23 sebab kenapa duit cepat habis!

Kenapa duit cepat habis? 

Semua orang mesti pernah alami masalah duit cepat habis. Ada yang mengalami masalah kewangan kerana perbelanjaan yang tak dijangka, keperluan hidup atau membeli barang yang tak diperlukan. 

Masalah kewangan macam ni boleh jadi perkara yang membimbangkan kalau kita tidak selesaikan dengan betul.

Dulu,  ramai orang mengalami masalah kewangan disebabkan pandemik COVID-19 yang berterusan. Ramai yang hilang kerja, bisnes kena gulung & macam macam lagi sampaikan simpanan semakin menyusut & tak tahu nak buat apa. 

Keadaan masa ni memang menyusahkan orang ramai untuk menguruskan kewangan dengan betul dan menyebabkan ramai dari kita yang terpaksa berhutang.

Selain daripada pandemik COVID-19, ada beberapa sebab yang lain kenapa kita sering mengalami masalah kewangan. Antara yang biasa jadi disebabkan habit suka membeli barangan yang tidak diperlukan & gaya hidup yang terlalu mahal. 

Dalam artikel ini, kita akan fokus pada sebab utama kenapa duit cepat habis. Jom fokus dengan lebih mendalam setiap sebab yang terjadi. 

Bila kita dah faham tentang puncanya, diharap kita akan mengambil langkah yang tepat untuk mengelakkan dari masalah ni terus berlaku. 

Content

1. Pendapatan haram

Punca utama kenapa duit cepat habis. Ialah mendapatkan duit itu melalui sumber haram.

Sumber halal? Alhamdulillah. Kerja halal? Pun alhamdulillah. Tapi tak bermakna duit kita juga halal. 

Walaupun kerja dah bagus, dah halal. Cara kita bekerja boleh menyebabkan pendapatan kita jadi haram. Selalu ponteng kerja, selalu buat kerja sambil lewa, selalu abaikan tanggungjawab dalam tugasan & selalu ambil cuti tanpa sebab yang kuat. 

Ini semua boleh sebabkan pendapatan kita bercampur halal & haram. Gaji kita sepatutnya 5k. Tapi kita akan rasa macam dapat 1k. Kerana 1k itulah duit halal. Selebihnya haram disebabkan kerja yang kita buat sendiri. 

2. Tidak mensucikan harta

Pernah dengar sucikan harta? Zaman sekarang ramai orang tak ambil tahu tentang cara cara mensucikan harta. Sucikan harta ni biasanya dipanggil zakat pendapatan. 

Kenal tak apa itu zakat pendapatan? 

Dah bayar setiap tahun? Cukup ke tak tu? Ke tak cukup? Yang disampaikan ini bukan zakat fitrah masa bulan ramadhan tu ya. Search kat google nanti. 

Kalau tak pernah mensucikan harta, ini juga akan jadi penyebab yang utama kenapa duit anda cepat habis. Lebih teruk, sedekah pun kita tak pernah buat. 

3. Kedekut nak mampus

Kedekut dengan semua orang, kedekut dengan keluarga. Kalau dengan keluarga pun kita kedekut, itu dah masuk level haji bakhil. 

Lagi lagi kalau kedekut dengan mak ayah sendiri.  Memang duit akan cepat habis sebab ada hak orang lain dalam harta kita tapi kita tak keluarkan. Itu yang jadi masalah. 

Jadi jangan bawak sifat kedekut ni, lagi kita kedekut, lagi banyak duit kita habis. Tapi lagi kita memberi, lagi banyak duit kita masuk. Macam tu la cite nya. 

4. Tak bagi isteri duit

Sebenarnya, isteri merupakan satu harta yang tak ternilai. Allah memelihara perempuan dengan penuh kasih sayang, jadi isteri memiliki hubungan yang erat dengan Allah.

Suami yang selalu menyakiti hati isteri, kedekut dalam memberi nafkah kepada isteri, dan memperlakukan isteri seperti hamba biasanya akan menyebabkan duit suami cepat habis sekali gus menyebabkan masalah kewangan yang teruk. 

