5 sebab kenapa kita tak boleh rasa diri lebih baik dari orang lain

Diri lebih baik dari orang lain

Sifat rasa diri lebih baik dari orang lain sebenarnya sifat Iblis. Disebabkan sifat ni ada pada iblis, maka jadi la dia seorang makhluk yang sangat hina. 

So sama juga dengan diri kita, kalau kita rasa diri kita lebih baik dari orang lain, walaupun perbuatan kita seolah olah zuhud dimata kasar, tapi bila ada perasaan rasa lebih baik dari orang lain, kita jadi hina. 

Kita hina dipandangan Allah. Kita akan hina juga dipandangan manusia. Hanya menunggu masa. Dia akan jadi sikit demi sikit. 

Links

1.Allah sangat membenci sifat rasa lebih baik

Ni sifat iblis. Sebab tu Allah benci. Tak kira kita baik mana, tak kira kita beramal banyak mana, cukup kita rasa diri ni lebih baik dari orang lain, Allah benci. 

Iblis yang beramal beribu tahun pun, kena halau dari syurga. 

Apatah lagi kita, beramal pun baru setahun dua. Sebab tu kita kena elakkan diri ni rasa lebih baik dari orang lain. 

Selalu muhasabah diri, fikir keburukan diri sendiri dari melihat keburukan orang lain. 

2. Semua makhluk akan benci

Bukan Allah sahaja yang membenci, bahkan manusia juga tak suka dengan orang yang acah acah good ni. Acah acah bagus dalam semua perkara. 

Kalau bagus tak apa, tapi kalau acah acah bagus ni memang tak bagus ya. Kat luar sana, kita berhadapan dengan macam macam manusia, dan bukan semua manusia tu sama pemikirannya dengan kita. 

Ada manusia yang transparent, boleh lihat dengan jelas kepura puraan yang kita buat. Acah acah good sepanjang masa. 

Ini lah yang menyebabkan kenapa ramai membenci kita, sebab diorang nampak apa yang diri kita tak nampak. So jangan perasan bagus. Hidup kita takkan tenang. 

diri lebih baik

3. Kita dan iblis sama taraf

Kita rasa bagus? Teruskan. Itu akan menjadikan diri kita sama level dengan iblis. Kerana iblis juga merasakan diri nya lebih baik dari orang lain. 

Yela dia kan ketua, orang paling hampir dengan Allah, doa mustajab, lepas tu jadi ketua para malaikat pula. 

Sebab tu dia rasa dia bagus dari orang lain. Sekali Allah hinakan dia, jadi lah makhluk yang paling hina disisi Allah. So kita sebagai manusia, tak payah acah good good. Memang bodoh kalau kita teruskan sifat acah good good ni. Jadi je diri sebenar. Settle. 

Lepas tu cuba tengok berapa ramai yang akan suka dengan kita. Life is simple, kenapa nak kena susah. 

4. Hidup kita kearah kehancuran

Nak hancurkan hidup kita? Boleh tiada masalah. Jadilah orang yang acah acah bagus.

Sematkan rasa yang diri tu lebih baik dari orang lain. Pandang rendah dengan sesiapa sahaja yang cuba dekat dengan diri kita. 

Kita akan nampak, kehidupan kita sedang menuju kearah kehancuran.

Ramai yang akan menjauh, ramai yang akan membenci kita tanpa sebab yang jelas. Lumrah kehidupan memang akan jadi macam tu. Tak percaya cuba buat. Confirm kita akan keseorangan nanti. 

Masa dah keseorangan tu jangan tanya, kenapa hidup aku macam ni. 

5. Hilang keberkatan dalam hidup

Kita dibenci semua makhluk. Apa sahaja yang kita buat, tiada keberkatan didalamnya. Penyebab semuanya musnah dengan tangan kita sendiri. 

Jadi jangan kita hilangkan keberkatan hidup kita dengan merendahkan orang lain, bahkan merasa diri lebih baik dari orang lain. 

Kenapa nak rasa diri lebih baik dari orang lain? Sedangkan kita sedar, kita ni memang manusia yang tak sempurna. 

Semua kesempurnaan tu adalah milik Allah. Kita tak ada apa apa pun. 

Kesimpulan

Kita takkan pernah jadi sempurna. So jangan rasa kita lebih baik dari orang lain. Kita tak baik mana pun. Gunakan semua kelebihan yang ada pada diri untuk membantu orang lain, bukannya untuk merendahkan orang lain. 

Hidup lah secara sederhana & rendahkan diri kita dihadapan Allah kerana Dia lah yang paling baik diantara yang baik.

Rendah dihadapan Allah, hormat pada semua makhluk ciptaanNya. 

Allah & manusia akan sayang pada diri kita bila kita selalu merasakan diri kita rendah dari orang lain. Jangan rasa diri kita lebih bagus dari orang lain. Simple.

Hari hari kita kena musahabah diri. Tengok balik diri kita. Semua perasaan bagus yang ada pada diri kita sebenarnya racun iblis. Kita dah terkena racun iblis. 

Kita cuma syok sendiri je depan cermin. 

Respon Awak
0 responses
Terbaik!
Terbaik!
0
Suka!
Suka!
0
Syukur!
Syukur!
0
Haha
Haha
0
Sedih
Sedih
0
Bosan
Bosan
0

Yang mungkin berkaitan..

keburukan makan nugget
Ilmu

5 keburukan makan nugget

VIEWS 5 Korang suka makan nugget tak?  Nugget ni memang best kan, senang nak goreng je dan rasa pun sedap. Tapi jangan makan nugget banyak-banyak

Keburukan makan maggie
Ilmu

5 keburukan makan maggie

VIEWS 7 Garam tinggi Maggi ni mengandungi garam yang sangat tinggi, terutamanya dalam serbuk perasa yang disertakan. Garam ni boleh meningkatkan tekanan darah dan menyebabkan