Punca isteri benci suami – Ini yang ramai suami terlepas pandang

Tak berkomunikasi

Korang pernah tak rasa bila korang tengah bercakap, tapi pasangan korang jadi dinding, tak layan pun apa yang korang cakap. Itulah yang akan terjadi bila komunikasi antara korang dengan pasangan tak mesra.

Bila suami asyik dengan dunia dia sendiri, isteri rasa macam dia ni tak wujud dalam hidup suami. Isteri nak rasa dihargai, nak rasa ada orang nak dengar cerita dia, nak rasa penting. Kalau setiap kali nak borak, suami sibuk dengan handphone atau kerja, lama-lama isteri akan rasa terpinggir dan mula benci.

Ini yang ramai anggap remeh.

Tak bagi penghargaan

Korang tahu tak, bila korang buat sesuatu, mesti korang nak orang lain hargai apa yang korang buat kan? Sama lah dengan isteri. Dia masak, kemas rumah, jaga anak, semua tu bukan kerja senang.

Bila suami tak pernah ucap ‘terima kasih’ atau tak perasan dengan segala usaha dia, isteri akan mula rasa tak dihargai.

Kadang-kadang, bukan kata-kata je yang penting, tapi perbuatan pun penting juga. Contohnya, suami tolong basuh pinggan ke, lipat baju ke, itu pun dah cukup untuk buatkan isteri rasa gembira.

Photo by Umar Ben

Tak romantik

Jangan ingat bila dah kahwin, korang boleh lupa semua benda pasal romantik. Isteri pun manusia, dia perlukan kasih sayang dan perhatian.

Isteri perlu romantik sampai dia tua, bukan masa dia muda je.

Bila suami lupa nak ucapkan ‘I love you’, lupa anniversary, atau tak pernah ajak isteri untuk keluar dating macam zaman bercinta dulu, isteri akan rasa kecewa.

Romantik ni sebenarnya penting tau, benda ni macam minyak yang melincirkan hubungan supaya tak berkarat.

Habiskan masa dengan diri sendiri

Faham tak, kadang-kadang kita semua perlukan masa untuk diri sendiri, tapi bila suami asyik nak ‘me time’ sampai isteri rasa macam dia ni roommate je, itu memang dah jadi problem besar.

Isteri nak kongsi masa dengan suami, nak buat aktiviti bersama, nak rasa seperti pasangan yang sebenar. Kalau suami lebih banyak habiskan masa dengan kawan-kawan atau hobi dia, isteri mula rasa kesepian dan rasa diabaikan.

Tak support pasangan

Ini benda paling penting sekali tapi ramai buat tak tahu. Bila isteri hadapi masalah atau stress, dia perlukan suami yang boleh jadi tempat dia bersandar. Kalau suami tak ada bila isteri perlukan, atau lagi teruk, suami jadi punca stress isteri, memang lah isteri akan rasa benci.

Support ni bukan hanya bila korang ada masalah besar je, tapi dalam kehidupan seharian juga.

Contohnya, dengar masalah isteri dengan sabar, bagi nasihat yang membina, atau sekadar peluk bila isteri rasa down. Nampak macam simple, tapi kesannya besar.

Lebihkan mak dari isteri

Masyarakat melayu zaman sekarang kalau hubungan antara suami dengan ibunya memang rapat.

Tapi, bila suami asyik letak mak dia di atas segalanya, sampai isteri sendiri rasa macam nombor dua dalam hidup suami, memang boleh jadi masalah besar.

Contohnya, bila ada pertelingkahan kecil, suami terus lari report kat mak, bukan cuba nak selesaikan dengan isteri dulu. Atau bila mak suami minta tolong buat ini itu, suami terus tinggalkan apa yang dia tengah buat dengan isteri.

Lama-lama, isteri akan rasa macam yang dia ni cuma ‘pelengkap’ dalam rumah tangga tu, bukan rakan kongsi hidup yang sebenar.

