9 perkara yang perlu dijaga supaya orang respect kita

Kalau nak diri kita ni dipandang tinggi, buat la betul betul. Jangan buat sambil lewa. Kalau tak, jangan tanya la kenapa orang asyik pandang rendah. 

Dah diri sendiri pun malas, sapa je nak hormat kita. Buat kerja asyik merungut sana sini. 

Cuba kita buang fikiran yang negatif tu dari otak kita. Kita masukkan fikiran positif, lepas tu kita try buat. 

Links

1. Pakaian kemas

Pakaian is number one. Cara berpakain paling penting pada pandangan orang lain. 

Whatever apa pun yang orang cakap, manusia tetap pandang luaran. Sebab kita ni semua cuma manusia, bukan tuhan. 

So disebabkan benda ni dah memang lumrah dalam hidup, thats why kita kena titik beratkan cara kita berpakaian.

Simple. 

Pakaian boleh buat kita nampak kaya. Pakaian boleh buat kita nampak miskin. Pakaian pun boleh buat kita nampak pandai atau bodoh. 

So tinggal kita je nak nampak yang macam mana didepan orang lain. 

Tapi jangan kita pakai pakaian yang menampakkan kita ni selekeh kat depan orang. Memang orang akan pijak & hina kita. 

Selekeh akan buat kita nampak tak educated, tak displin & tak ada adab dengan orang lain. Memang itu yang biasa jadi. So cara kita berpakaian ni menunjukkan atitude & tahap displin kita pada orang lain. 

"Pakaian ni benda penting pada mata manusia, pakaian penentu siapa kita dimata manusia. So pentingkan cara kita berpakaian."

orang respect

2. Warna pakaian

Warna pakaian penting untuk pembawakan diri kita. Kalau salah warna boleh sebabkan kita nampak kelakar. 

Warna pakaian penting. Sebab dia berkait rapat dengan aura diri. 

Bukan nak cakap aura kita berwarna, tapi warna ni main peranan pada pandangan manusia. 

Kalau kita pakai pakaian yang sesuai warnanya dengan diri kita, kita akan nampak hebat pada pandangan orang lain. 

3. Bercakap jika perlu

Bercakap ni bila perlu je. Kalau tak perlu tak payah bercakap. Simple. 

Bila senyap orang jadi segan dengan kita, sebab tak tahu kita ni orang yang macam mana. 

Kalau kita banyak bercakap, orang tahu kita ni jenis macam mana. Kadang kadang orang boleh baca kita dengan mudah. 

Memang ada yang boleh masuk dengan kita, tapi bukan semua orang masuk dengan diri kita. 

Benda macam ni lumrah. 

Kita diam untuk tutup aib & kelemahan kita dari orang lain. Bila orang tak tahu kita macam mana, tak ada lain dia fikir apa apa. 

Cukup la orang yang betul betul kita percaya, tahu siapa diri kita ni. Dengan orang luar kita buat palau je. Bercakap bila perlu. 

Sunnah Nabi ialah banyak diam. Bercakap bila perlu sahaja. Sekali pun kita nak bercakap, bercakap lah perkara perkara yang bermanfaat sahaja. 

Orang akan respect dengan kita bila buat macam ni. 

"Bila bercakap bukan bukan, akan buatkan kita nampak bodoh, so jangan tanya kenapa orang tak hormat kita."

orang respect

4. Sentiasa tenang

Tenang ni penting untuk buat kita nampak cool. Kelam kabut akan buat kita nampak bodoh. 

Orang tak suka kelam kabut ni. Kalau nak orang respect kita, kita kena tenang. Jangan mudah kabut. 

Baru la orang tengok kita pun, wuu. Nampak hebat. Macam man in black. Bila berjalan, gaya pun main peranan. Jangan terlalu jujur sangat dengan semua manusia. 

"Tenang is cool. Apa pun yang kita buat, bertenang. Kita akan nampak hasilnya."

5. Sentiasa senyum

Senyum ni sunnah Nabi. Kalau kita selalu senyum, hidup kita akan bahagia. Nak bahagia senang je, senyum selalu.

Orang lain yang tengok kita senyum akan lembut hati. Dia mungkin nak tegur kita tapi malu. Orang akan nampak kita seorang yang ceria. 

