8 rahsia menarik rezeki – jaga solat wajib & solat sunat!

rahsia menarik rezeki

Ilmu menarik rezeki

Nak tarik rezeki ni kita kena ada ilmu dia. Ada macam macam kaedah biasanya. Ada kaedah mudah & ada kaedah yang susah. 

Biasanya kaedah susah tu, kaedah yang advance sikit la. 

Yang kita nak kongsi dalam ni, ilmu ilmu yang basic untuk menarik rezeki. Yang basic ni pun ramai terabur, macam mana nak amalkan yang advance? 

Yang basic jangan sangka basic. Kalau jaga betul betul, memang boleh pergi jauh. InsyaAllah. 

Sponsored

Links

Rahsia 1: Menuntut ilmu

Menuntut ilmu sebahagian dari rahsia untuk kita menarik rezeki.

Ramai yang tak tahu, dengan belajar sahaja kita boleh buat rezeki datang pada diri. 

Disebabkan ni, kita katakan rahsia. 

Tak kira ilmu apa yang kita tuntut. Asalkan ilmu tu menyebabkan Allah redha pada diri kita.

Maka rezeki tu akan datang berlipat kali ganda dengan sedikit usaha yang kita buat. Paling penting kita yakin pada yang memberi rezeki. 

Iaitu ALLAH SWT. 

rahsia menarik rezeki
Sponsored

Rahsia 2: Buat solat wajib & sunat

Jaga solat sebahagian dari rahsia macam mana seseorang tu boleh jadi kaya.

Majoriti orang yang berjaya adalah orang yang berdisplin dalam menjaga ibadatnya pada Allah. 

Lagi lagi orang yang menjaga solat solat sunat, solat malam. Lagi mudah urusan diorang. Nampak macam simple. 

Tapi percaya la, sebab solat, rezeki kita jadi laju. 

Rahsia 3: Bersyukur & merasa cukup

Lagi banyak kita bersyukur, lagi banyak kita dapat. Lagi banyak kita tak bersyukur. Lagi kurang kita dapat. 

Cukup dengan syukur, merasa cukup & menghargai apa sahaja yang kita ada, boleh buatkan pintu rezeki semakin terbuka. 

Ramai yang tahu tahu macam tu. Tapi tak yakin. Sebab tu benda macam ni dikira sebagai rahsia. 

Ubah dan baiki cara kita bersyukur pada Allah. InsyaAllah keberkatan syukur tu akan buat kita jadi kaya. 

Sponsored

Rahsia 4: Sedekah

Semua orang tahu sedekah. Semua orang tahu sedekah ni boleh mendatangkan rezeki. 

Tapi tak semua orang yakin dengan apa yang diorang tahu tentang sedekah. 

Tahu saja tak cukup. 

Kena yakin, kena buat, baru jadi. Baru nampak kesannya pada diri. Lagi lagi bab yang berkaitan dengan rezeki. 

Sponsored

Rahsia 5: Tunaikan hak ibu bapa

Tunaikan hak & tanggungjawab kita sebagai anak pada ibu bapa sebahagian dari rahsia menarik rezeki. 

Ramai yang tahu, tapi buat buat tak tahu. Bahkan ada yang tak yakin pun. 

Jaga ibu bapa sebagaimana yang perlu. Jaga apa yang patut kita jaga. InsyaAllah kita dapat tengok aliran rezeki semakin dipermudahkan. 

Rahsia 6: Tunaikan hak isteri

Bukan sekadar tanggungjawab pada ibu ayah, tapi juga pada isteri. Ramai yang lepas pandang tentang ni. 

Ramai yang tak tahu, isteri adalah kunci untuk kita menarik rezeki. 

Dengan redha seorang isteri, semua urusan rezeki akan dipermudahkan. Ramai orang yang berjaya tu, bergantung bagaimana kita melayan isteri sendiri. 

Rahsia 7: Tunaikan hak anak

Bukan ibu bapa je kita kena tunaikan. Bukan jugak dengan isteri je. Tapi yang paling ramai terlepas pandang, hak anak. 

Kurang tanggungjawab pada anak, tak bagi kasih sayang, tak ajarkan agama, menghina & merendahkan anak sendiri. 

Semua ni akan buat aliran rezeki kita terganggu. 

Ni sebahagian dari rahsia menarik rezeki yang memang ramai tak tahu.

rahsia menarik rezeki

Rahsia 8: Bayar zakat pendapatan

Tak ramai yang bayar zakat pendapatan sebabkan rezeki jadi perlahan & sesak. 

Hari ni, masih ramai yang tak tahu macam mana nak bayar zakat pendapatan. 

Kadang kadang memang tak nak bayar. Tak ikhlas nak bayar sebab majikan yang uruskan. 

So ni sebahagian dari rahsia menarik rezeki yang ramai terlepas pandang. 

Rahsia 9: Banyakkan bertawakal

Ramai yang tak bertawakal kepada Allah. Lebih yakin dengan usaha sendiri. 

Tapi tak yakin bila urusan kita diserahkan kepada Allah. Ini soal hati. 

Kita mungkin cakap tawakal dimulut tapi perbuatan kita tak menunjukkan kita bertawakal kepada Allah. 

Banyakkan bertawakal kita akan nampak aliran rezeki kita menjadi lancar. 

Kesimpulan

Benda benda basic pun kita masih terabur. Macam mana kita nak buat amalan yang advanced.

Cuba baiki dulu yang mana perlu kita baiki. 

Kita akan nampak hasilnya dalam masa yang terdekat. InsyaAllah. Paling penting hanya yakin pada Allah. 

Jangan yakin pada diri. 

Sharekan artikel ini, sekiranya bermanfaat

Subscribe Blog Imuslim

Subscribe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Digital Content Writer untuk agama, kehidupan & berkaitan dengan Muslim.