imuslim

8 cara jadi anak yang baik (Edisi 2022)

Share
Share
Share

Jadi anak yang baik

Nak jadi anak yang baik ni tak susah pun. Tapi tak berapa mudah juga kalau kita sendiri diuji dengan ibu bapa yang teruk. 

Tapi ada banyak sifat yang kita boleh tanamkan dalam diri untuk menjadi anak yang baik pada kedua ibu bapa kita. 

Orang kata kita anak derhaka tak apa, asalkan Allah Maha Tahu siapa diri kita yang sebenarnya. So jangan down dengan kata kata orang lain. 

Links

1. Selalu tanya perkembangan

Ciri anak yang baik ni ada banyak, so yang akan kita share ni ciri ciri yang penting sahaja. Yang lain tu kita boleh cari sendiri la ya. 

Antara ciri anak yang baik, ialah selalu bertanya khabar pada kedua orang tuanya. Ni salah satu ciri yang patut ada pada diri kita. 

Bukan setakat tanya khabar je, siap tolong menolong lagi kalau diorang tengah susah. Kalau setakat tanya khabar, dengar cerita susah tapi tak tolong tak guna juga kan. 

Mak ayah tolong hargai anak yang macam ni. Zaman sekarang sudah taw nak dapat anak yang baik. 

anak yang baik

2. Selalu utamakan keperluan

Utamakan keperluan mak bapak kita. Jangan biarkan tak cukup. Ni antara ciri paling baik. Jarang sebenarnya anak utamakan keperluan mak bapak.

Kalau buat pun, sambil lewa je. Sekadar melepaskan tanggungjawab. Lepas tu blah. 

Kalau semua ni tak buat, susah sikit la nak dilabelkan anak yang baik. Nak jadi yang terbaik, cukupkan dulu apa yang ibu bapa kita perlukan. Simple. 

3. Selalu bawa jalan jalan

Jangan biar mak bapak kita duduk rumah sepanjang hari. Boleh effect mental diorang. 

Mak bapak ni kalau jenis duduk rumah sorang sorang, elok la kita bawa jalan sekali sekala. Bawa berjalan kat luar ni penting untuk kesihatan mental ya. 

Cuba bayangkan hari hari terperap dalam rumah, sedikit sebanyak boleh effect mental diorang ni. Lagi lagi kalau duduk sorang. Fuh lagi bahaya. 

Busy tak apa, tapi sekurang kurangnya bawa la berjalan sebulan sekali. Simple. Tak boleh bawa berjalan? Tak apa, tapi bawa la kemudahan dalam rumah supaya dia tak rasa boring. Simple.

4. Selalu peluk ibu ayah

Kalau dah lama tak jumpa tu, peluk la mak bapak kita sendiri. Bagi diorang terubat sikit rindu dalam hati. 

Luar mungkin nampak okey & biasa, tapi dalam hati Allah je yang tahu. So kita peluk la bagi terasa aura kegembiraan sikit pada mak bapak kita tu. 

Peluk ni psikologi penting juga untuk mak bapak kita. Bagi diorang tak rasa sunyi. Bagi diorang tak rasa keseorangan. 

5. Hormat & puji ibu ayah depan orang lain

Ni jarang sangat orang buat, bila kita ada depan orang ramai, puji puji la sikit ibu ayah kita tu. Baru diorang rasa terharu, rasa dihormati & rasa dihargai segala apa yang diorang dah buat pada kita. 

Nampak macam biasa & simple, tapi bagi kesan yang mendalam dalam hati diorang. Fuh, ruginya tak buat. 

Tapi kalau kita sendiri ada sakit hati dengan sikap ibu ayah kita, tak boleh buat apa la, jangan paksakan diri untuk berdusta. 

6. Puji ibu bapa sendiri pada orang lain

Antara yang terbaik ialah selalu menyampaikan kebaikan ibu bapa kita pada orang lain. Dan tak lupa juga untuk tutup aib ibu bapa kata. 

Kalau kita memburukkan ibu bapa kita, kita akan ikut buruk sekali, kerana kita berasal dari dari mereka. 

Selalu lah menjaga nama baik ibu bapa kita, maka nama kita juga akan jadi baik. InsyaAllah. 

