16 punca kenapa rezeki sempit – salah satunya sebab sihir!

  • Rezeki ditentukan oleh Allah tapi ada banyak faktor kenapa rezeki itu tak sampai pada diri. 
  • Kalau kita ada masalah rezeki, kita tak boleh duduk diam & menyerahkan kepada Allah semata mata. Of coz kita kena berusaha sama. Usaha & tawakal mesti seiring. 
  • Rezeki bermasalah kadang disebabkan gangguan jin, kadang disebabkan masalah dosa, tak berkat & sebagainya. 

Rezeki Allah yang tentukan. Sama macam baby dalam kandungan. Allah juga yang tentukan. Tapi kalau baby tu lahir lahir je cacat, boleh tak kita rawat & ubah kecacatan dia tu? Jawapan dia boleh. 

Contoh gigi dia jogang sampai kedepan, menganggu percakapan. Dia boleh usahakan dengan ubah gigi dia kedalam. So sama juga dengan rezeki yang sempit. Betul Allah dah tentukan. Tapi kita masih boleh berusaha. 

Links

1. Tak jaga solat

Tak jaga solat boleh effect dengan rezeki kita. Kalau solat kita jenis on off memang rezeki kita pun akan ikut on off biasanya.

Usaha lah macam mana pun, agak susah sikit rezeki kita nak deras selagi kita tak solat. Kadang kadang sampai kita sendiri pun tak tahu apa sebabnya. So punca pertama, perhatikan solat kita.

Kalau tak oke, cuba kita kasi okeykan dulu. Baru rezeki kita tak sempit. Kalau kita berjaya betulkan solat, baru kita tengok aliran rezeki dalam seminggu dua. Kita akan nampak sendiri.  So ni lah punca yang menjadikan rezeki sempit tapi kita buat tak tahu. 

"Ramai harapkan rezeki yang melimpah ruah, tapi tak jaga solat. Jadi macam mana nak kaya? Jaga solat, hidup kita akan dicukupkan."

2. Terlalu kedekut dengan keluarga

Bahaya kedekut dengan keluarga. Kalau boleh jangan kedekut, sedikit sebanyak boleh effect juga dengan income kita. Solat dah buat, tapi income masih slow, so benda yang kita kena tengok seterusnya ialah keluarga sendiri. 

Semua keperluan cukup ke tak cukup? Kalau tak cukup kita kasi cukupkan dulu ya.

Baru income kita mencanak canak. Baru mantap bosku. Sedar tak sedar, kedekut dengan keluarga memang akan effect dengan rezeki kita. 

Tapi, bukan semua keluarga kita kena bagi. Ada situasi tertentu yang kita juga kena kedekut atas sebab sebab tertentu. Okey itu yang macam tu tak apa. Asalkan ada hujah yang kuat. Life is simple. 

3. Kedekut dengan isteri

Kedekut dengan isteri boleh buat kita jatuh miskin. 

Ramai yang buat & tak sedar, hari makin hari diorang ni makin miskin. Kalau isteri tak redha dengan kita, confirm la bahaya untuk rezeki kita. Boleh goyang oo. Kerja macam nak mati pun, sangat susah nak dapat rm100 sehari. 

So cuba la tengok diri kita dengan isteri, kedekut ke tak. Yela kadang kadang kita tak sedarkan, isteri pun banyak makan hati. Dia pun manusia juga, perlu belanja belanja, ada juga barang yang dia nak tu. Bukan barang kita sahaja.

Cuba tanya, ada apa apa yang dia nak ke kat shopee tu Jangan buat rezeki kita sempit. Jaga kebajikan isteri, maka Allah akan jaga kebajikan kita. InsyaAllah. 

rezeki sempit

4. Kedekut dengan suami

Sama juga macam isteri tadi. Jangan asyik salahkan lelaki je, perempuan pun sama. Kalau kedekut dengan laki sendiri, jangan tanya kenapa rezeki aku susah nak masuk. 

Dah kalau kita sendiri biarkan suami kita susah payah, tak bantu, tak faham, memang beban la diri kita. Redha suami pada isteri tu penting, begitu juga redha isteri pada suami. Mesti sama adil. Baru balance hidup kita. Gittuuuu… 

Artikel berkaitan

5. Biarkan kawan dalam kesusahan

Kita kawan dengan orang yang susah tak pe, yang tak berapa bagus tu kalau kita sendiri pun tak ada common sense nak bantu kawan yang tengah susah. 

Dah lah kawan tengah susah, kita pula asyik nak cerita tentang kesenangan diri kita. Lagi terasa kawan tu. Walaupun dia kawan baik, ingat penyakit ain tu benar ada. 

