Jangan fikir kita bodoh sebab kita tak bodoh!
Kita sendiri yang menjadikan diri sendiri bodoh, kerana fikir diri kita ni bodoh.
Letakkan diri kita ni berharga.
Kalau letakkan diri kita sama dengan sampah masyarakat, memang kita akan rasa sampah sepanjang masa.
Hakikat dalam dunia ni, tiada siapa yang pandai, tiada siapa yang bodoh.
Yang ada cuma orang yang malas & orang yang rajin. Siapa yang rajin berusaha, insyaAllah dia akan berjaya dunia & diakhirat.
Yang kita kena kejar sekarang ni, ialah menjadi orang yang rajin berusaha kerana Allah. Niat kerana Allah, kita akan dapat Allah. InsyaAllah.
Jangan fikir kita bodoh, Allah tak jadikan kita bodoh melainkan kita sendiri yang buat diri sendiri jadi bodoh!
Ubah cara kita berfikir, insyaAllah kita boleh ubah kehidupan kita kearah yang lebih baik.
Buang yang keruh & ambil yang jernih. Simple.
1. Rajin membaca untuk tambah pengetahuan
Banyakkan membaca.
Dengan membaca kita akan tahu lebih banyak perkara.
Kita boleh membaca kat mana mana. Boleh baca kat buku, boleh baca kat google.
Lagi lagi sekarang ni zaman IT.
Anytime kita boleh membaca. Dengan rajin membaca, otak kita akan jadi aktif.
Otak yang aktif setiap masa, akan buatkan otak kita akan jadi lebih cekap. So nak jadi pandai, rajin membaca. Training otak kita untuk jadi lebih cekap & efiesyen.
Tapi kalau kita sendiri yang malas, kita sendiri yang buang masa. Akhirnya kita tak dapat apa apa. Rugi kan?
2. Pedulikan keluarga toksik
Pedulikan orang yang tak pedulikan diri kita.
Kita patut peduli & sayang pada diri sendiri sebelum kita sayang pada orang lain.
Kalau kita dilahirkan dalam keluarga toksik, abaikan! Teruskan dengan cita cita & usaha kita.
Kita akan menjadi orang berjaya.
Jangan jadikan keluarga toksik sebagai penghalang untuk kita menjadi orang yang berjaya. Kita tak perlukan keluarga toksik untuk berjaya dalam hidup.
Tak kira mak atau ayah.
Keluarga toksik bukan penghalang!
"Keluarga yang baik akan sentiasa support & mendoakan yang baik baik pada anaknya."
3. Pedulikan kawan kawan toksik
Kawan kawan yang tak support & selalu negatif dengan kita, abaikan. Simple.
Kawan toksik bukan penghalang untuk kita maju kehadapan. Kita boleh maju dengan berdiri diatas kaki sendiri.
Siapa cakap kita nak berjaya perlukan sokongan dari kawan kawan?
Kita boleh berjaya tanpa bantuan sesiapa sahaja. So tinggalkan je kawan toksik ni. Hidup kita akan berubah kearah yang lebih baik.
4. Berangan dulu baru buat
"Kebanyakan orang yang berjaya pada hari ini bermula dengan angan angan."
Jika kita selalu berangan, jangan jadikan angan angan tu sekadar angan angan kosong.
Usahakan supaya angan angan kita tu menjadi kenyataan.
Jangan sesekali cakap susah & tak boleh. Ingat! Kita boleh buat semua benda dengan izin Allah.
Kita adalah sebaik baik penciptaan. Kenapa kita rasa diri kita tak hebat? Sedangkan kita ciptaan Allah yang paling hebat.
Kita je yang belum jumpa potensi diri untuk maju kedepan.
5. Yakin apa kita fikirkan akan jadi kenyataan
Bayangkan kita berjaya. Yakin dengan apa yang kita bayangkan.
Berusaha untuk menzahirkan apa yang kita dah bayangkan. Paling penting, kita mesti yakin dengan diri sendiri. Fikir yang kita pasti akan menjadi orang yang berjaya suatu hari nanti.
Paling penting, jangan fikir negatif tentang diri kita sendiri. Kalau negatif, sampai bila kita nak duduk dalam fasa tu. Kita tak ada masa untuk berfikir lagi, teruskan usaha sampai jadi.
InsyaAllah.
"Percaya diri baru semuanya jadi. Jangan lemahkan diri dengan berfikir kita lemah"
6. Tanam sifat tegas dalam diri
Sifat tegas penting dalam diri manusia. Tegas bila perlu kita tegas, lembut bila perlu kita lembut.
Bukan semua keadaan kita perlu berlembut. Tapi tegaslah pada diri & orang lain jika perlu.
Sifat tegas adalah sifat mempertahankan diri kita dari dipandang rendah, hina & dipijak.
Jangan biar orang pijak kita. Jangan biar orang rendahkan diri kita. Kita ada harga diri kut. Kita buat & pastikan apa yang kita buat tu bernilai. Orang yang tak tahu menilai, memang akan cakap macam macam.
Jadi kita jangan diam. Ada masa perlu bercakap dengan tegas.
7. Pergi mampus dengan mulut orang
Jangan pedulikan dengan kata kata orang lain. Jangan terkesan dengan kata kata negatif yang keluar dari mulut orang lain.
Kita buat je apa yang kita nak buat. Belajar & sentiasa belajar sampai kita buat jadi. Jangan layan hal yang remeh temeh. Fokus pada diri & masa depan.
Kalau kita dok melayan perasaan dengan kata kata orang, sampai bila bila kita susah nak berjaya. So tanamkan dalam diri, sifat “pergi mampus” dengan mulut orang. Simple.
8. Jangan malas
Jangan malas. Kita buat apa yang perlu kita buat. Kita buat apa yang kita dah belajar. Kalau belajar siang malam, tapi tak buat buat, sampai bila kita nak berjaya.
So kalau nak berjaya, jangan malas. Rajinkan diri. Korbankan sikit masa kita untuk buat apa yang kita nak capai. InsyaAllah kita akan capai apa yang orang lain tak capai lagi.
Korbankan masa berseronok, korbankan masa tidur, korbankan segalanya untuk kita berjaya.
Tapi jangan korbankan solat & hubungan kita dengan Allah. Sebab ni key penting untuk kita berjaya.
9. Jangan bagi alasan
Hidup kalau bagi alasan je memanjang, sampai bila bila hidup kita akan jadi macam tu je. Sampai bila bila kita tak boleh nak capai apa yang kita nak capai.
Jangan bagi alasan, jangan cakap tak boleh, jangan cakap tak ada duit. Hello, semua ni alasan je okey.
Kalau betul kita nak buat, nak berjaya, benda benda ni bukan alasan lagi. Terus buat je, insyaAllah kita akan berjaya. Life is simple.
Kesimpulan
Kalau kita betul yakin dengan diri sendiri, kita buat & tengok hasil.
Jangan pedulikan benda yang tah pape. Jangan melayan sangat benda yang remeh temeh ni.
Berjaya atau gagal bukan terletak pada mulut keluarga, bukan juga pada mulut kawan kawan.
Biarkan apa sahaja yang mereka kata. Kejayaan itu ditentukan oleh Allah. Yang kita perlu lakukan hanya satu, PERCAYA PADA DIRI.