21 sebab orang benci diri kita

Sebab kenapa orang benci kita ada banyak faktor. Jangan kita terasa sangat dalam bab ni. Takkan ada manusia yang tak bencikan diri kita walaupun kita ni manusia yang perfect. 

Cuma tengok Nabi Muhammad, semua dah perfect tapi ramai je orang bencikan dia. Siap nak bunuh lagi. 

Ini kan pulak kita. Orang biasa biasa je. 

Cuma biasanya orang tak suka kita sebab kebodohan kita sendiri, kadang sebab gangguan jin yang ada pada diri kita. Kadang sebab sikap & perangai kita sendiri. 

Mungkin jugak sebab kita ego. 

Sebab tu kita kena selalu bermuhasabah diri. Jangan cari kesalahan orang lain. Tapi try cari kesalahan diri sendiri. Baca artikel ni, untuk tahu lebih mendalam. 

Contents

Bila kita berkata kata tu, tengok dulu dengan siapa yang kita nak bawa sembang. Kalau orang tua, kita bawa style orang tua, kalau orang muda, kita bawa style orang muda. 

Kalau kawan baik kita sendiri, tak jaga kata pun tak apa. Sembang sambil pukul pun boleh. Tapi kalau kita bawak style yang sama pada semua orang, ni la punca kenapa kita dibenci tanpa sebab. 

Kita rasa macam okey, tapi sebenarnya tak okey pada orang lain.  So jangan overconfident sangat bila bercakap dengan orang. Hati manusia lain lain, kubur asing asing. 

Sebab tu pentingnya menjaga kata kata. Selaraskan kata kata kita mengikut keadaan. Baru orang suka & sayang kita. 

2. Sebab tak berpakaian kemas

Pakaian ni penting pada pandangan manusia walaupun tak penting pada pandangan Allah. 

Disebabkan kita hidup bersama sama dengan manusia, jadi sangat penting untuk kita menjaga pakaian kita dihadapan orang lain.

Jangan la pakai selekeh selekeh lepas tu bagi alasan, Allah tak pandang pakaian kita. Betul la tu, tapi kita mesti ingat, kita kena jaga hubungan kita dengan manusia & jaga hubungan dengan Allah.

Bukan jaga hubungan dengan Allah semata mata. Pakaian yang tak kemas akan buat kita nampak “bodoh” & nampak macam “orang yang tiada pendidikan”

Sebab tu bila kita sendiri pandang remeh dengan cara kita berpakaian, orang mudah untuk “pijak kita”. So kalau kita dah kena pijak, jangan tanya lah, “kenapa orang lain benci pada diri saya?”

Semua atas diri ya. Fikir & renungkan, jadilah orang yang bijak. 

3. Sebab tak displin

Serius, orang educated tak suka dengan orang yang tak ada displin.

Displin ni penting sangat dalam hidup. Tak ada displin, hidup kita macam binatang. Apa yang kita buat tak ada value dalam hidup. 

So betapa pentingnya displin dalam hidup kita. 

Kalau kita sendiri tak displinkan diri, memang patut orang benci dengan kita. Buat kerja pun tunggang langgang, sebab tak ada displin. 

So normal la kalau orang benci dengan kita. Kita sendiri yang malas kut. 

Jangan malas. Jangan buat sesuatu tu semudah ABC, kemudian nak samakan diri dengan orang lain. 

Apa apa displin ni kita tanam dalam diri. Bila ada anak, kita ajar anak pulak. 

4. Sebab malas

Hidup kalau malas, semua orang pun akan jadi benci dengan kita. Allah pun tak suka orang malas. Nabi pun tak suka dengan orang malas. 

So normal la orang benci kita sebab kita malas. Kita je asyik bagi alasan sana sini. 

Malas boleh buat hidup kita hancur. Malas boleh buat hidup orang lain jadi susah disebabkan kita yang malas ni.

Allah pun tak suka orang malas. Apatah lagi manusia. So kalau betul kita malas, jangan malas lagi. Cuba jadikan diri kita seorang yang berguna pada orang lain. 

Kalau kita ni jenis rajin, bukan manusia je suka, Allah & Rasul pun akan suka dengan kita. 

orang benci

5. Banyak bagi alasan

Ramai orang benci dengan orang yang suka bagi alasan dalam hidup dia. So jangan kita termasuk dalam kalangan orang orang yang suka bagi alasan. 

Bagi alasan ni akan buat kita sampah dimata orang lain. Terutama golongan professional. Kita sendiri yang menjadikan diri kita dibenci orang lain. 

Bila ada orang lain ajak kita buat bisnes, join & belajar. Jangan bagi alasan je memanjang. Sebab itu lah hidup kita macam tu. 

6. Banyak cerita masalah diri

Asal jumpa, selalu sangat kita cerita masalah diri, sampai orang lain pun naik bosan bila dengar. 

Ingat kita sorang je ke yang ada masalah hidup? Orang lain tak ada?

Dah hari hari kita cite pasal masalah hidup kita, sapa tak bosan?

