Allah selalu ada untuk diri kita
Sama ada kita sedar atau pun tak, Allah selalu ada untuk diri kita zahir & batin. Dia berada dimana pun kita berada.
Kita mungkin tengah rasa keseorangan sebab Allah yang bagi kita rasa keseorangan. Tujuannya supaya kita kembali kepada Dia.
Allah nak kita datang pada Dia, doa pada Dia, sujud pada Dia.
Dia rindu dengan diri kita. Jadi Dia hilangkan semua benda yang ada pada diri kita. Hilang keluarga, hilang kawan & macam macam lagi.
1. Allah Maha Tahu
Allah tahu semua masalah yang kita alami. Tak kisah apa pun yang kita fikir, memang ada tengah tahu apa yang kita alami sekarang ni.
Tapi disebabkan benda ni ujian, Allah biarkan, supaya kita dapat belajar sesuatu dari ujian yang kita alami.
Walaumacam mana pun, Allah nak kita meminta, berdoa padaNya, sebab Allah nak sangat bantu kita.
Cuma kita kena ingat Dia lah. Dia cuma berharap kita ingat pada Dia & selalu meminta pertolongan dariNya. Yang pastinya biarlah ikhlas kerana diri Dia semata mata.
2. Orang yang selalu sedih adalah orang yang diberi ujian
Allah sayang pada kita. Sebab itu lah Dia uji kita. Nak tengok kita ikhlas atau tak. Itu sahaja.
Apa lagi kalau kita orang yang selalu berdoa kepadaNya. Lagi lah Dia akan uji. Nak tengok, betul ke kita ni ikhlas dengan Allah.
Kalau ikhlas buktikan. Simple. Masa kita susah, siapa yang akan kita cari. Cari & berharap pada Allah ke atau cari & berharap pada makhluk.
Selama kita bersabar, jangan risau. Apa sahaja yang kita lalu, ada gantinya. Allah tahu kita tengah susah, Dia juga tahu kita tengah sedih sangat.
So jangan rasa diri kita ni keseorangan. Allah itu sentiasa ada & menghantar bantuannya pada setiap masa.
Kalau kita rasa tak ada bantuan diberikan, itu sebab kita yang tak tahu & tidak dapat melihat dengan jelas. Hakikatnya bantuan itu selalu ada.
3. Allah bagi perhatian pada kita
Allah selalu bagi perhatian Dia pada diri kita, cuma kita je yang tak sedar & tak ingat pada Dia.
Allah Maha Mendengar apa yang kita luahkan dalam hati. Dia juga tahu tahap penderitaan kita. Cuma kita je yang kena tadah tangan.
Minta bantuan dari Allah. Allah mesti akan tolong punya. Jangan kita halang diri kita untuk dekat pada Allah dengan fikir dosa & dosa.
Semua orang berdosa, tak ada yang maksum kecuali Nabi & Rasul.
4. Ujian yang Allah bagi untuk bagi kita kuat
Lagi banyak ujian yang kita dapat, lagi kuat jasad & mental kita. So jangan berputus asa & jangan mengalah ditengah jalan.
Allah nak jadikan kita orang yang kuat melalui dunia ni. Dia nak jadikan orang yang berjaya didunia & diakhirat, dan sebab tu Allah bagi kita macam macam ujian.
Dengan ujian, kita akan jadi kental, kebal & kuat.
Dengan kekuatan yang kita ada, insyaAllah kita boleh survive untuk hidup. Allah tak nak kita jadi manja. Tak berkemampuan untuk buat apa apa.