Kenapa saya dilahirkan bodoh? – Ini yang mungkin ramai tak tahu

Sebenarnya tak ada manusia yang dilahir bodoh. Masing masing ada kepandaian yang tersendiri. Cuma korang mungkin tak kenal siapa diri korang yang sebenar menyebabkan korang rasa diri korang ni BODOH.

Korang rasa BODOH mungkin disebabkan korang dah buat macam macam benda tapi semuanya tak jadi. Korang dah belajar macam macam tapi korang sentiasa gagal dan gagal menyebabkan korang fikir yang diri korang ni bodoh.

Sebenarnya ada sebab kenapa korang rasa diri korang ni bodoh.

Faktor pendidikan

Yes, faktor pendidikan ni penting, persoalan kat sini, korang dapat tak pendidikan yang cukup dari mak bapak korang sendiri. Korang dapat support yang baik tak dari mak bapak korang sendiri?

Atau mak bapak korang sendiri yang selalu sebut perkataan bodoh pada diri korang sendiri.

Kalau lah mak ayah korang sendiri tak support dengan apa yang korang. Normal kalau korang jadi bodoh. Itu salah mak ayah korang sendiri, bukan salah diri korang.

Photo by Dulana Kodithuwakku on Unsplash

Sistem pendidikan

Sistem pendidikan pun kena betul jugak.

Kalau tak betul, memang siapa siapa pun susah nak belajar dengan apa yang diajarkan kat sekolah. So bab ni korang kena tengok juga orang lain tu macam mana. Kalau ramai yang study dan berjaya pada akhirnya, maknanya tak ada masalah pada sistem pendidikan yang ditetapkan.

Tapi kalau korang tengok ramai yang gagal, ramai yang susah nak lulus, itu bermaksud ada masalah dengan sistem pendidikan. Bukan sebab korang ni bodoh.

Cara belajar yang berbeza

Kadang bila korang susah nak masuk dengan apa yang diajar, korang mungkin perlukan kaedah pembelajaran yang sesuai dengan diri korang sendiri. Korang kena tahu setiap orang ni ada cara belajar yang tersendiri. Bukan semua orang perlu belajar dengan cara yang sama.

Tidak ditentukan melalui SPM

Pandai atau bodohnya seseorang tu tidak diukur melalui SPM or bakat korang semasa di sekolah. Pandai dan bodoh ni ditentukan oleh bagaimana cara korang menguruskan hidup korang sendiri ketika didunia ni.

Ramai je orang pandai dalam akademi, tapi tak pandai menguruskan kehidupan sendiri.

Ada yang bercerai, ada yang tak dapat kerja, ada yang bankrup, ada macam macam masalah lagi. So kepandaian seseorang tidak ditentukan oleh SPM.

Kalau korang tak pandai dalam akademi, mungkin korang pandai dalam bidang lain sebenarnya. Ada orang lebih cekap dalam bidang praktikal, ada orang lebih cekap dalam bidang teori dan sebagainya.

So jangan disebabkan korang gagal dalam satu bidang tu, korang terus anggap diri korang tu bodoh.

Photo by Atul Pandey on Unsplash

Persekitaran

Dekat mana korang duduk? Dengan siapa korang bergaul? Dengan siapa korang berkawan? Benda ni semua bagi kesan dalam kehidupan korang.

Bila persekitaran korang terlalu banyak orang yang NEGATIF, memang semua tu akan bagi kesan jugak pada diri korang sehingga menjadikan korang putus asa dalam hidup. Korang sebenarnya tak bodoh, tapi korang duduk ditempat yang salah.

Kesimpulan

Jangan putus asa dalam hidup. Kejayaan sebenarnya adalah berjaya di akhirat. Dekatkan diri kepada Allah, selalu berdoa agar Allah bukakan jalan untuk diri korang. InsyaAllah korang akan jumpa jalan yang sesuai dengan diri korang sendiri.

Team Imuslim

Team Imuslim

Digital Content Writer - Menulis content yang berkaitan dengan kehidupan seorang Muslim.