10 kelebihan mandi limau yang ramai tak tahu

  • Mandi limau salah satu ikhtiar untuk merawat gangguan sihir pada diri. 
  • Mandi limau sudah digunakan dalam perubatan Islam & alternatif dalam merawat masalah gangguan jin. 
  • Mandi limau tanpa membaca apa apa pun boleh menjauhkan diri kita dari gangguan jin. 
  • Yakin mandi limau ni hanya sebagai asbab. Allah yang menyembuhkan. 

Biasanya mandi limau ni kita akan gunakan limau purut atau limau nipis. Dua limau ni yang biasanya kita guna dalam perubatan Islam. Cuma limau purut ni sebaik baik limau lah kalau nak buat rawatan. 

Ada banyak kelebihan mandi limau ni tapi tak ramai yang tahu. Tah tah kita pun tak tahu kelebihan dia. 

Limau ni banyak kelebihan dia, lagi lagi kalau limau tu diruqyah. Lebih mujarab kesan dia. Sekali mandi, kesan dia memang pergi. 

Contents
mandi limau

1. Boleh buang bisa tubuh badan

Yang sakit badan setiap masa, rasa lenguh, sakit kat urat belikat, elok amalkan mandi limau. 

Bisa tubuh badan akan keluar.  Semua unsur unsur tak elok pada diri kita akan mengalir dengan air limau.

 Air limau ni dia macam magnet, dia tarik unsur tak baik dari darah kita sendiri. Lagi kerap kita mandi, lagi ringan tubuh badan kita. 

2. Membersihkan aura diri

Limau purut atau nipis ni ada aura yang tersendiri. Bila dibaca dengan ayat ayat Al Quran, keadaan aura yang ada pada limau ni akan bertambah kuat. 

Bila mandi, aura kita akan semakin bersih. 

Kesan dia, dia akan rasa lebih yakin dari sebelum ni. Kita rasa semangat dan kita rasa tenang. Sebab? Aura diri kita dah dibersihkan. 

Semua aura yang buruk pada diri akan keluar dengan air mandian. Aura kita akan digantikan dengan aura yang baru melalui limau yang dah dibacakan. 

3. Seri wajah akan bertambah kuat

Untuk yang selalu amalkan mandian limau, seri wajah akan jadi semakin kuat. Sapa sapa yang tengok, mudah tertarik tanpa sebab yang jelas. 

Seri wajah ni akan menampakkan nur diwajah kita. Wajah asli macam kita baru dilahirkan. Kalau nak seri wajah POWER, selalu amalkan mandian limau. Seminggu sekali pun dah okey. 

Artikel berkaitan

4. Lapangkan fikiran & jiwa

Mandi limau boleh buat otak & jiwa kita jadi tenang. Biasanya kalau tak tenang tu, mungkin sebab ada gangguan syaitan dalam diri. 

Syaitan tak suka dengan limau. 

Sebab tu bila kita mandi limau, syaitan ni semua akan pergi tinggalkan diri kita. Itu yang sebabkan kita jadi lapang, jadi ringan & tenang sangat sangat. 

Tapi kalau gangguan sihir & saka dia takkan pergi macam tu je. Sebab ada tugas yang dia kena buat. Sebab tu perlunya pengisian doa & ruqyah pada limau. 

5. Buang gangguan jin

Mandi limau ni biasa digunakan dalam perubatan Islam. Mandi limau ni salah satu kaedah untuk kita buangkan jin dari tubuh badan. Limau ni umpama asid pada kaum jin. 

Kalau terkena boleh mendatangkan kemudharatan. Sebab tu mandi limau ni boleh buang jin. 

Lagi lagi kalau limau tu dibacakan dengan doa & ayat ayat manzil. Lagi padu pergi dia. Jin pun memang tak suka dengan bau limau.

kelebihan mandi limau

6. Boleh digunakan untuk merawat sihir

Limau purut dan nipis boleh digunakan dalam perubatan untuk merawat masalah sihir pada diri. Semua sakit disebabkan sihir boleh sembuh melalui mandian limau. 

Dengan limau kita boleh tarik & matikan pengaruh sihir pada diri. 

Tapi biasanya bukan sekali mandi la dia terus baik. Perlu mandian yang berkali kali. Biasanya perawat akan tentukan. 

7. Menghilangkan bau busuk pada tubuh badan

Kalau kerap mandi limau, bau badan yang tak berapa sedap boleh hilang dengan sendiri. 

Tapi syaratnya kena kerap mandi limau. Mungkin 3 hari sekali atau mungkin seminggu sekali. Bukan selamanya kena mandi limau. 

Buat sampai badan kita tak bau busuk lagi. Simple.

Air perahan limau akan bunuh semua kuman kuman yang ada pada tubuh badan kita yang menyebabkan bau busuk. 

8. Boleh mewangikan tubuh badan

Limau purut biasanya digunakan dalam perubatan alternatif sebagai pewangi & aroma terapi yang merawat masalah bau busuk pada tubuh badan. 

Limau ada aromanya yang tersendiri, boleh buatkan sesiapa sahaja segar & tenang selepas mandian. 

9. Segarkan tubuh badan

Mandi limau memang biasa digunakan untuk segarkan tubuh badan. Segarkan fikiran & jiwa. 

So kalau kita nak segarkan badan, nak rilek kan otak, boleh try mandi limau selepas balik dari kerja. Lepas mandi, rehat. Fuhh memang nikmatnya tak terkata. 

10. Boleh merawat masalah panas baran

Panas baran berlebihan boleh dirawat dengan mandian limau. Untuk rawat masalah ni, kita perlu buat mandian limau setiap minggu. 

Kita boleh nampak perubahan emosi dalam masa sebulan dua. 

Limau membantu untuk buangkan unsur unsur yang tak baik pada diri, yang menyebabkan masalah emosi. Bila kita amalkan mandian limau, masalah emosi kita akan beransur pulih. 

Kesimpulan

Limau purut & nipis memang ada aura yang tersendiri walaupun tak baca apa apa doa padanya. Jin memang tak suka dengan bau limau, jin juga tak suka terkena air perahan limau.

Limau ni ibaratnya macam asid pada jin. Bila tambah dengan doa & ruqyah, limau ni akan jadi lebih power & mampu menghancurkan sihir dalam masa yang sekejap. 

So jangan pandang rendah dengan mandian limau ni. Kesannya sangat dahsyat pada jin jin yang mengamalkan ilmu hitam ni. 

F.A.Q tentang mandian limau

Yup, limau secara semula jadi boleh memberikan manfaat pada diri kita seperti yang ditulis diatas walaupun kita tidak membaca apa apa ayat & doa. Cuma manfaat yang kita dapatkan tu limited sikit berbanding jika kita gabungkan dengan bacaan ruqyah & doa. 

Dah tentu boleh. Buat mandian limau pada setiap minggu boleh improve aura diri kita dari masa kesemasa. InsyaAllah. 

Boleh mengurangkan simptom sihir pada diri. Tapi cuma bersifat sementara & tak boleh membuang sihir secara direct dengan limau. Buang sihir masih perlukan kepakaran dari pengamal perubatan Islam untuk membuat bacaan ruqyah & doa khusus. InsyaAllah.

Artikel berkaitan
Rujukan luar
Team Imuslim

Team Imuslim

Digital Content Writer - Menulis content yang berkaitan dengan kehidupan seorang Muslim.

Feedback Artikel

Feedback yang diberikan penting untuk membuat artikel yang lebih baik dari masa kesemasa.