K Fry tiada sijil halal – Ini yang ramai tak tahu

Korang minat makan kat K Fry? Tempat ni memang glamour dengan ayam goreng Korea yang memang sedap gila. Ada macam macam menu yang diorang offer.

Semua nya sedap sedap belaka. Tapi, ada satu benda yang ramai orang mungkin tak tahu, iaitu tentang sijil halal.

Ramai ingat, K Fry ni halal sebab ramai orang Islam makan kat situ. Persoalannya, adakah dengan melihat orang Islam ni makan kat situ petanda dia ada sijil halal dari JAKIM?

Credit to K Fry (Official Website)

Persoalannya “Halal ke tak?”

First thing first, korang kena tahu, K Fry ni belum ada sijil halal dari JAKIM. Banyak orang tertanya-tanya, “Eh, halal ke tak ni?”

So, aku nak clear kan, diorang ni memang ikut prosedur halal yang ketat, tapi proses nak mendapatkan sijil tu masih dalam process. Ada yang ragu kenapa lama sangat nak dapat sijil ni, dan ada yang yakin. Tapi yang menjadi persoalan, kenapa lama sangat.

“No Pork No Lard No Alcohol”

K Fry ni ada jelaskan polisi diorang dalam website rasmi “No Pork No Lard No Alcohol”, dan bahan-bahan yang diorang guna datangnya dari supplier yang dah memang ada sijil halal. Ini maknanya, walaupun diorang belum dapat cap halal dari JAKIM, diorang memang jaga bab makanan ni.

Official Website K Fry

Kenapa lambat dapat sijil

Kenapa lambat sangat K Fry ni nak dapat sijil halal? 

Sebab proses nak dapat sijil halal di Malaysia ni memang sangat ketat. JAKIM kalau nak bagi sijil pada kedai makan tu, diorang tak main-main, sebab benda ni bab makanan dan diorang nak pastikan semua benda on point sebelum diorang bagi green light.

Credit to KFrymy.wordpress.com

K Fry ni boleh trust ke

So, sekarang ni, korang mungkin tertanya-tanya, “Boleh percaya ke dengan K Fry ni?”

Jawapan aku, kalau korang rasa ragu-ragu, BETTER tak payah makan. Kalau korang rasa trust, korang dah buat research korang sendiri dan korang betul betul yakin dengan keputusan korang, then dipersilakan untuk makan K Fry ni.

Apa kata orang lain

So korang rasa okay tak kalau makan kat tempat yang masih tunggu sijil halal? Atau korang lebih selesa tunggu sampai diorang dapat sijil? Aku rasa ni semua berbalik kepada pilihan peribadi dan keyakinan masing-masing.

Makanan yang diorang offer tu memang halal belaka.

Harap-harap info ni membantu korang buat keputusan yang bijak. Chill, jangan stress pasal makanan. Yang penting, korang makan dengan hati yang tenang dan bersyukur.

Team Imuslim

Team Imuslim

Digital Content Writer - Menulis content yang berkaitan dengan kehidupan seorang Muslim.