21 cara untuk menjadi isteri yang baik pada suami

Kalau kita nak pasangan yang terbaik dalam hidup, kita mesti menjadi baik dulu. 

Kalau kita sendiri pun tak berapa baik, jangan harap tinggi sangat untuk dapatkan yang terbaik. 

So kalau kita nak dapatkan suami yang baik, kita mesti jadi isteri yang baik dulu.

Baru la kita akan dapat suami yang baik.

Nak jadi isteri yang baik, kalau bercakap memang mudah, tapi nak praktikal kan tu yang susah. 

Syukur kita ada niat untuk menjadi yang terbaik diantara yang terbaik. 

Contents

1. Tunjuk akhlak yang baik

Pertama sekali akhlak mesti baik. 

Ni paling basic yang kita kena baiki dalam hidup kita. Akhlak ni termasuk la bercakap lemah lembut, menghormati & menjaga adab. 

Akhlak kalau tak berapa baik, akan buatkan orang lain kurang senang dengan diri kita. Lagi lagi suami. 

So baiki akhlak ni penting sebelum kita baiki soal yang lain. 

Bila kita dah biasa dengan sifat sifat yang baik pada diri, kita kekalkan sifat baik tu pada diri. Biar kekal selama lamanya. 

InsyaAllah suami akan jadi lembut & sayang dengan diri kita. Semuanya kerana asbab “akhlak yang baik”

2. Selalu tanya keadaan suami

Wajib tanya keadaan suami pada setiap masa. Tapi bukan lah sampai merimaskan suami. 

Cukup kita ambil tahu, apa yang perlu kita tahu tentang suami. 

Antaranya:

1. Pakaian suami

2. Makanan suami 

3. Keadaan dia bekerja 

4. Hubungan dia dengan kawan kawan 

5. Perasaan suami pada diri kita & suasana dalam rumah

Tanya semua benda benda yang dianggap penting akan buatkan suami rasa ada orang ambil berat pasal diri dia. 

Dia akan rasa kasih sayang tu daripada kita, sebab kita selalu bertanya & cuba untuk memahami diri dia. 

Kalau tak tanya, lain jadinya nanti. Biasanya suami akan makan hati dalam diam. Lama lama dia akan jumpa dengan perempuan yang ambik berat pasal dia. 

Masa tu la baru kita nak belajar ambil hati suami. Tak bole macam tu patutnya. 

3. Selalu sediakan keperluan suami

Wajib sediakan keperluan suami. 

Buat semua yang patut kita buat tanpa disuruh atau diminta. Ini semua tak lain tak bukan hanya untuk permudahkan segala urusan suami. 

Suami akan rasa senang & mudah sebab kita yang sediakan semuanya. 

Kita sediakan makan, kita sediakan pakaian, kita sediakan tempat tidur & kita tolong kirakan sekali berapa duit yang tinggal dalam dompet dia. 

Semua ni akan buat suami rasa seronok. Rasa ada orang yang uruskan diri dia. 

Ibarat anak dengan mak, macam tu la suami dengan isteri. Susah seorang suami nak tinggalkan isteri yang macam ni, kecuali mata hati dia telah dibutakan Allah. 

4. Jaga maruah diri & suami

Wajib menjaga maruah dihadapan semua orang. Wajib jaga maruah diri & wajib jaga maruah suami. 

Maruah kita adalah maruah suami. Kalau kita buat benda yang memalukan, suami akan dapat malu juga. 

Ini bermaksud, maruah kita & suami adalah satu. Bila kita tunjukkan sifat yang baik pada orang lain, orang bukan puji kita saja, tapi dia akan puji juga suami kita. 

Semua kebaikan yang kita buat, suami akan dapat sama tempiasnya. Semua keburukan yang kita buat, suami pun akan dapat sama tempiasnya. So menjaga maruah diri ni penting. 

"Isteri adalah sebahagian dari suami. Suami juga adalah sebahagian dari isteri"

5. Rajin mengemas rumah & memasak

Suami mana yang tak suka dengan isteri yang rajin lagi baik akhlak dia. 

Isteri yang rajin pada pandangan suami adalah seorang isteri yang bertanggungjawab. 

Cerita la macam mana sekali pun, kalau kita malas, suami akan nampak kita ni bukan orang yang bertanggungjawab dalam hidup. 

Bila suami jumpa orang rajin, kemudian compare pulak dengan kita, bersiap sedia la untuk ditinggalkan. 

Artikel berkaitan

6. Tak menghabiskan masa dengan media sosial

Zaman sekarang ramai yang membuang masa dengan media sosial. Tapi bagi isteri yang baik, biasanya dia tidak membuang banyak masa dengan media sosial. 

Bukan bermaksud tak boleh tengok langsung, tapi bermaksud tidak terlalu “membuang masa” sehingga berjam jam mengadap media sosial. 

Fokuskan pada sesuatu yang boleh kita belajar. Bukan membuang masa.

