11 cara nak pulihkan hubungan suami isteri

Sebelum buat apa apa, belajar dulu macam mana cara. Kalau semua nak main hentam je, memang sampai bila bila takkan jadi.

Nak pulih rumahtangga senang je, kita buat step step dia. Buat dengan yakin, tawakal pada Allah, insyaAllah jadi. Salah satu cara kaedah haram nak pulihkan rumahtangga, main ilmu hitam. 

Tapi jangan, sebab kita ada macam macam kaedah yang halal. 

Bila buat, kunci dia nak kena yakin je. InsyaAllah baru menjadi. Paling penting kena yakin dengan kuasa Allah. Kita usaha kemudian tawakal pada Allah. 

Secara Umum

Amalkan sikap suka meminta maaf

Korang jangan ego nak minta maaf dengan pasangan. Minta maaf ni bukan bermaksud kita ni betul betul bersalah tau, tapi minta maaf ni satu attitute yang bagus untuk kita amalkan kalau kita nak orang disekeliling sayang dengan diri kita. 

Sekali pun korang pasangan ego, percaya la hati dia sejuk sebenarnya bila dengar perkataan maaf dari korang. So, jangan fikir minta maaf ni satu benda yang memalukan diri kita. 

Maaf ni perkataan keramat yang boleh lembutkan hati sesiapa pun yang mendengarnya. Asalkan bila korang minta maaf tu pastikan dengan nada lembut & ikhlas lah. 

Kalau buat buat macam terpaksa, memang tak jadi. So ikhlaskan diri korang dulu sebelum nak minta maaf. 

Paling penting, tak perlu korang susah payah nak tegakkan benang yang basah ya. Make it simple. 

Kalau korang rasa korang tak boleh minta maaf, korang angkat kaki je dari kehidupan pasangan.

Tapi kalau korang rasa korang nak hidup dengan pasangan lagi, masih fikir tentang anak anak, masih fikir tentang orang lain, korang minta je maaf. Walaupun nampak macam tipis je peluang tu, try je minta maaf. 

Sebab korang takkan tahu hati manusia tu macam mana sebenarnya. Allah je yang lebih tahu segala galanya. 

Kita minta maaf bila kita sendiri yang nak bersama dengan pasangan. Kalau kita memang dah tak nak hidup dengan pasangan. Tak payah minta maaf pun tak apa.So tak ada paksaan. Melainkan kita memang nak pulihkan masalah rumahtangga. 

Orang Malaysia ni majoriti hati dia lembut. Lagi korang keras kepala, lagi keras respon dia. Tapi kalau korang minta maaf, cakap lembut lembut, biasanya hati dia akan lembut juga walaupun diri dia masih ego.

Wajib tanam sifat bertolak ansur & mengalah

Zaman sekarang semua nak menang. Tak ada yang nak kalah. Tu yang lagi susah pasangan nak tolak ansur. Dah terikut ikut dengan trend ‘semua nak menang’.

Itu yang banyak kes cerai. 

Tak nak cerai tak apa, kita guna cara halus untuk menang. First kita tanamkan dulu sifat tolak ansur & selalu mengalah dalam diri. Kita pergi mana mana, kita mengalah je. Buat bodo dengan semua benda. 

Buang sifat asyik nak menang & debat pada diri. Banyak diamkan diri. InsyaAllah kita akan rasa hidup kita lebih aman & damai dari sebelum ni. Serahkan semua urusan kita dengan Allah.

Kita berpegang yang kita selalu berjalan dalam takdir Allah. Allah sebaik baik perancang. InsyaAllah. 

Belajar memahami jiwa pasangan

Semua orang suka kalau ada orang dapat faham jiwa dia macam mana. Termasuk la kita sendiri. 

Kita mesti suka dengan orang yang dapat faham diri kita. Apa apa kita akan mengadu dengan dia sebab dia dapat faham kita. So nak pasangan suka pada diri kita, kita kena jadi seorang yang memahami pasangan. Tak tahu apa, benda boleh belajar. 

