Panduan dapat jodoh: Ikhtiar sampai jadi

Tak tahu macam mana cara dapat jodoh dengan jalan yang betul? Kita boleh baca disini untuk tengok apa yang boleh kita buat. InsyaAllah.

Sebelum belajar tentang cara dapat jodoh, pastikan..

Pastikan kita baiki diri kita dulu. Betulkan diri, tanam sifat sifat yang baik, buat amal kebaikan, dekatkan diri dengan Allah. Baru kita fikir macam mana cara nak dapatkan jodoh. Simple kan. 

Antara yang perlu diperbaiki termasuk lah:

  • Adab dengan orang lain. 
  • Akhlak yang baik. 
  • Pemakaian yang menjaga aurat. (Perempuan)
  • Menjaga batas dengan yang bukan muhrim. 
cara dapat jodoh

Elakkan kongsi kebahagiaan diri di media sosial

Jangan share kita punya bahagia tu dekat media sosial. 

Contoh kita tunjuk kita bahagia dengan pasangan ke, kita tunjuk kereta mahal ke, rumah ke & macam macam lah. Semua benda kita nak tunjuk. Kita buat orang lain jadi menyampah dengan kita. 

Bila orang dah menyampah mesti lah ada effect kat diri kita. Itu la namanya penyakit ain. 

Kita tak boleh control hati & perasaan orang lain kan? Tapi kita boleh kurangkan risiko terkena penyakit ain dari terkena pada diri kita. Lagi kita suka menunjuk, lagi banyak penyakit ain melekat kat diri kita.

Lagi banyak penyakit ain melekat, lagi susah rezeki & jodoh kita nak melekat pada diri. 

Penyakit ain, bukan penyakit biasa. Ni penyakit yang kita kena ambil serius. Cegah tu lebih baik dari merawat. 

"Suka menunjuk kebahagiaan diri dalam media sosial boleh menyebabkan kita terdedah dengan penyakit ain, yang mana boleh menghancurkan diri kita sedikit demi sedikit"

Links
Panduan dapat jodoh: Ikhtiar sampai jadi

Step 1: Buat check up dengan pengamal perubatan Islam

Sebelum kita mencari jodoh, pastikan kita buat check up dulu dengan pengamal perubatan Islam. 

Kita mesti pastikan dulu yang diri kita ni bersih dari segala gangguan jin. Sekiranya perawat mengesan gangguan jin pada diri kita, maka berubat lah dulu sampai gangguan jin dah tiada lagi pada diri. 

Sekiranya kita tak berubat, kemungkinan besar gangguan jin yang ada pada diri kita akan menyekat semua jodoh yang kita usahakan selama ni. 

Mungkin kita juga takkan mendapat jodoh yang baik kerana adanya campur tangan dari gangguan makhluk halus. 

Jadi benda ni sangat sangat penting. Buat check up dulu sebelum bercinta & berkahwin. Ini salah satu cara dapat jodoh yang cepat. Kita takkan pernah tahu masalah apa yang ada pada diri kita kalau kita tak buat check up. 

Step 2: Solat hajat khusus untuk jodoh

Selepas dah membetulkan diri. Sampai masa untuk kita mendirikan solat hajat. Solat hajat yang khusus untuk kita minta jodoh dari Allah. 

Makna kata lain, jangan solat hajat & minta macam macam perkara. Tapi dirikan solat hajat hanya untuk meminta jodoh yang baik pada diri. 

Bukan buat sehari, tapi buatlah setiap hari sampai kita bertemu dengan jodoh.InsyaAllah. 

"Solat hajat boleh menyelesaikan masalah kita, tapi ramai tak perasan dengan keberkesanannya"

Step 3: Cari kerja yang banyak berjumpa orang

Selain doa & tawakal, kita kena usaha juga dari segi perbuatan. Antara usaha yang kita boleh buat, kita mesti cari kerja yang banyak berjumpa dengan orang ramai.

So peluang untuk kita dapat kawan baru & jodoh tu tinggi. Lagi banyak orang kita jumpa, lagi tinggi peluang kita untuk buat kawan baru dalam hidup. 

Tapi kalau kerja kita jenis sikit sangat jumpa orang, susah la kita nak buat kawan baru. Nak cari kawan pun susah, apa lagi nak cari peneman hidup. 

Contoh kerja yang kita boleh buat, kerja insuran ke, jadi casher ke, jadi pembantu bos ke, jadi bos ke. Macam macam kita boleh buat sebenarnya.

