17 sebab kenapa kita hilang kawan

  • Jangan abaikan kawan yang terbaik. Kalau kita kehilangan dia, mungkin takkan ada la penganti macam dia. 
  • Kawan yang baik umpama semut hitam yang berada diatas batu yang hitam pada malam hari. Kita susah nak jumpa kawan yang betul betul baik dengan diri kita. Kalau ada hargai lah dia. 
  • Kawan adalah anugerah dari Allah untuk diri kita. Beruntung kita ada kawan baik. 

Ada banyak sebab yang kita mungkin tak sedar, kenapa kita tak ada kawan. Kadang kadang kita nak berkawan, tapi semua orang tak serasi dengan diri kita. Ada sebab!

Bukan sahaja sahaja orang jauhkan dirinya daripada diri kita. Artikel ni akan bagi tahu sebab sebab kenapa kita hilang kawan.

hilang kawan
Links

1. Mungkin kita dah matang atau sebaliknya

Sama ada kita dah matang, atau kita yang tak matang, sebabkan kawan kawan semua menjauh dengan diri kita. Kalau kita dah matang, kita akan bertukar kawan, bukan hilang kawan. 

So kalau kita hilang kawan, sampai kita dah tak ada sesiapa lagi, bermakna kita yang tak matang mungkin. Tapi kalau kita tak ada kawan, bukan bermakna kita tak matang. Mungkin ada sebab lain. 

2. Dah tak sehaluan lagi

Salah satu sebab kenapa kita hilang kawan, ialah sebab kita dah tak sehaluan lagi dengan kawan tu. Mungkin dulu kita rapat & baik dengan kawan tu.

Tapi bila kita dah besar, haluan & cita rasa kita jadi berbeza. Sebab tu hubungan kita dengan kawan makin lama, makin jauh. 

Normal untuk semua orang, sebab setiap hubungan tu ada expired dia. Kita je la nak kena jaga. 

3. Zaman mungkin dah berubah

Zaman dulu tiada HP. Tiada cyber cafe. Tiada apa apa hiburan yang boleh kita buat. Jika ada pun sangat limited. Zaman sekarang, segalanya online. Semua kawan kawan busy dengan online. 

Sibuk main game online, sibuk chit chat online, sibuk bertiktok. 

Segalanya berubah. Tiada lagi masa untuk bersembang. Tiada lagi masa untuk bermain. Zaman sekarang ialah zaman harta. 

Semua busy mencari harta. Yang kaya dipandang. Yang miskin tidak lagi dipandang. 

4. Semua dah sibuk dengan kerja

Zaman sekarang zaman duit. Semua orang kena kerja. Kalau kita tak busy cari duit, macam mana nak tampung kehidupan kita? Macam tu juga la dengan kawan kita. 

So faktor bekerja ni akan jadikan kita & kawan semakin jauh. Sebab masing masing fokus cari duit. Melainkan kita & kawan sama sama bekerja ditempat yang sama. Yang ni memang awesome.

Tapi ada juga yang busy kerja, still jaga hubungan dengan kawan masing masing. 

Tengok juga la sejauh mana kita sayang dengan kawan kita tu. Tapi majoriti memang sebab ni la. 

5. Semua dah sibuk dengan kahwin

Sama macam situasi bekerja. Masing masing juga dah busy kawin. Bila dah kawin, akan busy dengan pasangan masing masing. Kalau perempuan kawin, biasa ikut laki. Akan terus hilang kawan kalau ikut laki dia berpindah. 

Asal perak tapi pindah ke sarawak. Maka hilanglah kawan kawannya. 

Ya masih boleh contact melalui whatsapp. Tapi percaya la, paling lama pun setahun sahaja tahan. Lama lama akan menyepi juga. Tapi tak dinafikan juga, ada yang boleh tahan bertahun tahun. Ini memang real. 

Artikel berkaitan

6. Dah tak sama darjat lagi

Masa kecik kita sama sama orang susah. Main sama sama. Belajar sama sama. Semuanya sama sama. 

Tapi bila dah besar, ditakdirkan pula kawan kita tu belajar kat luar negara. Dah belajar jauh jarang jumpa tapi selalu contact. 

Bila balik disini, dapat kerja bagus bagus. Level level CEO gitu. Sedangkan kita masih lagi duduk kampung, buat kerja meroreh getah. So biasanya kawan kita yang dah berjaya tadi, akan lupa kan kita.

Sebab dia lebih fokus pada kawan kawan yang sama taraf dengan dia. Ini yang biasa berlaku. Tak dinafikan juga ada juga yang masih ingat asal usul & kawan lama. 

"Zaman sekarang zaman duit, yang tak ada duit akan dipulaukan, yang ada duit baru boleh bersama. Itu lah dunia."

