6 keburukan berhutang: Hutang member kena bayar bro

Ramai yang tak tahu, keburukan hutang pada diri. Sama ada kita sedar atau pun tak, kalau kita ada duit, bayar lah hutang. Kalau tak, jangan sampai kesannya kita nampak depan mata. 

Dunia akhirat diri kita takkan selamat dari hutang. Satu dosa yang takkan diampunkan melainkan kita bayar hutang tu. 

Selagi tak bayar, selagi tu kita akan rasa resah gelisah. Hutang boleh bagi kesan pada jiwa kita. Kita jadi resah gelisah sebab ada orang tak redha dengan apa yang kita buat. 

Kita ada duit, bukan tak ada duit, tapi berat nak bayar sebab sayangkan duit. 

Jiwa kita tahu, tapi kita menafikan. Disebabkan inilah jiwa jadi berperang dengan diri sendiri, sekali gus menyebabkan resah gelisah. 

Kita jadi pembohong disebabkan hutang

Sebab hutang kita terpaksa berbohong, bila mana orang yang kita pinjam dah start minta minta. Tapi kita tersepit, menyebabkan kita terpaksa berbohong. 

Dari situ kita belajar berbohong, dan lama lama kita akan terbiasa. Maka jadi la kita sebagai seorang yang pembohong. 

Kalau tak nak start jadi pembohong, elakkan berhutang. Hutang ni banyak kesannya pada diri. 

keburukan berhutang

Disebabkan hutang, hubungan dengan kawan jadi renggang

Hutang berisiko menjadikan hubungan kita dengan kawan kawan jadi rosak. Selagi kita bayar cantik & ikut masa yang ditetapkan, selagi tu kita akan selamat. 

Tapi kalau kita janji lain, bayar lain, ketahui lah, kita sedang merosakkan hubungan dengan kawan yang kita minta pinjam. Hanya disebabkan hutang, kita hilang kawan yang berharga dalam hidup. 

Jadi elakkan berhutang. Hutang bawa kesan dalam perhubungan kawan kawan.

Artikel berkaitan

Kawan kawan pandang serong disebabkan hutang

Tak kira siapa pun kita, kalau kita ni mula berhutang, dan kita tak mampu bayar dengan cantik, kita dah buat orang sekeliling mula pandang serong pada diri kita. 

Tak kira kita ni doktor ke, lawyer ke or ulama sekali pun. 

Kalau kita start berhutang, orang tahu kita tengah tak ada duit, tapi kalau kita bayar pulak tak cantik, lagi la orang akan pandang serong dengan diri kita. 

So orang akan hilang hormat bila kita mula berhutang & bayar tak berapa cantik. 

Kewangan jadi tak stabil bila berhutang

Susun dah cantik, tapi bila berhutang dia jadi tak cantik. Semua susunan kita boleh lari kalau kita start berhutang. Lagi lagi kalau kita ni tak reti nak manage duit. 

Bila dah hutang, lagi serabut nak fikir. Bila dapat duit, kita seronok, time nak membayar tu kita mula jadi tak seronok. 

Bukan semua orang mampu bayar hutang. Rasa berat sangat. Ni pun kadang kadang boleh jadi disebabkan gangguan syaitan. Syaitan suka kalau kita tak bayar hutang. 

Boleh pecah belahkan hubungan saudara. 

Kawan kawan dah tak percaya lagi

Berhutang ni boleh, tapi bila janji dan cara membayar hutang tu tak cantik, akan buatkan orang lain hilang kepercayaan pada diri kita. Lagi lagi kawan kita sendiri. 

Sebab tu hutang ni satu tanggungjawab yang besar, kalau kita betul betul serius dalam membayar hutang, insyaAllah kita boleh selesaikan dengan sekejap. 

Tapi kalau kita sendiri leka, bayar pun macam nak tak nak, memang orang lain dah takkan percaya dengan diri kita lagi. 

Balasan orang yang tidak membayar hutang disisi Islam

  • Sabda Rasulullah SAW: “Jiwa (roh) seorang mukmin itu akan tergantung disebabkan hutangnya sehinggalah hutang tersebut diselesaikan”

    Hadis Riwayat al-Tirmidzi
  •  Sabda Rasulullah SAW: “ALLAH SWT mengampunkan semua dosa yang pernah dilakukan oleh seseorang yang mendapat mati syahid melainkan hutang,”

    Hadis Riwayat Muslim
  • Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa yang mengambil harta manusia (berhutang) dengan niat untuk membayarnya semula, maka Allah SWT akan menunaikannya untuknya. Barangsiapa yang mengambil harta manusia (berhutang) dengan niat untuk menghabiskannya tanpa membayar balik, maka Allah SWT akan membinasakan dirinya.

    Hadith riwayat al-Bukhari: (2387)
  • Rasulullah SAW juga bersabda: Sesiapa sahaja yang berhutang lalu berniat untuk tidak mahu melunaskannya, maka dia akan bertemu Allah (pada hari Kiamat) sebagai seorang pencuri.

    Hadith riwayat Ibn Majah: (1969)

  • Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa yang mati dalam keadaan masih memiliki hutang, maka di hari Akhirat tidak ada lagi urusan dinar dan dirham, yang ada hanyalah urusan berkaitan pahala kebaikan dan dosa kemaksiatan.

    Hadith riwayat Abu Daud: (3597)

Hutang yang perlu dibayar

  • Hutang dengan mak ayah. Walaupun diorang tak minta, kita wajib bayar. 
  • Hutang dengan adik beradik
  • Hutang dengan kaum kerabat
  • Hutang PTPTN walaupun tak dituntut
  • Hutang Bank – Termasuk rumah, kereta & personal loan. Kalau tak bayar kena tarik semua ni. 
  • Hutang dengan TNB, AIR & ASTRO walaupun boleh lari. 
  • Hutang dengan ShopeePay
  • Segala macam hutang, semuanya kita kena bayar. Tak ada yang tak perlu bayar. Semuanya wajib. 

Paling ramai hutang dengan member

Wajib minta maaf pada member kalau kita bayar hutang tak mengikut janji atau kita terlambat bayar atas sebab sebab tertentu. 

Hutang wajib dibayar, minta maaf pun wajib juga sebab kita dah menyusahkan masa member.

Ego sangat ke diri ni sampai nak minta maaf pun tak boleh?

Kesimpulan

Bukan semua orang mampu berhutang. Kalau kita tak mampu nak bayar hutang, elakkan berhutang. 

Jangan beli benda yang tak perlu. Usahakan dengan cara lain selain berhutang. 

Melainkan dalam keadaan darurat menurut Islam. 

Membeli jangan mengikut nafsu, biar berpada pada mengikut kemampuan. InsyaAllah kita boleh hidup tanpa berhutang. 

Artikel berkaitan
Team Imuslim

Team Imuslim

Digital Content Writer - Menulis content yang berkaitan dengan kehidupan seorang Muslim.

Feedback Artikel

Feedback yang diberikan penting untuk membuat artikel yang lebih baik dari masa kesemasa.