Panduan berwuduk dengan betul – Mungkin ramai yang terlepas pandang

Hari ni kita nak borak sikit pasal panduan berwuduk dengan betul & benda ni sangat penting dalam kehidupan kita sebagai umat Islam – Berwuduk dengan betul. 

Wuduk ni bukan setakat untuk bersuci sebelum solat je tau, tapi juga untuk menjaga kebersihan diri kita. So, kita kena pastikan yang kita tahu cara berwuduk dengan betul supaya ibadah kita diterima oleh Allah SWT. 

Sebelum tu jom kita test pengetahuan kita tentang wuduk dulu. 

0%

Kuiz Wuduk - Test pengetahuan anda disini. 

Isikan nama panggilan untuk keputusan

Dalil wuduk dari mana?

Ada berapa rukun wuduk menurut Mazhab Syafie?

Senaraikan rukun wuduk menurut Imam Syafie

Hukum berwuduk sebelum mendirikan solat?

Boleh ke kita menggunakan air musta'mal untuk berwuduk?

Boleh ke kita menggunakan air mutlak untuk berwuduk?

Boleh ke kita menggunakan air Musyammas untuk berwuduk?

Apa hukum mengambil wuduk didalam bilik air?

Apa hukum mengambil wuduk untuk membaca Al Quran?

Perkara yang boleh membatalkan wuduk?

Apa hukum niat sebelum berwuduk?

Apa hukum berwuduk dalam keadaan bogel?

Hukum berkumur & membersihkan hidung?

Hukum membersihkan wajah?

Hukum meratakan air keseluruh tangan kanan & kiri?

Hukum mencuci telinga?

Hukum mencuci kaki?

Hukum berdoa selepas wuduk?

Jom share pada orang lain!

Facebook Twitter
0%

Sebelum kita mulakan, kita kena pasang niat dulu. Niat ni penting sebab ia menentukan tujuan kita buat sesuatu. Macam wuduk ni, kita buat dengan niat untuk bersuci mencari keredhaan Allah SWT. So, dalam hati kita, niatkan “Aku berwuduk kerana Allah”. Ingat ye, niat tu asas dalam berwuduk.

Korang mesti nak tau, kenapa niat tu penting kan? Nah, dalam Al-Quran, Allah SWT berfirman tentang niat dalam Surah Al-Bayyinah ayat 5:

“Dan mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan ikhlas (menyucikan ibadah kepada-Nya saja) dalam menjalankan agama yang lurus, serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat. Dan demikian itulah agama yang lurus.” (98:5)

Maksudnya, kita kena ikhlas dalam segala amalan kita, termasuklah berwuduk. Jadi, niat dalam hati kita tu kena betul dan ikhlas, baru lah amalan kita diterima oleh Allah SWT.

Nabi SAW pun pernah bersabda dalam Hadis Riwayat Muslim tentang kepentingan niat dalam setiap amalan kita:

“Sesungguhnya setiap amalan itu tergantung kepada niat, dan seseorang itu akan mendapat balasan menurut apa yang dia niatkan.” (Muslim)

Jadi, sebelum kita berwuduk, jangan lupa untuk niatkan dalam hati kita. Niat tu bukan sahaja memastikan kita berwuduk dengan betul, tapi juga membantu kita fokus kepada tujuan kita beribadah kepada Allah SWT. Semoga dengan niat yang betul, amalan kita akan diterima dan kita akan lebih dekat dengan Allah SWT.

2. Basuh Tangan

First step, basuh kedua tapak tangan. Kita basuh tiga kali, kiri dan kanan. Pastikan jari-jari dan celah-celah jari pun kena basuh betul-betul, supaya tak ada sisa kotoran yang tertinggal. Kuku kalau panjang, basih sekali kat celah celah kuku tu. Basuh tangan ni langkah pertama dalam berwuduk, cuma bukan lah wajib, hukumnya cuma sunat sahaja. 

Panduan berwuduk - membasuh kedua tangan dengan sempurna

3. Berkumur - mulut & hidung

Next, kita kumur mulut tiga kali. Ambil air dengan tangan kanan, kumur dan keluarkan air yang terkumpul dalam mulut. Lepas tu, kita bersihkan hidung, iaitu masukkan air ke hidung dan hembus keluar. Buat tiga kali juga untuk kiri dan kanan. Jangan skip step ni tau, sebab mulut dan hidung pun kena bersih! Hukumnya sama macam cuci tangan tadi, sunat & tak wajib. 

