14 ilmu untuk Allah sayang & redha

Allah sayang pada semua makhluk ciptaanNya.

Dia memang sayang pada diri kita. Tapi sejauh mana kita sayang pada Allah? Hanya berkata kata dilidah? atau kita terus tunjuk melalui perbuatan?

Ada banyak cara untuk kita buat Allah sayang pada diri kita. InsyaAllah kita akan disayangi, apa yang kita hajatkan Allah akan bagi. 

tanda Allah sayang

1. Belajar tentang diri Allah

Allah suka kita belajar tentang diriNya. Lagi banyak kita bercerita tentang Allah, lagi suka Allah pada kita. Lagi lagi kalau kita cerita pada orang lain. Buat orang lain ingat pada Allah. 

Maka bertambah tambah la Allah sayang pada kita. Bila Allah dah sayang, diberi perhatianNya pada diri kita. Sebab Allah suka kita ambil tahu & bercerita tentang diriNya.

Bukan sekadar melaksanakan solat sahaja. Bukan sekadar berpuasa sahaja. Dan bukan sekadar mengerjakan haji semata mata. Belajar la mengenal Allah SWT. 

2. Belajar & mengenali tentang Nabi Muhammad

Allah suka sangat kalau kita belajar tentang Nabi Muhammad.  

Sebab Nabi Muhammad kan orang yang paling Allah sayang. Bukan sekadar mendalami, tapi kita juga mesti ikut segala sunnah sunnah yang diajarkan oleh Nabi Muhammad. 

Kerana apa yang ada pada Nabi Muhammad merupakan sifat yang terpuji bagi Allah. 

Allah sayang Nabi kerana sifat yang terpuji yang ada pada dirinya. 

Jadi bila Kita belajar mencontohi Nabi Muhammad didalam kehidupan kita, maka Allah juga akan memberikan perhatian yang sama seperti Nabi Muhammad SAW. 

Contoh terbaik yang boleh kita ikut supaya Allah sayang pada kita, ialah mencontohi Nabi Muhammad SAW. Kita tak hidup di zaman Nabi? Tak mengapa, masih ramai para ulama yang boleh ikut. 

"Sunnah Nabi bukan sekadar kahwin 4 sahaja ya."

Artikel berkaitan

3. Sampaikan kebaikan Allah pada orang lain

"Ya Allah terima kasih sebab hari hari bagi aku makan & minum.. walaupun aku banyak buat dosa padaMu"

Allah sangat suka & sayang pada hambaNya yang selalu menceritakan kebaikan diriNya pada orang lain.

Walaupun kita miskin & serba kekurangan tapi kita selalu sampaikan kebaikan Allah pada orang lain. Sifat yang macam ni akan buat Allah tambah sayang pada kita. 

Walaupun kita kebuluran sekali pun, kita tetap cakap Allah jaga kita. Kita tetap cakap Allah sentiasa bagi kita rezeki. 

Allah yang Maha Menyayangi mesti sangat sayang pada hambaNya yang berbuat begitu.  

Confirm Allah akan angkat kita. Menjadikan kita orang yang paling disayangi oleh Allah didunia & diakhirat. 

Ingat, bila Allah saya dah sayang pada kita, Dia juga akan meminta penduduk langit untuk sayang pada kita. Bila penduduk langit dah sayang pada kita, nescaya seluruh penduduk bumi juga akan sayang pada kita.

4. Utamakan orang lain dari diri sendiri kerana Allah

Allah suka jika kita pentingkan orang lain dari diri kita sendiri. Sebab menolong orang lain adalah sama seperti kita menolong diri sendiri. 

Utamakan orang lain, maka Allah akan utamakan kita. Allah sayang pada orang yang tidak mementingkan diri sendiri. 

Jika kita pentingkan diri sendiri, segera buang dari diri kita. Mungkin sifat ni antara punca kenapa kita jauh dari Allah SWT. 

"Pentingkan diri sendiri akan buat kita sentiasa dalam kerugian besar"

5. Banyakkan bersyukur dengan pemberian Allah

Selalu bersyukur dengan apa yang ada pada diri kita.

Selalu bersyukur dengan apa yang kita dapat dalam kehidupan kita. Tak sedikit pun kita merungut kerana itu & ini. 

Maka Allah akan memberikan perhatianNya pada kita. Sebab Allah suka & sayang dengan orang yang merasa cukup dengan apa yang kita dapatkan. Jika kita banyak merungut, ubahlah diri kita.

Pasti Allah akan ubah kehidupan kita kearah yang lebih baik. 

"Lagi banyak kita bersyukur lagi banyak nikmat yang Allah akan tambah"

6. Belajar sampai ke liang lahad

Allah suka dengan orang yang suka belajar.

Allah tak suka orang yang selalu bagi alasan ‘tak tahu’. Jika kita tak tahu, tapi memerlukan ilmu tu, maka belajar lah. 

Manusia diciptakan untuk belajar. 

Belum ada lagi manusia yang lahir lahir terus pandai. Allah tak suka orang yang banyak memberi alasan. Allah tak suka orang yang malas. 

Allah suka pada orang yang nak belajar & rajin mencari ilmu. 

Ilmu Allah yang ada didunia ni takkan habis. Kita boleh belajar sampai kita masuk ke kubur. Belajar la selagi boleh. Belajar lah dimasa kelapangan. InsyaAllah akan semakin disayangi Allah.

