7 cara nak elak terkena gangguan jin tapi ramai yang tak tahu!

Gangguan jin ada kat mana mana. Mungkin ada kat luar rumah, mungkin juga ada dalam rumah kita sendiri. 

Cuma kita tak pernah tahu & tak pernah nampak. Tapi kita mungkin boleh rasa kehadirannya disitu. Cuma kita selalu buat tak tahu sebab nak elak rasa takut dalam diri. 

Kita boleh tahu diri ni ada gangguan jin atau tak. Of course melalui tanda tanda gangguan jin. Lagi banyak tanda gangguan jin pada diri, lagi jelas memang ada gangguan pada diri kita. Benda macam ni jangan pandang remeh. 

Content

Semula jadinya, jin ni takut dengan manusia. Tapi bila manusia tu sendiri yang tunjuk dia takut dengan jin, jin jin ni pun naik kepala la. Sebab tu terkena gangguan jin. 

So sebenarnya kita tak perlu takut dengan jin. Jin ni memang dah takut dengan kita. Kita kena la berani. Takut tu biar la dengan Allah sahaja. Terkejut dengan takut benda yang berbeza. Jin pun boleh tau orang ni takut ke tak. 

Kita buat buat tak takut sekali pun, jin tahu kita takut atau tak. So perasaan takut ni kita kena buang dari hati kita sendiri. 

Hari hari kita kena latih diri pergi tempat gelap, tempat seram & lain lain. Nanti lama lama terbiasa la tu. 

cara nak elak terkena gangguan jin

Lagi takut dengan manusia berilmu

Bayangkan, dengan manusia biasa pun jin dah takut. Apa tah lagi manusia yang ada ilmu tentang dunia ghaib. Lagi berganda ganda jin tu takut dengan kita. 

So ilmu ni penting. Kalau kita nak tambahkan ketakutan jin tu pada diri kita, kita kena menuntut ilmu yang asas. 

Tak perlu kita nak belajar tinggi tinggi tentang dunia ghaib ni. Cukup kita hafal ayat ayat lazim Al Quran. Cukup kita tahu macam mana nak gunakan ayat Al Quran ni untuk mengusir gangguan jin. 

Orang yang selalu amalkan ayat Al Quran ni, kat badan dia akan ada satu aura kuat. Lagi kuat aura, lagi takut jin jin ni nak mendekat. So selalu selalu la amalkan ayat Al Quran. InsyaAllah. 

Tanda gangguan jin mendekat pada diri kita

1. Emosi jadi terganggu. Rasa mudah nak marah dengan semua benda. 

2. Susah nak fokus, lagi lagi dalam solat wajib. Selalu terbayang benda lain. 

3. Rasa sakit sakit satu badan tanpa sebab yang jelas. 

4. Susah tidur malam. Terpusing sana sini. Bukan sebab main hp. 

5. Mimpi buruk, mimpi menyeramkan. 

6. Badan rasa letih bila bangun dari tidur. 

7. Mudah rasa stress walaupun kerja tu tak ada la stress mana. 

8. Rasa macam tak bersemangat. Down sentiasa. 

9. Badan rasa lemah. Tak boleh bangun dari tempat tidur. 

10. Jadi anxiety. Risau tanpa sebab yang jelas. 

Ada banyak lagi, tanda tanda gangguan jin pada diri. Ini antara lazim yang terjadi pada diri kita. 

Artikel berkaitan

Faktor kenapa kita didekati jin

Ada banyak faktor kenapa jin datang dekat dengan diri kita. Kadang kadang tak ada faktor pun jin pun boleh duduk dengan diri kita. Ikut nasib la jugak. 

1. Sebab badan kita busuk. Selalu tak jaga kebersihan. Boleh buatkan jin mudah datang pada diri kita. 

2. Terlalu seksi. Dedah aurat sana sini boleh menarik minat jin untuk hadir. Khususnya untuk perempuan lah. 

3. Mulut tak jaga. Selalu mencabar makhluk ghaib. Acah nak tunjuk ilmu power. 

4. Banyak amalkan zikir pun boleh tarik perhatian jin. So bila berzikir pastikan kita ada bimbingan & basic dalam tatacara amalan. 

5. Keturunan. Mungkin kita ada darah pahlawan atau darah orang yang berubat dalam keluarga. So jin boleh hadir atas sebab darah. 

6. Suka duduk bersendirian. Sebab tu Nabi galakkan kita hidup berjemaah. Jin takut dengan jemaah yang ramai. Kalau selalu duduk sorang, jin pun tumpang bersama. 

