20 punca suami isteri bercerai

1. Suami isteri bercerai sebab tak solat

Ramai sebenarnya yang bercerai sebab tak solat, tapi tak perasan!

Bila kita suami isteri jenis tak menjaga solat, rumahtangga kita berisiko untuk hancur sikit demi sikit. 

Sebab rumahtangga kita tiada perlindungan dari gangguan syaitan. 

Yang jaga solat insyaAllah akan dilindungi dari gangguan syaitan. Jadi agak susah lah, syaitan nak hancurkan hubungan kita dengan pasangan. Kalau tak nak benda macam ni jadi, pastikan kita menjaga solat.

Tak solat sunat tak apa, janji solat wajib kita buat. Itu yang penting. 

Tapi kalau kita ni jenis lalai dalam solat, sekejap buat sekejap tak buat, kita perbaiki la selagi yang boleh. Kalau kita jenis suka melambatkan waktu solat, kita percepatkan. So simple. 

Jika kita rasa berat & masih tak mampu, mintalah pertolongan dari Allah. Allah pasti akan tolong. 

Punca suami isteri bercerai

“Tak solat antara punca kenapa rumahtangga kita hancur. Tiada protection dari Allah SWT”

2. Terlalu banyak prasangka

Kebanyakan dari kita suka berprasangka dengan pasangan. 

Ini pun satu masalah sebenarnya. Sebab bila kita banyak bersangka sangka, syaitan lagi mudah buat kerja. Sekali petik jari sahaja, kita suami isteri bercerai berai. 

Hari hari bertengkar disebabkan benda yang entah pape. Benda yang remeh temeh. 

Lama lama jadi benci antara satu sama lain. Lepas tu apa lagi, bercerai la kita dengan talak 3. So untuk elakkan benda macam ni jadi dalam rumahtangga kita, pastikan  kita melatih diri untuk tidak berprasangka buruk. 

Kesannya masyaAllah, lebih aman & tenang. Kerana tiada syaitan yang boleh menghasut. Baru la bahagia sampai ke jannah. 

Punca suami isteri bercerai

3. Sebab penyakit anxiety (overthinking)

Kalau salah seorang dari pasangan alami penyakit anxiety, bawa la berubat dengan segera. 

Tak kisah nak bawa berubat dimana sekali pun. Janji ikhtiar. Bahaya kalau tak rawat cepat, sebab pasangan boleh jadi macam rimas.

Lama lama hubungan akan semakin renggang. Lepas tu tamatlah riwayat perkahwinan kita. Anxiety pun boleh musnahkan hidup kita.

So jangan sesekali kita pandang remeh dengan penyakit anxiety ni. 

Kalau ada, perlu dirawat dengan segera. Kalau tak rawat, stress la sepanjang masa.

Kalau kita sahaja yang stress tak apa lagi, ni dengan pasangan kita sekali menderita.Itu yang boleh menimbulkan kebencian tu. 

Punca suami isteri bercerai salah satunya disebabkan penyakit ain. Suka menunjuk nunjuk

4. Sebab ada penyakit ain

Selalu sangat share kehidupan bahagia suami isteri pada orang lain, boleh mengundang padah. 

Kita sendiri yang hancurkan hubungan kita dengan pasangan. Ingat bila kita share tu, semua orang yang tengok akan suka ke?

Kita tahu ke masalah yang diorang alami? Mesti tak tahu kan? Mesti ada yang benci kita punya. Mesti ada yang meluat dengan kita. Yang pasti mesti ada yang dengki dengan kita. Mana la tahu keluarga kita sendiri ke, kawan kawan kita ke, kut jiran sebelah rumah ke kan. 

So bila ada orang yang benci kita, confirm akan melekat satu sumpahan yang dipanggil ‘penyakit ain’ pada diri kita. 

Hidup kita & pasangan musnah sikit demi sikit. Ikhtiar macam macam tapi kesannya masih sama. 

5. Suami isteri terkena sihir pemisah

Sama macam penyakit ain juga. Bila dah terlalu ramai benci dengan diri kita. Mesti ada yang benci kita, lepas tu apa lagi, hantar sihir lah. 

Tujuannya hanya satu, nak tengok kita hancur. Semua ni bermula dari kesalahan diri kita sendiri. Bukan orang lain. 

Kita sendiri yang selalu tayang kekayaan. Kita sendiri yang selalu tayang kebahagiaan rumahtangga tangga kita pada orang lain. 

Sibuk nak tunjuk screenshot sayang menyayang dengan pasangan la apa lah

Sebab tu la kita terkena sihir. Kalau belum lagi kena, maka tengah coming soon la tu. Sekali kita dah terkena sihir, kehidupan kita akan menjadi neraka dunia. 