7. Menjaga batas dengan lelaki lain

Sifat yang kita kena ada. Jaga batas dengan lelaki yang bukan muhrim. Mesti jauh. Tak boleh dekat walau sikit pun. 

Jangan bercakap kecuali jika perlu. Jangan berjumpa kecuali jika perlu & jangan buat apa apa pun kecuali urgent saja. 

Makna kata lain, kita jaga la diri kita ni betul betul. Jangan jumpa pun mana mana lelaki kecuali satu keperluan. Nak beli barang ke apa. Baru boleh. 

Kalau sifat macam ni kita ada, baru la kita layak dipanggil isteri yang baik. 

8. Selalu berborak dengan suami

Isteri yang baik ialah isteri yang selalu berborak dengan suami. Banyak bercakap dengan suami antara ciri ciri isteri yang baik. 

Berkongsi tentang kehidupan, berkongsi tentang rutin seharian, bertanya tentang pekerjaan suami & lain lain. 

Tapi pastikan suami juga bercakap. Jangan isteri sahaja asyik bercakap. Kadang kadang perlu juga suami yang bercakap. Mana tahu nak luah sesuatu pada isteri. 

9. Ambil berat tentang suami

Isteri yang baik selalu nya akan ambil berat tentang suami. Tanya khabar dia walaupun hari hari kita dah memang jumpa suami. 

Contoh khabar yang kita patut tanya, tempat kerja, kawan kawan, rasa stress atau tak & macam macam lagi. 

Walaupun hari hari kita jumpa suami & tengok suami macam tak ada masalah je, tak salah kalau kita tanya. 

Kadang apa yang kita nampak dengan mata ni tak semestinya betul. Selalu selalu tanya tentang suami. Dia akan rasa tenang bila dengan kita. InsyaAllah. 

"Walaupun suami itu pemimpin, dia juga manusia biasa yang perlukan perhatian & kasih sayang. Sayangi la suami, maka suami akan menyayangi anda"

10. Selalu memakai pakaian yang cantik

Nak jadi isteri yang baik, kena la jaga pemakaian diri depan suami. Kalau asyik pakai baju buruk buruk je depan suami, macam mana dia tak lari.

Pakai pakaian yang cantik ni sunnah. Lagi lagi depan suami. Kita tarik la perhatian dia pada diri kita dengan berpakaian cantik. Baru la suami akan pandang diri kita je. Tak ada la dia nak pandang perempuan lain. 

Ini kalau dah pakai baju buruk je sepanjang hari, lari la suami tu. Tengok kita pun macam tak ada selera. So elakkan benda ni berlaku. Buat apa yang patut kita buat. 

Jangan cakap tak tahu, sekarang semua info dihujung jari. Nak dengan tak nak je belajar. Simple. 

"Selalu pakai baju buruk didepan suami boleh mendatangkan kesan yang serius dalam hubungan rumahtangga. Antaranya, suami mula memandang perempuan lain"

11. Selalu membela suami

Ini yang paling disukai ramai. Selalu backup suami walau apa pun keadaannya. 

Isteri zaman sekarang, kebanyakan hanya tahu nak memburukkan suami sahaja. Konon nak meluahkan perasaan. Jangan jadikan alasan, untuk memburuk suami.

Ini bukan isteri yang baik. Kecuali jika diadukan atas tujuan memperbaiki rumahtangga.

Contoh, menceritakan keadaan suami pada lawyer, pengamal perubatan Islam, kaunseling & pejabat agama. 

12. Bagi hadiah pada suami sebagai tanda terima kasih

Selalu kita tengok suami je yang bagi hadiah pada isteri. Jarang jarang isteri nak bagi hadiah pada suami. 

Bukan tak ada, ada je isteri bagi hadiah pada suami. Tapi jarang lah. Ramai isteri yang bagi alasan tak kerja, tak ada duit & sebagainya. 

Sebenarnya nak bagi hadiah pada suami ni tak semestinya menggunakan duit. Kita kena pandai la fikir hadiah apa nak bagi. 

Tak semestinya nilai hadiah tu mesti melalui duit. Tak semestinya.  

Nilai hadiah kita letakkan pada keikhlasan dihati kita. Lagi kita ikhlas nak memberi, Lagi tinggi nilai hadiah yang kita bagi pada suami. Suami yang baik akan nampak nilainya. InsyaALLAH. 

"Jangan harapkan suami sahaja yang memberi hadiah. Isteri juga mesti berusaha untuk tunjukkan kasih sayang kepada suami dengan berusaha memberi hadiah yang terbaik kepada suami"

13. Tolong ringankan beban suami

Tak ramai yang suka tolong suami. Biasanya isteri akan serahkan semua tanggungjawab pada suami sepenuhnya. 

Tapi ramai juga isteri yang memang suka nak bantu suami dia. Alhamdulillah kalau macam ni. 

Apa pun yang kita buat, cuba sedaya upaya untuk kita bantu suami. Jangan tengok pada mata kasar semata mata. Tengok lah dengan mata hati. 