So pastikan kita tengok balik hubungan kita dengan isteri. Ini mungkin punca kenapa duit kita cepat habis. 

Punca duit cepat habis

5. Penyakit ain

Penyakit Ain bermaksud penyakit yang berasal dari orang yang dengki atau iri hati terhadap kita. 

Penyakit Ain lebih teruk daripada sihir dan kesannya boleh menjadi lebih dahsyat daripada sihir. 

Apabila ramai orang benci, cemburu, dan iri hati terhadap kita, penyakit Ain boleh menimbulkan kesan negatif pada kehidupan kita termasuk mengakibatkan duit kita cepat habis.

Untuk mendapatkan  perlindungan dari penyakit ain, kita disarankan untuk membaca surah 3 Qul sebagai pendinding diri yang akan melindungi diri kita dari gangguan sihir & saka. 

Paling penting, jangan tunjuk kekayaan kita di media sosial!

Kita perlu sentiasa memperbaiki diri sendiri dan menjauhkan diri dari perasaan cemburu dan iri hati terhadap orang lain, serta sentiasa bersyukur atas nikmat dan rezeki yang diberikan oleh Allah.

6. Terkena sihir

Sihir boleh menyebabkan rezeki kita tersekat. Duit mungkin mudah masuk tapi pada masa yang sama duit kita cepat habis & ini sebahagian dari tanda tanda sihir. 

Ini hanya sebahagian dari tanda sihir, bermaksud kita ada sihir. Untuk kenal pasti sihir, kita perlu rujuk dengan tanda tanda yang pada diri. 

Jika ada banyak tanda tanda sihir pada diri selain masalah kewangan, kemungkinan besar kita memang ada sihir. 

Untuk double confirmation, kita perlu bertanya dengan pengamal perubatan Islam. Walau macam mana pun ini sekadar penerangan untuk kita berjaga jaga. Jangan terlalu obses dengan sihir. 

Masalah rezeki yang kita alami belum tentu berpunca dari sihir. Jadi jangan terlalu overthingking. 

7. Tak reti uruskan kewangan

Ramai di antara kita yang tak reti nak menguruskan kewangan sendiri dan tidak boleh nak mengawal nafsu untuk berbelanja. 

Bukan shopee duit terus lebur. Akibatnya, kewangan kita dalam masalah besar. 

Dengan mengambil tindakan yang betul, kita dapat mengelakkan diri dari masalah kekangan kewangan dan memastikan duit kita dapat digunakan dengan bijak dan efektif.

Punca duit cepat habis, salah satunya ialah tak reti uruskan kewangan

8. Gangguan saka

Kita perlu percaya yang saka keturunan juga boleh menyebabkan masalah rezeki tersangkut.

Walaupun kepercayaan tentang saka mungkin tidak dapat difahami sepenuhnya, kita perlu faham yang saka juga boleh menjadi asbab terjadinya masalah kewangan.

Jadi, kita perlu berusaha untuk mencari jalan penyelesaian bagi menghadapi masalah kewangan, dan untuk kita sentiasa berjaga jaga dengan gangguan yang tidak nampak dengan mata kasar. 

Untuk kes macam ni, kita perlukan pengamal perubatan Islam yang boleh membantu kita. 

9. Nak nampak kaya

Sebagai manusia, kita memang ingin merasa kepuasan dan kesenangan dalam hidup, namun kita perlu memahami bahawa segala-galanya memerlukan keseimbangan & inilah yang diajarkan oleh Islam. 

Jika korang sentiasa membazir dengan beli barang-barang yang tidak perlu hanya semata mata untuk menampakkan kekayaan korang kepada orang lain, korang ni sebenarnya merugikan diri sendiri.

Korang perlu belajar untuk membezakan antara keperluan dan kehendak, dan pastikan kita mengutamakan keperluan yang lebih penting seperti membayar hutang dan menabung untuk keperluan masa depan.

Korang juga perlu memperbaiki sikap dalam menguruskan kewangan dan tidak mudah terpengaruh dengan hasutan nafsu. 