Nak mudah, jadi la youtuber & tiktoker. Kita akan berdepan dengan ramai manusia. Sekelip mata kita boleh dapat kawan baru. So simple. 

Step 4: Berkawan dengan semua

Jangan memilih bila kita berkawan, kawan je dengan semua orang. Kalau kita sendiri memilih susah sikit kita nak dapat kawan. Semua kawan kita asyik reject je. 

Tak perlu pun kita susah susah nak pilih kawan, sebab kita berkawan je pun, bukan nak kawin kan.

Bila kita berkawan dengan semua orang, kita meluaskan lagi hubungan kita dengan orang lain. Dalam 100 orang kawan kita, mesti la ada 10 orang yang betul betul nak kan kita. Dalam 10 orang yang nak kan kita, mesti ada 1 orang yang boleh sehidup & semati dengan kita. 

Tapi kalau kawan kita setakat 10 orang saja. Macam tak banyak pilihan kan? So susah la nak dapat jodoh. Sebab tu jangan memilih sangat kawan tu.

Artikel berkaitan

Step 5: Ramaikan kawan dengan beramah mesra

Kalau boleh jangan sombong. Mesra dengan semua orang. Jangan cepat menilai. Apa yang ada depan mata kita kawan je dulu.

Bukan terus nak kawin pun kan. Kita kawan dengan semua orang. Nanti boleh pilih nak yang mana satu. Sekarang kita berkawan je dulu dengan semua orang.Life is simple. 

Step 6: Pastikan diri kita ada dalam media sosial

Dalam kita mencari kawan & jodoh, buat la media sosial untuk diri jika tiada. Kalau kita dah ada, update la profile kita dengan perkembangan terkini. 

Update gambar kita paling latest. Jangan letak gambar lama. Lepas tu pastikan gambar tu jelas menunjukkan wajah kita. Simple. 

Pastikan gambar kita sekurang kurangnya ada 5. Bukan 1. 

Kemudian, 

Update la biodata kita dengan tepat. Kat mana kita tinggal, suka makan apa, lepas tu jangan la ada tambah tambah konon nak bagi nampak hebat. Jadilah diri sendiri dalam media sosial ya. Life is simple right?

"Update la tentang diri kita di media sosial, tapi jangan la menunjuk nunjuk benda yang tak perlu"

Step 7: Join semua aktiviti sukarelawan

Dalam usaha mencari jodoh, jangan sesekali kita malas. Kalau dah malas tu memang tak boleh nak buat apa la. Kalau boleh pergi join semua aktiviti yang ada. 

Join aktiviti kat surau ke, kat masjid ke, ush macam macam la kita boleh join sebagai orang luar. 

Aktiviti macam ni akan meramaikan lagi kawan kita & peluang untuk mendapat jodoh tu lebih cerah.Jangan duduk kat rumah saja. Bosan nanti. 

Step 8: Bantu kawan untuk dapatkan jodoh

Haa, jangan sibukkan nak tolong diri sendiri sahaja. Dalam usaha nak mencari jodoh untuk diri, kita tolong carikan jodoh untuk orang yang tiada jodoh lagi. 

Macam pelik, tapi sebenarnya tak. Bila kita permudahkan urusan orang lain, maka Allah akan permudahkan urusan kita. 

Jadi kalau kita nak urusan jodoh kita dipermudahkan, kita permudahkan dulu urusan orang lain. Simple kan? Benda simple, buat apa nak susah susah. 

"Allah akan mengutamakan orang yang suka membantu orang lain"

Step 9: Tunaikan hajat orang lain

Kalau kita nak Allah tunaikan hajat kita.

Cuba kita tunaikan hajat orang lain. Kalau kita bantu tunaikan hajat orang lain, peluang untuk hajat kita tercapai tu agak mudah tercapai. 

So jangan pentingkan diri sendiri. Kita cuba bantu orang lain, Allah akan bantu kita. Simple. 

Kita bantu tunaikan hajat orang lain, maka sikit sikit urusan kita dipermudahkan & akhirnya hajat kita juga akan dapat dicapai. Hidup jangan mementingkan diri.

Kita ada masalah, kita selesaikan masalah orang lain dulu. Baru la masalah kita akan selesai dengan sendiri. Percaya pada kuasa Allah. Life is simple. 🙂

cara dapat jodoh

Step 10: Banyakkan bersedekah

Sedekah ni boleh angkat segala masalah yang ada pada diri kita.

Termasuk lah masalah berat jodoh. Kita mungkin dah kawan dengan ramai orang, tapi asyik tak dapat. So bermaksud pada diri kita ni ada penghalang. 

