Sumber maklumat yang dipercayai

Team kami di iMuslim.co ambil serius bab kesihatan ni. 

Kami selalu rujuk pada sumber yang boleh dipercayai dan sudah established dalam bidang perubatan klinikal. Kebanyakan info datang dari website rasmi dan terkenal, terutamanya dari negara luar. 

Gabungan ilmu doktor & pengamal perubatan Islam

Tak cukup dengan tu, penulisan Imuslim juga menggabungkan ilmu dari dua dunia — Nasihat doktor yang pakar dalam bidangnya, dan juga dari pengamal perubatan Islam.

Bukan setakat tu, pihak kami juga selalu merujuk buku buku perubatan Islam yang boleh dipercayai terutamanya dalam bab pemakanan. 

Hanya untuk pengetahuan umum & panduan

Okay, sebelum korang teruskan membaca artikel-artikel kesihatan, ingat ni: semua info yang kami kongsikan adalah untuk pengetahuan umum dan panduan je. 

Jangan pulak korang jadi doktor sendiri lepas baca artikel ni. Korang kena dapatkan diagnosis yang tepat dari doktor. 

Sebab simptom yang ditulis dalam website ni bukan sama pada semua orang. Setiap manusia tu unik. So kena check dengan doktor atau pengamal perubatan Islam. 

Jika korang sakit, jumpa doktor!

Simptom ni ada banyak. Kadang yang pelik pelik pun ada. Meskipun korang rasa simptom yang sama dengan orang lain, tapi tak semestinya sakit yang korang alami tu sama. 

Jadi, kalau korang rasa tak sihat atau ada masalah kesihatan, jangan lupa—jumpa doktor untuk dapatkan diagnosis dan rawatan yang betul-betul sesuai dengan korang.

Kami selalu update, Tapi...

Pihak kami di iMuslim.co ni selalu je check dan update maklumat dalam artikel-artikel kami. Kami bukan jenis yang suka tinggal terkontang-kanting bila dah publish artikel. 

Tapi, kalau korang perasan ada kesalahan yang masih ada dalam artikel, ada dua kemungkinan besar iaitu:

  1. Kami belum update: Mungkin kami tengah dalam proses nak update artikel tu. Kadang-kadang, proses ni ambil masa sikit sebab kami nak pastikan semua info yang kita kongsikan tu betul dan tepat.

  2. Belum terima feedback: Kalau korang dah report tapi masih tak nampak perubahan, mungkin feedback korang belum sampai. Teknologi ni, kadang-kadang ada je isu. Jadi, kalau boleh, hantar lagi sekali tau.

Laporkan kesalahan kepada kami

Kita semua manusia, dan manusia memang tak lepas dari kesilapan. 

Kalau korang jumpa ada kesalahan fakta, info yang tak tepat, atau apa-apa je yang berkaitan dalam artikel, jangan malu-malu untuk report pada team kami.

Pihak kami sangat menghargai feedback dari korang semua sebab itu membantu pihak kami untuk terus improve dan bagi info yang lebih tepat dan bermanfaat. 

Jadi, kalau ada apa-apa yang korang rasa perlu diperbetulkan, jangan segan-segan untuk hubungi kami.