rumah tapi ramai tak tahu!

Nak buat bisnes ni ada banyak bisnes.  Ada bisnes online ada bisnes offline.

Cuma zaman sekarang ni lebih kepada bisnes online la. Tapi dalam bisnes online ni pulak tak ramai yang tahu apa nak buat. 

So dalam bisnes online ni ada yang cepat & ada yang lambat. Contoh yang cepat kaya, forex. Labur & trade. Kita akan dapat income berterusan. 

Tapi masalahnya ikut hukum Islam haram la pulak. So nak mencari bisnes yang betul betul sesuai dengan diri kita, bukan senang. 

Ada bisnes jenis lambat, tapi jangka masa panjang berbaloi. Income tiap tiap bulan jadi tetap. Contoh menulis blog. 

Nak buat blog ni ambil masa setahun dua tanpa income yang cukup untuk tampung kehidupan kita. Makna kata lain, kita kena buat blog ni sebagai kerja sampingan dulu la. Tak boleh terus full time kan. 

Antara kerja kerja lain yang kita boleh buat, jadi drophip, jadi agent, jadi pengurus media sosial, jadi pengurus google ads & tiktok ads.

"Sekarang semua dah mudah, work from home saja sebab semua kerja dah jadi online zaman sekarang. Lagi lagi kalau kerja office."

1. Blogging

Bisnes ni paling mudah nak buat. Modal pun rendah. Kadang tak perlukan modal pun kalau kita nak start. 

Yang kita perlukan cuma komputer & setup blogger. 

Lepas tu kita kongsikan apa sahaja yang kita tahu dalam blogger tu. Hari hari tulis artikel yang berguna cukup setahun dua kita dah boleh jana income melalui blog. 

Memang simple, tapi nak jana duit susah sangat sangat. Kena sabar & hati kental baru boleh buat. 

Yang tak ada modal boleh start dengan blogger atau wordpress. Elok melabur masa dari sekarang. 

Sebab nanti kita akan dapat pasif income tiap tiap bulan. Macam blog ni pun sama, tiap tiap bulan dapat income dari hasil menulis. 

bisnes online

2. Dropship

Ni antara bisnes yang mudah juga. Tak perlukan modal pun. Kita cuma perlu jual produk orang lain. 

Kerja kita cuma secara online je. Cari customer yang berminat, terangkan tentang produk & customer pun beli. 

Kita pun dapat la komisyen. Contoh kita dapat komisyen dalam rm5 untuk satu barang. So bayangkan kita berjaya jual dekat 20 customer. Berapa yang kita dapat tu?

RM5 x 20 = RM100. 

RM100 x dengan 25 hari kita bekerja dalam sebulan. Yang lain tu anggap la kita cuti. 

Pendapatan kita dari dropship sahaja dah cecah RM2500 sebulan. Hebat tu. 

Dengar macam simple, tapi susah sikit sebenarnya nak buat dropship ni. Kita kena buat kat tiktok, kita boleh jual lebih dari 50 customer sehari. 

Kalau kita pandai cari customer, dropship ni bisnes yang sesuai untuk kita. Lagi lagi kalau kita ni jenis ramai kawan. Lagi mudah. 

"Dropship lagi mudah buat duit, cari customer je, tak payah keluar rumah pun. Just cari dalam facebook & instagram. Tak pun kat tiktok. Ada customer, masyuk.

3. Jadi agent

Jadi agent ni lebih kurang sama dengan dropship. Beza dia kita akan dapat margin keuntungan yang lebih sikit dari dropship. 

Macam dropship tadi kita dapat rm5 untuk satu produk, kalau agent pulak kita akan dapat untung RM10 untuk satu produk. 

Bezanya agent ni kena keluarkan modal untuk beli stok dari stokis. Lepas tu semua urusan penghantaran kita sendiri yang kena handle. 

Kita handle customer, kita sendiri yang handle penghantaran. So kalau rumah kita dekat dengan J&T atau Pos Laju. Elok kita buat bisnes agent ni. 

Tapi kalau kita tak ada modal, kita boleh start dulu dengan dropship. Simple. 

Bila dapat income, kita kumpul untuk jadi agent pulak. Janji kita usaha. 

4. Ghostwriter

Ghostwriter ni kita boleh buat duit dengan hanya menulis je. Kita tulis untuk orang yang perlukan khidmat penulisan kita tapi kita takkan dapat credit dari hasil menulis tu. Kita hanya akan dapat duit. 

So ini la namanya ghostwriter. 

Kita boleh offer khidmat menulis kita ni dekat facebook & instagram. Memang ramai yang perlukan penulis untuk tulis copywriting lagi lagi berkaitan dengan bisnes. 