7. Sambut hari jadi mak ayah

Alhamdulillah, baiknya seorang anak tu kalau dia dapat memberikan hadiah pada ibu bapa dia. Ibu bapa yang dah besarkan dia, bagi makan minum, jaga pakaian. 

Terharu ibu & ayah kita kalau kita ingat jasa mereka, terharu lagi kalau kita sambut ulang tahun kelahiran mereka. 

Lagi terhari kalau kita doakan mereka supaya panjang umur & dimurahkan rezeki. Allahu. 

anak yang baik

8. Bertanggungjawab sepenuhnya pada mak ayah

Apa apa yang diorang perlukan, kita kena bagi. Lagi lagi dalam urusan kesihatan. Ubat ubat tu semua kita la yang kena jaga.

Kadang kadang orang tua kan lupa nak makan ubat. Kes kes macam ni yang banyak jadi, lepas tu mati. 

So anak yang baik, akan titik beratkan benda benda macam ni. Kita sendiri kena deal dengan hospital. Bincang dengan doktor yang mana terbaik. 

Yang tak baik, kita tolak tepi. Simple. 

Kesimpulan

Kalau kita tak ada ciri ciri anak yang baik, tak apa. Kita boleh mulakan dari sekarang. InsyaAllah. Manusia tiada yang sempurna. 

Allah lagi suka kepada orang yang berdosa kemudian bertaubat kepadaNya. Dari orang yang tak pernah rasakan diri nya bersalah & tak buat dosa. 

Kita sentiasa ada peluang untuk menjadi yang lebih baik. InsyaAllah. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

9 sebab rasa berat nak solat

Rasa berat nak solat Mesti kita selalu fikir, kenapa kita berat nak solat. Padahal solat tu mudah sangat. Cuma perlukan 5-10 minit saja nak buat

7 tanda lelaki gatal

Lelaki gatal Lelaki gatal ni takde benda lain yang dia nak, melainkan nak puaskan nafsu semata mata.  Tanda tanda lelaki gatal ni ada banyak. Yang

11 tanda jin asyik pada diri

Tanda jin asyik Tanda jin asyik ni panduan je untuk kita tahu ada ke tak gangguan jin asyik pada diri. Kalau ada lebih dari 3

9 sebab kita rasa tak berguna

Kenapa kita rasa tak berguna? Ada banyak faktor kenapa kita rasa tak guna. Kita rasa down, kita rasa macam disisihkan semua orang, kita rasa terhina.

8 rahsia menarik rezeki (Edisi 2022)

Ilmu menarik rezeki Nak tarik rezeki ni kita kena ada ilmu dia. Ada macam macam kaedah biasanya. Ada kaedah mudah & ada kaedah yang susah. 

15 tanda sihir pada diri

Tanda sihir tak semestinya sihir Kalau ada tanda sihir, tenang dulu, jangan cepat gelabah. Kadang kadang penyakit lain pun tanda dia sama macam sihir.  So

Punca gaji tak cukup! (Edisi 2022)

Gaji tak cukup banyak sebab Boleh jadi sebab tak ada keberkatan dalam pendapatan kita. Boleh jadi sebab kita kedekut sangat dengan pasangan.  Boleh jadi kita

8 sebab kenapa kita hidup miskin

Ada banyak sebab kenapa kita hidup miskin. Paling penting jangan merungut dalam kehidupan. Lagi kita merungut, lagi kita miskin.

7 tanda orang tak ikhlas dengan kita

Tak pasti orang tu ikhlas ke tak kawan dengan kita, tapi dapat rasa sikit sikit yang orang tu macam tak sudi nak berkawan dengan kita.

12 tanda Allah sayang kita

Allah sayang kita Allah kalau sayang pada kita, dia akan bagi apa yang kita perlukan. Dia akan jadikan dekat dengan diriNya.  Cara Allah tunjukkan sayangNya

11 tanda saka keturunan pada diri

Saka keturunan Saka ni maksudnya jin yang asal usul dia dari keturunan kita sendiri, kemudian datang berdamping dengan kita atas sebab sebab tertentu.  Biasanya kita

10 cara untuk merawat jiwa yang lemah!

Jiwa yang lemah ada rawatannya Kalau kita rasa diri kita lemah, itu dari otak kita sendiri. Jiwa kita sebenarnya tak lemah, kita je belum unlock

error: [email protected]