Panas baran penyakit yang boleh dirawat tapi ramai buat tak tahu!

Panas baran ni sebenarnya penyakit jiwa, bukan sikap or mewarisi sifat keturunan. Dia sebahagian dari penyakit jiwa. 

Sebab kita tak boleh control masa dia jadi. Macam hulk. Mana boleh control. Sekali marah dia lepaskan semuanya. So bila dah kata penyakit, benda ni kira serius la. Bukan benda yang main main. Lagi lagi dalam bab jiwa ni. 

Berapa ramai orang yang menderita? Hari hari diorang nak kena hadap pasangan yang panas baran. Hari hari juga la diorang kena tengking, kena pukul, sepak terajang semua ada. 

Kita kena dapatkan rawatan, supaya masalah ni selesai. 

Content

Punca panas baran

Ada banyak punca kenapa kita boleh jadi panas baran. Kadang sebab stress, kadang sebab kemurungan & kadang sebab kita dah terlalu banyak kecewa dengan orang lain. 

Ni semua boleh buatkan emosi kita jadi tak stabil. Tapi sikit je la, tak banyak sangat. 

Punca yang paling mempengaruhi emosi kita ialah gangguan jin. Ramai orang panas baran, sebab gangguan jin sebenarnya. Tapi tak perasan, sebab benda tak nampak kan. 

Sihir boleh buat kita jadi panas baran. Saka keturunan boleh buat kita panas baran. Tempias, terpijak & lain lain pun boleh buat kita jadi panas baran. 

Sifat orang yang panas baran

1.  Cepat marah disebabkan hal hal yang kecik. Tak kira orang luar atau pun dalam keluarga. 

2. Mudah marah dengan pasangan disebabkan benda kecik. 

3. Mudah naik tangan dalam keluarga & pasangan. 

4. Susah tidur malam. Biasa akan tidur lewat sebab tak boleh tidur awal. 

5. Hilang kawalan masa marah. Bila dah reda, jadi menyesal. 

6. Berani dengan semua orang. Bukan buat buat berani, tapi memang berani & hati kering. 

7. Selalu rasa stress tanpa sebab yang jelas. 

8. Selalu overthinking. Suka tuduh tanpa bukti jelas. 

9. Rasa diri semua betul. Semua orang disalahkan. 

10. Kurang simpati pada pasangan & keluarga. 

Ada banyak lagi tanda tanda panas baran pada diri seseorang, tanda diatas ni antara tanda yang paling lazim. 

Panas baran sebahagian dari tanda tanda gangguan jin. Kalau panas baran, buat rawatan. InsyaAllah baik.

Perlu dirawat dengan segera

Yang  selalu marah marah disebabkan benda kecik tu, perlu berjumpa dengan perawat & dapatkan rawatan dari perubatan Islam. Hanya dengan ruqyah, kemarahan kita boleh dikawal & akan hilang sikit demi sikit. 

Panas baran ni melibatkan jiwa, so bab bab jiwa ni biasanya akan dirawat dengan ayat ayat Al Quran.

Sebab Al Quran tu sendiri bersifat kerohanian & sesuai digunakan untuk merawat jiwa manusia. 

Jangan bergantung pada rawatan semata mata. Kita sendiri perlu amalkan ayat Al Quran tu pada setiap masa. 

Artikel berkaitan

Panas baran ni bukan berdosa

Biasanya orang yang panas baran ni, menyesal dengan apa yang diorang dah buat, cuma diorang tak boleh nak control masa diorang tengah marah tu. 

Biasanya memang itulah yang diadu pada setiap masa. Bila time marah, memang marah sangat sangat, tapi bila dah habis marah, biasanya dia akan jadi menyesal & boleh fikir waras balik. 

Sebab tu kita jangan salahkan sangat orang yang panas baran ni, kita kena bantu diorang untuk pulihkan diri. 

Bila dah pulih, orang macam ni boleh hidup macam biasa. InsyaAllah. 

