Belajar cara nak rawat anxiety dengan mudah

First kenal pasti dulu apa itu anxiety. Kalau dah kenal & dah faham, boleh la kita merawat anxiety ni dengan mudah. 

Ramai orang ada anxiety, tapi tak ramai orang tahu yang dirinya ada anxiety.

Sebenarnya anxiety dah pun jadi pada diri, cuma tak perasan je sebab tak tahu. Jom baca artikel ni untuk tahu lebih lanjut. 

Content

Belajar punca anxiety sebenarnya

 Ilmu tu penting sebelum kita buat apa apa. Bila kita dah belajar, baru timbul keyakinan dalam diri. Bila dah yakin, baru kita buat. Bila kita buat, baru la masalah anxiety akan selesai. 

Tapi nak belajar kat mana masalahnya?

Simple. Sekarang kan zaman IT. Buat je research kat google. Mudah & senang sangat.

Tinggal nak baca je point point penting macam kita baca sekarang ni. Lagi lagi kita ada kat  zaman tiktok, ada je banyak perkongsian dari doktor doktor pakar & pengamal perubatan Islam.

Boleh search & dengar bila bila. Memang tak ada lagi istilah, “TAK TAHU”. Semua kita boleh belajar semudah ABC. 

Anxiety sebenarnya "hypersensitive"

Bila dalaman kita terlalu “hypersensitive” maka kita jadi mudah untuk merasa. 

  • Mudah rasa dengan keadaan sekeliling kita.
  • Mudah rasa baik buruk pada jiwa manusia yang lain.
  • Mudah rasa tempat yang tak elok & sebagainya.

 

Cuma hypersensitive ni akan lebih merasa kepada benda benda yang negatif sahaja. 

Sebab benda negatif disekeliling kita ni banyak. Termasuk la manusia manusia yang berhati toksik. So bila kita anxiety, kita akan peka dengan benda benda negatif. 

Orang lain mungkin tak nampak apa yang kita nampak. Tapi kita boleh nampak & rasa. 

"Super hypersensitive bermaksud dalaman kita ni sangat sangat peka, sampai kuman pun kita nak kaji."

anxiety

Ada gerak hati yang tersangat kuat

Biasanya anxiety ni dikaitkan dengan ‘gerak hati yang sangat kuat’ Bahasa lain kita sebut insting, naluri atau sixth sense. 

Majoriti pesakit yang alami anxiety, boleh membaca jiwa & watak orang lain dengan mudah.

Tapi bukan semua pesakit akan mengaku boleh membaca jiwa orang lain. Kadang pesakit sendiri tak tahu. Yang dia fikir, dia cuma banyak berfikir & banyak bersangka sangka. 

Normal kalau kita ada insting yang sangat kuat, pada masa yang sama kita akan mudah trigger dengan benda benda negatif yang ada disekeliling. 

Bila hari hari jadi macam ni, otak jadi stress dan terbeban. Itu yang menyebabkan kita jadi ‘overthinking’ Sebab kita trauma, macam macam benda kita dah tengok & jadi depan mata. 

Bukan sekali, tapi berkali kali. 

Ini yang biasa jadi pada kebanyakan pesakit anxiety lah. Mungkin tak semua alami macam ni sebab tak perasan atau dah kena ‘brainwash’ dengan orang yang memang tak percayakan perkara macam ni. 

"Gerak hati yang terlalu kuat boleh sebabkan otak kita jadi overload & stress sepanjang masa."

Tanda tanda anxiety

Ni yang biasanya pesakit alami bila terkena anxiety:

1. Selalu rasa berdebar tanpa sebab yang jelas. 

2. Selalu rasa ada benda bergerak gerak dibalik kulit. 

3. Selalu rasa ada benda duduk atas bahu. Bahu rasa berat. 

4. Selalu banyak angin pada tubuh badan. Menggeletar & rasa nak muntah. 

5. Ada masalah gerd pada diri. 

6. Selalu rasa takut tanpa sebab yang jelas. 

7. Selalu diserang panic attack

8. Selalu rasa diri diperhatikan. 

9. Hilang keseimbangan badan. 

10. Selalu mimpi yang bukan bukan. 

11. Selalu rasa sesak nafas tanpa sebab yang jelas. 

12. Selalu rasa sakit jantung. Tapi sebenarnya tak ada. 

13. Selalu rasa dada tak selesa. Fikir nak mati. 

14. Selalu sangat fikir nak mati, macam dah tiada harapan & lain lain. 

15. Terlalu sangat risau tentang kesihatan diri. 

16. Takut bila mendengar berita buruk, kematian & lain lain. 

17. Selalu rasa nak marah. 

18. Hati yang terlalu sensitif. 

19. Kerap bertengkar dengan pasangan disebabkan hal hal yang kecil. 

20. Cepat penat tanpa sebab yang jelas. Malas nak fikir semua benda. 

rawat anxiety

Step 1: Solat hajat 7 hari

Buat solat hajat. Allah Maha Mengetahui. Kita tak tahu apa apa. Minta dulu pada dia. 

Sebab hanya Allah sahaja yang boleh sembuhkan diri kita. Dirikan solat hajat selama 7 hari dengan niat yang sama. Untuk sembuhkan penyakit anxiety.  

Nak buat solat hajat ni mudah, kita boleh buat 2 rakaat atau 4 rakaat. Ikut kemampuan diri kita. Buat selama 7 hari berturut turut. 

