Hantu ni wujud ke sebenarnya? – Jom belajar!

1. Jin: makhluk misteri

Korang tahu tak, bila kita sebut ‘hantu’, sebenarnya kita tengah bercakap pasal jelmaan jin. Jin ni ada dalam pelbagai agama dan kepercayaan, termasuk Islam.

Dalam Islam, jin tu diciptakan dari api dan ada yang baik, ada yang jahat. Paling penting sekali, dalam Islam kita wajib percaya yang jin tu WUJUD. Yang tak percaya jin tu wujud, bermaksud dia dah ingkar dengan sebahagian ayat Al Quran.

2. Hantu dan syaitan: apa beza dia?

Biasanya, bila kita cakap pasal hantu, kita maksudkan jin yang suka buat onar atau nak menakut-nakutkan orang lain. Tapi korang kena ingat, ‘hantu’ tu cuma gelaran je. Sama juga macam syaitan. Hantu dan syaitan adalah gelaran kepada jin yang suka buat kejahatan dan tidak taat kepada Allah.

3. Jin baik vs jin jahat

Bila korang dengar cerita pasal hantu, itu sebenarnya merujuk kepada jin yang suka buat kacau pada manusia.

Orang sebut hantu, pontianak, pocong adalah kerana jelmaan dari jin tu sendiri. Tapi, tak semua jin tu jahat. Ada jin yang baik dan tak kacau hidup kita. Kehidupan jin ni sama je macam manusia, ada yang baik dan ada yang tak baik.

Photo by Jr Korpa on Unsplash

4. Ada bermacam-macam jenis hantu

Dalam banyak kebudayaan masyarakat, hantu ni boleh datang dalam pelbagai jenis. Ada yang kata hantu ni roh orang yang tak dapat mencari kedamaian, ada yang kata hantu ni dari alam lain.

Dan ada macam macam, tapi, semua ni bergantung pada kepercayaan masing-masing. Kita sebagai orang Islam, wajib menghormati kepercayaan orang lain.

5. Korang patut chill je..

Apa pun kepercayaan korang, yang penting korang wajib hormat kepercayaan orang lain. Jangan sesekali menghentam kepercayaan orang lain. Kita hanya manusia yang diberi sedikit sahaja ilmu. Baca kisah tentang Nabi Musa dan Nabi Khidir. Korang akan tahu betapa luasnya ilmu Allah. Jadi, chill je.

Team Imuslim

Team Imuslim

Digital Content Writer - Menulis content yang berkaitan dengan kehidupan seorang Muslim.