Panas baran ni tak boleh control. Orang luar nampak orang yang panas baran ni JAHAT. Tapi tak semua JAHAT sebenarnya.

Gangguan sihir

Panas baran melampau ni boleh jadi sebab sihir juga. Kalau ada orang sihir kita, memang kita jadi akan jadi auto marah. 

Lepas tu mula la orang sekeliling kita jadi takut. Lepas tu tak ada sesiapa yang nak kawan dengan kita.

So ni salah satu fungsi sihir, buat orang jauh dari diri kita. 

Sebab tu kalau kita jadi panas baran tanpa sebab, kita kena la check dengan pengamal perubatan Islam.

Yela mana tahu sebab sihir. Buat check up sekali sekala, tak rugi pun. InsyaAllah. 

Gangguan saka keturunan

Biasanya panas baran ni dikaitkan dengan saka keturunan lah. Sebab saka yang dah lama pada diri, akan buatkan kita jadi panas baran sejak kecik lagi. 

Kalau dah dari kecik kita baran, sebab tu lah orang sangka baran kita ni sebenarnya sikap. Sebab dah jadi dari masa kita kecik lagi. 

Tapi la yang ramai tak faham, baran ni bukan sikap, tapi sebab penyakit. Kita baran dari kecik sebab memang adanya gangguan jin pada diri kita sejak kecik lagi. 

Dan biasanya dikaitkan dengan saka keturunan lah. Pun sama macam sihir, kita kena selalu buat check up. 

Baru la kita tahu apa punca sebenar kita jadi panas baran. 

panas baran

Kawal panas baran dengan solat

Hanya solat & zikir boleh kawal panas baran yang ada pada diri kita. Kalau kita jaga solat & zikir selalu, panas baran kita boleh dikawal. 

Walau macam mana pun, berubat tu perlu untuk pulihkan diri sepenuhnya dari gangguan jin. 

Solat & zikir ni hanya menjauhkan diri dari gangguan jin tapi tak buang. Benda tu cuma duduk jauh je, sebab rasa panas bila dekat dengan diri kita. 

Tapi kalau kita tak jaga solat dan amalan zikir, benda tu mendekat & kita akan jadi baran yang teruk pada semua orang. 

Rawat panas baran dengan amalan zikir & selawat

Hari hari amalkan zikir dengan niat untuk bersihkan diri dari unsur panas baran yang melampau. 

Dengan zikir, semua syaitan dalam tubuh badan kita akan jadi panas & tak mampu nak berjalan dalam darah.

Disebabkan tu, syaitan syaitan ni semua akan keluar dengan sendiri selepas kita amalkan zikir. Tapi pastikan kita istiqomah, buat setiap hari & jangan putus. 

Bila syaitan syaitan ni dah berputus asa, diorang semua akan cari orang lain. So kita akan nampak perubahan pada diri, yang kita ni bukan lagi seorang yang panas baran. 

Amalan yang menyejukkan jiwa, ialah amalan selawat. Dengan selawat, darah kita akan menjadi sejuk, sesejuknya. Kita akan jadi seorang yang susah nak marah. 

Kesimpulan

Panas baran penyakit yang boleh dirawat & boleh sembuh. Kalau dibiarkan, keadaan akan makin memburuk. 

Buat rawatan dengan segera, supaya hidup orang lain tak menderita disebabkan diri kita

Panas baran tak boleh baik dengan sendiri. Sekali kita panas baran, kita akan baran sampai bila bila. Melainkan kita beramal bersungguh sungguh dengan ayat Al Quran. 

Dengar macam mudah, tapi nak laksanakan tu sangat sangat susah. Doa je, supaya Allah dapat bantu kita. 

Artikel berkaitan
Rujukan luar
Team Imuslim

Team Imuslim

Digital Content Writer - Menulis content yang berkaitan dengan kehidupan seorang Muslim.

Feedback Artikel

Feedback yang diberikan penting untuk membuat artikel yang lebih baik dari masa kesemasa.