11 ciri kawan baik yang korang kena jaga

Kawan susah nak dapat. Ramai kawan tak semestinya ada kawan baik. Orang lain ada kawan baik, tapi kawan baik dia tu belum tentu sesuai nak jadi kawan baik dengan kita. 

So nak dapatkan kawan baik yang serasi dengan diri kita memang susah. Tak ramai yang ada kawan baik, tapi kalau kita memang ada. Jaga & hargailah. Kalau hilang, memang susah nak cari penganti. 

Content

1. Selalu ajak jumpa walaupun kita tiada duit

Biasanya kawan baik ni selalu ajak kita keluar walaupun dia tahu kita tak ada duit. 

Dia akan sentiasa ajak kita walaupun dia tahu kita tak mampu nak bagi dia apa apa.

Kadang kadang kita pun tak tahu apa specialnya diri kita ni sampai dia asyik ajak kita keluar & lain lain. So ini lah tanda yang jelas, dia seorang kawan yang baik. 

Kawan yang betul betul ikhlas nak berkawan dengan kita. 

Zaman sekarang tak ramai orang nak berkawan dengan kita sebab diri kita, tapi berkawan sebab ada kepentingan tersendiri. 

2. Selalu belanja kita

Kita bukannya ada duit. Tapi dia selalu je belanja kita. Padahal kita sendiri pun jarang jarang nak belanja dia. So ini lah ciri kawan baik yang memang patut kita jaga. Susah nak cari kawan yang tak pentingkan diri sendiri ni. 

Biasa kalau pasal duit, kubur masing masing.

Kita ni bukan siapa siapa pun. Tapi kawan tu suka nak berkawan dengan kita. So kalau macam tu sifat dia, kita kena jaga la elok elok.

Berkawan tu biarlah sampai ke tua. 

Tapi kalau kita sendiri yang tak reti nak jaga, nak ego je memanjang. Jangan tanya kenapa la kalau suatu hari nanti kita dah tak ada sapa sapa nak berkawan. 

Allah dah bagi kawan tu kira anugerah dah, kita je kena hargai sebaik mungkin. 

3. Selalu dengar masalah kita

Kalau kita bercakap, kawan tu akan dengar & fokus dengan apa yang kita sampaikan. Maka jelas, dia lah kawan yang terbaik. 

Bukan setakat mendengar masalah kita, bahkan dibantu nya kita. Walaupun kadang kadang dia tak ada duit, tetap dia cari cara untuk bantu selesaikan masalah kita. 

Bukan senang nak dapat kawan yang macam ni. Akhirnya zaman. Kalau ada tu, tolong la jaga betul betul ya. Sedih kalau kita tak jaga kawan macam tu. 

4. Kita minta tolong, dia akan tolong

Selalu time kita susah, kalau minta tolong kawan kawan, mesti banyak alasan yang kawan kawan akan bagi. Itu lah ini lah, ni lumrah sebenarnya. Ramai yang dah kena macam tu. 

Tapi kalau dia betul kawan yang baik, setiap kali kita minta tolong, mesti dia akan tolong. Kadang kadang tu kita tengok dia akan tolak urusan dia, dan pentingkan urusan kita dulu. 

MasyaAllah kalau kita ada kawan yang macam ni, jagalah sebaik mungkin. Kerana dia lebih berharga dari semua yang ada didunia ni. 

5. Selalu support

Kawan yang baik selalu support kita masa kita susah. Bukan support dari segi duit je, support dari segi nasihat, support dari segi semangat, kekeluargaan, bagi keputusan yang bagus & banyak lagi. 

Hanya orang yang nak kita dapat yang terbaik sahaja, yang akan support diri kita kearah yang lebih baik. Tinggal diri kita sahaja yang nak terima atau tak. 

Tapi kita pun kena la support kawan kalau dia tengah susah. Jangan asyik kita sahaja yang perlu di support. 

6. Tak minta apa apa pada kita

Kawan yang baik biasanya takkan minta kita apa apa. Seboleh bolehnya dia tak nak susah kita. Kecuali kalau dia betul betul terdesak.  

Tapi kalau dah selalu sangat dia meminta minta pada diri kita tanpa segan silu, bukan ciri kawan yang baik sangat sebenarnya. Itu dia cuba nak ambil kesempatan sebenarnya. 

Kawan yang baik takkan manfaatkan diri kita untuk kepentingan dirinya. 

So kalau betul dia ikhlas kawan dengan kita, dia takkan minta kita apa apa. Melainkan dia dalam keadaan terdesak. Itu lain cite.  