Ada juga yang nak buat blogging tapi malas nak tulis, so diorang cuma perlu labur duit je untuk hire ghostwriter. 

Dengan ghostwriter kita boleh jana income sampai rm2000 sebulan. Kita kena pandai la buat marketing. Tunjukkan skill kita menulis macam mana. 

5. Offer servis translate bahasa

Kalau ada kepakaran untuk translate bahasa melayu ke english atau sebaliknya, kita boleh offer servis ni pada yang memerlukan. 

Sebenarnya ada ramai yang perlukan khidmat translate ni. Kita boleh offer khidmat kita di FIVER. Ramai customer cari servis kat sana. 

Kalau kita pandai dalam bahasa lain, macam korea ke, jepun ke, confirm dengan jalan ni kita boleh buat duit. Nak dengan tak nak je. 

Kalau kita boleh speak english, fiver ni memang paling terbaik untuk kita. Kita dapatkan customer dari luar negara. 

"Kerja translate ni lagi senang, kerja cuma translate je. Sekali job masyuk dah. Try offer services kat fiver. Confirm ramai beratur nak"

bisnes

6. Servis design

Kalau kita ada banyak idea nak design sana sini. Kita boleh gunakan canva untuk designkan untuk orang lain.

Dengan canva je kita boleh dapat dekat 10k sebulan kalau kita tahu caranya.

Walaupun semua orang tahu guna canva, tapi percaya la, tak ramai ada masa untuk design sendiri. Tambahan pulak tak semua orang reti design cantik cantik. 

So kita boleh je masuk line, designkan untuk customer. Guna je kemudahan yang canva bagi. 

Zaman sekarang tak payah dah nak pakai adobe bagai. Kita boleh start dari canva, bila dah masyuk, ada syarikat sendiri baru la pakai adobe. 

Nak guna canva pro cuma RM20 + sahaja sebulan. Dari Adobe, dekat RM100 lebih. Koyak nak. 

"Zaman sekarang nak jadi designer senang sangat, dengan adanya CANVA, kita boleh jana income sampai 10k setiap bulan. Itu pun kalau kita pandai la."

7. Jual ebook

Kita ada banyak idea nak tulis, tapi nak buat blog macam lambat. So kita boleh tulis & jadikan sebagai ebook yang berguna. 

Dah kata berguna, mesti la kita jual ebook tu. So dengan ebook sahaja kita boleh dapat income sampai rm2000 sebulan kalau kita tahu caranya. 

Bayangkan harga ebook kita harga dia RM30 sahaja. RM30 ni kita kalikan dengan 100 orang, dah berapa?

Jumlah yang kita dapat = RM3000. 

Nak dapat income besar, tulislah ebook yang memang ramai orang cari. InsyaAllah baru ramai yang nak beli. 

"Jual ebook ni lambat sikit, tapi hasilnya berpanjangan. So kalau ada masa, tulis ebook, sampai masa jual"

8. Digital marketing

Kita ada kepakaran untuk uruskan google ads, facebook ads & tiktok ads. So kita boleh offer khidmat kita ni pada yang memerlukan. 

Ramai je yang tak tahu nak buat ads ni. Tak ada masa nak belajar. Masing masign fokus pada bisnes je.

Biasanya cuma harapkan marketing percuma setiap masa je la. So kalau kita dah biasa buat google ads & apa sahaja media sosial yang kita expert, kita boleh offer khidmat kita pada orang lain. 

Confirm ramai yang nak tu. 

Uruskan gitu gitu je, tapi income masyuk. Apa benda yang kita tak boleh? Semua sapu je la.  

9. Mengajar bahasa

Kita pandai bahasa english? Kita boleh bukak group whatsapp atau telegram. Kita tetapkan yuran, dan kita boleh start ajar bahasa english sampai lah student semua pandai. 

Ada demand ke? Jawapan dia of course la ada, bukan semua orang pandai cakap bahasa english ni. Lagi lagi tahun 2022 ni. 

Lagi la ramai nak belajar bahasa english, tapi tak ada masa pulak nak pergi kelas. Yelah semua busy bekerja. 

So peluang ni la kita gunakan untuk bukak kelas online hanya melalui whatsapp & telegram sahaja. 

Bukan setakat english je kita boleh ajar, kita boleh ajar bahasa arab, kita boleh ajar jawi & macam macam bahasa lagi. 

Tinggal diri kita je, nak atau tak nak. InsyaAllah. 

"Bahasa apa pun yang korang tahu, boleh bukak kelas untuk orang lain. Tak payah sewa kelas, buat secara online je. Confirm ramai nak. Paling basic ajar la bahasa inggeris."

bisnes online

10. Mengajar bidang IT

Sekali lagi kita boleh buat macam mengajar bahasa, tapi kali ni kita ajar bidang IT pulak. Semua nya melalui whatsapp & telegram. 