Kalau kawan tu rasa sakit hati atau cemburu, akan effect dengan rezeki kita juga nanti. Lagi lagi kalau kita kerap jumpa dengan kawan tu. Lagi bahaye. Kesimpulan, jangan biarkan kawan kita dalam kesusahan. Tolonglah mengikut kemampuan kita. InsyaAllah rezeki akan berlimpah ruah. 

6. Abaikan anak anak

Utamakan hak anak. Ini yang paling penting. Kalau kita sendiri tak utamakan anak. Tak ambik tahu pasal anak, jangan tanya kenapa rezeki kita sempit. 

Rezeki sempit sebab kita tak tunaikan hak anak. Kita biarkan anak berdikari sendiri. Kita tolak tanggungjawab kita pada pasangan. 

Anak tu amanah Allah. Kalau kita sendiri tak ambil tahu pasal anak, biarkan anak, tak tunaikan hak anak, jangan tanya la kenapa. 

Anak ni rezeki dari Allah, anak tu hadir kedunia ni dengan membawa “rezeki” yang Allah dah tetapkan. Kita je kena tunaikan jaga anak tu sebaik yang mungkin, baru kita akan nampak rezeki kita deras macam air sungai mengalir.

Dengan anak pun cincai. Rezeki yang kita dapat cincai la juga. 

7. Tak bayar zakat

Benda wajib kalau tak buat, memang confirmkan akan effect dengan punca rezeki kita. Ramai sebenarnya tak bayar zakat. Lepas tu persoalkan kenapa rezeki slow sangat. Ni yang bahaya. 

Cuba tanya diri sendiri, kita bayar zakat tak? Bukan zakat fitrah ya. Tapi zakat pendapatan. Kena bayar tiap tiap tahun tau. Jangan lupa tolong orang susah melalui zakat.

Tapi kena ada ilmu ya, sedekah & zakat tu berbeza. So buat research pasal zakat kalau kita tak tahu macam mana nak bayar zakat. Life is simple. 

kenapa rezeki sempit

8. Gangguan jin

Kalau semua kat atas dah buat, kemungkinan besar punca rezeki kita tersekat adalah disebabkan gangguan jin pada diri.

Sama ada kita terkena gangguan sihir atau pun saka keturunan.

Kes macam ni memang tak boleh buat apa, melainkan kita dapatkan bantuan dari pengamal perubatan Islam.  Boleh rujuk dengan tanda tanda gangguan jin untuk dapatkan kepastian. 

Lagi banyak tanda tanda gangguan pada diri, maka lagi jelas yang kita ni memang diganggu dengan makhluk halus. 

Jangan pandang remeh tentang gangguan jin. Serius, gangguan jin boleh merosakkan hidupkan kita sedikit demi sikit. Berubat sebelum terlambat.

Artikel berkaitan

9. Sangat pentingkan diri sendiri

Apa yang kita buat hanya untuk diri sendiri, tak pernah buat sesuatu untuk orang lain.

Jika kita buat pun, sangat berkira kira. Kita hanya akan buat lebih jika kita tahu adalah bayarannya. 

Selebihnya kita memang pentingkan diri sendiri. Tak pernah fikir tentang kehidupan orang lain. Mungkin kita rasa kita pernah buat, tapi perbuatan kita tak menunjukkan macam tu. 

So ini antara sifat yang akan menyekat rezeki kita. Menjadikan aliran rezeki kita perlahan & tiada. 

Muhasabah diri, ubah lah. Buang sifat pentingkan diri. Baiki ke arah yang lebih baik, insyaAllah semuanya akan menjadi lancar. 

10. Suka maki hamun orang lain

Suka maki hamun orang lain. Maki hamun pelayan. Maki hamun sesiapa saja yang kita tak suka. Kita susah kan orang lain. Yang kita tahu hanya nak maki siang malam. 

Kita macam ni ke? Cuba tengok aliran rezeki kita. Mesti rezeki sempit kan. Tak ada orang yang suka maki hamun ni hidup senang. Memang tak ada.

Kalau kaya sekali pun, mesti banyak hutang & hilang kawan. 

Maki hamun akan buat orang benci pada diri kita. Bila ramai yang membenci kita, penyakit ain akan hadir. Penyakit ain ni la yang sekat semua rezeki kita, menjadikan rezeki sempit sesempitnya. 

So semua ni salah siapa? Salah sendiri sebenarnya. Kita tak pernah hargai orang lain. Semua nak ikut cara kita sendiri. Allahu. Berubah lah. Jangan sampai kita jatuh miskin semiskinnya. 

11. Tak pernah syukur dengan apa yang ada

Tak pernah pun kita bersyukur dengan apa yang kita dapat. Selalu aja nak complaint & merungut macam macam. Memang kita akan cakap kita bersyukur. Tapi tu dimulut je. 

Perbuatan kita sebaliknya pulak. Setiap kali kita dapat sesuatu kita akan complaint, ini tak kena, itu tak kena. Sampai orang lain pun naik fedup dengan kita. 