Selain tu, korang perlu memperbanyakkan amalan membaca doa dan zikir agar terhindar dari hasutan syaitan yang boleh mempengaruhi cara kita berbelanja.

10. Suka mengungkit

Suka memberi ni perkara bagus. Yang tak bagus bila suka mengungkit semua pemberian yang kita dah bagi kat orang. 

Amalan macam ni buatkan rezeki kita makin mahal & sempit. Sampai lama lama kita akan perasan yang kita dah jatuh miskin. 

So ni antara punca yang kita kena elak. Dah bagi, biar kerana Allah. Jangan bagi lepas tu harapkan balasan & ungkit mengungkit. 

Tapi ada situasi tu memang kita kena ungkit untuk bagi kesedaran. Zaman sekarang ramai orang tak sedar diri. 

11. Banyak merungut

Gaji dah besar, semua keperluan cukup. Tapi diri kita sendiri asyik nak merungut je. Walaupun gaji besar, asyik cakap tak cukup & tak ada duit je. 

Amalan macam ni akan buatkan kita semakin miskin. Duit kita akan hilang sikit demi sikit based pada apa yang kita selalu ucapkan. 

Kita asyik cakap tak ada duit, takde duit la kita. Kita asyik cakap tak cukup, jadi tak cukup la dia. So kalau perasan duit asyik tak cukup, tengok la bab merungut ni, selalu tak merungut. Jangan ego, mengaku je. InsyaAllah hidup kita akan berubah. 

12. Suka merendahkan orang yang tak ada duit

Nampak macam tak ada kaitan dengan duit kita. Tapi sebenarnya ni antara punca kenapa duit kita cepat habis. 

Jangan asyik nak salahkan sihir & saka je. Kadang kadang kita kena tengok juga perangai kita. Perangai kita pun boleh tahan juga. Kita tengok orang miskin, kita cakap macam macam. Kita tengok tak de duit, kita cakap dia malas la apa lah. 

Jangan, jangan sebut macam ni. Kita tak ada kat tempat dia, kita tak tahu apa jadi sebenarnya. So untuk elak duit kita cepat habis, jangan kita rendahkan orang yang tak ada duit. Simple. 

Sebab duit cepat habis salah satunya sebab menghina orang yang susah.

13. Tak jaga solat wajib

Kalau kita tak buat solat wajib, memang akan effect dengan aliran rezeki kita. 

Kalau kita baru start kerja, mungkin kita tak rasa apa apa, tapi bila kita dah lama bekerja, ada tanggungan banyak, kita mula akan rasa sempit. Duit cepat habis tanpa sebab yang jelas. 

Langsung tak boleh nak menyimpan. Ada saja nak kena keluarkan sana sini. Last sekali, sampai kita terpaksa berhutang. Allah. So masa ni, kita dah kena perhatikan solat kita. Kita solat ke tak sebenarnya?

Kalau jarang jarang solat, jangan persoalkan bab rezeki. Kita dah jauh dari Allah yang Maha Memberi Rezeki. 

14. Kita malas buat kerja

Kita kadang suka sangat curi tulang masa bekerja. Sepatutnya kita bekerja, tapi kita habiskan masa dengan benda lain. 

Kita tak buat betul betul kerja kita. Orang lain kerja, kita sibuk main facebook, tiktok, lepas tu tengok instagram. Bila time gaji Alhamdulillah kita dapat full. 

Tapi bila tengah bulan kita akan perasaan yang duit kita cepat sangat susut. Baru beli 2-3 barang dah terasa duit habis. 

Bukan biase biase. So kita kerja la betul betul. Sekali pun orang lain tak nampak, tapi Allah nampak. So Dia lah yang menentukan gaji kita. 

15. Suka berhutang

“Suka berhutang” boleh menjadi punca kenapa duit cepat habis. Zaman sekarang, banyak platform seperti ShopeePay Later, GrabPay Later dan banyak lagi menawarkan kemudahan “beli dulu bayar kemudian” dengan mudah dan cepat.

Tapi tanpa pengurusan kewangan yang bagus, kebiasaan berhutang ini boleh menjadi punca kenapa duit cepat habis. 

