10 kesan tengok video lucah yang ramai tak nak ambil tahu!

Video lucah

Tengok video lucah memang seronok tapi berdosa & mendatangkan kesan buruk pada diri.

Kesan dia boleh jadi pada tubuh badan & boleh jadi pada minda. Benda ni sama macam hisap rokok. 

Boleh sebabkan ketagihan & tinggalkan kesan yang buruk pada tubuh badan. Kehidupan kita boleh rosak sepenuhnya dengan hanya menonton video lucah. 

Bukan semua nafsu tu sama. Ada yang standard & ada yang extreme. Kita yang mana?

10 kesan tengok video lucah yang ramai tak nak ambil tahu!

Links

1. Ketagihan

Bila hari hari tengok, kita akan rasa nak tengok lagi & lagi. Kita takkan puas. Sebab kita dah ketagih nak tengok video lucah. 

Lama lama kita tak boleh berhenti. Sentiasa nak tengok lagi & lagi. 

Ringkasnya sekali dah tengok, kita akan tengok lagi.

Bila dah ketagih, susah sangat nak berhenti. Benda ni macam dadah juga. Kita boleh rasa menyesal. 

Lebih baik berhenti sebelum jadi ketagih. 

2. Merosakkan otak

Tengok video lucah setiap hari akan buatkan otak kita menghasilkan dopamin yang terlalu banyak. 

Dopamin ni hormon yang bagi kita rasa seronok. Tak ada hormon ni kita akan jadi murung setiap masa. 

So bila terlalu banyak dopamin dikeluarkan kita akan rasa seronok, rasa enjoy. 

Lepas tu bila kita buat aktiviti lain, kita takkan rasa seronok macam kita tengok video lucah.

Sebab dopamin yang dihasilkan tak cukup untuk buat kita seronok. Kita dah pernah dapat lebih, bila kurang, kita rasa tak puas la. 

Sebab tu kita akan jadi tak seronok dengan semua benda. 

Lama lama kita jadi pemarah, mudah stress & suka menyendiri. 

VIDEO LUCAH

3. Mendorong kita untuk beronani

Dah tengok video lucah, confirm akan trigger nafsu.

Bila dah trigger, kita pun nak juga merasa. So benda ni akan mendorong kita untuk beronani. 

Kesan onani pada diri pulak, banyak sangat. Tapi ni cerita lain.

Bila hari hari beronani sebab tengok video lucah, hari hari la kita mengundang bala pada diri kita. Dosa pun dosa, penyakit pun OTW.

4. Mendorong kita untuk merogol

Tak puas dengan beronani, kita akan cari mangsa untuk lepaskan nafsu. Nak cari mangsa yang singkat biasanya dengan jalan paksa. 

So ni dah dikira merogol. 

Bila dah rogol, kita akan takut sebab polis akan cari kita. Hidup kita akan berubah jadi neraka.  

5. Kearah berzina

Boleh mendorong kita untuk paksa pasangan berzina. Last sekali merosakkan keturunan. Dibenci keluarga & hidup dalam keadaan yang tak diberkati. 

Lagi tambah dosa besar, lagi tambah macam macam bala pada diri. Semuanya jadi berpunca dari video lucah. 

Lahir pulak anak luar nikah, lagi malu, lagi dicemuh sampai bila bila. 

6. Mudah stress

Tengok video lucah memang seronok, tapi bila kita tak dapat tengok dalam sehari dua, kita akan jadi stress.

Stress dengan semua benda sebab dopamin yang dihasilkan otak tak cukup nak menampung keseronokkan yang kita alami masa tengok video lucah. 

Bila tak cukup, semua benda rasa nak marah & tak rasa seronok langsung. 

Silap silap kita boleh murung sebab tak tengok video lucah. Punya lah dahsyat kesan tengok video lucah ni. 

7. Sebabkan kemurungan

Kesan jangka masa panjang boleh sebabkan kita alami kemurungan. Down tanpa sebab, hilang minat dengan semua benda, tak semangat nak buat apa apa & stress setiap masa. 

Ramai jadi macam ni, tapi tak sedar puncanya dari video lucah. 

Yang kita tahu, video lucah tu boleh menenangkan diri kita disaat kita tengah murung. 

tengok video lucah

8. Sebabkan hubungan "bersama" bermasalah

Hubungan dengan pasangan boleh hancur, sebab kita susah nak bersama dengan pasangan. Ini kesan pada diri bila kita menonton video lucah. 

Bila selalu sangat tengok video lucah, kita jadi kurang bernafsu bila tengok pasangan. 

Sebabnya kita dah tengok aurat orang lain, body orang lain, dan kita akan jumpa yang lebih baik dari pasangan kita sendiri. 

Sebabkan kita jadi kurang bernafsu bila tengok pasangan. Ini kesan yang biasa jadi dalam rumahtangga. 

9. Menjadikan seorang yang cepat marah

Kita hilang rasa seronok, kita cepat stress dengan benda benda yang kecil. Bila kita tak dapat kepuasan, kita akan rasa stress & mudah nak marah orang lain. 

Sama macam kita ketagih dadah. Bila tak dapat dadah, kita akan marah sebab keinginan diri tak tercapai. 

Kesan dia kita akan dikenal sebagai orang yang panas baran. Cepat naik angin dan tak dapat berfikir dengan jelas. 

10. Menjadikan nafsu sentiasa nak lebih

Bila dah terbiasa dengan macam macam video lucah yang kita tengok, dan kita sendiri pun dah buat dengan pasangan, kita akan hilang rasa puas. 

Sikit demi sikit. Kita takkan rasa puas lagi sebagaimana biasa yang kita puas. 

Kita akan rasa nak lagi dan lagi. 

Kita akan cuba ke arah yang lebih extrem, sebab yang biasa biasa ni tak dapat lagi nak memuaskan nafsu diri. 

Sampai akhirnya kita pun menjadi manusia yang rosak. 

Kesimpulan

Cuba sedaya upaya untuk berhenti menonton video lucah. Banyakkan fokus pada aktiviti luar & bersama orang lain. 

Jangan biar diri selalu menyendiri. 

Sentiasa bergaul dengan orang lain, elakkan tengok movie yang ada unsur lucah. Yang boleh trigger nafsu. 

Sentiasa bersukan, untuk baiki hormon dopamin yang dihasilkan. 

Respon Awak
0 responses
Terbaik!
Terbaik!
0
Suka!
Suka!
0
Syukur!
Syukur!
0
Haha
Haha
0
Sedih
Sedih
0
Bosan
Bosan
0

Yang mungkin berkaitan..

keburukan makan nugget
Ilmu

5 keburukan makan nugget

VIEWS 5 Korang suka makan nugget tak?  Nugget ni memang best kan, senang nak goreng je dan rasa pun sedap. Tapi jangan makan nugget banyak-banyak

Keburukan makan maggie
Ilmu

5 keburukan makan maggie

VIEWS 7 Garam tinggi Maggi ni mengandungi garam yang sangat tinggi, terutamanya dalam serbuk perasa yang disertakan. Garam ni boleh meningkatkan tekanan darah dan menyebabkan