Memang patut pun orang bosan dengan kita. Asyik nak perhatian je kita ni. Orang pun boleh muak dengar. 

Sesekali tu, kita pulak yang kena dengar masalah orang. Kita sendiri kita jadi pendengar yang baik kalau kita nak orang lain dengar masalah kita. Simple. 

7. Kerana penyakit ain

Antara sebab manusia benci kita ialah penyakit ain. Penyakit yang datang dari orang yang dengki, cemburu dengan kehidupan kita. 

Bukan salah orang yang dengki or cemburu biasanya, tapi salah diri kita sendiri. 

Sebab sibuk sangat tayangkan kekayaan kita, kebahagiaan kita dengan orang lain di media sosial. So kalau dah banyak buat sharing sana sini, apa kata kurangkan & stop. Penyakit ain boleh buat kita dibenci. Lebih parah boleh buat hidup kita hancur. 

8. Kerana sihir

Sihir boleh menyebabkan orang ramai benci dengan diri kita. Buat la baik macam mana sekali pun, orang akan tetap benci pada diri kita. 

Macam mana nak tahu ada sihir pada diri? Simple, cuba search tanda tanda gangguan sihir pada diri. 

Kita akan nampak tanda tandanya pada diri sekiranya memang ada sihir. So nak buat macam mana? Berubat dengan pengamal perubatan ruqyah. Simple. 

9. Kerana saka keturunan

Saka keturunan antara punca kenapa diri kita dibenci. Maybe orang nampak kita tua, maybe orang cuma nampak kesalahan kita. 

Sebenarnya memang kita dah buat baik dah dengan orang, cuma bila ada saka, dia akan tutup pandangan orang yang melihat kita. 

So semua kebaikan pada diri kita akan tertutup. Yang orang lain akan lihat pada diri kita hanya keburukan. 

Sebab tu mungkin kita tak ramai kawan or susah nak dapat kawan. Check tanda tanda saka keturunan pada diri. Kalau banyak tanda, memang ada la tu.

10. Kerana membuka aib diri sendiri

Maybe niat kita sekadar nak meluah sahaja dengan orang lain, tapi percaya la, lagi banyak kita cerita tentang kisah hidup kita, makin berkurang respect orang lain pada diri kita. 

So kurangkan bercerita tentang diri sendiri. Banyakkan fokus pada cerita luar, cerita umum & lain lain. Kalau hari hari cerita benda yang sama, orang yang dengar pun akan bosan. Siapa pun dia. Effect dia sama. 

Kalau kita memang dah buat benda ni, cuba perhatikan.  Mesti ada diantara kawan kawan kita yang memandang rendah dengan diri kita.

orang benci

11. Tak ada common sense

Memang orang akan menyampah dengan kita kalau kita ni jenis tak ada common sense.Tak tahu apa tu common sense? Jangan hidup la kalau macam tu.

Tanamkan sifat common sense yang tinggi dalam diri, insyaAllah kita akan disayangi manusia. So simple. 

12. Selalu "down" kan semangat orang lain

Baru nak bercerita sikit, kena ceramah yang akhirnya menyalahkan diri kita. Sakit hati tak? Mesti la kita akan terasa, kita tengah ada masalah lepas tu kena “brainwash”. 

Dah tentu tentu kita akan lagi down. Ingat dapat semangat baru, rupanya makin teruk jadinya. Jadi jangan kita sekali kali menjatuhkan semangat orang lain.

Lain orang lain ujian, jangan kita ingat kita lepas ujian tu, kita boleh semudah ABC nak basuh orang lain. 

13. Suka potong orang lain cakap

Sikap ni sikap yang sangat kurang ajar sebenarnya, bagi kita mungkin biasa, tapi bagi orang yang belajar tentang adab, memang kurang ajar namanya kalau kita suka potong orang lain cakap. 

Baiki cara kita komunikasi dengan orang lain, jangan potong, dengarkan betul betul apa yang hendak disampaikan.

Suka ke kalau kita tengah bercakap, orang lain potong? Dah tentu kita tak suka kan. Sama juga dengan orang lain. 

So kalau kita nak orang lain hormat pada diri kita, kita mesti hormat orang lain dulu. Lepas dah habis baru la kita bercakap. 

14. Terlalu menampakkan kebodohan

Antara sebab kenapa kita dibenci orang, adalah sebab kita ni terlalu menampakkan kebodohan dengan banyak bertanya. Boleh bertanya, kerana bertanya itu adalah kunci kepada gudang ilmu. 

Tapi kalau setiap masa kita nak bertanya, bahkan benda benda yang kita tanya tu pun benda yang terlalu mudah, orang lain akan nampak kita ni bodoh & slow. 

Dan kita akan dibenci orang lain, kerana kita terlalu menampakkan kebodohan pada orang lain. 

15. Terlalu lurus

Terlalu lurus pun boleh buatkan orang lain benci dengan diri kita taw. Bahasa lain, terlalu sangat nak ikut buku. Terlalu sangat nak ikut peraturan. 

Jangan macam tu, kita manusia, ada akal, boleh berfikir dengan jelas. Kita boleh buat keputusan based pada situasi. Jangan berpandukan kepada buku semata mata. 