Sebagai contoh, “suka berhutang” dengan along boleh menyebabkan kita terjebak dalam perangkap hutang yang sukar untuk dikeluarkan.

Selain itu, membeli barangan dengan menggunakan ShopeePay Later atau GrabPay Later tanpa mengambil kira kemampuan untuk membayar hutang juga boleh menyebabkan kita terjebak dalam kitaran hutang yang berpanjangan.

Untuk mengelakkan masalah ini, kita perlu menguruskan kewangan dengan bijak dan mengambil hutang hanya jika diperlukan sahaja. 

Kita juga perlu memahami terma dan syarat pinjaman dan berusaha untuk membayar hutang pada masa yang ditetapkan.

16. Ada kaki kikis bersama korang

Kaki kikis ni ada kat mana mana. Dan kaki kikis ni takkan menampakkan dia seorang yang kaki kikis. 

Of course dia seorang yang pandai untuk mengikis secara halus. So sebab tu la bila kita berbelanja, kita rasa cepat sangat duit habis. 

Tak tahu napa. Perhatikan ada tak pisau cukur dengan kita, kalau ada, itu mungkin puncanya.

17. Kaki melabur

Kaki melabur yang tak bijak atau salah melabur, macam forex trading, boleh menjadi punca kenapa duit cepat habis. Ini kerana melabur dalam saham seperti forex adalah berisiko tinggi dan jika dilakukan tanpa ilmu ia boleh menyebabkan kita alami kerugian yang besar.

Salah satu kesilapan yang biasa dilakukan oleh kaki forex trading adalah termasuk kurangnya pengetahuan tentang pasaran forex dan malas nak belajar sebelum melabur. 

Kaki melabur juga selalu terperangkap dalam pelbagai skim pelaburan yang menjanjikan pulangan yang tinggi dalam masa yang singkat.

Sebahagian daripada skim pelaburan ini sebenarnya adalah skim cepat kaya yang tidak sah dan akhirnya menyebabkan pelabur kehilangan duit!

18. Harga barang naik kaw kaw

Malaysia menghadapi krisis hutang dan penurunan nilai mata wang yang menyebabkan harga barang naik dan duit kita cepat susut.

Untuk mengatasi masalah ini, kita perlu menjimatkan duit, merancang bajet, membeli barangan yang perlu sahaja, dan mencari sumber pendapatan tambahan. 

Dengan mengambil langkah ini, kita dapat mempertahankan hidup kita dan menjaga kestabilan kewangan dalam jangka masa panjang.

Antara barang yang naik kaw kaw untuk zaman sekarang:

  • Makanan, minuman, barangan elektronik, perabot dan minyak petrol merupakan beberapa barang yang mengalami kenaikan harga.
  • Kenaikan harga barang yang memberi kesan kepada perbelanjaan harian dan kesihatan kita.
  • Kita boleh mengambil tindakan bijak dalam menguruskan perbelanjaan harian seperti memilih barangan yang lebih murah, mengambil kesempatan daripada promosi yang ditawarkan dan membeli barangan dalam kuantiti yang lebih besar.
  • Menanam sendiri sayur-sayuran dan herba di rumah boleh membantu mengurangkan perbelanjaan makanan.
  • Kita perlu mengambil inisiatif untuk mengurangkan kos hidup harian dengan bijak untuk menjaga kestabilan kewangan kita dalam jangka masa panjang.

19. Kos makan luar meningkat

Kos makan luar semakin mahal disebabkan oleh kos bahan mentah, pengangkutan, perkhidmatan, dan margin keuntungan peniaga.

Cara terbaik untuk mengurangkan kos makan luar adalah dengan memasak sendiri di rumah, membeli dalam kuantiti yang lebih besar, mengambil keuntungan dari promosi, membawa makanan dari rumah, dan menjaga diet yang sihat. 

Dengan langkah yang kita buat, kita dapat mengurangkan perbelanjaan makanan dan menjimatkan duit. Jadi tak ada lah duit cepat habis. 

20. Pakaian yang semakin mahal

Harga pakaian semakin meningkat dari masa ke semasa dan ini mungkin menjadi satu beban yang memberi kesan kepada bajet kita. 