Ada orang boleh baca jiwa semudah ABC melalui gerak hati. 

Ada orang boleh baca jiwa semudah ABC melalui tanda tanda psikologi yang ada pada diri pasangan. 

So kita nak yang mana? Faham & menghayati jiwa pasangan ni benda yang paling pasangan suka, sebab dia rasa ada orang bagi perhatian pada diri dia. 

So kalau kita ni faham pasangan, kita cakap kita faham dia, kita terangkan balik apa yang dia rasa sebagai bukti. Mesti pasangan tu menangis, sebab akhirnya ada juga yang faham diri dia. 

Kita kena belajar macam mana nak faham jiwa pasangan, baru pasangan pun akan belajar untuk faham diri kita. 

Kalau kita nak sesuatu, kita kena buat dulu, baru kita akan dapat. 

Benda macam ni mungkin nampak remeh pada sesetengah orang, tapi percaya lah, faham jiwa pasangan ni boleh bantu kita untuk selesaikan masalah ni dengan mudah. 

Jangan putus asa, jangan bagi alasan, kita boleh. Paling penting jangan merungut. Positif sentiasa. 

Buang ego diri

Ego kena buang. Jangan bela kalau tak mampu nak jaga. Kalau tak buang, mahu bernanah nanti.

So baik bersihkan diri kita dari ego. Sapa pun boleh menyampah. Allah pun tak suka. Tak payah la bela lama sangat ego tu. Kalau betul kita mengaku tak ego, apa kata kita buat benda benda ni. 

  • Jangan malu nak minta maaf. 
  • Jangan malu mengaku salah walaupun tak salah. 
  • Jangan malu untuk rendahkan diri pada pasangan. 
  • Jangan malu untuk mulakan langkah.

Selagi kita malu, bermaksud kita masih lagi ego. Ego ni akan buat kita rugi je. Baik buang cepat cepat. Lagi banyak rezeki kita masuk. Nak dengan tak nak je. Beruntung la kalau kita termasuk orang orang yang berjaya buang ego. 

Nak selamatkan rumahtangga, kena buang ego dulu. Kalau tak, hidup la dengan ego tu sorang sorang.

Ego Lelaki
Lelaki punya hal... 98%
Ego Perempuan
Perempuan punya hal... 80%

Amalkan senyum setiap masa

Paksa diri untuk selalu senyum dihadapan pasangan. Selalu tunjukkan keceriaan. Selalu tunjukkan kasih sayang. 

Senyum boleh melembutkan hati pasangan. Tapi jangan terlalu berlebihan. Jangan sampai pasangan rasa rimas. 

Bila pasangan serius, kita juga perlu serius. Secara umumnya, senyum lah. Sesiapa pun akan lembut hatinya. 

Jangan mendesak

Jangan sekali kali mendesak pasangan. Lagi kita desak, lagi pasangan menjauh. Kita harapkan dia akan datang, tapi sebenarnya kita buat dia lagi jauh. 

Kalau tak benda macam ni, jangan la buat. Kita cakap elok elok, kita pujuk & minta maaf kalau kita ada buat salah. Simple kan? 

Beri ruang & masa pada pasangan jika dia perlukan masa. Lagi kita mendesak pentingkan diri, lagi pasangan akan menjauh. 

Desak mendesak ni buat kita lagi jauh dengan pasangan. Bukan menyelamatkan hubugan. Buang jauh jauh sifat desak ni. Jangan overthinking. 

Tarik nafas & tenang. Lagi kita tenang lagi semuanya akan okey. 

Mendesak akan buatkan pasangan lagi menjauh dari kita. Lagi kita desak, lagi dia akan jauh. So jangan mendesak. InsyaAllah dia akan datang.

Jangan guna nama anak atau orang lain

Kalau kita nak berjumpa pasangan, jangan sesekali gunakan nama anak. 

