imuslim

Hidup jangan sombong

Sombong

Sombong ni sifat yang dibenci oleh Allah & semua makhluk yang ada didunia ni. Sebab sifat sombong ni sifat Allah. 

Kalau kita sombong, bermaksud kita dah rampas sifat Allah & pakaikan pada diri kita. 

Dah tentulah Allah benci dengan orang yang mengambil hakNya. Allah akan benci & Dia akan pastikan semua makhluk bencikan kita. 

So kesimpulannya, jangan kita ambil apa yang bukan hak kita. 

1. Kita tak mengaku sombong

Kalau tanya pada sesiapa pun, mana ada orang mengaku dia sombong. Kalau ada pun, mungkin dia bergurau & ada masalah mental.

Orang yang sihat biasanya memang tak mengaku diri nya sombong. Bahkan tak sedar pun yang dirinya tu sombong. 

Termasuk la diri kita sendiri. Kita sombong tak? Dah tentu kita jawab tak. Cuba renungkan balik kehidupan kita yang lepas, betul ke kita tak sombong? Ke kita sendiri yang tak faham apa maksud sombong tu?

Mulut memang cakap tak sombong, tapi perbuatan kita pada orang lain sombong tapi kita tak sedar. 

1.1 Cakap besar

Cakap besar ni sebenarnya sombong. Takkan kita tak pernah cakap besar pada orang lain? Mungkin kita ada cakap tapi kita sendiri tak perasan. Kita cakap besar sampai kan kata kata kita membuatkan orang lain rasa terhina.

Ini sombongnya namanya. 

Kita cakap besar, kita tak takut dengan hantu. Kita cakap besar, kita lagi kaya dari orang lain. Kita cakap besar yang kita ni bukan orang miskin. Bukan ke kata kata ni semuanya kata kata yang sombong lagi angkuh?

hidup jangan sombong

1.2 Suka memandang rendah

Suka pandang rendah pada orang lain & memandang tinggi pada diri sendiri sebahagian dari kesombongan. Orang yang sombong adalah orang yang suka memandang rendah kepada orang lain. 

Kalau kita memang jenis manusia yang suka memandang rendah kepada orang lain, ketahuilah kita ni sebenarnya sombong. Dan ada ramai manusia kat luar sana sedang membenci diri kita kerana kita sombong. 

1.3 Suka menunjuk

Suka menunjuk kemewahan, darjat yang kita miliki tanpa rasa segan silu. Kita sombong kalau kita jenis suka nak menunjuk harta benda, darjat & keturunan. 

Jangan macam tu, ramai orang yang tiada apa yang kita ada. Boleh jadi orang yang tengok kita tu akan merasa sedih & cemburu. Hanya orang sombong yang boleh buat orang lain bersedih hati. 

Jangan tunjuk apa apa lagi. Jadi la orang yang sederhana & orang yang merendah diri. Life is simple. 

1.4 Suka menghina

Mulut suka menghina orang lain. Menghina tubuh badan orang lain, menghina harta orang lain & menghina tempat tinggal orang lain. Ini lah ciri ciri yang orang yang sangat sombong. 

Jangan kita menghina orang lain. Jangan kita menghina sesiapa sahaja. Jika ada, minta maaf lah pada mereka yang dihina. Allah sangat benci kepada orang yang sombong.

1.5 Rasa diri lebih baik dari orang lain

Sombong ni juga membaca maksud kita merasakan diri kita ni lebih baik dari semua orang. Semuanya kita yang betul & kita menolak kebenaran yang disampaikan orang lain. 

Boleh kalau kita menolak sesuatu kalau kita benda tu dah terang terang tak betul. Tapi macam mana kalau benda tu satu kebenaran?

Kita dah pastikan ke?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jom follow iMuslim

Subscribe dengan isi nama & email

Percaya diri, maka kita akan berjaya

Jangan fikir kita bodoh Apa yang kita fikirkan selalu, itu lah yang akan jadi pada diri kita sendiri. Kalau kita fikir kita bodoh, maknanya kita

11 tanda saka keturunan pada diri

Saka keturunan Saka ni maksudnya jin yang asal usul dia dari keturunan kita sendiri, kemudian datang berdamping dengan kita atas sebab sebab tertentu.  Biasanya kita

9 sebab rasa berat nak solat

Rasa berat nak solat Mesti kita selalu fikir, kenapa kita berat nak solat. Padahal solat tu mudah sangat. Cuma perlukan 5-10 minit saja nak buat

10 tanda kita terkena sihir perniagaan

Sihir perniagaan Ada banyak jenis sihir perniagaan. Umumnya kita akan panggil sihir perniagaan sahaja.  Sihir ni boleh sebabkan perniagaan kita lingkup & tak ada customer

7 tanda lelaki tawar hati dengan perempuan

Lelaki tawar hati dengan perempuan Lelaki kalau tawar hati, dia cuma diam je. Kita yang kena pandai tafsir kenapa dia jauhkan diri dengan kita.  Kadang

9 sebab kenapa jin asyik suka dengan kita

Jin asyik hadir mesti bersebab Bukan suka suka dia nak datang berdamping dengan kita. Dia mesti nak sesuatu dari kita. Sesuatu yang menguntungkan jin tu

Bisnes: Buat duit dari rumah (Edisi 2022)

Bisnes: Work from home Nak buat bisnes ni ada banyak bisnes.  Ada bisnes online ada bisnes offline. Cuma zaman sekarang ni lebih kepada bisnes online

14 sebab kenapa kita hilang kawan

Hidup rasa sunyi? Tak tahu kenapa semua kawan menjauh? Atau diri kita sendiri yang dah tak serasi dengan kawan? Mungkin artikel ni ada jawapannya.

11 tanda jin asyik pada diri

Tanda jin asyik Tanda jin asyik ni panduan je untuk kita tahu ada ke tak gangguan jin asyik pada diri. Kalau ada lebih dari 3

7 kesan tengok video lucah

Video lucah Tengok video lucah memang seronok tapi berdosa & mendatangkan kesan buruk pada diri. Kesan dia boleh jadi pada tubuh badan & boleh jadi

Jangan memandang harta

Jangan pandang harta! Kalau kita pandang menilai seseorang dengan harta, kita silap besar dalam menilai orang lain.  Kalau kita mencari pasangan kerana harta, maka kita

8 tanda orang bodoh

Orang bodoh ni ada banyak jenis Jenis yang paling bodoh, dia takkan perasan yang dia bodoh. Dia rasa dah betul, tapi bila buat tak jadi.

error: [email protected]