Untuk angkat penghalang ni secara kerohanian, kita boleh gunakan kaedah bersedekah. Sedekah boleh angkat bala, penghalang & penyakit ain pada diri kita. 

Sedekah ni tak kira kita ada bagi berapa banyak duit. Kalau kita sedekah ditempat yang betul, maka sedekah kita mungkin boleh menarik perhatian dari Allah. 

Jangan sedekah kat masjid sahaja, itu cara lama. Masjid sekarang dah kaya. Memang biasa orang bagi.

Cuma kita nak cari sedekah yang unik & diberikan kepada orang yang betul betul memerlukan.

Contoh bagi makan kucing ke, bagi makan orang yang tengah lapar ke, bawa kucing yang sakit ke klinik ke & macam macam lagi lah. 

Sedekah ni ada macam macam bentuk, atas diri sendiri kita nak bentuk yang macam mana. 

Step 11: Sentiasa berpakaian kemas

Pastikan kita juga tahu berpakaian dengan kemas. 

Pakaian ni main peranan yang sangat penting ya.Dengan pakaian, kita boleh nampak macam orang kaya. Dengan pakaian juga, kita boleh nampak macam orang miskin. 

Jadi pastikan kita belajar cara berpakaian dengan betul. 

Pastikan kita pakai pakaian dengan warna yang sesuai dengan diri kita. 

Silap warna boleh buat kita nampak sombong, nampak garang, nampak stupid, nampak lembab & macam macam lagi. 

Kita berpakaian bukan sebab nak nampak kaya pun, tentang kaya itu hanya contoh sahaja. 

Ringkasnya luaran ni penting pada manusia. Orang akan start menilai dari luar dulu, baru dalam. Jadi pandang serius dengan cara kita berpakaian. Simple. 

Pakaian yang betul akan meningkatkan lagi peluang kita untuk mendapat jodoh. Life is simple. 

cara dapat jodoh

Step 12: Jangan ego & sombong

Kalau dah ada orang nak kawan dengan kita, kita kawan la betul betul. Jangan acah acah sombong & jual mahal sangat. Kang tak kahwin sampai ke tua. Tak perlu la nak tunggu orang mulakan dulu. Itu ego namanya. 

Tak salah jika kita mulakan dulu untuk berkawan, bercinta & mencari jodoh. Ego & sombong sebab konon konon nak jaga maruah diri takkan kemana. 

Kat situ je la tempat kita sampai bila bila. So kalau tak nak, jangan la sombong.

Jangan tunggu ada orang yang nak suapkan kita. Kita bukan sapa sapa didunia ni. Kita semua sama level sahaja. Tak perlu acah acah bagus. Life is simple. 

Step 13: Solat Istikharah

Kalau dah confirm nak kawin, rilek dulu. Buat solat istikharah dulu. Minta petunjuk dari Allah. Kalau ini jodoh yang baik, maka lancarkan segala urusan. Jika bukan jodoh yang baik, maka halanglah. 

Rujuk panduan solat istikharah disini.

Kesimpulan

So kita dah belajar cara dapat jodoh dengan betul, kita dah tahu cuma tinggal nak kena praktikkan sahaja. Kita mesti la berusaha untuK dapatkan jodoh yang baik.

Mesti ada usaha secara zahir, iaitu mencari di media sosial, bergaul dengan ramai orang & macam macam lagi. 

Mesti ada usaha secara batin, iaitu melakukan solat hajat, checkup diri dengan pengamal perubatan Islam & sentiasa berdoa. 

Jangan sekadar usaha dengan kaedah batin. Jangan juga sekadar berusaha dengan kaedah zahir. Ilmu Allah itu luas. 

Artikel berkaitan

Respon Awak
0 responses
Terbaik!
Terbaik!
0
Suka!
Suka!
0
Syukur!
Syukur!
0
Haha
Haha
0
Sedih
Sedih
0
Bosan
Bosan
0

Yang mungkin berkaitan..

keburukan makan nugget
Ilmu

5 keburukan makan nugget

VIEWS 5 Korang suka makan nugget tak?  Nugget ni memang best kan, senang nak goreng je dan rasa pun sedap. Tapi jangan makan nugget banyak-banyak

Keburukan makan maggie
Ilmu

5 keburukan makan maggie

VIEWS 7 Garam tinggi Maggi ni mengandungi garam yang sangat tinggi, terutamanya dalam serbuk perasa yang disertakan. Garam ni boleh meningkatkan tekanan darah dan menyebabkan