7. Makan tak baca bismillah. Jin pun cari makan, kalau ada makanan yang dia boleh sapu, dia akan sapu. Kalau kita jenis tak baca bismillah, jin tu mungkin akan menetapkan dengan diri kita. 

Beza gangguan jin, sihir & saka

Semua gangguan jin, sihir & saka ni tak ada beza pun. Sama je semua. Yang membezakan cuma gelaran mengikut tugas. 

Kalau jin tu dihantar, kita akan panggil sebagai sihir. Kalau jin tu berasal dari keluarga turun temurun, kita akan panggil saka. Tapi kalau jin sekadar datang menumpang, tah datang dari mana, kita akan panggil gelaran umum, iaitu gangguan jin. 

So memang tak ada beza, apa pun yang kita panggil, semuanya tetap jin juga.

So tak kira la nama dia pocong ke, hantu raya ke, penanggal ke, semua sama je. Makhluk halus. Macam ikan. Umum semua orang tahu ikan. Tapi ikan ni kan ada macam macam. So macam tu juga la dengan jin. Simple kan. 

Cara mengelak jin dekat dengan diri kita

1. Selalu dirikan solat diawal waktu. Solat diawal waktu akan kuatkan aura diri kita. 

2. Selalu mengaji Al Quran. Membaca ayat Al Quran pada setiap masa akan kuatkan aura dalaman kita. Sekali gus akan buatkan gangguan jin susah nak dekat. 

3. Selalu tutup aurat. Terutama perempuan. Kalau kita tak menampakkan sesuatu yang menarik perhatian, jin takkan datang. Kalau aurat terbuka, bukan jin je datang, manusia pun boleh hadir. 

4. Selalu pakai wangi wangian, jin tak suka dengan bau wangi. Jadi dia takkan dekat dengan diri kita. Sama macam kita tak nak dekat dengan tong sampah, kita tak suka bau busuk. 

5. Selalu dalam jemaah. Jarang jarang kita nak bersendirian. Jin takut dengan orang ramai. Dia takut dengan jemaah yang berkelompok. Kalau kita sorang sorang, mungkin dia berani sikit. 

6. Setiap masa baca 3 Qul. Boleh benteng diri kita dari serangan sihir & saka. Jin kalau hembus hembus pun macam tak berkesan pada diri kita. Sebab kita dah ada pendinding diri. 

7. Pastikan rumah selalu bersih. Jin tak suka rumah yang bersih. Lagi lagi rumah tu berbau wangi. Susah la dia nak lepak kat rumah kita. So pastikan rumah selalu bersih & tak berbau busuk. 

"Lagi kau takut, lagi semua makhluk berani. Lagi kau berani, semua makhluk akan jadi takut"

Mitos tentang jin

“Sejahat jahat manusia adalah sebaik baik jin.”

Ini yang biasa kita dengar tentang jin. Tapi sebenarnya mitos. 

Al Quran ada bagi tahu, jin ada yang beriman & beramal soleh. Jin pun masuk syurga & neraka macam manusia. Jadi mana mungkin jin yang beriman dianggap sebagai “sejahat jahat manusia” 

Kalau dah beriman, bermaksud dia patut dengan semua syariat Islam. Tak membunuh, tak berzina & sebagainya. 

Amalan pendinding diri untuk mengelak gangguan jin

Antara surah Al-Quran yang selalu digunakan sebagai pendinding diri zahir & batin:

  • Surah Al-Fatihah
  • Surah Al-Baqarah ayat 255-257 (Ayat Kursi)
  • Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq, dan An-Nas (surah Muawwidzat)
  • Surah Yasin ayat 1-9
  • Surah Al-Kafirun
  • Surah Al-Mulk
  • Surah Ar-Rahman
  • Surah Al-Kahfi
  • Surah Al-Muzzammil.
Artikel berkaitan

Kesimpulan

Gangguan jin boleh datang dari mana sahaja. Boleh datang atas sebab & boleh datang tanpa sebab. 

Tapi tak kira dari mana pun asal jin, kita tetap boleh buang dia. Kita tetap boleh rawat diri kita dengan perubatan Islam. 

Kita kena percaya dengan kewujudan jin ni. Sebab Al Quran dah bagi tahu, benda macam ni memang wujud. Cuma tak nampak dengan mata kasar. 

Tak ada jin yang ada kat dalam dunia ni, kita tak boleh buang. Kalau memang ada jin yang tak boleh nak buang, itu mungkin pesakit klinikal yang alami sakit mental. 

Team Imuslim

Team Imuslim

Digital Content Writer - Menulis content yang berkaitan dengan kehidupan seorang Muslim.

Feedback Artikel

Feedback yang diberikan penting untuk membuat artikel yang lebih baik dari masa kesemasa.