7 teknik untuk kita cepat belajar – salah satunya berdoa

Kita kena faham tekniknya betul betul la sebelum kita nak belajar. Baru la kita otak kita jadi mudah nak belajar sesuatu tu. 

Kita mungkin nak belajar sesuatu untuk dapatkan skill baru, tapi kita terasa susah sangat nak masuk & susah nak menghafal. Kita pun tak tahu kenapa boleh jadi macam tu. 

Kadang kadang sampai kita dah rasa give up pun ada. Setiap kali belajar, kita mesti rasa letih & rasa susah. Kadang tu rasa buang masa pun ada. 

Mungkin sebab kita salah belajar, sebab tu jadi macam tu. Cuba kita belajar cara nak belajar dengan betul. Mana tahu jadi okey. Baca sampai habis. Kita akan tahu & faham. InsyaAllah. 

Links

Teknik 1: Berdoa

Penting kita doa dulu sebelum belajar. Jangan belajar dulu baru doa. Kita doa dulu, bagi Allah permudahkan apa yang kita nak belajar. Baru la senang kita nak belajar nanti. 

Kita minta Allah permudahkan, maka Allah akan permudahkan urusan kita dalam pembelajaran nanti. So senang untuk teknik yang pertama ni. 

Jadikan teknik doa ni wajib keatas diri setiap kali kita nak belajar. Nak cepat belajar? Doa adalah kuncinya. Simple. 

Teknik 2: Fokus pada 1 topik

Ramai orang bila nak belajar, semua benda nak cepat. Bila nak cepat, semua benda dia nak belajar pada masa yang sama.

Lepas tu apa hasil yang dia dapat? Tak dapat apa. Otak jadi letih & kurang efisyen nak terima ilmu baru. Jadi kesimpulannya jangan la belajar banyak topik pada satu masa. Belajar la perlahan lahan pada satu masa. Otak kita akan pickup. 

Lepas belajar 3 jam, berhenti lah untuk berehat dulu.

Kalau kita tak berhenti, terus menerus belajar, otak kita mungkin akan jadi letih & semua masa yang kita habiskan akan jadi sia sia sebab otak kita tak berapa efisyen lagi. So semua ilmu tu takkan masuk, dan kita akan lupa. 

So kalau kita nak cepat belajar, fokus pada satu topik. InsyaAllah kita boleh belajar dengan cepat. 

Teknik 3: Ulang kaji pelajaran

Kalau kita nak belajar, jangan lupa ulang kaji. Hanya dengan ulang kaji, otak kita akan mula menyimpan apa yang kita belajar.

Sistem otak kita terbahagi kepada dua. 1 memori jangka masa pendek. 1 lagi memori jangka masa panjang. Biasanya memori jangka masa pendek ni akan menyimpan benda benda yang kita buat hanya SEKALI. 

Tapi kalau kita buat satu benda tu berulang kali, otak kita akan mula simpan ilmu yang diulang tu dalam memori jangka masa panjang.

Sebab tu kita akan mudah sangat nak ingat benda yang kita buat ulang ulang.

So dalam pelajaran, kita tak boleh belajar dengan sekali baca or dengar. Kita mesti berulang kali belajar benda yang sama. Baru otak kita save ilmu yang kita belajar tu. 

Sekali dengar or sekali baca, tak menjadikan kita belajar. Kita tak masuk dalam ‘state’ belajar lagi sebenarnya.

Teknik kedua ni penting, ulang & sentiasa ulang sampai kita betul betul faham & bagi isyarat pada otak yang kita betul betul nak belajar. 

Baru otak kita akan masuk dalam state ‘genius’. Semua akan diaktifkan untuk memudahkan diri kita menerima ilmu baru. 

Teknik 4: Banyakkan bertanya

Bertanya tu kunci kepada gudang ilmu.  Lagi banyak kita bertanya, lagi banyak ilmu yang kita dapatkan. Lagi mudah kita nak faham apa yang kita belajar.

Ni teknik penting untuk kita cepat faham & cepat belajar. Kalau kita tak tanya, pembelajaran kita tu akan jadi sedikit susah. So cuba amalkan sikap suka bertanya.

Lagi banyak ilmu yang kita akan dapat, lagi cepat kita belajar dalam bidang tu. Tapi ingat, jangan over. 