Kedekut

Kedekut ni bukan setakat kedekut duit, tapi juga kedekut perasaan. Bila suami tak nak spend duit untuk keperluan rumah atau nak bawa isteri keluar makan sekali-sekala, isteri akan rasa yang diri diorang ni tak dihargai.

Yang lebih teruk, bila suami kedekut kasih sayang.

Contohnya, suami jarang cakap ‘sayang’ atau ‘cinta’, jarang peluk atau pegang tangan isteri. Benda-benda macam ni penting untuk tunjukkan yang korang sebenarnya menghargai pasangan korang. Bila suami sendiri dah kedekut perasaan, isteri akan rasa sepi walaupun duduk sebumbung.

Isteri bukan tuhan untuk tahu segala galanya, dia adalah manusia yang mana kita perlu tunjukkan kasih sayang padanya.

Tolak semua tanggungjawab pada isteri

Ini satu lagi isu besar. Bila suami serahkan semua tanggungjawab rumah tangga pada isteri – dari urusan anak-anak, masak, kemas rumah, sampailah ke urusan kewangan – isteri akan rasa macam dia ni pembantu, bukan isteri.

Isteri pun ada kerjaya dan kehidupan sendiri, dia perlukan suami yang boleh share beban, bukan tambah beban. Bila suami tak tolong langsung, isteri akan rasa tak adil dan akan mula timbul rasa benci sikit demi sikit.

Tak ada common sense

Common sense ni penting dalam hidup berumah tangga. Bila suami buat keputusan yang tak masuk akal atau buat benda yang menyusahkan isteri, memang boleh buat isteri rasa frust.

Contohnya, suami beli barang yang mahal dan tak perlu, atau suami lupa hal-hal penting macam bayar bil atau ambil anak dari sekolah. Benda-benda macam ni bukan saja menyusahkan, tapi juga boleh buat isteri rasa suami dia tak boleh diharap.

Suka malukan isteri

Tak ada orang yang suka dimalukan, apatah lagi depan orang ramai.

Bila suami suka buat lawak pasal isteri yang menyakitkan hati, atau kritik isteri depan kawan-kawan atau keluarga, memang boleh buat isteri rasa malu dan marah.

Isteri perlukan suami yang boleh jadi ‘shield’ dia dari kata-kata orang lain, bukan yang tambah buka aib.

Tak pernah bela isteri depan semua orang

Bila ada masalah atau pertelingkahan, isteri harap suami dia akan bela dia depan orang lain, terutama depan keluarga suami sendiri.

Tapi bila suami asyik diam atau malah sokong orang lain, isteri rasa sangat kecewa. Isteri perlukan rasa security yang suami akan ada untuk dia, bukan tinggalkan dia berjuang sorang-sorang.

Terlalu percaya pada keluarga melebihi isteri sendiri

Ini boleh jadi isu sensitif.

Bila suami lebih percaya kata kata keluarga dia lebih daripada isteri sendiri, atau bila ada masalah, suami akan terus menyalahkan isteri tanpa mendengar penjelasan.

Benda macam ni memang boleh buat isteri rasa tak dihargai. Isteri nak rasa yang dia ni partner yang boleh dipercayai, bukan musuh dalam selimut.

Photo by Ihsan Adityawarman

Suka puji perempuan lain

Bila suami asyik puji perempuan lain, terutamanya depan isteri, memang boleh buat isteri rasa cemburu dan tak dihargai. Isteri mungkin akan fikir, “Kenapa dia tak puji aku macam tu?” atau “Apa yang kurang dengan aku?”.

Ini bukan soal tak percaya diri, tapi lebih kepada rasa hormat dan penghargaan dalam hubungan.

Bila suami lebihkan pujian untuk orang lain dan jarang bagi pujian pada isteri sendiri, isteri akan rasa dia tak cukup baik dan ini boleh menimbulkan keretakan dalam rumahtangga.

Layan kasar pada isteri

Layanan kasar ni bukan setakat dalam bentuk fizikal, tapi juga dalam bentuk emosi dan mental.

Bila suami layan isteri dengan kasar, cakap dengan nada tinggi, guna perkataan yang menyakitkan hati, atau tunjuk sikap yang agresif, ini semua boleh buat isteri rasa takut dan tidak selamat.