Sikit sikit nak jumpa anak. Sikit sikit rindu pada anak. Sikit sikit nak bawa anak jalan. Kalau kita rindu dengan pasangan, jujur yang kita rindu padanya. Bukan guna alasan atas nama anak. 

Pasangan akan terasa hati jika kita lebih utamakan anak. Kita mesti adil. Tunjukkan kasih sayang pada pasangan & anak. Bukan salah satunya. 

Spesifik

Jadi diri sebenar dihadapan pasangan

Tunjukkan diri kita yang sebenarnya. Tak perlu ego untuk rahsiakan kasih sayang kita pada pasangan. Kalau kita memang sayang pada pasangan, ucapkan perkataan sayang pada pasangan. 

Tunjukkan kasih sayang kita pada pasangan. Jangan ego. Jangan kata sayang tapi tak mahu tunjuk. 

Ingat! Pasangan bukan tuhan, boleh tahu isi hati kita. Jadi apa yang ada dihati, tunjukkan pada pasangan. 

Jika kita terasa, tunjukkan juga pada pasangan. Jangan disembunyikan. So simple. 

Contents
Spesifik

Step 1: Minta maaf atas kesalahan yang lalu

Yang ni memang jelas, kita kena minta maaf. Mustahil lah kita tak ada dosa dari yang lepas lepas.

Tanya pasangan apa dosa kita yang lepas, confirm banyak yang dia akan listkan.  Lepas tu try minta maaf dengan hati yang ikhlas. Minta ihsan untuk dia maafkan kita. InsyaAllah hati akan menjadi lembut, semua urusan akan berjalan dengan lancar. Buang ego jauh jauh. Muhasabah diri. Jika kita nak berbaik semula, ini lah jalannya. Minta maaf walaupun kita tiada salah. 

Step 2: Ubah rutin harian

Ubah semua kebiasaan yang kita buat. Reset semula rutin harian yang biasa kita buat. 

Jangan ulang ulang benda yang sama. Kita ubah jadi pattern lain. Baru pasangan tengok ada kelainan. Dia tak rasa macam sama. 

Dia rasa macam hidup baru. Dengan pasangan baru. Mungkin sebelum ni kita busy kerja. Cuba sekarang kita ubah, fokus sepenuhnya pada pasangan. Jangan asyik fokus kerja. Dari tak masak, kita start memasak. Dari tak kemas rumah, kita start mengemas. Life is simple. Nak dengan tak nak je.  

Ubah rutin harian akan ubah pandangan pasangan pada diri kita. So benda ni penting. Jangan anggap remeh. Tapi kalau kita sendiri anggap benda ni remeh & asyik tangguh tangguh. Rasanya memang tak jadi kut.

So apa kata kita berusaha dengan mengubah rutin harian kita. Nampak simple, tapi bagi kesan mendalam pada hubungan kita dengan pasangan. InsyaAllah. 

Pulihkan hubungan suami isteri
Berbincang dengan pasangan adalah salah satu cara untuk kita pulihkan hubungan suami isteri.

Step 3: Cuba memujuk

Pujuk pasangan. Jangan bagi alasan tak tahu pujuk. Tak tahu boleh belajar. Buka youtube & google. Study hard macam mana nak pujuk pasangan. 

Mengaku sahaja semua salah kita pada pasangan. Simple. Buat pasangan rasa selesa & terpujuk. Jika dia ego, teruskan memujuk. 

Paling penting tanyakan pada pasangan, apa yang dia nak kita buat. Penuhi semua permintaan pasangan. Kalau diluar kemampuan kita, usahakan berbincang supaya pasangan boleh maafkan diri kita. 

Jangan cakap tak tahu nak pujuk pasangan. Zaman sekarang kita boleh belajar semua benda semudah ABC. Kalau betul sayang, tunjukkan usaha kita. Simple.