7. Sosial anxiety - Susah bergaul dengan orang luar

Antara sebab kenapa kita hilang kawan ialah sebab diri kita sendiri atau mungkin sebab kawan kita sendiri yang bermasalah. Sosial anxiety. 

Satu penyakit takut nak bergaul dengan orang lain, takut nak share hal hal peribadi walaupun dengan kawan sendiri. Semua ni jadi disebabkan trauma. Terlalu banyak dikecewakan. 

Bila dah terlalu banyak kecewa, kita akan jadi sosial anxiety. Bimbang dengan perkara perkara yang negatif. Takut mendengar perkataan dari orang orang sekeliling. Takut dikecewakan oleh manusia yang tidak berhati perut.

Takut takut & takut. Itu yang menjadikan kita jauh & ingin menyendiri dari semua orang. So jangan hairan kenapa kita hilang kawan. 

Kenapa kita hilang kawan

8. Kita mungkin ada buat salah

Walau macam mana pun, jangan kita rasa kita betul sorang sorang. Kita juga perlu tengok semula diri kita, kenapa kawan kawan jauh dari diri kita. 

Mungkin sebab diorang kecik hati dengan kita. Kita ada tersalah kata, menyinggung perasaan diorang & macam macam lagi. 

Kita tak sedar, dan kita tak baiki pun keadaan tu. Itu boleh menyebabkan kawan kita menjauh dari diri kita. Sikit demi sikit. 

Jangan terlalu yakin yang diri kita ni sentiasa betul. Pastikan kita selalu baiki diri kearah yang lebih baik. Kalau anda rasa diri anda betul juga, normal jika anda selalu hilang kawan baik. 

"Kawan kita menjauh mungkin ada sebab, tapi dia tak nak bagi tahu kita. So kita kena musahabah diri, tengok balik apa yang kita dah buat pada kawan."

9. Kita mungkin terlalu ego

Jangan ego untuk mulakan teguran dengan kawan kawan. Jangan harapkan sangat kawan call & mesej kita dulu. Kita la kena start dulu mesej diorang. 

Disebabkan EGO, kan banyak kawan kawan menghilang. Sebab apa? Sebab semua benda nak kena suap. Susah la macam tu. Usaha la sikit untuk pujuk hati kawan.

Jangan biarkan dia makan hati. Baiki la diri tu kearah yang lebih baik. Jangan tahu hanya nak menyalahkan orang lain. 

Sekali segala kita kena mengalah. Kalau kita tak ego tak apa, tapi kalau rasa kita ego, tolong sedar dengan apa yang dah disampaikan. Paling penting, banyakkan bermuhasabah diri.

10. Selalu cerita tentang kesenangan diri

Kita boleh berkawan dengan semua orang. Tapi tengok juga dengan siapa kita berkawan tu. Kalau kawan sama level dengan diri kita, tak jadi masalah kalau kita nak kongsi apa pun.

Tapi kalau kita berkawan dengan orang susah, jangan lah terlalu banyak sangat nak menunjuk. Kalau kita nak bagi dia tak apa juga. Tapi kalau sekadar tunjuk, hilang la kawan tu nanti. 

Semua ni jadi sebab masalah hati. Bukan kerana kawan tu dengki. Kita sendiri yang buat dia sedih sebab dia tak dapat apa yang kita ada. 

Dia juga manusia biasa. Fitrahnya mesti mahu semua yang kita ada. Kan? So belajar belajar la memahami perasaan orang lain ya. Jika masih buat, tak perlu dihairankan lagi jika anda kehilangan kawan. 

11. Pentingkan diri sendiri

Kawan kita dah banyak luangkan masa. Sanggup bersusah payah untuk diri kita. Tapi bila kawan ajak kita, minta tolong kita, banyak alasan yang diberikan. 

Bukan jadi sekali dua, tapi dah jadi banyak kali. Ini akan buat kawan kita menyimpan luka dihati. Rasa seperti dia tak dipedulikan. Kawan kita akan rasa, yang kita ni hanya mementingkan diri kita sendiri sahaja. 

Sedangkan banyak perkara yang kawan kita tu dah berkorban untuk kita. Sama ada kita sedar atau tak, terima la kenyataan & baiki diri kita sendiri. 

Belajar untuk tidak pentingkan diri sendiri, kita akan ada ramai kawan kawan. InsyaAllah. 

12. Kita suka kutuk kawan

Perangai kutuk mengutuk ni memang ramai orang tak suka. So kalau kita ni jenis suka kutuk kawan kawan, memang kita akan hilang kawan kawan sikit demi sikit. 

Kita mungkin ada ramai kawan sekarang, tapi berpecahnya kawan tu mungkin disebabkan kita yang suka mengutuk & menyampai sesuatu yang buruk. 

