15 cara untuk merawat jiwa yang lemah!

Step 1: Solat sunat taubat

Solat taubat ni boleh tolong untuk kita merawat jiwa yang lemah sekali gus membersihkan hati kita. Bila hati kita bersih, semakin kuat la jiwa kita. 

Jangan la nak buat dosa-dosa kecik & besar, nanti jiwa kita kotor, lemah pulak. So pastikan setiap masa kita buat solat sunat Taubat. Kita takkan lari dari melakukan kesalahan. 

merawat jiwa yang lemah

Step 2: Mantapkan solat fardu

Jaga hubungan dengan Allah melalui solat wajib. Ramai yang skip solat wajib, tu yang jadi lemah. Dekatkan diri dengan Allah, kita jadi manusia yang kuat. 

Solat ni kena ikhlas, jangan la nak cepat-cepat, rukuk & sujud pun sempurna. Solat fardu antara yang boleh merawat jiwa yang lemah. Lagi kuat kita beribadat, lagi kuat jiwa kita. InsyaAllah. 

Step 3: Minta maaf dengan manusia

Minta maaf ni penting tau. Kita minta maaf kat orang, hati kita jadi lebih tenang. Dosa dengan manusia ni boleh buat jiwa kita jadi gelisah. 

So, minta maaf la kat sesiapa yang kita rasa perlu. Jangan ego untuk minta maaf. Minta je maaf walaupun kita tak ada salah apa apa. Simple. 

Step 4: Banyakkan memberi dari menerima

Kita kena banyakkan memberi & kurangkan menerima. Memberi ni sedekah, dan sedekah mampu bersihkan hati & mampu jadikan jiwa kita kuat semula.

"Minta maaf ni perkataan keramat yang boleh tukarkan hati yang keras menjadi lembut. Biasakan diri dengan minta maaf"

Step 5: Cuba gembirakan orang lain

Gembirakan orang lain, nanti Allah akan gembirakan kita pulak. Bila kita bagi orang lain happy, kita pun jadi happy. 

Lagi banyak kita gembirakan orang lain, lagi kuat jiwa kita. Itulah hakikat sebenarnya. Gembirakan orang lain adalah mengembirakan diri sendiri. 

Step 6: Usaha untuk berzikir setiap masa

Zikir ni penting untuk dekatkan diri dengan Allah. Ni pun boleh merawat jiwa yang lemah sebab zikir ni kan makanan roh. Kita bagi makan hari hari, ofcoz jiwa kita akan semakin kuat. 

Tapi kalau kita tak zikir, jiwa kita akan hidup tanpa makanan. Ini akan menjadikan jiwa kita menjadi lemah. 

Akhirnya menyebabkan kita jadi down sepanjang masa. 

Step 7: Luahkan apa yang terpendam

Kita ni manusia biasa, kadang-kadang kena luahkan perasaan kita kat orang lain. Bila kita dah luahkan, jiwa kita jadi lebih lega.

Step 8: Belajar bersangka baik dengan semua orang

Jangan la selalu sangka buruk kat orang. Cuba bersangka baik, nanti jiwa kita pun jadi lebih tenang. 

Sangka buruk pada orang lain boleh memberikan kesan negatif pada diri kita. So buang sifat ni dari diri kita. InsyaAllah diri kita akan semakin membaik. 

merawat jiwa yang lemah

Step 9: Doakan kebahagiaan orang lain

Berdoa untuk kebahagiaan orang lain ni memang benda baik yang kita boleh amalkan. 

Bila kita doakan orang lain, kita ni sebenarnya sedang menunjukkan rasa empati dan kesediaan untuk membantu. Lagipun, doa kita ni boleh memberi kesan positif pada jiwa kita dan orang yang kita doakan.

Rasulullah SAW pernah bersabda:

“Apabila seorang Muslim berdoa untuk saudaranya tanpa sepengetahuannya, para malaikat akan berkata, ‘Amin, dan bagimu juga yang sama.’”

(Hadis riwayat Muslim)

Hadis ni menunjukkan bahawa bila kita berdoa untuk orang lain, kita juga akan mendapat kebaikan yang sama dari doa kita tu.

Jadi, jangan kedekut untuk berdoa untuk orang lain, sebab kita pun akan dapat kebaikan daripada doa kita tu.