Pastikan kita selalu menjaga amalan wajib. Selalu amalkan benteng diri dengan bacaan 3 Qul. InsyaAllah diri kita akan terlindung dari penyakit ain & sihir. 

6. Salah satu pasangan ada saka keturunan

Ramai buat check up kat klinik je sebelum kahwin. Biasanya untuk check kesihatan diri zahir. Tapi tak ramai yang check untuk kesihatan diri batin. 

Sepatutnya diri batin pun kena la check juga. Sebab check up untuk perkara ghaib pun penting juga.

Tak semestinya kita tak sakit or takde masalah, kita tiada gangguan jin pada diri. 

Checkup sahaja. Tak rugi pun. Kalau kita memang ada gangguan jin pada diri & terus berkahwin tanpa membuang, akibatnya sangat la merugikan. 

So pentingnya untuk kita buat checkup zahir & batin. Bab bab ghaib ni bukan kuno atau tahayul. 

Islam sendiri ajarkan kita adanya kewujudan makhluk halus ni. Adanya iblis & syaitan. Kita tak bersendirian ya dalam dunia ni. Ada makhluk lain bersama sama kita. 

Paling penting jangan rasa ‘aku tiada jinBuat je check up dulu dengan pengamal perubatan Islam. Life is simple 🙂

7. Ibu bapa tak restu hubungan kita & pasangan

Ibu bapa kalau tak pernah nak restu hubungan kita dengan pasangan, memang boleh bagi kesan untuk jangka masa panjang. 

Tapi biasanya ibu bapa itu mesti ada sebab yang kuatlah kenapa dia tak restu. Kalau tak, biasanya takkan effect apa apa. 

Jadi kalau kita tak pernah tanya, ibu ayah kita restu ke tak. Cuba tanya. 

Setiap masa kita kena juga ‘up to date’. Baru la rasa tenang sentiasa. InsyaAllah. 

8. Campur tangan ibu mertua

Mak mak ni jangan kita biar diorang campur tangan, bahaya. Tak kira la mak siapa. Diorang ni semua manusia. Bukan tuhan nak tentukan hidup kita. 

Bukan semua benda mak mak ni kena campur. Semua urusan peribadi biar diri & pasangan je tahu. 

Elakkan diri dari bercampur atau menceritakan tentang masalah rumahtangga kita pada keluarga. 

Kesan campur tangan ibu mertua:

1. Buatkan diri tak suka pada pasangan. 

2. Buatkan diri tidak lagi percayakan pasangan. 

3. Buat diri & pasangan sentiasa bertengkar 

4. Penyebab suami isteri cerai berai. 

Kalau ada mertua yang suka campur tangan, segera angkat kaki. Tinggal asing asing lebih selamat. Lebih aman & bahagia. 

9. Kena hasut dengan kawan kawan

Berhati hati dengan kawan ditempat kerja. Borak, borak juga. 

Tapi jangan sampai kita tak lagi menjaga batas antara diri kita dengan kawan kawan.Sampaikan semua masalah kita diceritakan pada kawan kawan. 

Akibatnya, kawan kawan pun bagi la ‘nasihat’.

Lama lama, kawan pun naik pangkat menjadi ‘kaunselor’ untuk rumahtangga kita. Maka ‘kaunselor’ yang tak bertauliah ni tadi la yang akan menjahanamkan rumahtangga kita.Jadi sentiasa la berhati hati ya. 

Jangan seronok sangat dengan orang luar. Percaya pada diri. Percaya pada pasangan. Hidup akan aman bahagia. Simple. 

10. Tak jaga batas dengan kawan kawan

Tak jaga batas dengan kawan yang bukan muhrim, sebenarnya satu perbuatan yang sangat bahaya ya. 

Boleh dekatkan kita dengan zina, lepas tu boleh hancurkan kehidupan rumahtangga kita dalam sekelip mata. 

Jangan sesekali anggap benda macam ni normal. Jangan guna perkataan sporting untuk benarkan perbuatan yang macam tu. Batas tetap batas.

Sebab Islam ajarkan kita untuk sentiasa menjaga batas dengan orang luar. Lagi lagi kalau kita dah berkahwin. Lagi la perlu kita jauhkan. Lagi kita kena hati hati. 

Punca suami isteri cerai adalah disebabkan tidak menjaga batas

11. Tak ambik tahu perasaan pasangan

Ramai orang sambil lewa je dengan perasaan pasangan. Sampai pasangan tu hari hari makan hati. Ramai je buat macam ni. 

Kita ni ego, sombong, anggap perasaan hati ni benda yang remeh temeh je. Padahal kita tak tahu, kesan dia akan menghancurkan rumahtangga kita. 