Mungkin tak semua orang akan hormat kita, tapi ramai yang akan pandang tinggi pada diri kita & akan hargai kita seadanya. 

orang respect

6. Sentiasa berselawat

Selawat ni amalan penyejuk. 

Hari hari selawat boleh buat badan kita ni sejuk macam ais. Sapa sapa yang pandang kita akan jadi sejuk hati dia. 

Sebab adanya amalan selawat pada diri. Yang buat akan nampak kesannya. Tapi jangan la buat sebab nak dipandang tinggi semata mata. 

Berjalan sambil berselawat, duduk sambil berselawat & buat kerja sambil berselawat akan buatkan aura kita makin kuat. Orang tengok pun jadi segan dengan kita. 

Aura bila dah kuat, buat apa pun orang susah nak kacau. Jin syaitan pun takut nak dekat, sebab dorang semua rasa panas.

So mana mana manusia yang takut dengan kita, mungkin sebab kat diri dia ada jin. 

Amalan selawat ni hebat, nak cite lebih lebih panjang pulak nanti. Just buat je, kita akan nampak perubahan. 

"Berselawat boleh buat aura kita semakin berkembang & buat orang lain jadi tertarik dengan diri kita."

7. Bercakap dengan tenang

Kalau bercakap jangan beriya riya sangat. Rilek je. 

Baru orang nampak kita ni macam orang terhormat, padahal kat rumah macam orang gila. 

Walaupun kita gila, tapi bila kita cakap rilek kat luar, orang nampak kita cool. Auto respect. 

Bila cakap tu pastikan kita cakap satu persatu, tepat & padu. Mudah orang nak faham. Kadang bukan apa, orang melayu ni suka cakap laju. Kesudahannya dia pun tak faham apa yang dia cakap. 

So kalau nak cakap, rilek. Slow & steady. Orang akan nampak kita. 

Dia bila gelojoh je kita nampak bodoh depan orang. Gelojoh tu biar dengan pasangan je, orang yang kita percaya biasanya tak pandang rendah dengan kita. 

Tapi kalau dengan orang luar, biar nampak garang. 

8. Beradab dengan orang lain

Kalau kita nak orang respect kita, kita kena respect orang lain dulu. Bila orang tengok kita beradab, orang tu pun akan beradab dengan kita. 

Adab diri kita sendiri yang akan menundukkan sesiapa sahaja, melainkan orang tu sendiri yang bermasalah dengan diri kita. Janji kita buat bahagian kita. InsyaAllah. 

9. Jaga pandangan

Jaga pandangan pun penting. Jangan suka suka nak pandang orang sana sini. Kita pandang orang tanpa kita sedar orang tu tengah benci diri kita. 

Bukan semua orang suka dipandang pandang. Bila datang rumah orang, jaga pandangan. Jangan tengok tengok dalam rumah. Jangan intai intai. 

Perbuatan ni dikira tak beradab. Orang tengok kita pun jadi tak respect. 

9. Jangan bertanya soalan sensitif

Jangan tanya umur, jangan tanya kerja apa, jangan tanya hal hal peribadi. 

Bercakap umum saja walau siapa pun dia. Bila kita tak sentuh bab bab peribadi, orang akan nampak kita ni bukan seorang yang suka sibuk tepi kain orang. 

Umur nampak biasa, sebenarnya sensitif untuk sesetengah orang. 

Kerja pun sensitif walaupun dia nampak kaya. Sebab dia tak suka orang lain respect diri dia sebab duit. Sebab tu jangan tanya dia kerja apa. Kalau kita nak kawan, kita ikhlas je. Tak perlu tahu dia kerja apa. 

"Ramai orang tak suka dengan kaki penyibuk. Suka tanya tanya tentang kehidupan kita."

Kesimpulan

Tak nak orang pandang rendah dengan diri kita, jangan buat perkara diatas. Bila buat sesuatu, buat la bersungguh sungguh. Kalau buat sambil lewa, kita akan dapat hasil sambil lewa. 

Benda simple, kenapa nak kena susahkan. 

Artikel berkaitan

Team Imuslim

Team Imuslim

Digital Content Writer - Menulis content yang berkaitan dengan kehidupan seorang Muslim.

Feedback Artikel

Feedback yang diberikan penting untuk membuat artikel yang lebih baik dari masa kesemasa.