Kenapa hidup saya malang? Ada 9 sebab yang mungkin kita tak tahu!

Malangnya hidup aku

Hidup kita malang biasanya ada banyak faktor. 

Tapi ramai dari kita yang tak tahu kenapa hidup kita malang. 

Yang kita tahu, hidup memang dah ditakdirkan malang sampai bila bila.

Kita putus asa dalam hidup, sebab tak ada siapa yang bagi penerangan pada kita tentang malang yang kita alami ni.  

Malangnya nasib ni. 

kenapa nasib saya malang?

1. Sebab saka keturunan

Kita tak sedar, hidup kita ni ada campur tangan jin yang datang dari keturunan kita sendiri. 

Biasanya jin yang datang dari keturunan ni disebut sebagai saka keturunan. 

Saka ni tak lain tak bukan, memang berfungsi untuk menjahanamkan hidup kita. 

Punca dia sebab keturunan kita melanggar perjanjian. Tapi kita bukan nak cerita pasal ni. 

Kita nak cerita yang saka ni salah satu punca kenapa hidup kita sentiasa malang. 

2. Terkena sihir

Orang hantar sihir untuk jahanamkan hidup kita. Tapi kita tak pernah tahu & sedar tentang perkara ni. 

Yang kita tahu hidup kita penuh dengan malang & nasib sial. 

Kita tak diberi penerangan tentang sihir. Sebab tu kita tak tahu malang kita tu berpunca dari gangguan sihir. 

Sihir ni kan memang dihantar untuk menjahanamkan hidup kita.

Kita perlu research tentang tanda tanda gangguan sihir untuk tahu dengan lebih jelas tentang apa yang kita lalui. 

3. Terkena penyakit ain

Penyakit ain hadir disebabkan adanya manusia yang tak puas hati dengan diri kita.

Penyakit ain ni macam sihir, tapi dia bukan sihir. 

Orang yang memandangkan kita dengan penuh dendam & penuh dengan hasad dengki boleh bagi kesan pada diri kita. Ini lah yang disebut penyakit ain. 

Tapi kita tak pernah sedar & tak pernah pulak nak amalkan pendinding diri untuk lindung diri kita dari penyakit ain. 

Tahu tahu hidup penuh dengan nasib malang. 

4. Sumpahan ibu

Sumpahan ibu boleh sebabkan hidup kita menjadi malang setiap masa. 

Biasanya jadi pada anak yang menderhaka. 

Bila ibu yang baik dianaiya & diherdik tanpa sebab yang jelas. Membuatkan hati ibu menjadi sakit & sakit. 

Sampai la anak tu melakukan perbuatan yang melampaui batas pada ibunya. 

Maka pada masa ni la, sumpahan ibu boleh terjadi. 

Kalau kita rasa kita banyak dosa dengan ibu, mohon ampun lah dengan segera untuk bebaskan diri kita dari kehidupan yang penuh dengan nasib malang ni. 

5. Doa orang yang teraniaya

Kalau kita pernah berlaku kejam pada orang lain, kita aniaya dia & kita buat macam macam dosa pada diri dia, kemungkinan besar, hidup malang kita disebabkan doa orang yang teraniaya. 

Mungkin pada kita nampak biasa, tapi pada orang yang kita buat tu mungkin alami kesusahan melampau kesan dari kita aniaya dia. 

Apa pun cari la orang yang kita rasa perlu kita minta maaf. 

Hidup kita akan ada perubahan sikit demi sikit. 

6. Doa anak pada ibu bapa

Nasib malang ni bukan saja berlaku pada anak anak.

Tapi boleh jadi apa mak bapak yang melampaui batas pada anak anaknya. 

Mak bapak yang tak pernah tunaikan hak anak, selalu menganiaya anak demi kepentingan diri sendiri. 

Zaman sekarang, ramai mak ayah yang buat anak macam sampah. Walaupun anak tu nampak lemah & bodoh. 

Tapi hati dia sedang berkata kata. Yang mana kata kata anak tu Allah dengar. 

So sebagai mak ayah, jangan rasa diri sentiasa betul.

Hidup malang boleh jadi disebabkan anak yang sedang menyimpan luka dihati. 

7. Fikiran yang negatif

Hari hari fikir tempat ni macam penjara, maka tempat ni akan jadi penjara. 

Hari hari fikir tempat ni macam syurga, maka tempat ni akan jadi macam syurga. 

Fikiran boleh menentukan sama ada kita gembira disini atau tak.

Kalau hari hari kita fikir negatif, maka semua benda yang kita buat akan jadi negatif. Tapi kalau kita fikir positif, semua benda akan jadi positif. 

Kalau kita ni memang jenis hari hari fikir malang, maka tak mustahil hidup kita jadi malang atas sebab kita sendiri yang selalu fikir. 

Macam nak minta sangat benda tu jadi. 

8. Sumpahan haiwan

Kalau kita pernah seksa binatang macam kucing, semua tu boleh jadi punca kenapa hidup kita sangat malang. 

Haiwan yang kita seksa mungkin ada mendoakan keburukan untuk hidup kita, based pada apa yang kita dah buat pada haiwan tu. 

Allahu, mohon jauhkan lah nasib malang yang berpunca dari haiwan tu sendiri. 

9. Penyakit ain

Orang yang pandang kita dengan penuh dendam & hasad dengki boleh memberikan kesan pada diri & kehidupan kita. 

Kesan yang akan kita alami, bergantung pada seberapa kuat orang lain membenci kita. 

Lagi ramai orang benci & dendam dengan kita, lagi kuat kesannya dalam kehidupan kita. Ini la yang dinamakan sebagai penyakit ain. 

Penyakit ain boleh menghancurkan kehidupan kita seperti sihir menghancurkan kehidupan orang lain. 

Sebab tu kita kena elakkan berkongsi kehidupan kita dimedia sosial, apatahlah lagi perkongsian kita membuatkan orang lain membenci dengan diri kita. 

Penyakit ain boleh menyebabkan kehidupan kita sentiasa malang. 

Jom kita subscribe kalau rasa semua content dalam ni bermanfaat. InsyaAllah.
Member
Tuan Muhammad

Tuan Muhammad

Digital Content Writer