So elakkan menjadi seorang yang lurus bendul. Jadi la manusia. Jangan jadi lembu, semua benda nak ikut orang. Bahaya. Orang sekeliling kita boleh makan hati dengan diri kita. 

Bertindak la sebagai manusia. Bukan sebagai robot. 

16. Fikiran terlalu negatif

Sikit sikit negatif. Kondem orang sana sini. Semua diri sendiri je yang betul, orang lain yang salah. 

Sapa je nak kawan dengan kita kalau perangai kita macam ni? Asyik negatif je 24 jam. Sampai orang yang duduk dengan kita pun jadi kemurungan. 

Orang tak suka duduk dalam suasana yang negatif. Ajak la buat apa pun, asyik asyik semua tak kena, semua negatif. Bahaya kalau kita bawa sifat macam ni. 

Cepat cepat la berubah. 

17. Acah acah tahu semua benda

Hidup kena la jadi diri sendiri. Jangan tiru macam orang lain. Kalau kita tak tahu, buat cara kita tak tahu, orang akan hormat dengan diri kita. 

Tapi kalau kita tak tahu, lepas tu acah acah tahu, memang sapa sapa pun tak kan suka dengan diri kita. 

Walaupun kita cerita dah hebat, orang tak boleh nampak kelemahan kita, kena ingat, manusia ni ada hati & roh. Boleh merasa yang kita ni tengah berpura pura. 

Kita ni acah acah tahu dengan semua benda. Kita buat macam tu, supaya orang lain hormat kat diri kita. Tapi percaya la, sebenarnya kita buat orang pandang rendah lagi dengan diri kita. 

So jangan acah acah tahu. Tak tahu cakap tak tahu. Lagi acah tahu, lagi orang benci kita. Puihh. 

orang benci

18. Suka sangat menunjuk

Ni paling ramai yang tak gemar, suka tunjuk menunjuk. Kita suka sangat tunjuk harta, tunjuk kebahagiaan, tunjuk macam macam yang kita ada. 

Kita tunjuk semua ni supaya orang nampak kita GAH, nampak hebat & orang akan respect dengan kita. 

Tapi percaya la, lagi kita menunjuk, lagi orang menyampah dengan diri kita. Lagi banyak orang mengutuk kita dalam diam. 

Kalau betul kita kaya, kita bahagia, kita tak tunjuk pun orang boleh rasa, boleh tahu yang kita ni sebenarnya macam mana. 

Ni lagi kita acah acah kaya, acah acah bahagia, lagi la orang lain tahu yang kita ni sebenarnya miskin & banyak masalah. 

Jangan malukan diri sendiri ya. Buat orang benci lagi ada. 

19. Suka rendah rendahkan orang lain

Ni paling ramai buat. 

Suka rendahkan orang lain yang tak ada duit, tak ada kerja. 

Kadang kita rasa kita tak rendahkan orang lain, tapi sebenarnya ya.

Ramai orang terasa hati dengan kata kata kita yang suka merendahkan diorang. 

Jangan rasa kita ni betul sangat. Pemikiran setiap orang tak sama. Pada kita mungkin biasa, tapi pada orang lain, satu benda yang sensitif. 

So jangan terlalu overconfident dengan diri sendiri. 

20. Suka perli perli

Ramai orang nak berdakwah, tapi dengan jalan perli perli. Bagi hadist la, bagi ayat Al Quran la dengan niat untuk memperli orang lain. 

Acah acah macam nak berdakwah, tapi sebenarnya untuk perli. Konon nak bagi sedar. 

Tahu tak? Cara kita ni bukan mengubah orang lain jadi baik, tapi buatkan keadaan bertambah buruk. Orang yang terasa dengan perli kita tu, ingat akan berubah ke?

Tak, sebaliknya buat orang tu bertambah benci dengan diri kita. 

Ajaran mana yang dakwah cara perli perli ni? Orang bodoh je buat kerja macam ni. Kalau orang benci kita, jangan tanya kenapa. 

21. Suka tanya soalan peribadi

Majoriti memang tak suka dengan orang yang suka sibuk hal peribadi orang lain. 

Suka tanya soalan soalan sensitif padahal tak perlu pun tanya. 

Melainkan atas urusan urusan tertentu je kita boleh tanya. Kalau suka suka, memang ramai tak suka. 

Kalau kita termasuk orang yang suka bertanya bab peribadi, buang jauh jauh sifat ni. Simple kan. 

Kesimpulan

Perhatikan semua tanda tanda diatas. Jika ada banyak pada diri maka perbaikilah. 

Lama lama kita akan nampak perubahan yang orang lain mula sukakan diri kita. Life is simple, kenapa kita nak susah kan? 

Tinggal belajar, muhasabah diri & amalkan. InsyaAllah jadi. 

Team Imuslim

Team Imuslim

Digital Content Writer - Menulis content yang berkaitan dengan kehidupan seorang Muslim.

Feedback Artikel

Feedback yang diberikan penting untuk membuat artikel yang lebih baik dari masa kesemasa.