Teknik 5: Praktikkan ilmu yang kita belajar

Kita takkan belajar selagi kita tak praktikkan ilmu yang kita dah dengar. Kita hanya ‘belajar’ bila kita dah amalkan ilmu yang kita dah faham. 

So ini lah belajar sebenar benar belajar. Selagi kita tak praktikkan, selagi tu kita belum belajar. Jangan mengaku kita dah belajar kalau kita tak buat pun lagi. Kita baru belajar mendengar, tapi kita belum belajar menguasai ilmu tu lagi. 

Hanya ilmu yang dipraktikkan saja akan dimasukkan kedalam otak kita. Otak kita lebih prefer untuks simpan ilmu yang dah diamalkan.

Selebihnya kita akan lupa sikit demi sikit kalau kita sekadar mendengar.  Memang macam tu lumrahnya,  memang tak boleh buat apa. 

Kalau kita hafal Al Quran, kita kena praktikkan hari hari. Hari hari kena baca atau kita ajarkan pada orang lain. 

Kalau kita dengar hadist, hadist yang kita dengar tu kita mesti amalkan dalam hidup & sampaikan pada orang lain, hari hari kena buat macam tu. 

Ilmu & amal mesti seiring. Kalau kita belajar programming dekat youtube, kita mesti buat sendiri programming tu. Kalau setakat tengok & dengar tapi tak buat, kita belum belajar apa apa lagi sebenarnya. 

Kita baru belajar mendengar je tentang ilmu tu. So kalau nak cepat belajar, praktikkan terus apa yang kita belajar. Simple. 

Teknik 6: Selalu tengok orang yang berjaya

Bila kita tengok orang yang dah berjaya menguasai ilmu tu kita akan jadi semangat & termotivasi untuk belajar dengan lebih mendalam. 

Kalau kita asyik belajar, push & push dalam keadaan kita tak semangat, otak kita akan jadi letih & akhirnya apa yang kita belajar tu tak masuk dalam otak. 

So sebab tu pentingnya untuk kita selalu motivasikan diri dengan melihat hasil kerja orang yang sudah berjaya. Bila kita tengok dia berjaya, tengok dia amalkan ilmu yang dia belajar, kita akan jadi semangat. 

Bila kita semangat, otak kita mudah masuk dengan apa yang kita tengah belajar. So pentingnya untuk kita motivasikan diri kita setiap kali kita nak belajar. Simple. 

Teknik 7: Berehat selepas 2-3 jam

Kalau belajar jangan berterusan.

Walaupun kita nak cepat, tapi jangan kita belajar 1 hari tu berterusan. Sebab akan mensia siakan masa kita. 

Otak akan penat, akhirnya akan bekerja dalam keadaan tak fokus & tak efisyen. Hasil yang kita dapat apa? Kita tak dapat apa apa, sebab satu apa pun takkan disimpan dalam otak kita. 

Kita dah habiskan masa satu hari belajar ni, tapi esoknya kita dah lupa & susah nak ingat apa yang kita belajar. 

Puncanya kenapa? Sebab kita belajar melebihi 2-3 jam tanpa rehat. Rilek, jangan push otak kita. Lagi kita push lagi tak dapat apa sebenarnya. 

So rehat tu penting.

Kesimpulan

Sebelum kita belajar, tetapkan matlamat bila kita akan habis belajar untuk satu topik. Tetapkan matlamat sampai kemana kita nak bawa ilmu ni. 

Kalau kita tetapkan yang kita nak belajar sampai master, so kita belajar lah ilmu ni sampai kita betul betul master.

Tetapkan matlamat tu dalam fikiran kita. Lepas tu belajar. So dalam kita belajar tu kita ada target untuk capai matlamat kita. 

Kalau kita tak ada matlamat, takut nanti kita akan belajar separuh jalan.

Kita mungkin semangat nak belajar sekarang ni, tapi bila dah 2-3 bulan kita jadi down pulak. 

Bila dah jadi macam tu, macam mana kita nak cepat belajar? Lagi lambat la kita nak belajar. 

Jangan semua benda kita nak belajar pada masa yang sama. Kita belajar satu persatu dulu, insyaAllah otak kita akan bekerja dengan lebih efisyen. 

Team Imuslim

Team Imuslim

Digital Content Writer - Menulis content yang berkaitan dengan kehidupan seorang Muslim.

Feedback Artikel

Feedback yang diberikan penting untuk membuat artikel yang lebih baik dari masa kesemasa.