Kenapa jiwa rasa gelisah? Ada 8 sebabnya

Jiwa rasa resah & gelisah biasanya ada sebab sebabnya. Sama ada kita nampak dengan mata kasar atau pun tak nampak. 

Ada sebab kenapa jiwa rasa tak selamat, rasa macam ada sesuatu yang membebankan otak kita. 

Cuma kita je yang mungkin tak tahu apa penyebabnya. 

Links

1. Hubungan dengan Allah makin jauh

Sebab mungkin kita tak solat. Dah berapa lama kita tinggalkan solat? Kalau dah lama sangat tu, bermakna kita dah jauh dari Allah. 

Hubungan kita dengan Allah dah makin jauh sampai kita selalu rasa gelisah & tak tenang sepanjang masa. 

Kalau ini puncanya, cuba dekatkan diri kita dengan Allah. Jangan ego dan sombong. Allah sentiasa menunggu kita. Allah ada & sentiasa ada dengan kita. 

"Semakin jauh kita dengan Allah, maka semakin jauh la semua benda dengan diri kita."

2. Hubungan dengan manusia hancur

Tak jaga hubungan dengan manusia, selalu maki hamun orang lain, selalu bawa mulut & macam macam lagi yang mungkin kita buat tapi tak sedar. 

Jangan ego & pentingkan diri sendiri. 

Boleh jadi ni lah sebabnya jiwa kita rasa tak aman. Kita banyak dosa dengan orang lain. Doa dengan manusia sukar dimaafkan melainkan manusia tu maafkan kita. 

Mungkin sebab kita tak bayar hutang orang lain. 

Kita tak bayar hutang tu sampai menyebabkan orang lain jadi susah. Sampai dia kena jadi pengemis dengan diri kita. 

Dia redha ke dengan apa yang kita buat? Semua ni akan bagi kesan pada diri & jiwa kita. 

3. Hubungan dengan binatang

Ramai orang tak tahu, tak jaga hubungan dengan binatang pun akan buat hati kita tak tenang. 

Contoh nya kita sengaja tak bagi makan kucing, kita sepak kucing, kita sakitkan kucing atau pun kita seksa kucing tu. 

Semua ni boleh effect dengan jiwa kita. Banyak dosa dengan binatang memang boleh effect dengan hati & jiwa kita. So benda ni tak boleh bawak main lah. 

Kita kena serius, kena bertaubat, minta ampun pada Allah. Cari balik binatang yang kita buat dosa dengan dia. Minta maaf. 

Binatang pun boleh mendoakan kita, sama ada baik atau pun buruk. So jaga jaga. 

4. Hubungan dengan keluarga

Keluarga kita tengah susah, tapi kita buat tak tahu. Kita lagi pentingkan orang luar dari keluarga kita sendiri. 

Ni pun boleh sebabkan kita rasa gelisah setiap masa. Mungkin ada keluarga kita yang tengah bersedih hati. Kesedihan dia tu buatkan roh kita jadi tenteram, resah & gelisah. 

Kita mungkin tak tahu, tapi roh kita tahu. Benda ghaib kan. Batin kita tahu, tapi zahir kita tak tahu. 

Kalau rasa gelisah, mungkin keluarga salah satu puncanya. Kita kena tanya khabar diorang. Tolong yang mana boleh. 

Kalau dapat tu, minta maaf sekali ya, mana tahu ada dosa kita pada keluarga yang kita sendiri pun tak sedar. 

5. Banyak buat dosa

Banyak buat dosa pun akan buatkan kita jadi resah & gelisah. Contoh dosa yang kita boleh buat hari hari, tengok benda benda lucah, cakap mencarut, mencuri & bercakap bohong. 

Fuu nampak macam biasa je kan, tapi semua ni boleh effect dengan jiwa kita. Kita mungkin tak rasa teruk sangat sekarang ni. 

Tapi lama lama, keadaan diri kita boleh jadi teruk, kalau kita tak ubah dari sekarang. 

6. Stress & anxiety

Kita mungkin alami stress yang berpanjangan. Menyebabkan kita jadi anxiety. Bimbang dengan semua benda tanpa sebab yang jelas. 

Untuk masalah anxiety ni, memang boleh jadi pada sesiapa sahaja. Boleh dirawat dengan cara ruqyah mandiri, solat & amalkan zikir zikir yang khusus untuk bersihkan jiwa kita. 

Last sekali, guna bantuan orang lain macam pengamal perubatan Islam & doktor pakar. Semua benda kita boleh usahakan. Tinggal kita je nak atau tak nak. Simple. 

7. Alami kemurungan

Mungkin kita tengah lonely & tengah alami kemurungan pada diri tapi kita tak sedar, simptom yang kita tengah lalu ni sebenarnya kemurungan. 

Cuba check balik diri kita melalui tanda tanda kemurungan di google. Kalau ada banyak tanda kemurungan pada diri, jelas kita ada kemurungan. 

Cuma kita perlu confirmkan dengan pakar & dapatkan ubat untuk rawat diri kita. InsyaAllah. 

rasa gelisah

8. Menyembunyikan kebenaran

Kita mungkin tahu tentang sesuatu. Sesuatu yang boleh menyelamatkan orang lain, tapi kita diamkan diri. Kita senyap sebab tak mahu campur hal orang lain. 

Tapi percaya la, apa yang kita simpan tu akan buat hati kita tak aman & sentiasa gelisah. 

Benda ni akan selesai, kalau kita dah bagi tahu kebenaran yang sebenarnya. Lagi lagi kalau melibatkan nyawa orang lain.

Lagi besar rahsia yang kita simpan, lagi tak tenang jiwa kita. 

"Hanya orang orang munafik sahaja yang akan menyembunyikan kebenaran."

Kesimpulan

Jiwa yang gelisah boleh dirawat dengan kaedah kerohanian. Contoh kaedah kerohanian tu ialah melalui doa & bacaan ayat Al Quran. 

Kita boleh juga mohon pada Allah, untuk tunjukkan punca & asbab yang menjadikan kita resah gelisah.

Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Kita tak tahu. 

Jangan putus asa untuk rawat diri kita. Kita sebenarnya kuat dari yang kita sangka. 

Team Imuslim

Team Imuslim

Digital Content Writer - Menulis content yang berkaitan dengan kehidupan seorang Muslim.

Feedback Artikel

Feedback yang diberikan penting untuk membuat artikel yang lebih baik dari masa kesemasa.