إِنَّ أُمَّتِي يُدْعَوْنَ يَوْمَ القِيَامَةِ غُرًّا مُحَجَّلِينَ مِنْ آثَارِ الوُضُوءِ، فَمَنِ اسْتَطَاعَ مِنْكُمْ أَنْ يُطِيلَ غُرَّتَهُ فَلْيَفْعَلْ 

Maksudnya: “Sesungguhnya umatku akan dipanggil pada hari Kiamat dengan dahi, tangan dan kaki yang berseri-seri disebabkan daripada kesan-kesan wudhuk. Barangsiapa yang mampu daripada kalangan kamu untuk melebihkan dahinya maka lakukanlah ia.” 

Riwayat al-Bukhari (136)

4. Basuh muka - Ratakan air keseluruh wajah

Lepas tu, kita basuh muka kita tiga kali, dari dahi sampai ke dagu, dan dari telinga kanan ke telinga kiri. 

Pastikan kita basuh merata, termasuk bahagian mata dan kening. Jangan lupa celah-celah muka, contohnya bawah hidung dan bawah dagu. Kat janggut tu kena ratakan air betul betul. Basuh muka ni penting sebab ni rukun dalam wuduk tau. So cuci muka ni dikira wajib. Bukan sunat. 

Dalil berkenaan basuh muka dalam wuduk boleh kita jumpa dalam Al-Quran, Surah Al-Maidah ayat 6:

“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang, maka (sebelum itu) basuhlah mukamu, dan kedua belah tanganmu sampai ke siku, sapulah (dengan air basuhan) kepalamu, dan (basuh) kedua belah kakimu sampai ke mata kaki…” (5:6)

Ayat ini jelas menyatakan bahawa basuh muka adalah salah satu rukun wuduk yang perlu kita lakukan sebelum solat. 

Jadi, jangan skip step ni tau. Kalau tak tak sah la wuduk kita tu. Dengan dalil yang ada, kita boleh buat amalan wuduk dengan betul dan diterima oleh Allah SWT. InsyaAllah.

panduan berwuduk - membasuh muka dengan betul

5. Basuh tangan ke siku - Usap sampai rata

Now, kita move on ke basuh tangan sampai ke siku. Kita buat tiga kali untuk setiap tangan, mulakan dengan tangan kanan dulu. 

Pastikan seluruh tangan, pergelangan dan siku kita basuh dengan rapi. Ingat, jangan skip bahagian ni sebab ni salah satu rukun berwuduk, so step ni dikira wajib bukan sunat ya. 

Panduan berwuduk - membersihkan tangan hingga kesiku.

6. Sapu kepala - Rasakan kelembapan air

Next step, kita sapu kepala dengan tangan yang basah, dari dahi ke ubun-ubun, dan kembali ke dahi. Boleh juga sapu telinga dan leher dengan tangan yang sama.

Bila sapu kepala ni, pastikan rasa kelembapan air kat rambut kita, tau. Kita buat ni sebab kepala pun kena bersih sebelum kita solat nanti.

7. Basuh Kaki - Ratakan air dicelah jari kaki

Last but not least, kita basuh kaki sampai ke buku lali, tiga kali untuk setiap kaki. Basuh kaki kanan dulu, pastikan jari-jari kaki dan celah-celahnya pun bersih. Lepas tu, buat yang sama untuk kaki kiri. 

Jangan skip step ni, sebab ini salah satu rukun berwuduk. Cuci kedua belah kaki adalah wajib bukan sunat. 

Panduan berwuduk - membasuh kaki dengan betul
Panduan berwuduk - bersihkan celah celah jari kaki

Dalil penting

Korang tau tak, dalam Al-Quran, Allah SWT berfirman tentang wuduk dalam Surah Al-Maidah ayat 6:

“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang, maka (sebelum itu) basuhlah mukamu, dan kedua belah tanganmu sampai ke siku, sapulah (dengan air basuhan) kepalamu, dan (basuh) kedua belah kakimu sampai ke mata kaki…” (5:6)

Hadis Nabi SAW juga menyebut tentang wuduk, seperti dalam Hadis Bukhari dan Muslim:

