Ego musuh utama dalam rumahtangga. Selagi suami ego, selagi tu masalah akan berpanjangan & takkan selesai.
Ego ni biasa jadi pada semua orang, tapi kalau terlalu ego sampai tak boleh nak bertolak ansur, masalah memang takkan selesai sampai bila bila.
Cuma sejauh mana kita boleh control ego pada diri untuk mengaku salah pada orang lain.
1. Tak suka berbincang
Suami kalau ego, biasanya dia tak suka berbincang. Dia cuma nak menangkan diri dalam diam.
Walaupun kita ajak berbincang untuk selesaikan masalah, suami selalu larikan diri & hanya kekal dengan pendirian dia sahaja. Jadi ini lah salah satu tanda suami ego.
2. Tak suka dengar pendapat isteri
Suami yang ego biasanya tak suka dengar pendapat isteri. Dia rasa dia betul sepanjang masa.
Walaupun pendapat dia terang terang salah, dia tetap akan tegakkan benang yang basah, Ni bermaksud suami kita memang seorang yang ego.
Kita jangan takut, jangan rasa menderhaka pada suami, sebab kita tak perlu pun nak ikut suami yang terlalu ego.
Suami yang baik, dia ada pendapat dia tersendiri & pada masa yang sama dia akan menghormati pendapat kita sebagai seorang isteri.
3. Suka mengarah ngarah isteri sebab rasa dia bos besar
Suami yang suka arah arahkan isteri untuk buat kerja sana sini, sebenarnya ego. Dia tak sedar & tak pikir perasaan isteri macam mana rasanya disuruh suruh.
Biasanya dia akan rasa diri dia bos besar, kena taat dengan perintah suami & ikut segala apa yang disuruh. Kalau suami kita macam ni, dia sebenarnya ego.
Cara nak bagi dia sedar:
- Bagi tahu suami, yang kita tak suka diperlakukan macam hamba. Kita boleh tolong dengan syarat minta tolong elok elok.
- Kita buat balik apa yang suami buat pada diri kita, bila dia rasa nak marah, terangkan balik pada dia, macam tu la yang kita rasa bila dia buat pada diri kita.
4. Tak pernah bantu isteri
Suami yang ego biasanya takkan bantu isteri untuk buat kerja kerja rumah sebab dia rasa dia bos besar, so mana mungkin dia nak kena buat kerja kerja perempuan.
So ni lah tanda yang suami kita ego.
Cara nak bagi dia sedar:
- Kita kena bagi tahu suami, yang kerja memasak, rumah, jaga anak ni semua bukan kerja isteri. Sebaliknya isteri hanya menolong suami sahaja. Bukan benda yang wajib untuk buat.
- Kena share ceramah Ustaz Azhar Idrus (UIA) tentang kewajipan suami isteri. So suami akan tahu dekat mana kedudukan dia sebagai seorang suami. Ada banyak video dekat youtube yang menceritakan masalah rumahtangga.
5. Selalu merendahkan isteri
Selalu menghina isteri dan keturunanya termasuk sebahagian dari tanda tanda ego seorang suami. Suami rasa diri dia pandai dan lagi bagus dari isteri. Sebab tu dia menghina.
Bila hari hari kena hina dengan suami, kena kena bagi tahu suami, yang kita tak suka dihina. Jangan diam sahaja.
Cara nak bagi dia sedar:
- Kita tunjukkan video short filem yang menunjukkan masalah suami isteri. Macam kesalahan isteri pada suami ke & lain lain. Cara ni suami akan terkesan & sedar dengan kesalahan diri dia. Cuma kita kena cakap awal awal, yang kita tunjuk ni supaya dia faham perasaan kita. Kalau kita tak cakap apa apa, suami akan rasa kita perli dia. So benda ni buatkan suami semakin ego.
- Tunjukkan kelemahan dia satu persatu, bagi dia sedar. Kadang suami ego ni dia tak sedar dia ada banyak kelemahan. Tapi dia cuma nampak kelemahan orang lain je. Kita buat macam ni, supaya dia rasa malu.
6. Suka guna element agama untuk ugut isteri
Ciri suami yang ego ialah suka menggunakan agama untuk ugut isteri supaya patuh dengan diri dia. Dia tak nak kita derhaka, maka dia gunakan agama untuk takutkan kita.
Suami yang tak ego, akan belajar untuk lebih memahami perasaan isteri dari menggunakan agama untuk ugut isteri supaya dan patuh.
Cara nak bagi dia sedar:
- Dapatkan khidmat kaunseling di pejabat agama. Beritahu dengan jelas apa yang kita tak suka. Jelaskan pada suami, jangan tunggang agama untuk menangkan pendapat dia sahaja.
- Share video video Ustaz Azhar Idrus tentang masalah rumahtangga supaya dia tahu yang dia tengah tunggang agama untuk kepentingan dirinya sendiri.
Kesimpulan
Majoriti suami memang akan ego dengan isteri. Ada suami yang tak ego, cuma jarang jarang wujud. Cuma ego seorang suami ni biasanya tak nampak dengan mata kasar.
Yang biasa nampak hanya lah isteri yang selalu berada disamping seorang suami. Orang yang ego, biasanya tahu apa yang dia buat tu salah, tapi dia tetap teruskan. Ini lah ego.
Bila dah terkena pada diri sendiri, dia pulak yang rasa nak marah. Masa tu la baru dia sedar yang dia tak patut buat macam tu pada orang lain.
Kalau kita sayangkan suami, jangan biarkan suami tenggelam dalam egonya sendiri, sebaliknya kita kena berusaha untuk memberi nasihat yang terbaik pada suami.
Tapi kalau kita sendiri pun asyik bagi alasan susah & susah, sampai bila bila takkan selesai. Nabi nak berdakwah pun susah, tapi dia tetap usaha dan usaha.