Bunga ada banyak jenis. Setiap bunga ada kelebihan yang tersendiri. Setiap bunga ada kandungan yang unik & boleh memberikan manfaat kepada diri kita.
Ada macam macam kegunaan bunga ni, salah satu yang kita kenal di Malaysia ni ialah mandi bunga.
Jenis bunga
Antara jenis bunga dan asal usulnya:
Mawar – Asal usul bunga mawar berasal dari rantau Asia Tengah dan Eropah, dan kemudian tersebar ke seluruh dunia. Bunga ini biasanya digunakan sebagai simbol cinta dan kecantikan.
Orkid – Orkid berasal dari banyak wilayah di seluruh dunia, termasuk Asia, Amerika Selatan dan Afrika. Orkid biasa digunakan dalam hiasan dan perubatan tradisional.
Lily – Lily berasal dari Hemisfera Utara, termasuk Asia, Eropah dan Amerika Utara. Bunga ini biasa dikaitkan dengan kecantikan dan keanggunan.
Kemboja – Kemboja berasal dari Asia Tenggara dan dikenali sebagai bunga kebangsaan Kemboja. Kemboja biasa digunakan dalam upacara keagamaan dan perkahwinan.
Jasmine – Jasmine berasal dari Asia Tenggara dan biasa dikaitkan dengan kecantikan dan kepolosan. Melati juga merupakan simbol kebesaran dalam beberapa budaya.
Tulip – Tulip berasal dari Asia Tengah dan telah menjadi sangat popular di Belanda. Bunga ini biasa digunakan dalam majlis perkahwinan dan hiasan musim bunga.
Bunga Matahari – Bunga matahari berasal dari Amerika Utara dan terkenal dengan kebolehannya mengikuti matahari. Bunga ini biasa digunakan sebagai simbol kebahagiaan dan kemesraan.
Bunga Sakura – Bunga sakura berasal dari Jepun dan biasa dikaitkan dengan kecantikan, kesederhanaan dan keberanian.
Chrysanthemum – Chrysanthemum berasal dari Asia dan biasanya tumbuh di kawasan pergunungan. Bunga ini biasa digunakan dalam perubatan tradisional dan sebagai hiasan dalam majlis perkahwinan.
Daisy – Daisy berasal dari Eropah dan Afrika Utara, dan kemudian tersebar ke seluruh dunia. Bunga ini sering dikaitkan dengan kesederhanaan dan tidak bersalah.
1. Menenangkan jiwa & fikiran
Mandi bunga akan membuatkan aura diri kita jadi segar, sekaligus menyebabkan jiwa & fikiran kita jadi tenang. Seolah semua masalah diri sudah direset menjadi kosong.
Kerap mandi bunga akan buatkan jiwa & fikiran kita sentiasa tenang. Menjadikan kita seolah orang yang tiada masalah dalam hidup kerana kita selalu dalam keadaan yang tenang.
2. Melembabkan kulit
Khasiat yang terkandung dalam bunga mampu melembabkan kulit kering, sekiranya kita amalkan mandi bunga ni setiap minggu. Menjadikan kulit kita sentiasa sihat.
3. Mengurangkan masalah imsonia (susah tidur malam)
Mandi bunga boleh mengurangkan masalah imsonia jika diamalkan kerap. Imsonia adalah masalah susah tidur malam atas banyak faktor. Mandi bunga adalah sebahagian dari ikhtiar untuk kita tidur diwaktu malam.
Kadang kadang ramai tak boleh tidur sebab adanya aura & tempias yang tak baik dari luar. Sebabkan kita mimpi buruk & susah tidur malam.
4. Mewangikan tubuh badan
Bunga ni wangi, bila mandi dengan bunga, bau baunya akan melekat pada tubuh badan. Sekali gus boleh selesaikan masalah badan berbau.
Untuk sekali mandi, mungkin tak ada kesan apa pada diri, tapi kalau kita kerap mandi bunga, boleh buatkan tubuh badan kita tak lagi berbau.
5. Meningkatkan kualiti tidur malam
Mandi bunga akan membuatkan aura diri kita jadi segar, sekaligus menyebabkan jiwa & fikiran kita jadi tenang. Seolah semua masalah diri sudah direset menjadi kosong.
6. Menjadikan aura diri cantik
Mandi bunga boleh memperbaiki dan mencantikkan aura diri. Kalau kita kerap buat mandian bunga, maka bertambah cantik la aura seri kita.
Menjadikan aura kita terpancar kuat kalau kita selalu amalkan mandian bunga. Ada macam macam kelebihan jika aura diri kita kuat:
- Mudah berkomunikasi dengan orang lain
- Mudah dapat jodoh – dengan sedikit usaha
- Mudah dapat kerja – orang akan tertarik dengan diri kita
- Orang akan pandang & dengar setiap kata kata kita.
7. Membersihkan diri dari aura yang buruk
Antara kelebihan mandi bunga ialah membersihkan aura yang tak baik pada diri kita zahir & batin. Amalan mandi bunga boleh buatkan tubuh badan kita sentiasa segar & ringan kerana kita bebas dari aura yang buruk pada diri.
Kalau ada bajet, mandi seminggu sekali dah boleh buat kita sentiasa tenang. Antara tanda aura kita buruk:
- Orang macam tak suka bila tengok kita. Aura nampak bodoh & tak ada tarikan.
- Cepat nak marah disebabkan benda benda yang kecik.
- Masalah was was pada diri. Hilang keyakinan pada diri.
- Rasa berat nak beribadat, nak dekatkan diri kepada Allah
- Rasa down, malas & hilang semangat pada diri
8. Mencegah diri dari terkena gangguan jin
Aura diri yang kuat boleh mencegah gangguan jin melekat pada diri kita. Aura yang kuat boleh jauhkan semua benda benda yang tak elok yang ada disekeliling diri kita.
Kalau kita ni jenis senang terkena tempias dari luar, itu bermakna aura kita ni lemah dan tak kuat nak lawan benda benda tak elok. Sebab tu kita mudah terkena.
9. Membuatkan emosi dalam keadaan stabil
Aura yang kuat akan buatkan emosi kita sentiasa dalam keadaan yang stabil. Diri kita terlindung dari unsur yang tak baik.
Kita tak mudah marah disebabkan benda benda kecik, tak mudah nak bercakap benda benda yang negatif kerana diri kita terjaga dari hasutan dan gangguan jin dari luar.
Kesimpulan
Mandi bunga bagus diamalkan setiap minggu. Kalau bukan minggu, amalkan lah sebulan sekali untuk tengok kesannya pada diri kita.
Aura yang baik dapat memperbaiki perjalanan hidup kita kearah yang lebih baik. Aura yang tak baik, boleh sebabkan hidup kita sentiasa bermasalah.
Ada banyak SPA yang boleh kita pergi & dapatkan mandian bunga.