Ada beberapa faktor yang menyebabkan harga pakaian semakin mahal seperti peningkatan kos bahan mentah, kos pembuatan, pengangkutan dan promosi jenama.

Bagi mereka yang ingin mengurangkan perbelanjaan pakaian, satu cara yang bijak adalah dengan membeli pakaian bundle. Pakaian bundle merujuk kepada pakaian yang sudah dipakai kemudian dijual semula dengan harga yang lebih murah.

Pakaian bundle biasanya diperoleh daripada kedai-kedai yang menjual barangan secondhand dan biasanya dijual dengan harga yang jauh lebih murah daripada harga asal.

21. Kos pengangkutan semakin tinggi

Kos pengangkutan di Malaysia semakin meningkat dari masa ke semasa. 

Hal ini disebabkan oleh beberapa faktor seperti peningkatan harga minyak mentah di pasaran global, peningkatan kos operasi, pemeliharaan dan servis kenderaan, serta kenaikan harga komponen.

Selain itu, banyak pengguna juga beralih kepada pengangkutan seperti grab, airsia, teksi dan lain-lain. Walaupun ini adalah satu kemudahan, ia juga memberi kesan kepada kos pengangkutan yang semakin meningkat.

Menggunakan applikasi seperti grab biasanya akan disertakan dengan tambahan bayaran seperti tambahan jarak perjalanan, harga demand, serta bayaran servis yang lain. 

Ini boleh membawa impak kepada pengguna kerana kos perjalanan mungkin menjadi lebih mahal daripada kemudahan pengangkutan awam lain seperti komuter atau teksi.

Selain itu, kos pengangkutan awam di Malaysia juga mengalami peningkatan yang signifikan. Contohnya, kos tambang komuter dan LRT di kawasan bandar semakin meningkat, sehingga memberi kesan kepada kos pengangkutan harian orang ramai.

Kerajaan Malaysia perlu berikan perhatian yang serius terhadap isu ini dan mengambil tindakan yang sesuai untuk mengurangkan kos pengangkutan, terutamanya bagi mereka yang menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam atau grab & airasia. 

Perkara ini boleh memberi kesan yang besar dalam kos sara hidup dan kualiti hidup rakyat di Malaysia.

Sebab duit cepat habis, beli makanan mahal

22. Buat loan bank

Buat loan bank dapat membantu kita memperoleh dana yang diperlukan untuk support keperluan kita seperti membeli rumah, kereta & pendidikan. Sebelum kita membuat loan, kita perlu pertimbangkan beberapa hal penting agar tidak terperangkap dalam hutang jangka masa panjang. 

  1. Loan Kereta
  • Pastikan untuk memilih kereta yang sesuai dengan bajet dan keperluan kita.
  • Pertimbangkan juga kos pengurusan seperti cukai jalan dan insurans yang perlu dibayar setiap tahun.
  • Pastikan yang kita mampu untuk membayar ansuran bulanan tanpa terbeban secara kewangan.
  • Membeli kereta secondhand adalah lebih baik bagi yang hidup secara sederhana. 
  1. Loan Rumah
  • Pastikan untuk memilih rumah yang sesuai dengan bajet dan keperluan kita.
  • Pertimbangkan juga kos pengurusan seperti cukai tanah dan cukai pintu yang perlu dibayar setiap tahun.
  • Pastikan bahawa kita mampu untuk membayar ansuran bulanan tanpa terbeban secara kewangan.
  • Ambil kira juga faktor-faktor seperti jangka masa pembayaran balik dan kadar faedah.
  1. Loan Belajar
  • Pastikan bahawa kita memilih program yang sesuai dengan bakat dan minat kita.
  • Pertimbangkan juga kos pengurusan seperti yuran pengajian dan kos hidup yang perlu ditanggung.
  • Ambil kira juga faktor-faktor seperti kadar faedah dan jangka masa pembayaran balik.
  1. Loan Peribadi
  • Pastikan kita buat loan hanya jika kita memerlukannya.
  • Pertimbangkan juga kos pengurusan seperti kadar faedah dan caj pemprosesan.
  • Pastikan bahawa kita mampu untuk membayar ansuran bulanan tanpa terbeban secara kewangan.
  1. Loan yang tidak diperlukan
  • Jangan buat loan yang tak diperlukan kerana ia akan membuatkan hutang kita semakin bertambah. 
  • Pertimbangkan juga kos pengurusan seperti kadar faedah dan caj pemprosesan.