“Rasulullah SAW bersabda: ‘Tidak akan diterima solat seseorang itu jika tidak berwuduk, dan tidak sempurna wuduk seseorang itu melainkan jika membasuh mukanya dan kedua tangannya hingga ke siku dan mengusap kepalanya dan kedua kakinya hingga ke mata kaki.'” (Bukhari & Muslim)

Selain itu, kita juga boleh ambil contoh dari Hadis Riwayat Abu Dawud tentang cara Nabi SAW berwuduk:

“Abdullah bin Zaid berkata, ‘Rasulullah SAW datang ke tempat air dan mengambil air dengan tangan kanan lalu berkumur-kumur dan menghirup air ke dalam hidung, kemudian menghembuskannya, lalu beliau mencuci mukanya tiga kali, mencuci kedua tangannya hingga ke sikunya tiga kali, mengusap kepalanya sekali dan mencuci kedua kakinya hingga ke mata kaki.'” (Abu Dawud)

Nabi SAW juga menegaskan kepentingan berwuduk dalam Hadis Riwayat Muslim:

“Sesungguhnya Allah tidak menerima solat seorang hamba-Nya yang telah hadas (berada dalam keadaan tidak suci) sehingga dia berwuduk.” (Muslim)

Jadi, dalil-dalil yang kita dapat dari Al-Quran dan Hadis menunjukkan betapa pentingnya berwuduk dengan betul sebelum kita mengerjakan solat. 

Dengan mengikuti panduan yang betul, insyaAllah kita akan lebih yakin dan tenang dalam menjalankan ibadah kita. 

Jangan lupa, usaha kita untuk berwuduk dengan betul ni adalah salah satu cara untuk kita mendekatkan diri kepada Allah SWT. 

Kesimpulan

So, korang dah sampai ke penghujung artikel ni. Semoga korang dapat ilmu yang berguna tentang cara berwuduk dengan betul. 

Jadi, sebagai nasihat, kita kena ambil wuduk ni serius dan jangan buat sambil lewa, sebab wuduk ni akan menjadi cahaya bagi kita di akhirat nanti. 

Betul, wuduk ni bukan sahaja untuk bersihkan badan kita sebelum solat, tapi ia juga melambangkan kebersihan jiwa kita.

Ada hadis yang menyebut tentang kelebihan wuduk yang sempurna. Rasulullah SAW bersabda dalam Hadis Riwayat Muslim:

“Apabila seorang hamba berwuduk, maka dosa-dosanya akan keluar bersama air wuduk dari wajah, tangan, dan kaki hingga dia bersih daripada dosa-dosa.” (Muslim)

Jadi, kalau kita berwuduk dengan betul dan ikhlas, insyaAllah dosa-dosa kita akan diampuni oleh Allah SWT. Selain tu, ada lagi satu hadis yang menunjukkan betapa pentingnya wuduk. 

Rasulullah SAW bersabda dalam Hadis Riwayat Bukhari:

“Seorang Muslim yang berwuduk dengan baik, maka kesalahan-kesalahannya akan keluar dari tubuhnya, sehingga keluar dari bawah kukunya.” (Bukhari)

Hebat kan? Wuduk ni bukan main-main. Ia adalah amalan yang membawa banyak kebaikan dan pahala. So, jangan lewatkan kesempatan untuk berwuduk dengan betul. Ingat, kita buat ni semua untuk mencari keredhaan Allah SWT dan untuk memastikan kita sentiasa bersih, baik jasmani dan rohani.

Akhir kata, semoga kita semua dapat istiqamah dalam berwuduk dengan betul dan mendapat cahaya di akhirat nanti. 

Ingatlah, Allah SWT sentiasa melihat usaha kita, dan insyaAllah, amalan kita akan diterima oleh-Nya. 

Air yang sudah digunakan sehingga air pada tubuh badan kita termasuk dalam air tu. 

Kita tak boleh menggunakan air mustaqmal untuk berwuduk. 

Air yang terdedah dengan cahaya matahari. 

Makhruh. Boleh digunakan untuk berwuduk. 

Boleh berwuduk dalam tandas dengan syarat mesti pastikan semuanya bersih. Kena betul betul teliti & bersih sebelum kita berwuduk. Hukum berwuduk dalam tandas yang ada jamban adalah makhruh. 

Team Imuslim

Team Imuslim

Digital Content Writer - Menulis content yang berkaitan dengan kehidupan seorang Muslim.

Feedback Artikel

Feedback yang diberikan penting untuk membuat artikel yang lebih baik dari masa kesemasa.