14 kelebihan minum air kosong yang ramai tak tahu!

Air kosong penting untuk tubuh badan kita beroperasi macam biasa. Tanpa air kosong kita akan mati.

Semua orang tahu apa itu air kosong, tapi tak semua yang tahu manfaat air kosong pada tubuh badan kita. Yang ramai tahu, air ni sekadar hilangkan dahaga sahaja. Dengan air kita dapat buang segala penyakit & kotoran dari tubuh badan. So air ni penting sangat pada diri kita.

Bukan kita je kot, rasanya semua makhluk yang kita nampak dengan mata kasar, semuanya memerlukan air. So air ni memang sangat sangat penting la untuk kita hidup.  Kalau tak ada air, mau arwah kita.

Links

Air yang cukup dalam badan mampu membantu untuk kita turunkan berat badan. Lagi banyak kita minum air lagi mudah untuk kita turunkan berat badan. 

Minum air yang banyak ni umpama kita flush badan kita dari lemak lemak yang berlebihan. 

Kalau susah nak turun tu, kemungkinan kita kurang minum air. Menjadikan kita susah sangat sangat nak turun kan berat badan. Air membantu untuk meningkatkan metabolisme kita menjadi aktif.

Tapi jangan sampai kita terlebih minum air, sebab minum air yang berlebihan pun akan ada kesan yang buruk pada diri kita. Kalau nak kurus, minum la banyak air. 

Kelebihan minum air kosong

2. Boleh mencantikkan kulit

Nak cantik tak semestinya kena pakai macam macam produk, kadang cukup dengan minum air sahaja, kita dah boleh cantikkan diri kita dari dalam. Air mampu membersihkan toksik yang ada dalam badan kita sekaligus menjadikan kulit kita cantik secara semula jadi. 

Bila toksik ni sudah dikeluarkan, darah kita menjadi bersih. Bila darah menjadi bersih, kulit kita akan tumbuh dengan sihat & cantik. Gitu. Tak payah nak makan vitamin c bagai, jaga tidur, minum air banyak. Simple. 

3. Membantu kita untuk tidur

Air yang cukup dalam badan, akan bantu kita untuk tidur dengan lebih lena. Pentingnya air ni sampai boleh effect dengan waktu kita tidur. Kalau badan kita kurang air, kita boleh jadi susah tidur. 

Bila kita susah tidur, kita akan tidur lambat. Bila kita tidur lambat, kita takkan cukup tidur. 

Bila kita tak dapat tidur dalam keadaan tidur yang berkualiti, emosi kita akan jadi tak stabil, fikiran kita jadi waras jap, itu yang nak marah je memanjang. Last last semua yang kita nak buat tak jadi. 

So punca dari masalah ni, air saja citenya. So minum la air kosong sebanyak yang mungkin. InsyaAllah akan membantu untuk kita tidur. Benda simple, kenapa kita susah kan. 

KELEBIHAN MINUM AIR KOSONG

4. Cegah sembelit

Minum air kosong yang cukup boleh mencegah sembelit. Air yang cukup boleh membersihkan penghadaman kita, sekali gus melancarkan proses membuang.

Air kalau tak cukup dalam badan boleh sebabkan sembelit. Susah nak buang air besar. Mungkin sebab najis terlalu keras kerana kekurangan air.

So salah satu cara untuk pastikan kita tak sembelit adalah dengan minum banyak air. Air ni akan lembutkan najis, akan buat dia berjalan dengan lancar dalam usus. Baru la kita boleh buang air dengan aman & damai.

5. Cegah sakit kepala

Salah satu sebab kenapa kita kerap sakit kepala adalah kerana kurangnya air dalam tubuh badan. Bila tubuh badan kita kekurangan air, kita jadi mudah sakit kepala.

Kerana darah kita kekurangan oxygen untuk membawa sampai ke otak. Bila air cukup, susah untuk kita sakit kepala. So kalau setiap masa kita jaga air dalam badan, kita boleh cegah diri kita dari terkena sakit kepala. Salah satu sebab lain kenapa kita sakit kepala ialah tak ada duit dalam dompet. 