Step 4: Try jadi pendengar yang baik

Minta pasangan luahkan apa yang dia pendam selama ni. Kita kena jadi seorang pendengar yang baik. Mesti dengar apa yang disampaikan pasangan. 

Sesiapa pun akan suka jika kita memberikan perhatian tentang dirinya. 

Jangan campurkan dengan cerita yang lain. Fokus sepenuhnya pada cerita pasangan. Jika pasangan bercerita, dengarkan A sampai Z. Jangan kaitkan dengan cerita orang lain. 

Step 5: Bawa pasangan keluar

Wajib bawa pasangan keluar dari rumah. Tujuannya supaya pasangan dapat mood yang baru. Macam mana kita nak pujuk pasangan yang tengah stress? 

So mesti kena bawa keluar dari rumah. Mesti pergi ketempat lain. Kita berborak, berbincang dengan pasangan bila kita dah ada kat tempat lain. Asalkan bukan dalam rumah. 

Step 6: Berpakaian kemas

Pakaian main peranan besar dalam perhubungan kita dengan pasangan. Tunjukkan keseriusan kita pada pasangan dengan berpakaian kemas. 

Pakaian yang kemas membantu untuk kita pulihkan hubungan. 

Mana nak jadi kalau pakaian kita pun selekeh & buruk. Pasangan tengok pun tak ada selera. 

Pakaian sangat penting dimata manusia. Jangan sesekali remehkan pakaian. Boleh baca dekat sini untuk tahu dengan lebih jelas tentang ilmu dipandang tinggi. 

Step 7: Memakai Wangian

Pakai minyak wangi non alkohol. Wangian boleh buat aura kita membesar. 

Wangian boleh kuatkan diri kita. Wangian boleh jadi sebagai penarik diri supaya pasangan rasa selesa dengan kita. 

Jadi pakai la wangi wangian yang lembut. Aura kita akan semakin kuat. InsyaAllah bantu perbaiki hubungan juga tu. 

Step 8: Berhenti hisap rokok

Kalau kita hisap rokok, cuba usaha untuk berhenti. Tahu, bukan senang nak berhenti. Tapi berusaha la sekuat tenaga untuk berhenti hisap rokok.

Bukan laki je yang hisap rokok, zaman sekarang perempuan pun terjebak sekali hisap rokok. So nasihat untuk berhenti rokok ni bukan pada lelaki je. Perempuan sekali.  

Berhenti hisap rokok mungkin bagi kesan pada diri. Tapi sedikit sebanyak membantu untuk baikpulihkan hubungan kita dengan pasangan. 

Kalau kita serius nak kembalikan hubungan dengan pasangan, berhenti hisap rokok. 

Rokok ni kan asap. Asap ni pulak makanan jin. Setiap hari kita mengundang jin untuk datang bertamu dalam rumah. Itu yang selalu panas dengan pasangan. 

Step 9: Dapatkan khidmat nasihat dari orang lain

Kadang kadang kita tak tahu apa punca masalah rumahtangga kita jadi macam ni. So pentingnya untuk kita dapatkan khidmat nasihat dari orang lain. 

Sama ada kita dapatkan khidmat nasihat dari keluarga, kawan baik atau dari pakar kaunseling. Banyak je pakar kaunseling kat luar sana. Tak perlu pergi ke kerajaan. 

So bila kita dapatkan khidmat nasihat dari yang sepatutnya, insyaAllah minda kita akan terbuka. 

Dan kita akan nampak banyak jalan untuk selesaikan masalah rumahtangga yang kita alami. 

Salah cara untuk pulihkan hubungan suami isteri adalah dengan mencium tangan suami

Step 10: Dapatkan rawatan Islam

Kadang kadang masalah rumahtangga tu berpunca dari masalah gangguan jin. 

Bila diri & pasangan terkena gangguan jin, memang setiap hari kita akan bergaduh. Benda kecik pun boleh jadi besar. 

Jadi pentingnya untuk kita buat check up dengan pengamal perubatan Islam untuk pastikan kita & pasangan ni ada terkena atau pun tak. 

