imuslim

Jangan memandang harta

Jangan pandang harta!

Kalau kita pandang menilai seseorang dengan harta, kita silap besar dalam menilai orang lain. 

Kalau kita mencari pasangan kerana harta, maka kita mungkin akan dapat harta. Tapi pasangan tak dapat lah. Mungkin dia akan curang satu hari nanti. 

Kalau kita berkawan kerana harta, kita mungkin dapat harta, tapi kawan yang sebenar benar kawan masa kita susah, kita tak dapat lah. 

Harta yang mungkin kita dapat pulak, bersifat sementara. Hanya seminggu dua je merasa harta, lepas tu siap lah. Hancur kehidupan kita. 

So didik lah hati kita jangan terbiasa memandang harta. Harta ni boleh dicari. Orang miskin boleh jadi kaya. Orang yang kaya boleh jadi miskin. 

Dunia berputar selamanya. 

1. Jangan menilai melalui harta

Jangan lah kita menilai seseorang itu melalui harta benda yang mereka ada. Kerana sesuatu yang kita lihat secara zahirnya belum tentu sama dengan hakikatnya. Jadi jangan terlalu yakin dengan orang yang berharta. 

Yang ada harta belum tentu orang yang baik & berkemampuan. Belum tentu orang yang berharta itu ada masa depan yang cerah. Jangan terlalu yakin dengan harta. Tapi yakin lah kepada Allah. 

Allah yang Maha Memberi Rezeki kepada hamba hambaNya. Dia jugalah yang boleh menarik rezeki yang sudah diberikan kepada hambaNya. 

2. Harta bukan penentu masa depan

Jangan lah kita kata orang yang miskin itu tiada masa depan. Orang yang miskin tetapi rajin bekerja adalah orang yang cerah masa depannya walaupun dia tiada harta. Jangan jadikan harta yang dia punya, sebagai ukuran penentu masa depan. 

Yang kaya, belum tentu akan kaya selamanya. Yang miskin, belum tentu miskin selamanya. Allah yang menentukan, kita manusia hanya merancang. Jadi bersihkan lah hati kita, pandang lah pada hati, jangan pandang pada harta. Kelak kita akan binasa. 

3. Harta tak menjamin kita hidup bahagia

Ingat orang yang ada harta ni akan terjamin ke kebahagiaan kita? Jawapan nya tak, sebab ramai yang ada harta, tapi tak bahagia pun. Sebab tu jangan kita jadikan harta sebagai jaminan diri kita akan bahagia. 

Jangan sesekali! Hidup kita didunia bukan sebab harta. Tapi sebab kasih sayang. Dan kasih sayang tu lah yang menjadikan kita hidup bahagia. Jika kita mencintai harta, yang akan kita dapat hanya lah harta, bukan kebahagiaan. Simple. 

jangan memandang harta

4. Jangan bergaduh sebab harta

Kenapa kita pandang harta ni satu benda yang bernilai? Sebenarnya harta ni tak bernilai jika kita bandingkan dengan kasih sayang. Kasih sayang adalah harta kita yang sebenarnya. Jadi jangan kita pernah bergaduh sebab harta. 

Harta ni takkan kekal. Duduk sekejap saja dengan kita, tahu tahu dah hilang. Itulah sifat harta. Takkan kekal dengan kita. 

Tapi kalau kasih sayang, dia akan kekal dengan kita sampai bila bila. Utamakan kasih sayang dari harta. Jangan disebabkan harta, kasih sayang kita terputus. Allahurabbi. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jom follow iMuslim

Subscribe dengan isi nama & email

12 tanda gangguan jin dalam rumah

Gangguan jin dalam rumah Ada jin dalam rumah ni perkara biasa. Banyak rumah rumah yang ada jin kat dalam.  Cuma kita je tak boleh nampak

8 tanda orang bodoh

Orang bodoh ni ada banyak jenis Jenis yang paling bodoh, dia takkan perasan yang dia bodoh. Dia rasa dah betul, tapi bila buat tak jadi.

11 cara pulihkan hubungan suami isteri

Belajar untuk pulihkan hubungan suami isteri Sebelum buat apa apa, belajar dulu macam mana cara. Kalau semua nak main hentam je, memang sampai bila bila

8 sebab kita mimpi buruk

Mimpi buruk ada sebab Mimpi buruk ni biasanya petanda yang tak elok tentang diri kita. Lagi lagi kalau mimpi tu berulang kali.  Ada mimpi yang

Anxiety: Terlalu risau & cemas (Edisi 2022)

Maksud anxiety? Anxiety ni maksudnya penyakit risau yang berlebihan dalam diri kita. Contoh macam gula, normal semua orang ada gula dalam darah, tapi bila gula

9 sebab kenapa jin asyik suka dengan kita

Jin asyik hadir mesti bersebab Bukan suka suka dia nak datang berdamping dengan kita. Dia mesti nak sesuatu dari kita. Sesuatu yang menguntungkan jin tu

Cara nak jadi baik (Edisi 2022)

1. Nak jadi baik biar kerana Allah Nak jadi baik, biar niat kerana Allah. Bukan nak jadi baik sebab manusia.  Kalau kita berhijrah kerana manusia,

Percaya diri, maka kita akan berjaya

Jangan fikir kita bodoh Apa yang kita fikirkan selalu, itu lah yang akan jadi pada diri kita sendiri. Kalau kita fikir kita bodoh, maknanya kita

Hidup jangan sombong

Sombong Sombong ni sifat yang dibenci oleh Allah & semua makhluk yang ada didunia ni. Sebab sifat sombong ni sifat Allah.  Kalau kita sombong, bermaksud

Cara nak rawat anxiety – Edisi 2022

Belajar macam mana nak rawat anxiety First kenal pasti dulu apa itu anxiety. Kalau dah kenal & dah faham, boleh la kita merawat anxiety ni

10 tanda kita terkena sihir perniagaan

Sihir perniagaan Ada banyak jenis sihir perniagaan. Umumnya kita akan panggil sihir perniagaan sahaja.  Sihir ni boleh sebabkan perniagaan kita lingkup & tak ada customer

7 tanda lelaki gatal

Lelaki gatal Lelaki gatal ni takde benda lain yang dia nak, melainkan nak puaskan nafsu semata mata.  Tanda tanda lelaki gatal ni ada banyak. Yang

12 pekerjaan yang buat kita jadi kaya

Pekerjaan yang mudah kaya Banyak kerja yang boleh mendatangkan keuntungan berlipat kali ganda. Kerja pun mudah, duit pun senang nak masuk.  Tapi tak ramai yang

11 tanda jin asyik pada diri

Tanda jin asyik Tanda jin asyik ni panduan je untuk kita tahu ada ke tak gangguan jin asyik pada diri. Kalau ada lebih dari 3

10 punca isteri lari dari suami

1. Sebab takut dengan suami Ramai lari sebab takut dengan suami.  Mana tak nya, hari hari kena marah, hari hari kena tengking. Siapa je yang

error: [email protected]