6. Melancarkan peredaran darah

Tahu tak sos cili & tomato? Ha macam tu la darah kita nanti kalau tak minum air. Dia jadi pekat, tapi tak ada la pekat macam sos tu kan. 

So bayangkan kalau darah kita jadi pekat, aliran dia jadi lambat. Nak bawa oxigen pun jadi susah. 

Badan yang tak ada oxigen yang cukup boleh buatkan organ kita rosak sikit demi sikit. Punca ni semua apa? Tak minum air kosong yang cukup untuk tubuh badan kita. 

7. Jadikan fungsi jantung berjalan lancar

Kalau minum air yang cukup, jantung kita akan berfungsi dengan baik. Kalau air tak cukup, buat jantung kita bekerja lagi keras, sebab nak pam darah kita yang pekat tu. 

Lama lama kerja keras, boleh sebabkan darah tinggi, boleh sebabkan masalah jantung sebab dah letih dehidrasi (kekurangan cecair dalam badan). Minum air sangat sangat membantu. 

8. Cegah strok semasa tidur

Minum segelas air sebelum tidur mampu mencegah strok sebelum tidur. Air yang cukup dalam darah mengurangkan risiko darah membeku & tersumbat. Aliran darah jadi lancar, risiko strok berkurangan. 

9. Membersihkan sistem pencernaan

Minum air yang cukup mampu membersihkan sistem pencernaan kita. Mampu membersihkan segala kotoran, menyelesaikan masalah sembelit, segala racun & bahan kimia yang lain akan mudah dikeluarkan. 

Ini akan menjadikan tubuh badan kita bersih dari segala toksik & meringankan kerja buah pinggang dalam menapis toksik dalam darah. 

10. Meningkatkan metabolisma

Minum air boleh boost metabolisma diri, sekali gus menjadikan tubuh badan kita mudah membakar segala kalori yang ada tubuh badan. Kelebihan bila metabolisma kita aktif, kita tak mudah gemuk kalau kita sentiasa jaga air dalam badan. 

Kalau nak kurus, ini salah satu kunci. Tingkatkan metabolisma pada diri kita & kita akan kurus. Itu pun kalau kita jaga makan. 

11. Menurunkan tekanan darah

Air dapat membantu menurunkan tekanan darah dengan membantu menjaga keseimbangan cairan dan elektrolit dalam tubuh.

Keseimbangan ini mempengaruhi fungsi dari sistem saraf dan darah, yang dapat mempengaruhi tekanan darah.

Minum air dalam jumlah yang cukup setiap hari dapat membantu mencegah dehidrasi, yang dapat meningkatkan tekanan darah.

Minum air juga dapat membantu melancarkan aliran darah dan membantu mencegah pembentukan darah beku, yang dapat meningkatkan tekanan darah.

12. Membuang garam yang berlebihan dalam tubuh badan

Mengambil air yang mencukupi dapat membantu badan membuang garam yang berlebihan melalui air kencing dan mengurangkan beban pada buah pinggang untuk menapis darah yang mengandungi garam berlebihan. Oleh itu, penting untuk kita mengurangkan pengambilan garam.

13. Menjaga kesihatan buah pinggang

Buah pinggang akan terjaga selagi kita menjaga air yang cukup dalam tubuh badan. 

Aliran darah yang lancar, boleh bersihkan buah pinggang dari segala toksik & benda benda yang merbahaya, termasuk mencegah pembentukan batu karang. 

Selalu lah minum air, maka buah pinggang kita akan berfungsi dalam keadaan yang baik. 

14. Meningkatkan sistem imun

Meminum air sebelum tidur dapat membantu menjaga tubuh terhidrasi selama tidur dan mengurangi risiko pembekuan darah yang dapat menyebabkan serangan jantung atau strok. 