7. Rajinkan diri kerana Allah

Allah suka pada orang yang rajin. Rajin buat apa sahaja. Asalkan bermanfaat pada diri & orang lain. Lagi lagi jika kita rajin berdakwah & menyampaikan kebaikan. 

Allah tak suka orang yang malas & selalu bagi banyak alasan. Kalau kita selalu buang masa dengan benda yang tak berfaedah, malas & kerap bagi alasan.

Ubahlah, dan Allah akan ubah kehidupan kita.Sekali sekala malas tak apa. Tapi jangan la sampai malas kita tu akan menyusahkan orang lain. 

8. Belajar untuk lebih beradab

Allah sangat suka pada orang yang tinggi adabnya. 

Walaupun ilmu kurang, tapi bila adab kita sangat tinggi pada Allah & manusia, maka kita akan disayangi.

Allah yang akan sayang pada kita. Seluruh penduduk langit juga akan sayang pada kita. Wow. Jika kita rasa, kita kurang beradab. 

Banyakkan dalami tentang adab kepada Allah, adab kepada manusia. Ilmu tanpa adab adalah sia sia. Adab tanpa ilmu tetap akan disayangi. 

Aku lebih menghargai orang yang beradab, daripada orang yang berilmu. Kalau hanya berilmu, iblis pun lebih tinggi ilmunya dari manusia"

9. Sangat memuliakan kaum wanita

Allah sangat sayang pada kaum perempuan. 

Allah jaga perempuan ni sebaik baiknya sehinggakan Allah mengutus Nabi Muhammad untuk menaikkan martabat perempuan. 

Jadi kita jangan la sesekali merendahkan wanita. 

Jangan sesekali kasar dengan wanita, kerana Allah sayang pada mereka. Allah akan muliakan sesiapa sahaja yang memuliakan & menghormati kaum wanita.

9. Bersedekah dengan memberi makan kepada orang yang kelaparan

Allah suka sangat pada orang yang suka bersedekah. 

Bersedekah ini ada macam macam cara & jalannya. Antara yang paling Allah suka ialah memberi makan orang yang tengah lapar. 

Rajin diri kita untuk mencari orang yang sedang kelaparan. Orang yang sedang kelaparan ni tak semestinya jauh dari diri kita. Kadang kadang jiran jiran kita pun sedang lapar, cuma kita sahaja yang tak tahu. 

Paling mudah ialah memberi makan kepada kucing & anjing yang sedang kelaparan. 

Ini termasuk sedekah yang Allah sangat suka. Tak ada manusia yang lapar tak apa, mesti ada haiwan yang kelaparan. Haiwan juga makhluk yang Allah sayang ya. Bukan manusia semata mata. 

10. Menyambung silaturrahim

Allah sangat suka pada orang yang suka menyambungkan silaturrahim.

Cukup kita menjadi asbab terjalinnya silaturrahim, maka kita akan disayangi Allah. Jadi lagi banyak kita sambungkan silaturrahim, lagi mudah jalan untuk kita menuju ke syurga Allah.

11. Berbuat baik pada orang tua

Buat baik dengan sesiapa sahaja. Lagi lagi dengan orang yang sudah tua, termasuk la mak ayah kita sendiri. 

Allah suka kalau kita berbuat baik dengan orang tua, kita layan diorang macam raja. Allahu. Sukanya Allah kepada diri kita ni. Lagi kita berbuat baik kerana Allah lagi Allah sayang. 

12. Berselawat keatas Nabi Muhammad

Allah suka dengan orang yang berselawat atas Nabi. Nabi Muhammad tu kekasih Allah yang paling Allah sayang. 

Bila Allah dah sayang pada kekasihnya tu, sesiapa yang berselawat keatas kekasihNya pun akan mendapat kasih sayang dari Allah. Sangat besar rahmat Allah pada manusia ni. 

Selawat ni satu amalan yang mudah. Tapi berat untuk orang orang yang tiada ilmu tentangnya. So jom berselawat. 

13. Memuliakan para ulama

Kalau kita rasa diri kita kosong, diri kita hina, diri kita tak ada apa apa, kita dekatkan diri dengan orang yang soleh. Kita dekatkan diri dengan para ulama. 

Kalau kita memuliakan para ulama, bermaksud kita memuliakan para Nabi. Bila kita memuliakan para Nabi bermaksud kita memuliakan Allah. 

Bila kita memuliakan Allah, maka Allah akan sayang pada diri kita. InsyaAllah. 

14. Selalu rasa diri hina dihadapan Allah

Bukan buat buat terhina, tapi memang merasakan diri ini sangat hina dihadapan Allah. Merasakan diri kita ini melakukan banyak dosa & takut akan dihukum oleh Allah. 

Lagi hina & rendahnya diri kita dihadapan ALLAH, maka lagi bertambah la sayang Allah kepada diri kita. 

Allah sangat membenci manusia yang merasakan dirinya sempurna & sangat membenci manusia yang merasakan dirinya layak untuk ke syurga Allah. 

Ringkasnya Allah membenci orang yang merasakan diri nya lebih baik dari orang lain kerana ini lah sifat Iblis & menjadi punca kenapa iblis dihalau dari syurga. 

Semoga kita semua dilindungi dari sifat sebegini. InsyAllah. 

Team Imuslim

Team Imuslim

Digital Content Writer - Menulis content yang berkaitan dengan kehidupan seorang Muslim.

Feedback Artikel

Feedback yang diberikan penting untuk membuat artikel yang lebih baik dari masa kesemasa.