Minta sungguh sunguh pada Allah untuk diberikan jalan keluar. Baru kita usahakan yang lain. 

Step 2: Buat ruqyah mandiri

Ruqyah mandiri ni penting untuk kita buang benda benda tak elok pada diri. 

Mana la tahu, punca anxiety yang kita alami ni mungkin disebabkan adanya benda benda tak elok pada diri.

Mana la tahu kan.

Tak perlu pun kita terburu buru jumpa doktor & perawat ruqyah. Kita try buat pada diri sendiri dulu. Kalau tak mampu, baru kita minta bantuan dari orang lain. Simple. 

Ruqyah mandiri: Bermaksud kita membaca ayat ayat Al Quran pada diri dengan niat untuk buang benda benda tak elok.

Kalau betul anxiety kita ni berpunca dari gangguan jin dan benda benda tak elok, automatik simptom anxiety akan hilang. Amalkan ruqyah mandiri. 

"Ruqyah mandiri boleh buang unsur unsur yang tak baik pada diri kita. Sekali gus boleh merawat penyakit yang sedia ada."

Step 3: Sibukkan diri dengan kerja

Sibukkan diri dengan kerja akan buatkan kita tak ada masa untuk fikir benda benda yang kita tak patut fikir. 

Kalau kita tak ada kerja, kita mula fikir benda bukan bukan. Benda yang tak ada pun kita boleh adakan. 

So penting untuk kita buat macam macam aktiviti yang bermanfaat. Kita akan lupa yang kita ada anxiety. 

Kesan dia, anxiety akan pergi dari diri kita. Kita akan lupa yang kita ada anxiety. Lepas tu sikit sikit simptom anxiety akan hilang. Elakkan duduk bersendirian. Cari kerja yang rilek, contoh macam menulis. 

Simple. 

"Kalau kita busy, kita akan lupa dengan anxiety dan anxiety boleh hilang sendiri."

Step 4: Kena keluar berjalan jalan

Jalan jalan ni wajib ya untuk pesakit anxiety. 

Jangan terperuk duduk dalam rumah je, lepas tu harapkan kesembuhan. Tak boleh macam tu. Memang tak jadi apa biasanya. 

Kita kena keluar dari rumah, banyakkan bergerak & tengok pemandangan. 

Jalan kat tepi pantai ke, jalan jalan bercuti ke, asalkan kita berjalan. Kita kena dapatkan suasana yang berbeza dari rumah. 

Bila hari hari tengok benda yang sama, lalu suasana yang sama, itu yang buat kita stress. Kalau kita banyak bergerak & lalu suasana yang berbeza, kita takkan stress.  Pada masa yang sama kita dikira sedang merawat anxiety pada diri sendiri. 

"Jangan buang masa fikir pasal anxiety, nanti anxiety merajuk & tinggalkan diri kita"

Step 5: Luahkan apa yang terpendam

Wajib luahkan apa yang kita simpan dalam hati. Lagi simpan, lagi menyakitkan. So kita wajib cari kawan untuk kita bercerita. 

Tak ada kawan? Tak ada masalah, boleh buat appointment dengan doktor psikologi. Luahkan apa yang kita rasa. Ni semua membantu untuk kita cepat pulih dari anxiety. 

"Jangan asyik fikir tentang sakit. Bukan sakit yang buat kita fikir. Tapi fikir la yang buat kita sakit.

Step 6: Jaga pemakanan & makan buah buahan

Jaga pemakanan penting untuk pesakit anxiety.

Bila pemakanan terjaga, selalu makan makanan yang berkhasiat, sebenarnya membantu juga untuk kita pulih. 

Elok makan buah, makan makanan sunnah macam olive oil & habatussauda. Ni semua memang membantu diri untuk sembuh. 

Makan benda benda yang tak berkhasiat pun boleh buat kita stress, lambat pulih & sebagainya. Kita adalah apa yang kita makan. Simple. 

Step 7: Bersukan boleh bantu pesakit anxiety untuk sembuh

Sukan boleh bantu badan kita untuk pulih dengan cepat. Lagi banyak kita sukan, lagi cepat kita proses pemulihan tu berlaku.

Ni pun dikira rawat anxiety jugak. Keluarkan peluh setiap hari, biarkan semua organ kita aktif. Baru otak kita jadi aktif & boleh berfikir dengan waras.

Sukan boleh bantu dalam proses pemulihan mental. So nak rawat anxiety, kita kena bersukan.

Kita buat sukan dalam seminggu dulu, lepas seminggu kita tengok perubahan anxiety pada diri. InsyaAllah kita akan nampak perubahannya walaupun tak sepenuhnya. 

Kesimpulan

Sakit ni boleh baik. Bukan tak boleh baik. Cuma masa & kesungguhan tu diperlukan. 

Kesabaran yang tinggi diperlukan untuk kita pulih sepenuhnya. Kaedah apa pun boleh untuk sembuhkan anxiety, asalkan dalam keredhaan Allah. Sakit ni datang untuk kita belajar, bila kita dah belajar, insyaAllah kita akan sembuh. 

Sembuh kita dapat, ilmu pun kita dapat. Hanya Allah yang Maha Mengetahui. 

Team Imuslim

Team Imuslim

Digital Content Writer - Menulis content yang berkaitan dengan kehidupan seorang Muslim.

Feedback Artikel

Feedback yang diberikan penting untuk membuat artikel yang lebih baik dari masa kesemasa.