Isteri perlukan suami yang lembut dan penyayang, bukan yang kasar dan menakutkan. Layanan kasar ni boleh buat isteri hilang rasa cinta dan hormat pada suami.

Suka menghina isteri dan keluarganya

Ini satu lagi perkara yang boleh buat isteri benci suami. Bila suami suka sangat menghina isteri, sama ada tentang rupa, kerja, atau cara dia buat sesuatu, ini boleh buatkan isteri rasa rendah diri.

Dan bila suami menghina keluarga isteri, ini lagi teruk sebab menunjukkan kurangnya rasa hormat suami pada asal-usul dan latar belakang isteri.

Isteri perlukan suami yang menghormati dia dan keluarganya, bukan yang suka menghina dan menjatuhkan. Berhati hati bila korang terus menghina. Kesannya akan nampak sikit sikit.

Pemalas

Bila suami pemalas, ni boleh jadi satu isu besar dalam rumah tangga.

Bayangkan, isteri dah penat bekerja, balik rumah masih kena uruskan rumah dan anak-anak, tapi suami? Dia lepak depan TV atau main game, tak tolong langsung.

Isteri akan rasa macam dia sorang yang pikul semua beban. Bila suami tak nak tolong apa-apa, dari kerja rumah sampai urusan anak, isteri rasa tak adil dan mula timbul rasa benci.

Selalu bagi alasan

Ada je alasan bila suami tak nak buat sesuatu. “Penat lah”, “Nanti dulu lah”, “Ada kerja lain lah”.

Alasan ni kalau jadi sekali dua tak apa. Tapi bila dah berkali kali bagi alasan, boleh buatkan isteri rasa frust sebab dia harapkan suami yang boleh diharap, bukan yang asyik lari dari tanggungjawab.

Bila suami selalu bagi alasan, isteri akan rasa dia tak boleh bergantung pada suami untuk apa-apa pun. Suami useless dan membebankan.

Suka menyalahkan isteri

Bila ada masalah, mudah je untuk suami salahkan isteri. “Sebab kau lah ni jadi”, “Kalau kau tak buat macam tu, tak jadi macam ni”.

Menyalahkan ni bukan cara selesaikan masalah, tapi cara buat masalah jadi lagi besar. Isteri perlukan suami yang boleh ambil tanggungjawab, bukan yang asyik nak salahkan orang lain. Ini antara punca kenapa isteri jadi benci dengan suami.

Suka arah-arahkan isteri

Bila suami asyik arah-arahkan isteri, “Buat ni, buat tu”, tanpa hargai usaha isteri, atau tanpa tanya pendapat isteri, memang boleh buat isteri rasa macam seorang hamba.

Isteri bukan robot yang setiap masa kena ikut arahan suami. Isteri perlukan rasa hormat dan kebebasan untuk buat keputusan sendiri juga. Ingat, isteri tu adalah seorang manusia.

Jangan gunakan agama semata mata sebagai alasan untuk seorang isteri tu taat.

Kesimpulan

Hubungan suami isteri ni ibarat taman yang perlu dijaga. Kalau ada rumpai seperti sikap suka puji perempuan lain, layanan kasar, atau suka menghina, taman tu akan rosak.

Jadi, penting untuk suami dan isteri saling menghormati, memberi sokongan, dan memahami perasaan satu sama lain. Jangan sesekali pentingkan diri sendiri. Jangan hanya nampak kesalahan pasangan semata mata, tapi muhasabah diri dan tengok kesalahan sendiri.

Dengan cara ni, hubungan akan tumbuh subur dan kekal bahagia.

Ingat, dalam setiap perkara, ada cara untuk korang memperbaiki dan memperkukuhkan hubungan. Jangan biarkan masalah kecik jadi berlarutan sampai jadi besar dan susah nak diselesaikan.

Team Imuslim

Team Imuslim

Digital Content Writer - Menulis content yang berkaitan dengan kehidupan seorang Muslim.