Nampak suami senang dimata kita, bukan bermakna suami tu tak susah hati. Kadang kita kena tanya dia betul betul. 

Kalau ada masalah paksa suami untuk bagi tahu kita. Cukup suami luahkan perasaan pun dah kira kita membantu suami. InsyaAllah. 

isteri yang baik

14. Bersyukur dengan pemberian suami

Sentiasa bersyukur dengan pemberian suami.

Jangan sesekali merungut dengan apa sahaja yang suami berat. Lagi kita hargai, lagi suami akan sayangkan kita. 

Bahkan Allah pun suka dengan isteri yang menghargai pemberian dari suami dia. Lagi kita bersyukur, lagi Allah akan tambahkan lagi. 

Jangan sesekali complaint apatah lagi menghina pemberian suami. Itu dosa yang sangat besar. 

15. Tak merungut selama hidup dengan suami

Ciri penting bagi seorang isteri yang baik ialah tidak merungut & selalu memberikan alasan. Ini satu sikap yang buruk, perlu dijauhi.

Punca utama kenapa ramai yang bercerai adalah disebabkan merungut. 

Jangan sesekali merungut dengan kehidupan yang sedia ada. Belajar la bersyukur dengan apa yang kita ada. Maka akan terbuka la rezeki yang lebih banyak & luas. 

16. Tak membuka aib suami

Isteri yang baik takkan buka aib suami pada sesiapa pun. Termasuk lah pada keluarga sendiri. 

So kalau kita nak jadi isteri yang baik, jaga la aib suami sama macam mana kita jaga aib diri sendiri. Macam mana kita tak nak orang tahu aib kita, macam tu juga la kita jaga aib suami. 

InsyaAllah kita akan jadi yang terbaik. Ni sifat penting kena tanam dalam diri. 

17. Fokus pada setiap kata kata suami

Ramai isteri, bila suami cakap, dia buat tak tahu je. So ni bukan ciri yang baik untuk kita amalkan. 

Bila suami tengah cakap, kita fokus apa yang nak disampaikan. Kita dengar & jangan potong. 

Bila kita bawa sifat macam ni, insyaAllah suami akan layan sama macam mana kita layan dia. Doa & usaha insyaAllah jadi. 

18. Usaha cantikkan diri dihadapan suami

Zaman sekarang isteri ni cuma cantik kat luar je. Kat dalam rumah macam setan. Sebab tu banyak suami lari. 

So kita kena ubah lah. Nak jadi isteri yang baik pada suami, kita mesti baikkan penampilan kita dulu. Tak kisah la kita tua ke muda. 

Asalkan kita usaha untuk cantikkan diri didepan suami. Baru la suami nampak diri kita. 

19. Selalu buat untuk diri & suami

Jarang kita nak buat sesuatu untuk orang lain. Tapi kalau dengan suami, cuba kita buat untuk diri & suami. 

Bila kita nak makan, beli lauk, ingat suami sekali. Belikan sekali apa yang suami suka. Simple. 

Hari hari amalkan macam ni, baru lah suami tak pentingkan diri dengan kita. 

Tapi kalau kita ni jenis pentingkan diri sendiri. Semua benda kita buat hanya untuk diri sendiri & bukan untuk suami. Jangan tanya kalau suami kita pun jadi macam tu jugak. 

20. Selalu buat apa yang suami pesan

Kalau suami dah pesan macam ini & macam tu, kita ikut je. InsyaAllah kita patuh apa yang suami cakap. 

Sekali pun kita rasa tak boleh terima, bincang la dengan suami tu elok elok. Tapi biasanya pesan dari suami ni untuk diri kita sendiri juga. Tapi kalau ada pesan yang melanggar syariat Islam tu jangan ikut. 

21. Selalu masukkan nama suami dalam doa

Hari hari doakan kebaikan untuk suami. Selalu doakan suami lebih dari diri kita sendiri.  

Suami memang perlukan doa dari kita. Sebab kita dia boleh berjaya. Kalau suami dah berjaya, kita jugak yang untung. 

Lagi pun setiap kali kita berdoa untuk suami, kita yang akan dapat dulu apa yang kita doakan tu. Simple. 

Kesimpulan

Nak jadi isteri yang baik ni ada banyak cara. Apa pun usaha yang kita buat, niatkan biar kerana Allah. 

Hanya Allah saja yang memegang hati manusia & boleh membolak balikkan hati manusia. 

Key untuk apa saja usaha yang kita buat, adalah dengan mendekatkan diri kepada Allah & meminta kepadaNya dengan penuh yakin. InsyaAllah segala usaha kita menjadi. 

Artikel berkaitan
Team Imuslim

Team Imuslim

Digital Content Writer - Menulis content yang berkaitan dengan kehidupan seorang Muslim.

Feedback Artikel

Feedback yang diberikan penting untuk membuat artikel yang lebih baik dari masa kesemasa.