Kenapa kawan kawan jauh dari diri kita? Ini mungkin sebabnya

Semakin matang

Anda dah lebih matang

Sampai masa pemikiran anda akan mula bercanggah dengan kawan kawan yang lain.

Mungkin anda dah mula serius dengan memikirkan masa depan anda.

Tapi kawan kawan masih lagi banyak bermain & banyak memberikan alasan.

Ini akan menyebabkan anda sendiri akan cuba menjauhkan diri dari mereka.

Kerana anda lebih sibuk untuk memikirkan tentang masa depan anda. 

Lama kelamaan anda akan mula perasan yang anda sedang kehilangan kawan. Satu satu pergi. 

Semua ni kerana pemikiran anda & mereka tak lagi sama. 

Jiwa tak serasi

Jiwa dah tak serasi

Sampai masa jiwa anda akan mula dah serasi dengan kawan kawan lain. 

Setiap orang ada ‘expired’ date dia. Tak jadi pada semua orang tapi kebanyakan begitulah. 

Bila dah sampai masa, roh persahabatan itu akan hilang. Mati.

Jika berjumpa pada waktu ini, masing masing akan menjadi mayat hidup. Tiada apa lagi yang hendak dibicarakan. 

Zaman dah berubah

Zaman dulu tiada HP. Tiada cyber cafe. Tiada apa apa hiburan yang boleh kita buat. Jika ada pun sangat limited. 

Zaman sekarang, segalanya online. Semua kawan kawan busy dengan online. Sibuk main game online, sibuk chit chat online, sibuk bertiktok. 

Segalanya berubah. Tiada lagi masa untuk bersembang. Tiada lagi masa untuk bermain. 

Zaman sekarang ialah zaman harta. Semua busy mencari harta.

Yang kaya dipandang. Yang miskin tidak lagi dipandang. 

Masing masing sibuk bekerja

Zaman sekarang, hidup untuk bekerja. Tak kerja boleh mati. Jadi semua orang kena kerja.

Yang tak kerja tak dapat hidup dengan sempurna dizaman sekarang. 

Zaman dulu mungkin kita banyak masa, selalu santai santai dengan kawan.

Tapi zaman sekarang, kita sendiri dah busy atau kawan kawan lain dah busy. 

Ini akan menyebabkan kita kurang lagi berjumpa dengan kawan kawan.

Lama kelamaan kita akan perasan semuanya akan pergi. 

kawan dah kahwin

Masing masing sudah berkahwin

Ya, bila semua dah berkahwin, masing masing akan busy dengan pasangan masing masing.

Lagi lagi kalau dah ada anak. Itu time start dah jauh dari kawan kawan. 

Kalau perempuan kawin, biasa ikut laki. Akan terus hilang kawan kalau ikut laki dia berpindah.

Asal perak tapi pindah ke sarawak. Maka hilanglah kawan kawannya. 

Ya masih boleh contact melalui whatsapp. Tapi percaya la, paling lama pun setahun sahaja tahan. Lama lama akan menyepi juga. 

Tapi tak dinafikan juga, ada yang boleh tahan bertahun tahun. Ini memang real. 

Darjat dah tak sama

Masa kecik kita sama sama orang susah. Main sama sama. Belajar sama sama. Semuanya sama sama. 

Tapi bila dah besar, ditakdirkan pula kawan kita tu belajar kat luar negara. Dah belajar jauh jarang jumpa tapi selalu contact. 

Bila balik disini, dapat kerja bagus bagus. Level level CEO gitu. 

Sedangkan kita masih lagi duduk kampung, buat kerja meroreh getah. 

So biasanya kawan kita yang dah berjaya tadi, akan lupa kan kita. Sebab dia lebih fokus pada kawan kawan yang sama taraf dengan dia. 

Ini yang biasa berlaku. Tak dinafikan juga ada juga yang masih ingat asal usul & kawan lama. 

anxiety

Sosial Anxiety

Disebabkan diri sendiri. Terlalu banyak dikecewakan. Terlalu banyak trauma yang dialami menjadikan diri kita sendiri “anxiety”. 

Bimbang dengan perkara perkara yang negatif. Takut mendengar perkataan dari orang orang sekeliling.

Takut dikecewakan oleh manusia yang tidak berhati perut. 

Takut takut & takut. Itu yang menjadikan kita jauh dari semua orang.

Jadi langkah terbaik yang perlu dibuat, adalah menyendiri. 

Kita mungkin ada buat salah

Walau macam mana pun, jangan kita rasa kita betul sorang sorang. 

Kita juga perlu tengok semula diri kita, kenapa kawan kawan jauh dari diri kita. 

Mungkin sebab diorang kecik hati dengan kita. Kita ada tersalah kata, menyinggung perasaan diorang & macam macam lagi. 

Kita tak sedar, dan kita tak baiki pun keadaan tu. 

Itu boleh menyebabkan kawan kita menjauh dari diri kita. Sikit demi sikit. 

Jangan terlalu yakin yang diri kita ni sentiasa betul. Pastikan kita selalu baiki diri kearah yang lebih baik. 

Kasi share lahh..

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Kawan Kawan
Kuiz Agama

Kenapa saya tiada kawan

Kenapa kawan kawan jauh dari diri kita? Ini mungkin sebabnya Anda dah lebih matang Sampai masa pemikiran anda akan mula bercanggah dengan kawan kawan yang

Teruskan
Check Diri

Check IQ Diri

Masih update! Tengah test test lagi tu. Jawapan yang dapat mungkin salah. × Dismiss alert

Teruskan

Dah hujung Tahun 2021. akhir Zaman

Jom share dengan orang lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp