9 jenis hantu yang patut kita tahu! – 2023

jenis hantu dalam Malaysia

Jenis jenis hantu ni ada banyak & hantu ni cuma jelmaan dari jin. Hantu yang kita tengok depan mata, itu semuanya jelmaan jin. 

Jin ni sifat dia memang suka nak menakutkan manusia. Kadang kadang ada sebab kenapa jin tu jadi macam tu. Alam ghaib ni ada banyak maksud. Allah sahaja yang lebih tahu. 

Nama hantu

Nama hantu ni ada banyak. Terlalu banyak dan ada macam macam versi. Setiap hantu yang ada ni diberi nama panggilan berdasarkan kepada rupa, kisah & ciri ciri yang ada pada diri hantu tu sendiri. 

Kalau hantu tu pakai kain kafan, kita akan panggil pocong. Kalau hantu tu pegang bayi, kita akan panggil pontianak.  

jenis hantu dalam Malaysia
Sponsored

Umur hantu

Umur hantu merujuk kepada umur jin. Umur jin biasanya panjang. Tak macam manusia yang hanya boleh hidup dalam sekitara 60 – 70 tahun. 

Berbeza dengan jin, jin boleh hidup beribu tahun. Secara tepatnya tak dapat dipastikan. Tapi umur jin cukup panjang, sampai dia boleh turun pada 7 keturunan kita. 

Sebab tu kalau kita terkena gangguan jin kita kena berubat. Kalau tak sampai keturunan kita semua kena ganggu. 

Tempat tinggal hantu

Hantu biasanya tinggal dalam rumah kita. Ya! Untuk zaman sekarang semua nak kan keselesaan. Kecuali rumah orang orang yang sentiasa pagar diri & sentiasa pagar rumah. 

Hantu suka duduk kat tempat yang gelap. Sebab tu kita kena elakkan diri dari tempat yang gelap kecuali diwaktu kita tidur. Itu pun kita kena kibas tempat tidur & amalkan pendinding diri sebelum tidur. 

Baru la hantu susah nak dekat dengan diri kita. 

Sponsored

Jenis jenis hantu yang biasa kita dengar

1. Hantu Langsuir – biasanya akan berada ditempat tempat yang gelap dikawasan hutan. 

2. Hantu Pontianak – Berada dikawasan kampung, hospital & dalam hutan. Berasal dari orang yang dipercayai mati ketika mengandung. 

3. Hantu Penanggal – Pengamal ilmu hitam untuk mencantikkan diri. Biasanya ada dikawasan kampung. 

4. Hantu Pocong – Biasanya ada dikawasan perkuburan. 

5. Hantu Jelangkung – Berasal dari Indonesia – Biasanya berada dikawasan hutan & perkampungan. 

6. Hantu Kalong – Berasal dari Indonesia – Boleh mendatangkan penyakit misteri pada diri kita. 

7. Hantu Toyol – Biasanya ada dikawasan perkampungan – jin yang digunakan untuk mencuri duit dari orang yang banyak harta. 

8. Hantu Raya – Hantu raya adalah saka yang dibela bagi tujuan tertentu, seperti perlindungan, kekuatan & kelebihan.  

9. Hantu Siam – Berasal dari Thailand, boleh merasuk tubuh badan manusia untuk melakukan kejahatan. 

Tanda hantu berada dekat

  • Bau wangian yang bergerak gerak. Sekejap kat sana, sekejap kat sini. 
  • Bau bedak di hidung walaupun tiada bedak. 
  • Rasa diperhatikan. Rasa ada orang lain bersama dengan kita. 
  • Banyak bunyi bunyi halus diruang tamu & bilik. Langsir bergerak, bunyi paip, bunyi pinggan & macam macam lagi. 
  • Bau busuk dari arah yang tak jelas.
  • Mimpi kita berada didalam rumah sendiri & kita nampak hantu tu dengan jelas. 
  • Bayi kerap menangis. 
  • Kucing memandang sesuatu dengan lama. 
  • Kena tindih masa tidur. 
  • Nampak bayang bergerak gerak ditepi mata. 
  • Dan ada banyak lagi tanda tanda yang lain.
Sponsored

Pendinding diri

Kalau kita beramal dengan pendinding diri yang diajarkan dalam Islam. Maka kita tak perlu risau. Hantu adalah jin, dan jin pula takut dengan ayat ayat Al Quran & doa yang yakin kepada Allah. 

Selagi kita amalkan, menjaga adab & yakin pada Allah, selagi itu lah takkan ada hantu yang berani menganggu diri kita. InsyaAllah. 

Lagi lagi kalau kita ni jenis menjaga solat. Lagi susah hantu nak dekat. 

Sponsored

Kesimpulan

Semua penyakit yang berasal & disebabkan hantu boleh dirawat dan disembuhkan dengan izin Allah. 

Kalau kita membesar besarkan hantu ni, dia akan jadi besar. Kalau kita pandang hantu ni kecik, dia akan jadi kecik. 

Ingat! Kita adalah khalifah dimuka bumi ni. Jadi kita tak perlu takut. 

Walaumacam mana pun, kita perlu menjaga adab sesama makhluk. Kerana kurangnya adab, menyebabkan hantu menjadi dendam & akan menyusahkan hidup kita. Ini lah nama nya “cari penyakit”.

Sharekan artikel ini, sekiranya bermanfaat

Subscribe Blog Imuslim

Subscribe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Digital Content Writer untuk agama, kehidupan & berkaitan dengan Muslim.