Panduan memagar rumah dari gangguan sihir & saka

Pertama sekali, kita kena jaga hubungan kita dengan Allah SWT. Sentiasa berzikir dan berdoa supaya rumah kita dilindungi dari gangguan-gangguan negatif.

Ada banyak doa yang kita boleh amalkan, seperti doa memohon perlindungan daripada gangguan syaitan, doa masuk rumah, dan doa keluar rumah. 

Jangan lupa baca ayat kursi dan surah Al-Baqarah juga!

Panduan memagar rumah

2. Selawat & sujud syukur

Kedua, kita kena banyak-banyak selawat dan sujud syukur. 

Ingat, dengan banyak berselawat dan bersyukur, kita akan jadi lebih tenang dan rumah kita akan dilindungi dari gangguan sihir dan saka. 

Lagipun, selawat ni boleh memecahkan segala sihir dan kekuatan negatif, tau!

3. Pasang azan dalam rumah

Azan ni satu benda yang sangat powerful. 

Syaitan dan makhluk-makhluk halus lain akan lari bila kita laungkan azan. Jadi, apa kata kita pasang azan dalam rumah kita setiap kali waktu solat.

Boleh guna radio ke, TV ke, atau pun download aplikasi azan dalam telefon kita. Ini salah satu ikhtiar yang boleh kita buat. 

Cuma azan dari diri kita sendiri tu lebih berkesan dari Radio & sebagainya. 

4. Letakkan Al-Quran dalam rumah

Al-Quran ni adalah kitab suci yang mempunyai kuasa untuk melindungi kita dari gangguan sihir dan saka. 

Jadi, pastikan kita ada Al-Quran dalam rumah kita. 

Bukan setakat letak je, tapi baca dan dengar bacaan Al-Quran tu juga. InsyaAllah, rumah kita akan jadi lebih harmoni dan terhindar dari gangguan.

5. Selalu berwudhu & bersuci

Ni satu lagi cara yang mudah dan efektif untuk melindungi rumah kita daripada gangguan sihir dan saka. 

Jaga kebersihan diri dan rumah, serta sentiasa berwudhu. Wudhu ni sebenarnya satu benteng pertahanan yang kuat tau!

Jadi, jangan malas untuk sentiasa berwudhu dan bersuci. Syaitan tak suka dengan orang yang berwuduk sebab wuduk ni cahaya yang kita tak boleh nampak dengan mata kasar. 

Panduan memagar rumah dari gangguan jin

6. Banyakkan sedekah & amal jariah

Dalam Islam, kita diajar untuk banyakkan sedekah dan amal jariah. Bila kita banyak buat kebaikan, insyaAllah Allah akan melindungi kita dan rumah kita daripada gangguan sihir dan saka. 

Sedekah ni boleh mengangkat bala.

Jadi, jom kita sedekahkan apa yang kita mampu, sama ada dalam bentuk wang, makanan, pakaian, atau pun masa dan tenaga kita.

7. Ruqyah & membaca doa perlindungan

Buat ruqyah secara berkala pun penting untuk pastikan rumah kita sentiasa bersih dari gangguan jin. Kita juga boleh memagar rumah dari gangguan sihir dan saka.

Ruqyah ni sebenarnya satu proses rawatan yang menggunakan ayat-ayat Al-Quran. 

Kita boleh minta bantuan dari pakar ruqyah yang berpengalaman, atau kita sendiri pun boleh belajar cara-cara buat ruqyah mandiri.

8. Tertib pagar rumah dengan ayat Al-Quran

Untuk memagar rumah kita secara lebih berkesan, ikutlah panduan tertib ni:

  1. Baca Bismillahirrahmanirrahim sebelum bermula.
  2. Baca Ayatul Kursi sebanyak 11 kali sambil bayangkan kita memagar setiap sudut rumah.
  3. Baca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq, dan Surah An-Naas sebanyak 11 kali.
  4. Baca doa memohon perlindungan daripada gangguan syaitan, jin dan makhluk halus.

Lakukan amalan ini selepas solat Subuh dan Maghrib setiap hari untuk hasil yang lebih berkesan.

Panduan memagar rumah

9. Menjaga solat lima waktu

Jangan lupa untuk menjaga solat kita, sebab solat ni satu tiang agama yang paling penting. 

Bila kita rajin solat, insyaAllah rumah kita akan dilindungi dari gangguan sihir dan saka. Jangan lupa untuk buat solat sunat juga, seperti solat hajat, solat taubat, dan solat tahajjud.

Artikel berkaitan
Team Imuslim

Team Imuslim

Digital Content Writer - Menulis content yang berkaitan dengan kehidupan seorang Muslim.

Feedback Artikel

Feedback yang diberikan penting untuk membuat artikel yang lebih baik dari masa kesemasa.