Kalau pada diri kita memang ada gangguan jin, berubat. InsyaAllah masalah rumahtangga kita akan pulih. 

Step 11: Memperbetulkan solat wajib

Ramai orang ada masalah rumahtangga disebabkan gangguan jin. Sama ada gangguan tempias, sihir & saka. 

Kebanyakan punca untuk masalah ni ialah kerana meninggalkan solat fardu. Bila kita meninggalkan solat fardu, diri & keluarga kita terdedah kepada gangguan sihir & saka. 

Bahasa lain, diri & pasangan tiada perlindungan dari gangguan ghaib. 

Bila tiada perlindungan pada diri, semudah abc jin jin yang ada diluar sana akan masuk & mengancurkan rumahtangga kita. 

Jadi untuk adakan protection pada diri, kita mesti mula memperbetulkan solat wajib pada diri kita. 

Betulkan solat, kalau nak rumahtangga kita dibetulkan. Allah je boleh selamatkan rumahtangga kita.

Tambahan 1

Mesti ingat tarikh hari jadi, tarikh ulangtahun perkahwinan & tarikh tarikh yang penting.  Mungkin nampak remeh. 

Tapi kalau kita ingat semua benda penting, boleh sejukkan hati pasangan. Boleh buat dia nampak yang kita ni serius nak berbaik dengan dia semula. 

Jadi, cuba ambil tahu benda benda yang kita anggap remeh. Remeh pada diri kita, tapi pada pasangan mungkin perkara tu besar. 

Tambahan 2

Panggil pasangan dengan nama yang manja. Nama nama yang dia mungkin suka. Panggillah pasangan dengan panggilan manja. Mungkin pada kita panggilan tu remeh. Tapi pada pasangan, panggilan tu sangat besar buat dirinya. 

Tambahan 3

Ambil tahu urusan kerja pasangan. Jika dia memasak, kita ambil tahu apa yang dia masak, macam mana kerja dia. 

Jika dia bekerja di pejabat, tanya & ambil berat tentang pekerjaannya. Jadilah seorang yang caring pada pasangan. Hati dia akan lembut selembutnya. 

Yang simple jangan kita susahkan. Yang susah jangan kita simplekan. Benda simple. 

Tambahan 4

Jaga perkataan kita pada pasangan. Jangan sesekali ada perkataan perkataan yang merendahkan diri pasangan. 

Pada kita mungkin biasa, tapi pada pasangan dia mungkin terasa hati walaupun dia kata okey. Jangan kita jahil dalam menjaga jiwa pasangan. Semakin kita jahil, semakin hidup kita akan hancur. Jadi jagalah perkataan. Setiap hari bermuhasabah. So simple. 

Kesimpulan

Kebanyakan masalah rumahtangga ni berpunca dari kesilapan diri sendiri. Hampir kesemuanya. Tapi bukan kesemuanya. 

Pengamal perubatan Islam mungkin terima banyak kes sihir & saka untuk masalah ni. Tapi percaya la, kebanyakan berpunca dari diri sendiri. 

Sebab tu ilmu sebelum berkahwin tu penting. Bukan semua orang sama pemikirannya. Ada yang peka, ada yang tak peka. Ada faham & ada yang tak faham. 

Itu yang jadi huru hara tu. So harap artikel ni dapat jelaskan semuanya.

Kalau kita dah baca, maknanya kita dah tahu apa nak buat. Belajar tapi tak buat, maksudnya tak ada makna apa apa. Kita hanya buang masa baca artikel ni. 

Baca & terus amalkan start hari ni atau esok, kita akan nampak hasilnya. InsyaAllah.  

Team Imuslim

Team Imuslim

Digital Content Writer - Menulis content yang berkaitan dengan kehidupan seorang Muslim.

Feedback Artikel

Feedback yang diberikan penting untuk membuat artikel yang lebih baik dari masa kesemasa.