Sebelum membuat loan bank, pastikan kita mempertimbangkan dengan teliti faktor-faktor seperti kadar faedah, jangka masa pembayaran balik, dan kemampuan kewangan kita untuk membayar ansuran bulanan dengan lancar.

Kita juga harus memilih loan yang sesuai dengan keperluan dan memastikan bahawa kita hanya memperoleh loan yang diperlukan.

23. Membayar untuk perkara yang tidak perlu

Banyak daripada kita terperangkap dengan membayar perkara yang tak perlu seperti YouTube Premium, Astro, Netflix, Prime Video dan pakej internet yang tidak perlu. 

Benda ni biasanya terjadi sebab korang terjebak dengan pelbagai promosi yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan.

Walau bagaimanapun, kita perlu memikirkan dengan teliti sebelum membuat keputusan untuk membayar perkhidmatan tersebut. 

Jika kita jarang menggunakan atau menonton content yang disediakan, membayar untuk perkhidmatan ini adalah satu pembaziran wang yang tidak perlu.

Contohnya, YouTube Premium, walaupun platform ini menawarkan beberapa kelebihan seperti tontonan tanpa iklan dan muat turun video untuk ditonton secara offline, jika kita tidak menggunakan fungsi ini secara kerap, ia sebenarnya satu pembaziran!

Begitu juga dengan Astro, Netflix dan Prime Video, jika kita tidak meluangkan masa untuk menonton kandungan yang disediakan, membayar untuk perkhidmatan ini sebenarnya hanya menambahkan beban ke atas bajet kita.

Sama juga dengan pakej internet yang tidak perlu, kita kena pastikan yang kita memilih pakej internet yang sesuai dengan keperluan dan bukan memilih pakej terbesar atau paling mahal. 

Jika kita hanya menggunakan internet untuk tugas-tugas asas seperti menghantar e-mel dan melayari laman web, maka memilih pakej internet yang murah lebih sesuai.

Kita kena bijak untuk buat keputusan sebelum menggunakan perkhidmatan macam ni. 

Kita boleh mempertimbangkan untuk batalkan langganan yang tak diperlukan untuk kurangkan belanja bulanan sekaligus menjimatkan duit. 

Kesimpulan

Pengurusan kewangan yang bijak adalah amat penting dalam memastikan kestabilan kewangan kita.

Dalam Islam, hutang dan pengurusan kewangan adalah satu topik yang penting, dan Al-Quran serta hadis memberi amaran tentang pentingnya mematuhi syariat dalam menguruskan kewangan.

Surah Al-Baqarah ayat 275 menyatakan bahawa riba tidak dibenarkan dalam Islam, dan orang yang terlibat dalam riba akan berada dalam keadaan tidak menentu dan kekal dalam siksaan.

Ayat 280-281 dalam surah yang sama menegaskan bahawa orang yang berhutang hendaklah mematuhi terma dan syarat yang ditetapkan, dan berusaha untuk melunaskan hutang pada masa yang ditetapkan.

Selain itu, dalam hadis riwayat Bukhari dan Muslim, Rasulullah SAW memberitahu bahawa orang yang berhutang tetapi mempunyai niat untuk selesaikan hutangnya akan diberikan pertolongan oleh Allah. 

Sebaliknya, orang yang berhutang tetapi tidak mempunyai niat untuk menyelesaikan hutangnya akan ditimpa musibah.

Team Imuslim

Team Imuslim

Digital Content Writer - Menulis content yang berkaitan dengan kehidupan seorang Muslim.

Feedback Artikel

Feedback yang diberikan penting untuk membuat artikel yang lebih baik dari masa kesemasa.