Contoh yang kita boleh ajarkan dalam group, kita ajar cara cara buat blog, kita ajar untuk tulis dengan betul, kita ajar untuk design, kita ajar untuk setup komputer & sebagainya. 

Semua yang berkaitan dengan IT kita boleh ajar step by step melalui group whatsapp atau telegram. 

Of course semuanya berbayar kan. Ni la salah satu income yang kita boleh dapat. 

11. Jadi tiktoker

Tak perlu kita nak buat content bodoh macam orang lain.

Cukup kita kongsikan benda benda yang bermanfaat di tiktok. Hari hari kita update content. Mesti rajin lah, kalau tak kecundang kita nanti. 

Dalam masa 3 – 6 bulan, followers kita confirm dah ramai, masa tu kita dah boleh buat review untuk produk orang lain. 

Sekali review je boleh cecah RM7000 – RM20000. Bergantung pada berapa ramai followers kita. So nampak tak macam mana kita buat duit dengan tiktok?

Artikel berkaitan

12. Jadi youtuber

Youtuber ni lebih kurang sama macam tiktoker, cuma kita kena start dengan tiktok dulu. Sebab dengan tiktok ni kita senang dalam followers.

Kalau kita terus start dengan youtube, susah sikit orang nak tahu kewujudan kita. Silap silap tak ranking pun dalam youtube. 

So yang kita kena usahakan dulu, kumpul followers kat tiktok, baru la kita fokus on youtuber. 

Ada macam macam content yang kita boleh buat dengan youtube, contoh kita boleh buat content memasak, kita boleh buat content travel, kita boleh buat content tentang isu semasa. 

Ikut pada content yang kita rasa kita boleh buat. Tapi mesti kosisten la. Tak boleh putus asa tengah jalan.  InsyaAllah kita akan jadi youtuber yang berjaya. 

13. Mengajar dalam Udemy

Udemy ni platform untuk kita berkongsi ilmu. Cuma platform ni international lah.

Perlukan kepakaran untuk bercakap dalam bahasa english & boleh terangkan dengan baik apa yang kita nak sampaikan. 

Apa apa ilmu pun kita boleh mengajar dalam tu. Orang akan datang & beli course yang kita buat. Bayangkan, platform tu international, berapa juta manusia yang singgah kat situ dalam sebulan. 

Cukup kita letak rm70 untuk course kita, 100 orang datang beli, dah masyuk. 

RM70 x 100 orang untuk sebulan. Pergh. Mantap. 

14. Buat affiliate marketing

Affiliate marketing maksudnya kita promote produk orang lain dengan link. So kita akan link kita yang tersendiri. 

Bila kita share pada orang lain, orang tu masuk dalam link kita & buat pembelian, kita akan dapat komisyen. Simple kan?

Link ni sesuai la untuk penulis blog macam imuslim ni, kita tinggal letak je link tu & buat review pasal produk. 

Orang masuk & buat pembelian, kita dah dapat duit. Simple. 

Tapi kalau tak ada blog pun tak apa, share je kat mana mana. Kat youtube boleh, kat facebook boleh, instagram pun boleh. No hal la. 

Tak tahu nak buat apa?

Tak ada masalah. Kita boleh belajar & ajarkan pada orang lain. Kita boleh belajar kalau kita tak tahu. 

Kita boleh belajar dengan udemy, kita boleh belajar dekat youtube, kita boleh belajar dekat google. 

Serius, macam macam ilmu & skill ada. Tinggal pilih & belajar je. 

Bila kita dah belajar, dah tahu, dah praktikkan. Kita offer la ilmu kita tu sebagai khidmat. Simple maa.

Zaman sekarang semuanya dihujung jari. Apa lagi alasan yang kita nak bagi?

Kesimpulan

Bisnes apa pun tak ada yang senang. Semuanya memerlukan pengorbanan dari segi masa & duit. Asalkan kita buat kosisten je setiap masa. 

Jangan berhenti membaca & belajar. Hidup kita ni sentiasa belajar benda yang baru sampai lah kita ke liang lahad. 

Belajar selagi yang boleh sebab itu yang dituntut dalam agama Islam. Hanya orang yang malas sahaja yang akan cakap tak perlu belajar semua ni. 

Kita kena balancekan dunia & akhirat. InsyaAllah baru la semua berjalan dengan lancar.

Artikel berkaitan

Team Imuslim

Team Imuslim

Digital Content Writer - Menulis content yang berkaitan dengan kehidupan seorang Muslim.

Feedback Artikel

Feedback yang diberikan penting untuk membuat artikel yang lebih baik dari masa kesemasa.