Bila dah hari hari macam ni, Allah pun tak suka lagi nak bagi kita rezeki. Manusia pun sama. Yela buat apa nak bagi, kalau bagi pun tak pernah nak hargai. Allahu. 

Ini lah punca rezeki kita jadi sempit. Rezeki sempit akan kekal sempit selagi kita tak ubah sikap kita. Simple. 

12. Pandang hina pada orang lain

Dah la kita pandang hina pada orang lain. Kita rendah rendahkan dia pulak. Allahu. Mana tak sempit rezeki kita. Kita baru ada harta sikit nak berlagak macam kita ni kaya. 

Kita tak kaya pun sebenarnya, kita banyak hutang je. Lepas tu acah tunjuk kaya depan orang. Bukan tu je, kita pandang rendah pulak pada orang lain. 

Kita siap hina dia pulak tu. Memang lagi la rezeki sempit sesempitnya. Sebab tu hari makin hari hutang kita makin bertambah.

Semua ni jadi sebab perbuatan kita sendiri pada manusia. Dosa dengan Allah, Allah boleh ampunkan. Tapi dosa dengan manusia Allah tak boleh ampunkan.

Perlu minta maaf dengan manusia tu sendiri. Lagi banyak dosa kita dengan manusia, lagi sempit rezeki kita. 

"Bila suka merendahkan orang lain, penyakit ain akan hadir. Bila penyakit ain datang pada diri, semua aliran rezeki akan tersekat."

13. Jarang bersedekah

Tak sedekah, terlalu sayang dengan duit & terlalu kedekut boleh buat rezeki sempit sesempitnya. Lagi kita sayang dengan duit kita, lagi banyak duit kita akan habis.

Sepatutnya duit yang ada kita perlu gunakan untuk membantu orang yang memerlukan. Bukan sekadar simpan. 

Lagi kita bersedekah, lagi banyak rezeki kita akan masuk. Bukan sebaliknya ya. So banyakkan lah bersedekah. InsyaAllah rezeki kita dah tak sempit. 

14. Tak bayar hutang

Hutang ada banyak tapi tak bayar. Lagi habiskan duit beli barang barang yang tak perlu. Semata mata untuk nampak kaya. 

Lama lama kita akan perasan kewangan kita semakin tak teratur. Rezeki makin sempit, buat apa pun macam sangkut. 

Semuanya sebab hutang. Tapi kita buat buat tak tahu. Orang tu pun tak minta hutang, so kita pun senyap je la. 

Hutang ni perkara penting kalau kita nak rezeki kita lancar. InsyaALLAH. 

"Hutang buat rezeki kita bertambah perlahan. Lagi banyak hutang, lagi perlahan aliran rezeki nak masuk. Bayarlah hutang. InsyaAllah semuanya akan dipermudahkan."

15. Suka mengungkit

Dah bagi, suka mengungkit barang yang kita dah bagi tu. Mengungkit tanpa sebab  yang jelas. Selalu mengungkit boleh sebabkan rezeki jadi slow & sempit. 

So elakkan mengungkit. Kalau dah bagi barang tu, ingatkan supaya dijaga dengan baik, kemudian jangan mengungkit sampai sebabkan orang yang menerima pun rasa sedih dengan pemberian kita. 

Bahaya!

16. Selalu merungut

Apa yang kita dapat, kita tak pernah syukur & tak pernah nak menghargai apa yang kita dah punya. 

Kita buat macam barang yang tak ada nilai, hidup kita ni pun kita rasa macam tak cukup & sentiasa tak cukup. Hari hari kita nak merungut, sampaikan doa kita pun kita merungut. 

“Aku hari hari dah doa, tapi tak apa apa hasil pun”

Merungut boleh buatkan rezeki kita makin sempit. Last sekali kita akan hilang semua benda. Nak ke jadi macam tu?

"Merungut sebahagian dari amalan penolak rezeki. Lagi banyak kita merungut, lagi banyak yang kita akan hilang. Elakkan merungut."

Kesimpulan

Sekarang kita dah tahu penyebab rezeki sempit pada diri kita. Masa untuk kita belajar dengan ubah semua punca diatas, kita akan nampak rezeki kita deras seperti air yang mengalir. 

InsyaAllah. Paling penting jangan putus asa dalam kita berusaha. Kalau kita rasa rezeki kita sempit, ingat lah, ada orang lagi lagi sempit rezeki dia. 

Artikel berkaitan

Pautan luar

Team Imuslim

Team Imuslim

Digital Content Writer - Menulis content yang berkaitan dengan kehidupan seorang Muslim.

Feedback Artikel

Feedback yang diberikan penting untuk membuat artikel yang lebih baik dari masa kesemasa.