Cara nak berdoa untuk orang lain:

  1. Ingatkan diri untuk selalu berdoa selepas solat, bukan hanya untuk diri sendiri, tapi juga untuk orang lain.
  2. Berdoa untuk orang yang dekat dengan kita, macam keluarga, kawan, jiran, dan rakan kerja.
  3. Jangan lupa berdoa untuk umat Islam yang sedang menghadapi masalah, contoh: yang dalam peperangan atau yang kurang bernasib baik.
  4. Berdoa untuk orang yang baru meninggal, mintak Allah ampunkan dosa-dosa mereka dan tempatkan mereka di kalangan orang yang beriman.

Dengan berdoa untuk kebahagiaan orang lain, jiwa kita akan jadi lebih tenang dan positif. InsyaAllah, kita akan rasa lebih dekat dengan Allah dan jiwa kita pun jadi lebih kuat!

Step 10: Duduk dalam Jemaah

Duduk dalam jemaah ni boleh kuatkan jiwa yang lemah. Jemaah yang besar akan bagi aura yang besar pada diri kita. Contoh macam kita selalu duduk dengan jemaah masjid. Elakkan menyendiri.

"Lagi banyak kita doakan kebaikan untuk orang lain, lagi berganda ganda kebaikan yang kita akan dapat."

Step 11: Luangkan masa bersama alam semulajadi

Spend time dengan alam semulajadi macam pergi hiking, jalan-jalan kat taman, atau picnic tepi pantai. Alam ni boleh tolong tenangkan jiwa kita, sekaligus buat kita rasa lebih kuat dan seimbang.

Step 12: Senyum dan ketawa

Senyum dan ketawa ni satu cara mudah nak kuatkan jiwa. Bila kita senyum, kita rasa lebih positif dan bahagia. Jangan lupa, senyum itu sedekah tau!

Step 13: Jaga kesihatan fizikal

Kesihatan fizikal tu penting gak untuk kuatkan jiwa. Jadi, jangan lupa bersenam, makan makanan yang sihat, dan cukup tidur. Bila badan kita sihat, jiwa kita pun jadi lebih kuat.

merawat jiwa yang lemah

Step 14: Berkawan dengan orang yang positif

Kawan dengan orang yang positif ni sangat penting dalam membantu kuatkan jiwa kita. Orang positif ni mempunyai sifat-sifat yang baik, macam sentiasa bersyukur, tak suka mengeluh, dan suka tolong orang lain. 

Bila kita berkawan dengan orang macam ni, kita akan terikut-ikut sifat baik dorang dan jadi lebih positif juga.

Rasulullah SAW pernah bersabda:

“Seseorang itu akan mengikuti agama sahabat karibnya, maka hendaklah seseorang di antara kamu memperhatikan siapa yang dia jadikan sahabat karib.”

(Hadis riwayat Abu Dawud dan Tirmidzi)

Dalil ni menunjukkan betapa pentingnya kita memilih sahabat yang baik, sebab sahabat akan mempengaruhi cara kita hidup dan berfikir.

Cara nak cari kawan yang positif:

  1. Join aktiviti atau kelab yang minat, contoh: kelab sukan, kelas mengaji, atau sukarelawan.
  2. Jauhi geng yang suka gossip dan sentiasa negative.
  3. Kalau ada kawan yang positif, cuba dekatkan diri dan belajar sifat baik daripada dia.
  4. Jangan segan untuk buat kawan baru, tapi pastikan dorang ni memang positif dan baik.
  5. Ingat, kualiti kawan lebih penting daripada kuantiti. Better ada satu dua kawan yang baik daripada ramai tapi negatif.

Nak rawat jiwa yang lemah ni, memang kena ada kawan yang positif sebab dorang akan bagi semangat dan dorongan untuk kita terus berusaha jadi lebih baik. 

Jadi, usaha la untuk cari kawan yang betul-betul baik dan positif. InsyaAllah, jiwa kita pun jadi lebih kuat!

Step 15: Belajar maafkan diri sendiri

Kadang-kadang kita kena belajar maafkan diri kita sendiri. Jangan terlalu keras pada diri sendiri kalau kita buat kesilapan. 

Maafkan diri, belajar dari kesilapan, dan move on. Bila kita maafkan diri sendiri, jiwa kita pun jadi lebih kuat.