Kalau betul perangai kita macam ni, no wonder la, kita tak ada kawan. 

Masing masing makan hati dengan sikap kita sendiri. Sikap macam ni Allah benci, manusia benci & malaikat pun benci. So kita pun patut benci diri sendiri. 

13. Buat kawan macam tunggul

Kita mungkin ada ramai kawan, tapi percaya la kawan kita tu akan angkat kaki & tak nak lepak lagi dengan diri kita. Sebabnya? 

Kita buat diorang macam tunggul. Time melepak, kita sibuk main hp, time melepak kita sibuk msg awek, time melepak kita sibuk buat benda lain. 

Tak ke kita buat kawan tu macam tunggul? Ada yang rasa malu sebab kita buat dia macam orang suruhan. Member dah datang, tapi kita pulak tak layan. 

Sapa sapa pun memang akan sakit hati. So tolong, jangan pentingkan diri sendiri. Kita patut malu dengan diri kita kenapa kita tak ada kawan. Sekarang kita pulak yang rasa macam mana jadi tunggul tu. 

14. Hampir hari hari cerita masalah yang sama

Dah kalau hari hari kita cerita masalah yang sama, memang kita akan hilang kawan. Semua orang bosan nak dengar masalah kita tu. Faham kita nak meluahkan pada kawan, tapi ingat, kawan tu pun manusia jugak. 

So dia pun mesti ada perasaan bosan. Hari hari pulak tu kita cite masalah yang sama. Kawan tu akan rasa kita yang problem sebenarnya. Sebab kita ni terlalu sensitive dengan semua benda. 

Lama lama kawan pun angkat kaki. Hilang tak kemana. Elakkan cerita masalah diri secara berlebihan. Simple. 

"Hari hari cite benda yang sama, sapa tak bosan kan?"

15. Berbeza pendapat

Antara sebab kenapa kita hilang kawan adalah kerana kita berbeza pendapat dengan ramai kawan. 

Kawan kawan mungkin mengikut pendapat majoriti tapi kita ada pendapat kita yang tersendiri yang menyebabkan ramai kawan tak boleh terima & seterusnya membawa diri. 

Kalau kita rasa pendapat kita betul, buktikan pada orang lain. 

Buktikan dengan fakta. Jangan buktikan atas angin sebab risau kita yang syok sendiri. Bermakna dalam hal ni kita yang mungkin bermasalah. Bukan kawan yang lain. 

16. Terlalu mudah marah (panas baran)

Kalau kita seorang yang panas baran, mudah melenting & asyik nak marah disebabkan masalah kecil, memang kita akan kehilangan ramai kawan dalam hidup. Kalau kita ada kawan pun sekarang ni, itu mungkin sebab terpaksa duduk dengan kita. 

Kalau kita seorang yang panas baran, berubat lah. Jangan dibiarkan. Panas baran ni merupanya penyakit rohani yang ada pada diri kita. Disebabkan kita tak boleh control baran, ramai orang tak tahan dengan diri kita. 

Kenapa saya hilang kawan?

17. Terlalu banyak membohong

Kita selalu cerita gebang dengan kawan kawan sampai kan kawan kawan anggap kita sebagai seorang yang gebang & suka membohong. 

Kalau kita ni jenis suka mereka mereka cerita tentang diri kita, kita sebenarnya sedang menjatuhkan maruah diri dihadapan kawan kawan.

Memang kawan kawan kita akan nampak macam percaya dengan cerita kita, tapi sebenarnya dalam hati diorang semua terdetik sesuatu yang kita ni sebenarnya menipu. 

Buktinya, sikit sikit kawan kita akan bosan untuk dengar cerita kita & diorang semua akan jauhkan diri dari diri kita. 

Ini adalah bukti, yang diorang sebenarnya tahu kita sedang membohong. Kemon, jangan bodohkan diri sendiri. Bukan semua orang sama fikiran macam kita. 

Kesimpulan

Kalau kita ada kawan yang baik, kita hargai dia sebaik yang mungkin. Kalau kita biarkan, dia akan hilang. 

Kalau kita rasa nak dapatkan kawan baru tu senang, teruskan. Tapi ingatlah, nak mencari kawan yang susah senang tu sangat la susah. 

Kalau kita hilang kawan sekarang tak apa, kita akan dapat kawan yang lebih baik dari sekarang. Ada ramai kawan kat luar sana nak berkawan dengan kita, cuma diorang sendiri pun macam kita, belum jumpa je lagi. 

Artikel berkaitan
Team Imuslim

Team Imuslim

Digital Content Writer - Menulis content yang berkaitan dengan kehidupan seorang Muslim.

Feedback Artikel

Feedback yang diberikan penting untuk membuat artikel yang lebih baik dari masa kesemasa.