Kenapa hidup aku malang? Ada 8 sebab yang mungkin kita tak tahu!

Kenapa hidup aku malang?

Kita tak keseorangan bila kita rasa hidup kita malang. Sebenarnya ramai yang lebih malang dari diri kita, cuma kita sahaja yang tak membuka mata untuk orang dunia luar. 

Hidup kita malang ada banyak faktor & sebab. Cuma kita mungkin tak perasan sebab kita tak diberikan pendedahan tentang perkara macam ni. 

Boleh jadi hidup malang, sebab fikiran kita yang terlalu negatif. Selalu berfikiran negatif boleh sebabkan kita merasakan hidup kita malang padahal tak malang pun.

Ini antara contoh faktor yang boleh menyebabkan hidup kita malang. Jadi kenapa kita malang? Teruskan membaca. 

Gangguan saka keturunan boleh sebabkan hidup kita menjadi malang. Saka yang ada pada diri kita takkan biarkan hidup kita berjalan dengan lancar. 

Saka akan sebabkan hubungan kita dengan keluarga jadi huru hara, akan sebabkan rezeki kita jadi sempit, boleh sebabkan hubungan kita dengan pasangan selalu bermasalah. 

Kalau kita memang ada tanda saka ni, jangan berlengah lagi. Dapatkan rawatan dari pengamal perubatan Islam. 

hidup saya malang

2. Terkena gangguan sihir

Gangguan sihir boleh menyebabkan hidup kita jadi neraka. Sihir ni biasanya dihantar untuk merosakkan kehidupan kita. 

Kalau hidup kita terlalu malang, kemungkinan besar hidup kita dipenuhi dengan gangguan sihir. Kita boleh check dengan tanda tanda sihir pada diri. 

Lagi banyak tanda sihir pada diri, lagi jelas yang kehidupan kita ni memang ada sihir. 

Kita perlu confirmkan gangguan sihir ni dengan pengamal perubatan Islam, bila dah confirm, pada masa ni jangan kita percaya pada sesiapa. Kita ada musuh dalam selimut yang sedang menikam kita dari belakang. 

Sentiasa berhati hati. 

hidup aku malang

Artikel berkaitan

3. Sumpahan ibu

Doa seorang ibu boleh menyebabkan hidup kita jadi malang. Ini biasanya berpunca dari doa ibu yang tak redha dengan anaknya. 

Mungkin sebab kita banyak buat dosa dengan ibu kita, mungkin sebab kita banyak kali buat dia menangis & mungkin kita dah jadi anak derhaka di pandangan Allah. 

Ini yang menyebabkan doa ibu tu jadi makbul keatas diri kita. Allah takkan makbulkan doa ibu tu kalau ternyata ibu itu yang bermasalah. 

Kalau makbul dan memang terjadi pada diri kita, kita mungkin patut sedar, yang kita memang bersalah. Wallahualam. 

4. Doa orang yang teraniaya

Kalau kita pernah berlaku kejam pada orang lain, kita aniaya dia & kita buat macam macam dosa pada diri dia, kemungkinan besar, hidup malang kita disebabkan doa orang yang teraniaya. 

Mungkin pada kita nampak biasa, tapi pada orang yang kita buat tu mungkin alami kesusahan melampau kesan dari kita aniaya dia. 

Apa pun cari la orang yang kita rasa perlu kita minta maaf. 

Hidup kita akan ada perubahan sikit demi sikit. 

5. Doa anak pada ibu bapa

Nasib malang ni bukan saja berlaku pada anak anak.

Tapi boleh jadi apa mak bapak yang melampaui batas pada anak anaknya. Mak bapak yang tak pernah tunaikan hak anak, selalu menganiaya anak demi kepentingan diri sendiri. 

Zaman sekarang, ramai mak ayah yang buat anak macam sampah. Walaupun anak tu nampak lemah & bodoh. 

Tapi hati dia sedang berkata kata. Yang mana kata kata anak tu Allah dengar. 

So sebagai mak ayah, jangan rasa diri sentiasa betul. Hidup malang boleh jadi disebabkan anak yang sedang menyimpan luka dihati. 

hidup aku malang

6. Fikiran yang negatif

Hari hari fikir tempat ni macam penjara, maka tempat ni akan jadi penjara. 

Hari hari fikir tempat ni macam syurga, maka tempat ni akan jadi macam syurga. Fikiran boleh menentukan sama ada kita gembira disini atau tak.

Kalau hari hari kita fikir negatif, maka semua benda yang kita buat akan jadi negatif. Tapi kalau kita fikir positif, semua benda akan jadi positif. 

Kalau kita ni memang jenis hari hari fikir malang, maka tak mustahil hidup kita jadi malang atas sebab kita sendiri yang selalu fikir. Macam nak minta sangat benda tu jadi. 

7. Sumpahan haiwan

Kalau kita pernah seksa binatang macam kucing, semua tu boleh jadi punca kenapa hidup kita sangat malang. 

Haiwan yang kita seksa mungkin ada mendoakan keburukan untuk hidup kita, based pada apa yang kita dah buat pada haiwan tu. 

Allahu, mohon jauhkan lah nasib malang yang berpunca dari haiwan tu sendiri. 

8. Penyakit ain

Orang yang pandang kita dengan penuh dendam & hasad dengki boleh memberikan kesan pada diri & kehidupan kita. 

Kesan yang akan kita alami, bergantung pada seberapa kuat orang lain membenci kita. 

Lagi ramai orang benci & dendam dengan kita, lagi kuat kesannya dalam kehidupan kita. Ini la yang dinamakan sebagai penyakit ain. 

Penyakit ain boleh menghancurkan kehidupan kita seperti sihir menghancurkan kehidupan orang lain. 

Sebab tu kita kena elakkan berkongsi kehidupan kita dimedia sosial, apatahlah lagi perkongsian kita membuatkan orang lain membenci dengan diri kita. 

Penyakit ain boleh menyebabkan kehidupan kita sentiasa malang. 

kenapa hidup saya malang?

Kesimpulan

Bila kita fikir “hidup aku malang” jangan salahkan takdir dulu. Kita diberi peluang untuk mengubah takdir kita. 

Masih ada peluang untuk kita mengubah semuanya sebab Allah sentiasa memberikan jalan keluar kepada hambaNya. 

Sebenarnya hidup kita yang malang ni boleh diubah kearah yang lebih baik. Teruskan belajar, insyaAllah kita akan berjaya. Sharekan artikel ni kalau kita rasa bermanfaat pada orang lain. 

Artikel berkaitan

Artikel luar

Team Imuslim

Team Imuslim

Digital Content Writer - Menulis content yang berkaitan dengan kehidupan seorang Muslim.

Feedback Artikel

Feedback yang diberikan penting untuk membuat artikel yang lebih baik dari masa kesemasa.