7. Utamakan diri kita dari diri sendiri

Kawan baik biasanya akan utamakan diri kita lebih dari dirinya sendiri. Ni tandanya dia sayang sangat dengan diri kita. Mana ada orang yang utamakan orang lain dari diri sendiri betul tak?

Kecuali orang orang yang benar benar ikhlas dalam berkawan. Kalau kawan kita macam ni, kita pun kena la jadi macam tu. Belajar untuk menjadi kawan yang terbaik.

Jangan harapkan orang lain saja yang perlu buat baik dengan kita. 

InsyaAllah hubungan tu akan terjaga. Walaupun kawan kita selalu utama kan diri kita, tapi jangan sampai kita sendiri yang susah kan dia. 

Dia pun ada hati & perasaan. Jangan kita pulak ambil kesempatan pada kawan yang macam ni. 

8. Mengingatkan kita kepada Allah

Kawan yang baik akan selalu ingatkan kita kepada Allah. Bukan dia mengingatkan kita secara direct. Tapi pembawakan dia yang akan buatkan kita ingat pada Allah. 

Contoh dia mengaji, pakai jubah, bersedekah, solat sunat & lain lain yang akan membuatkan kita juga nak dekat pada Allah. Nak ikut kehidupan yang kawan kita bawa. 

Setiap kali kita ingat pada kawan, masa tu juga la kita akan ingat pada Allah. 

Tak termasuk kawan kawan yang acah nak bagi nasihat. Tapi diorang sendiri yang cuba nak jatuhkan diri kita. Bijak dalam menilai. 

9. Selalu ajak kejalan kebaikan

Selalu ajak kita untuk buat benda benda yang bermanfaat. Tak pernah pun ajak kita buat benda yang bukan bukan. Contoh ajak merempit ke, ajak main judi ke & macam macam. 

Kalau dia ajak kita untuk kepentingan diri nya sendiri, itu bukan kawan yang baik. Kalau dia ajak kita untuk kepentingan diri kita juga. Itu mungkin kawan yang baik perlu kita jaga. 

Sentiasa bijak dalam menilai, dengan siapa yang patut kita berkawan. InsyaAllah hidup kita akan bahagia. 

10. Selalu bagi nasihat

Kawan baik akan selalu bagi nasihat kat kita. Terutama nasihat yang membangun untuk diri kita sendiri. Nasihat pasal bisnes, nasihat pasal kesihatan & nasihat pasal kehidupan. 

Kalau ada kawan yang suka bagi nasihat, maknanya kawan tu betul betul ambil berat pasal kita. Dia nak kita berjaya macam dia, tapi kita juga selalu tak perasan & fikir negatif. Ini ciri yang baik perlu ada pada seorang kawan. 

Jarang kawan nak bagi nasihat. Majoriti cuma fikirkan diri sendiri je. Beruntung kita dapat kawan baik suka bagi nasihat. 

11. Selalu cegah kita dari buat benda tak elok

Kadang kita tak tahu pun, tapi kawan yang cegah awal awal. Dia bagi kita nasihat untuk jangan buat lagi benda benda macam ni. 

Bukan sekali. 

Tapi berkali kali kawan tu halang kita dari buat benda yang tak elok. 

Sampai kadang tu dia ugut tak nak kawan dengan kita kalau kita tetap nak buat. Ni la ciri kawan baik yang tak ramai ada. 

Kesimpulan

Kawan baik ni macam emas. Kalau kita ada kawan yang macam ni, kena simpan sampai ke tua. 

Lagi kita dah tua, lagi susah nak dapat kawan baik. Kawan fake ramai lah. Lagi lagi kalau kita tengah hidup senang. Bukan apa, zaman sekarang ni, susah nak cari kawan yang ikhlas. 

Kalau tanya orang ramai, memang ramai nak kawan dengan kita. 

Tapi yang sanggup susah senang dengan kita tu ada tak? Itu yang tak ramai. 1 orang dalam 100. Pergh. 

Memang kita tak tahu kawan tu ikhlas atau tak. Tapi kita ada indicator & tanda tandanya. Antaranya seperti yang disebutkan dalam artikel ni. 

Beruntung la kalau kita ada kawan yang macam tu. Penulis yang tulis artikel ni pun tak ada kawan baik macam tu. 

Team Imuslim

Team Imuslim

Digital Content Writer - Menulis content yang berkaitan dengan kehidupan seorang Muslim.

Feedback Artikel

Feedback yang diberikan penting untuk membuat artikel yang lebih baik dari masa kesemasa.