Ketika kita tidur, tubuh terus memproses dan memperbaiki sel-sel yang rosak. 

Jika kita kekurangan cairan, maka kemampuan tubuh untuk melakukan proses-proses ini akan terganggu, dan risiko masalah kesihatan seperti serangan jantung atau strok dapat meningkat.

So, disarankan untuk minum segelas air sebelum tidur agar tubuh kita tetap terhidrasi dan proses-proses penting dalam tubuh dapat berjalan dengan lancar selama kita tidur. 

Kita dapat mengurangkan risiko terkena serangan jantung & strok

kelebihan minum air kosong

Kesan pada diri jika tak cukup minum air

Kurang minum air dalam badan boleh memberikan kesan yang buruk terhadap kesihatan kita. Antara kesannya:

  • Dehidrasi: Dehidrasi berlaku apabila badan kehilangan lebih banyak air daripada yang diambil. Gejala dehidrasi termasuk sakit kepala, letih, pening dan mulut kering.
  • Sembelit: Tak minum air yang cukup boleh menyebabkan najis keras dan susah untuk dikeluarkan & menyebabkan masalah sembelit.
  • Penurunan prestasi fizikal: Tak minum air yang cukup boleh mengurangkan keupayaan badan untuk bersenam dan melakukan aktiviti fizikal yang lain.
  • Fungsi buah pinggang berkurangan: Buah pinggang memerlukan air untuk membantu membersihkan sisa daripada badan. Kurang minum air boleh mengganggu fungsi buah pinggang.
  • Kekejangan otot (Krem): Tak minum air yang cukup boleh menyebabkan kekurangan elektrolit dalam badan, yang boleh menyebabkan kekejangan otot.
  • Peningkatan risiko batu karang: Tak minum air yang cukup boleh menyebabkan pembentukan batu karang, kerana kepekatan mineral dalam air kencing meningkat apabila badan kekurangan air.
  • Kulit kering: Tak minum air yang cukup boleh menyebabkan kulit kita menjadi kering dan kusam.
  • Senak: Tak minum air yang cukup boleh menyebabkan gangguan pencernaan macam sakit perut, kembung perut dan pedih ulu hati.
  • Sakit kepala: Tak minum air yang cukup boleh menyebabkan sakit kepala kerana otak tidak mempunyai cukup air untuk berfungsi dengan baik.
  • Risiko serangan jantung: Kurang minum air akan meningkatkan risiko terkena serangan jantung. Ini kerana kurangnya air dalam badan akan menyebabkan kolestrol mudah melekat pada dinding artery sekali gus menyumbatkan aliran darah. 
  • Risiko serangan strok: Sama macam jantung, kurangnya air dalam darah boleh meningkatkan risiko terkena strok. 
Kelebihan minum air

Kesimpulan

Minum air ni sangat penting untuk menjaga kesihatan tubuh kita. Tapi kita juga perlu memastikan yang kita minum air dalam jumlah yang sesuai (mengikut berat badan) dan pada waktu yang betul.

Disiplinkan diri untuk minum air supaya dapat membantu menjaga keseimbangan cairan dalam tubuh badan kita dan dapat mencegah masalah kesihatan yang boleh berlaku sekiranya badan kita kekurangan air.

Kita perlu sayangi organ dalam tubuh badan kita macam buah pinggang dan jantung dengan menjaga minum kita dalam seharian. Kita juga perlu memastikan bahawa kita minum air yang bersih, seeloknya air mineral.

Bila kita jaga minum kita dengan betul, kita dapat menjaga kesihatan tubuh kita dengan lebih baik dan memastikan organ dalam tubuh kita berfungsi dengan baik. Sayangilah kesihatan kita.

Team Imuslim

Team Imuslim

Digital Content Writer - Menulis content yang berkaitan dengan kehidupan seorang Muslim.

Feedback Artikel

Feedback yang diberikan penting untuk membuat artikel yang lebih baik dari masa kesemasa.