9 kelebihan mandi bunga yang ramai tak tahu!

Ringkasan

  • Mandi bunga salah satu dari rawatan alternatif untuk merawat aura diri zahir & batin. 
  • Mandi bunga tak bercanggah dengan hukum Islam. Mandi bunga kita boleh buat di spa, pusat rawatan bekam, pusat rawatan alternatif & macam macam lagi. 
  • Bunga ada khasiat tersendiri. Kita boleh gunakan untuk bangkitkan aura kecantikan diri. 

Bunga, selain daripada keindahan dan keharuman yang menawan, mempunyai banyak kegunaan dalam kehidupan kita. 

Sejak zaman berzaman, bunga telah diamalkan dalam pelbagai cara seperti hiasan, persembahan dan juga dalam bidang perubatan.

Biasanya kita guna bunga untuk hias rumah, majlis, hadiah dan sebagainya, kan? 

Dalam artikel ni, kita akan kongsikan dengan korang segala informasi menarik tentang bunga dan kegunaannya. 

Content
Advertisements

1. Menenangkan jiwa & fikiran

Mandi bunga akan membuatkan aura diri kita jadi positif, sekaligus menyebabkan jiwa & fikiran kita jadi tenang. Seolah semua masalah diri sudah direset menjadi kosong. 

Kerap mandi bunga akan buatkan jiwa & fikiran kita sentiasa tenang. Menjadikan kita seolah orang yang tiada masalah dalam hidup kerana kita selalu dalam keadaan yang tenang. 

kelebihan mandi bunga

2. Melembabkan kulit

Khasiat yang terkandung dalam bunga mampu melembabkan kulit kering. So selalu amalkan mandi bunga ni setiap minggu. Menjadikan kulit kita sentiasa sihat. 

Advertisements

3. Mengurangkan masalah imsonia (susah tidur malam)

Mandi bunga boleh mengurangkan masalah imsonia jika diamalkan kerap. Imsonia adalah masalah susah tidur malam atas banyak faktor. 

Mandi bunga adalah sebahagian dari ikhtiar untuk kita tidur diwaktu malam. 

Kadang kadang ramai tak boleh tidur sebab adanya aura & tempias yang tak baik dari luar. Sebabkan kita mimpi buruk & susah tidur malam. 

Artikel berkaitan

4. Mewangikan tubuh badan

Bunga ni wangi, bila mandi dengan bunga, bau baunya akan melekat pada tubuh badan. Sekali gus boleh selesaikan masalah badan berbau. 

Itu pun kalau kita selalu mandi. Benda ni macam kita dapatkan rawatan, takkan la sekali rawat je terus elok. Bergantung juga kan dengan keadaan diri kita. 

Untuk sekali mandi, mungkin tak ada kesan apa pada diri, korang kena kerap mandi, sampai tubuh badan tu dah tak ada lagi bau bau busuk. 

Contoh bau busuk tu macam bau rokok pada tubuh badan. 

Advertisements

5. Meningkatkan kualiti tidur malam

Mandi bunga akan membuatkan aura diri kita jadi bersih, sekaligus menyebabkan jiwa & fikiran kita jadi tenang. 

Bila jiwa dah tenang, mudah lah untuk kita nak tidur. Kalau tak, kita selalu fikir benda benda yang negatif. Itu yang susah nak tidur malam tu.

So kalau korang susah tidur malam, mandian bunga ni salah satu alternatif untuk korang ikhtiarkan. 

Mandi bunga tak menjamin korang boleh tidur malam, tapi sekurangnya kita tahu mandi bunga ni salah satu usaha yang kita boleh buat. So jom. 

6. Menjadikan aura diri cantik

Mandi bunga boleh memperbaiki dan mencantikkan aura diri. Kalau kita kerap buat mandian bunga, maka bertambah cantik la aura seri kita. 

Menjadikan aura kita terpancar kuat kalau kita selalu amalkan mandian bunga. Ada macam macam kelebihan jika aura diri kita kuat:

  • Mudah berkomunikasi dengan orang lain
  • Mudah dapat jodoh – dengan sedikit usaha
  • Mudah dapat kerja – orang akan tertarik dengan diri kita
  • Orang akan pandang & dengar setiap kata kata kita. 
Advertisements

7. Membersihkan diri dari aura yang buruk

Antara kelebihan mandi bunga ialah membersihkan aura yang tak baik pada diri kita zahir & batin.

 Amalan mandi bunga boleh buatkan tubuh badan kita sentiasa segar & ringan kerana kita bebas dari aura yang buruk pada diri. 

Kalau ada bajet, mandi seminggu sekali dah boleh buat kita sentiasa tenang. Antara tanda aura kita buruk:

  • Orang macam tak suka bila tengok kita. Aura nampak bodoh & tak ada tarikan. 
  • Cepat nak marah disebabkan benda benda yang kecik. 
  • Masalah was was pada diri. Hilang keyakinan pada diri. 
  • Rasa berat nak beribadat, nak dekatkan diri kepada Allah 
  • Rasa down, malas & hilang semangat pada diri
kelebihan mandi bunga yang ramai orang tak tahu

8. Mencegah diri dari terkena gangguan jin

Aura diri yang kuat boleh mencegah gangguan jin melekat pada diri kita. Aura yang kuat boleh jauhkan semua benda benda yang tak elok yang ada disekeliling diri kita. 

Kalau kita ni jenis senang terkena tempias dari luar, itu bermakna aura kita ni lemah dan tak kuat nak lawan benda benda tak elok. Sebab tu kita mudah terkena.        

9. Membuatkan emosi dalam keadaan stabil

Aura yang kuat akan buatkan emosi kita sentiasa dalam keadaan yang stabil. Diri kita terlindung dari unsur yang tak baik. 

Kita tak mudah marah disebabkan benda benda kecik, tak mudah nak bercakap benda benda yang negatif kerana diri kita terjaga dari hasutan dan gangguan jin dari luar. 

kelebihan mandi bunga
Advertisements

Kesimpulan

Mandi bunga bagus diamalkan setiap minggu. Kalau bukan minggu, amalkan lah sebulan sekali untuk tengok kesannya pada diri kita. 

Aura yang baik dapat memperbaiki perjalanan hidup kita kearah yang lebih baik. Aura yang tak baik, boleh sebabkan hidup kita sentiasa bermasalah. 

Ada banyak SPA yang boleh kita pergi & dapatkan mandian bunga. 

Selagi tidak mengandungi unsur unsur syirik seperti menyertakan bacaan mantera, mengiktiqadkan boleh mengawal jodoh, menjadikan masa depan itu lebih baik maka mandi bunga ni diharuskan. Dibolehkan sebagai ikhtiar. InsyaAllah.

Rujukan: Mufti Wilayah Persekutuan

Artikel berkaitan
Rujukan luar

Feedback Artikel

Feedback yang diberikan penting untuk membuat artikel yang lebih baik dari masa kesemasa.