6 cara bangkitkan kekuatan dalaman – back to basic!

Semua orang ada kekuatan dalaman yang tersendiri, tapi tak semua orang tahu macam mana nak bangkit & gunakan kekuatan ni. Sebab kenapa perkara ni berlaku adalah kita tak diberi penerangan tentang kekuatan yang kita miliki dalam diri. 

Mungkin juga kita dah tahu, tapi kita anggap remeh, sebab benda macam ni budak budak pun tahu biasanya. Kita tak anggap benda ni rare sebab kita dah biasa dengar. Tapi sebenarnya benda ni la ramai orang terlepas pandang & jadikan dalaman kita lemah. Ringkasnya kita sendiri yang jadikan diri kita lemah. Padahal kita adalah sebaliknya. 

Sebelum kita gunakan kekuatan diri, kita kena berhubung dulu dengan yang Maha Kuasa. Lagi kita dekat dengan Allah, lagi kuat dalaman kita. Lagi kita jauh dari Allah, lemah la dalaman kita. 

Buat apa pun macam tak bermaya & tak kuat. Sebab kita ni lemah. So hubungan dengan Allah kena baiki dulu kalau kita nak bangkitkan kekuatan dalaman. 

bangkitkan kekuatan dalaman

2. Buat solat sunat - Pembangkit tenaga dalaman

Kerap solat sunat, boleh bangkitkan kekuatan kita dari dalam. Tapi ramai tak buat sebab ramai tak tahu. Lagi banyak solat sunat yang kita buat, lagi kuat kekuatan yang kita dapatkan dari Allah. Lagi kuat dalaman kita, apa sahaja yang kita nak akan dipermudahkan. Semua orang akan jadi hormat dengan diri kita & susah untuk orang lain jatuhkan diri kita. Masa ni kekuatan dalaman kita dah dibangkitkan. 

Artikel berkaitan

3. Buat solat tahajud - Menguatkan kekuatan dalaman

Kekuatan dalaman dah bangkit tapi tak tahu macam mana nak kuatkan. Solat tahajud. Hari hari solat tahajud akan buatkan kekuatan dalaman kita bertambah kuat. Bukan cerita kosong. 

Bila dalaman dah kuat, sangat sangat susah orang lain nak jatuhkan diri kita. Sangat sangat susah untuk terkena gangguan sihir & saka. Semua benda benda ni akan jauh, sebab terasa panas dengan aura dalaman yang ada pada diri kita. 

4. Baca 1 muka surat Al Quran dalam sehari - untuk kekalkan kekuatan diri

Try baca Al Quran setiap hari. Sikit pun tak apa sebenarnya, asalkan kita istiqomah hari hari baca. 

Tak perlu kita buat terlalu banyak, takut nanti jadi down & tak istiqomah. Kalau boleh start dengan bacaan yang ringkas. Biar sikit asalkan kita buat hari hari. Istiqomah tu penting. Bila kita dah terbiasa, baru la kita tambah sikit sikit. 

Amalan membaca Al Quran ni boleh bangkitkan kekuatan diri kita. Boleh kuatkan aura diri, boleh kuatkan fikiran kita & boleh kuatkan jiwa kita. Paling penting istiqomah, baru kita akan rasa kesannya pada diri, pada keluarga & bisnes. 

5. Selalu duduk dalam jemaah - lagi besar aura diri kita

Duduk dalam jemaah, buatkan semua syaitan, jin, sihir & benda benda tak elok susah nak dekat dengan diri kita. 

Bila kita dalam jemaah yang baik, kawan kawan yang positif, yang beramal soleh, semua ni akan buatkan aura kita bertambah kuat & ada protection tersendiri walaupun kita tak baca apa apa. So duduk dalam jemaah lebih baik dari bersendirian. Kalau selalu sendirian, kita bergantung pada aura yang tersendiri. Kalau kita lemah, lemah la jadinya. 

"Umpama kita berkawan dengan orang wangi atau busuk, baunya sedikit sebanyak mesti kena kat kita punya"

6. Selalu berzikir - untuk recharge & kekal kuat

Selalu berzikir akan jadikan kekuatan dalaman kita bertambah kuat, menjadikan lagi susah untuk orang lain tikam kita dari belakang. 

Semua orang akan jadi takut bila kita marah. Padahal muka kita tak ada la menakutkan. Ni semua sebab kita miliki tenaga dalam yang kuat dari orang lain. Semua aura akan terpancar pada wajah & tubuh badan kita. 

Kesimpulan

Bila kekuatan dalaman dah terbuka. Masa tu segala urusan kita akan dipermudahkan. 

Kita selalu akan rasa dalam ketenangan, tak mudah marah & mempunyai gerak hati yang sangat kuat. Bila gerak hati kita kuat, kita mudah baca orang lain. So susah la orang luar nak tipu kita. Paling penting, apa sahaja yang kita buat mesti menjadi. Hanya perlu bersabar sahaja. InsyaAllah. 

Artikel berkaitan

Team Imuslim

Team Imuslim

Digital Content Writer - Menulis content yang berkaitan dengan kehidupan seorang Muslim.

Feedback Artikel

Feedback yang diberikan penting untuk membuat artikel yang lebih baik dari masa kesemasa.