9 sebab kita rasa tak berguna

Ada banyak faktor kenapa kita rasa tak guna. Kita rasa down, kita rasa macam disisihkan semua orang, kita rasa terhina.

Macam macam lagi yang kita rasa, cuma tak terluah kat mulut. 

Nak cerita kat orang pun kita takut orang tak faham, last sekali salahkan kita balik. 

Ada beberapa sebab kenapa kita rasa diri kita tak berguna. Dan kita boleh ubah semua sebab sebab tu untuk jadikan diri kita bersemangat balik. 

"Hari hari orang panggil kita bodoh, siapa yang tak down?. Kita ni cuma manusia biasa yang mengharapkan kasih sayang"

Links

1. Dari kecil kita direndahkan orang

Dari kita kecik, kita selalu dihina & direndahkan. Lagi lagi kena dengan mak bapak sendiri. Memang bagi kesan mendalam kat jiwa kita.

Sebab tu la kita rasa down sangat sepanjang hidup kita. Jiwa kita macam dah jadi cacat gitu. 

Orang tua kita pun tak support kita sejak kecik. Memang cacat la mental kita. Tapi nampak normal kat luar. 

Zaman sekarang kan zaman duit. Zaman degree & master. Confirm la orang pandang ni. 

Kalau benda ni kita tak ada, normal la orang pandang rendah dengan kita.

Majoriti ramai orang akan pandang harta. Termasuk la mak ayah kita sendiri. So ini lah punca utama, kenapa kita down.

"Hari hari orang panggil kita bodoh, siapa yang tak down?. Kita ni cuma manusia biasa yang mengharapkan kasih sayang"

2. Kita tak diberi peluang

Sudah lah direndahkan orang, tak diberi peluang pulak untuk mencuba. Maka sampai bila bila kita takkan tahu, kemampuan kita macam mana. Sebab tu la kita rasa diri kita ni memang tak berguna.

Tapi sebenarnya diri kita berguna, cuma kita je tak tahu apa kemampuan kita.

Yela sebab kita belum diberi peluang, sebab tu kita tak tahu siapa diri sebenar kita. Bila kita tak tahu, yang kita nampak kita ni bodoh, lagi la rasa tak berguna. 

Jangan sesekali rasa macam tu, tak betul apa yang kita fikirkan. Bagi peluang pada diri sendiri, insyaAllah kita akan tahu siapa diri kita yang sebenarnya. 

4. Mak ayah selalu cakap kita bodoh

Ada, bukan tak ada mak ayah yang pandang rendah dengan anak sendiri. Dah lah pandang rendah, dicakap kita bodoh pulak, dah la bodoh, tak diajar pulak. Maka bertambah tambah lah kebodohan yang ada pada diri kita. 

Bila dah besar, kita rasa diri kita bodoh sangat, sebab kita dari kecik memang dah ditanamkan dalam otak kita, yang kita ni memang bodoh & tak pandai.

Tapi sebenarnya salah, bukan mak ayah yang tentukan kita pandai atau tak. Yang tentukan masa depan kita, diri kita, adalah Allah & diri kita sendiri. Jangan biarkan semua ni berlarutan. Kita mesti rajin & usaha untuk buktikan yang kita ni pandai. 

Tak ada pun manusia yang bodoh or pandai. Yang ada dalam dunia ni, hanya manusia rajin & malas sahaja. Nak 1000 daya. Tak nak 1000 alasan. Very simple. 

"Mak ayah kena jaga kata kata pada anak, setiap kata kata tu bagi kesan pada jiwa anak"

5. Kita duduk dengan orang bodoh

Duduk dengan orang bodoh akan buat kita jadi bodoh. Walaupun kita rasa pandai, tapi bila kita dah duduk terlalu lama dengan orang bodoh, sedikit sebanyak kebodohan tu akan menular juga pada kita. 

Kita mesti akan terbawa bawa juga sikap bodoh sebab terlalu lama sangat bergaul dengan orang bodoh. 

Orang bodoh yang dimaksudkan ialah orang yang bodoh sombong & fikiran yang terlalu kolot. Jenis tak nak belajar & dengar nasihat dari orang lain. 

6. Kita kemurungan

Kalau kita dalam state kemurungan, kita memang akan rasa diri kita ni tersisih & rasa tak berguna. Yang perlu kita buat ialah study dengan lebih mendalam tentang kemurungan. 

Tengok tanda tanda kemurungan ni ada tak pada diri kita, jika ada jelas kita tengah kemurungan. 

So rilek, kita sebenarnya bukannya tak berguna atau tersisih, tapi kita tengah alami kemurungan yang menyebabkan kita rasa macam tu. Sebab tu kita rasa down & tak semangat sepanjang masa.

Untuk yang alami kemurungan tahap teruk, disarankan untuk berjumpa dengan doktor pakar. InsyaAllah ada penyelesaian untuk masalah ini.

7. Kita belum capai apa apa dalam hidup

Bila kita tak capai apa apa dalam hidup, tak ada hasil yang kita boleh tunjukkan pada orang lain, memang kita akan rasa hidup kita ni tak berguna. 

Tak berguna untuk diri sendiri & sesiapa sahaja. 

Kita buat apa semua tak jadi, last sekali kita rasa diri kita ni memang betul betul tak berguna. Lagi lagi bila orang lain pun cakap kita tak guna, lagi la kita akan terasa tak guna. 

So kita mesti ada pencapaian dalam hidup. Kita mesti berjaya juga sikit sikit. 

8. Kita tak ada duit

Kadang kita tak lalu pun semua tanda tanda kat atas ni, kita cuma tak ada duit je. Bila kita tak ada duit, apa yang kita nak buat jadi terbatas. 

So lama lama kita pun tak bergerak & rasa diri kita ni sebagai orang yang tak berguna. 

Kalau jadi sebab tak dak duit, normal rasa macam tu. Sebab ramai yang alami perasaan macam ni. Ramai, bukan kita seorang je. 

So jom kita usaha cari duit. Doa, tawakal & usaha. 

"Siapa pun kita kat dunia ni, kalau tak ada duit, kita akan rasa tak berguna"

9. Kita terkena gangguan jin

Gangguan jin pun boleh sebabkan kita rasa tak berguna dengan semua orang. Badan kita jadi lemah, otak kita jadi tak bermaya & semangat kita tiba tiba jadi hilang. 

Kita rasa yang kita ni useless. 

Tak berguna untuk semua orang. Dan kadang kadang kita akan fikir yang lebih baik kita mati dari kita hidup kat dunia ni. 

Semua ni jadi kadang kadang punca dia dari benda yang kita nampak dengan mata kasar. Contoh nya gangguan sihir. 

Kesimpulan

Kita masih boleh berjaya dengan berdiri diatas kaki sendiri. 

Tak perlu kita harapkan sesiapa untuk membantu kita. Zaman sekarang zaman IT. Kita boleh belajar untuk menjadi apa sahaja. Semua ilmu dihujung jari. 

Tinggal diri kita sendiri yang menentukan, sama ada nak atau pun tak. Kalau kita malas, tak payah buat. Kalau kita rajin, teruskan berusaha. 

Letakkan pengharapan yang tinggi hanya kepada Allah. insyaAllah Dia akan membantu kita. 

Team Imuslim

Team Imuslim

Digital Content Writer - Menulis content yang berkaitan dengan kehidupan seorang Muslim.

Feedback Artikel

Feedback yang diberikan penting untuk membuat artikel yang lebih baik dari masa kesemasa.