6 punca duit gaji tak cukup tapi ramai yang tak tahu!

Boleh jadi sebab tak ada keberkatan dalam pendapatan kita.

Boleh jadi sebab terkena gangguan jin, dan boleh jadi sebabkan kita tak solat. Boleh jadi kita tak sedar, kita banyak ikut nafsu sampai habis semua gaji kita. Mana gaji tak cukup. Dah kita yang habiskan. 

Nak tak nak kita kena ambik tahu la jugak kenapa duit gaji kita asyik tak cukup. 

Links

1. Sebab tak solat

Serius, tak solat boleh buatkan pendapatan kita jadi kurang berkat, dan sebabkan duit gaji kita cepat betul habis.

Tak sampai sebulan, dah habis & terpaksa berhutang. Ni yang banyak jadi lah. So kalau kita memang jenis manusia yang tak solat, jom kita start solat hari ni. Kita akan nampak perubahan dalam gaji kita. Susah nak habis. 

Gaji tak cukup

2. Tak bayar zakat

Tak bayar zakat boleh sebabkan gaji kita cepat habis.

Berapa setahun kita bayar zakat? Kalau gaji kita agak tinggi, layak untuk dikenakan zakat, tapi kita tak bayar atas macam macam alasan. Memang akan cepat habis untuk benda benda yang tak penting biasanya. 

Perasan tak, gaji kita tinggi, tapi komitment je dah melampau sana sini kena bayar. 

Tahu tahu gaji kita tinggal ciput jee. Macam mana nak nak membeli belah? Belum pape dah habis. So ni la yang kita kena tahu puncanya. 

Tak bayar zakat. 

Zakat pendapatan itu wajib. Yang kita maksudkan zakat dalam artikel ni bukan zakat fitrah. Beza tu. Mohon buat research kalau tak tahu. 

3. Kedekut dengan keluarga

Kedekut dengan keluarga boleh memberi kesan dalam duit gaji kita. 

Tapi selalu cepat habis. Kena bayar hospital, kena bayar kereta rosak, kena bayar sana sini. 

Last last tinggi sikit je gaji kita. Pernah tak kita fikir, kenapa gaji kita cepat habis? Ni mungkin sebabnya, kedekut dengan keluarga. 

Kedekut dengan mak ayah, kedekut dengan pasangan & kedekut dengan anak anak. Semua ni dalam kategori keluarga.

Banyak mana dah kita dah bagi bantuan dalam keluarga sendiri? Kita dah pastikan ke yang keluarga kita tu semua hidup senang? Dah pasti tak ada yang susah hati sekarang ni?

Kalau ada, pergi la dahulukan keluarga dulu. Jangan kita risau yang gaji kita akan habis sebab tolong keluarga. 

Sebenarnya gaji kita cepat habis sebab tak tolong la. Kalau kita banyak tolong, percaya la, gaji kita susah betul nak habis. Kadang kadang sampai tahap kita sendiri tak tahu nak beli apa dah. 

4. Bercampur dengan pendapatan haram

Buat kerja halal waktu siang, malam buat kerja haram. Gaji halal dan haram jadi bercampur. Semua ni bagi kesan, kenapa duit gaji kita cepat habis. 

Pendapatan yang kita dah campur campur kan tu jadi tak berkat. Sebabkan duit gaji selalu habis dengan cepat. 

Belum lagi cerita, kita malas bekerja. Malas bekerja pun boleh jadikan duit gaji yang halal tu jadi haram. Semua ni jadi tanpa kita sedar. Sebab tu pentingnya bermuhasabah diri. 

Dalam kerja, kita tak boleh curi tulang. Kita kena kerja betul betul. Walaupun gaji kita tak seberapa, tapi kalau kita kerja betul betul, Allah sendiri yang akan bayar gaji kita. 

Kita cuma percaya je dengan rezeki yang Allah bagi. Allah kan Maha Pemberi Rezeki. 

Paling penting dalam duit gaji tu ialah keberkatan. Lepas tu pastikan juga kita tak main forex. 

Yela ramai sebenarnya, kerja sambil forex. Dah kerja, buat part time forex pulak. Forex itukan haram. Bila haram campur dengan yang halal, jadi la duit gaji kita cepat habis. 

Punca gaji tak cukup buat kita stress

5. Tak pandai manage duit

Tak pandai manage duit pun satu hal juga.

Memang duit cepat habis kalau tak reti nak uruskan. Tak reti nak asingkan duit belanja dan duit simpanan. 

Semua duit letak dalam 1 bank sahaja. Semua duit nak pegang kat tangan je. Semua duit tak buat kira kira untuk perbelanjaan sebulan. 

Jawapnya memang tak jadi apa lah. So sampai masanya untuk kita belajar uruskan kewangan sendiri. InsyaAllah kita boleh control & bijak berbelanja.

6. Tak mampu buat cara tak mampu

Antara sebab kenapa duit cepat habis sebab kita ni sibuk sangat nak tunjuk kat orang yang kita ni ada banyak duit. 

Lepas tu mula la beli sana sini dengan jalan hutang. Hari hari macam tu. Lama lama kita sendiri pun boleh terciduk. Haha. 

So kalau kita tak mampu & memang miskin. Buat cara kita ni miskin. Jangan miskin tapi cuba berlagak kaya. Bahaya untuk diri sendiri. Silap hari bulan makan pasir je kita. 

Biarkan apa orang nak kata pasal diri kita. Masa kita miskin ni la kita boleh tahu, siapa yang ikhlas & siapa tak ikhlas berkawan dengan kita. 

Kalau kita kaya, tak nampak la sapa yang fake & tak fake. Simple. 

Artikel berkaitan

Team Imuslim

Team Imuslim

Digital Content Writer - Menulis content yang berkaitan dengan kehidupan seorang Muslim.

Feedback Artikel

Feedback yang diberikan penting untuk membuat artikel yang lebih baik dari masa kesemasa.