Bila ego menguasai diri, sikit demi sikit kasih sayang didalam rumahtangga akan hilang. 

Esok lusa bila dah bercerai, baru sibuk sibuk nak berubah. Masa tu dah terlambat nak berubat. Kalau nak berubah, berubah dari sekarang. Ambik tahu perasaan pasangan. 

12. Tolak semua tanggungjawab pada pasangan

Sebab paling banyak orang bercerai adalah kerana berat sebelah dalam menjalankan tanggungjawab. 

Tak kira suami atau pun isteri. Bila salah satu dari pasangan berat sebelah, maka lari la balancing dalam rumahtangga. 

Bila dah lari, tunggu masa je nak meletup. Maka akhirnya bercerai. Jadi untuk elakkan benda ni jadi, pastikan kita tengok semula apa tanggungjawab kita, kita adil atau tak pada pasangan. 

13. Disebabkan perawat alternatif

Zaman sekarang, orang percaya dengan scan.

Bagus scan ni sebenarnya, kita boleh detect gangguan makhluk halus pada diri kalau ada. 

Tapi yang tak bagusnya kalau scan tu lebih kepada tuduh menuduh siapa yang buat, siapa yang amalkan sihir & sebagainya. Benda belum terbukti, tapi kita percaya bulat bulat. Ini yang bermasalah. 

Disebabkan scan ni, kita buang pasangan kita, kita buang keluarga kita, sebab kita percaya yang diorang ni semua ada buat sihir kat kita. 

Macam mana kita tahu? Dari pengamal perubatan alternatif

Ramai je cerai berai sebab benda ni. Masing masing akan salahkan pasangan. Tapi bukan bermaksud semua pengamal perubatan tu sesat. 

Punca suami isteri bercerai

14. Terlalu bodoh dalam kehidupan

Terlalu bodoh pun boleh sebabkan masalah rumahtangga. Ramai orang bercerai, sebab pasangan tu terlalu bodoh. 

So kita pun tak mampu la nak hidup dengan orang yang terlalu bodoh sangat. 

So jangan kita jadi bodoh. Jangan cakap tak tahu pada semua benda. Tak tahu kita boleh belajar. InsyaAllah. 

Kalau semua benda kita tak belajar, lepas tu asyik bagi alasan je, memang kita layak dipanggil sebagai orang yang bodoh sombong. 

15. Penting kawan kawan dari keluarga sendiri

Selalu lepak dengan kawan kawan. 

Jarang ada kat rumah. Sikit sikit lepak dengan kawan. Biasanya lelaki la. Perempuan pun ada jugak tapi jarang. 

Benda macam ni nampak macam tak ada apa apa, tapi kalau bertahun, siapa pun boleh makan hati. Asyik habiskan masa dengan kawan kawan je. 

Mula mula kahwin tu okey la. Sekejap sekejap je. Tapi bila dah bertahun, makin melarat pulak pasangan lepak kat luar. Sampai semua tanggungjawab tak buat semuanya. 

16. Sebab berbeza pemahaman

Ada je orang bercerai sebab beza parti politik, beza fahaman agama & macam macam lagi. So ni antara punca kenapa kita & pasangan boleh bercerai. 

Kalau kita tak nak bercerai, elakkan berbeza pendapat. Benda benda macam ni tak perlu kita anggap serius. Sebab semua ni cuma dunia. Kehidupan kita sebenarnya kat akhirat. 

Kita kena belajar untuk bertolak ansur dengan pasangan, supaya kita hidup bahagia. InsyaAllah. 

17. Sebab miskin

Ni pun antara punca kenapa ramai bercerai. Sebab miskin. Terutama lelaki. Ramai je perempuan tinggalkan suami dia sebab tak tahan hidup miskin. 

Macam macam kepayahan kena lalu sampai berhutang sana sini. Akhirnya kena tinggal. 

Benda ni macam ni biasa je jadi. Tak hairan dah zaman sekarang. Sebelum kahwin janji macam macam, lepas kahwin sangkut. Cerai la apa lagi. 

18. Terlalu banyak kali bersama

Hari hari suami minta pada isteri. Kadang kadang isteri yang banyak minta pada suami. Sebabkan salah satu pasangan jadi tak tahan nak melayan nafsu. 

Jalan yang biasa orang ambil, jalan cerai sebab tak tahan untuk layan nafsu pasangan. 

Nampak macam kelakar, tapi memang ada kes kes macam ni. So pastikan kita dengan pasangan, sama sama plan untuk bersama & pastikan kita memahami kehendak pasangan. 

Dia tengah penat, kita bagi dia rilek dulu. 

19. Jarang bersama

Tadi terlalu banyak bersama, pun masalah. Sekarang ni terlalu jarang nak bersama. Bersama untuk jalan jalan, bersama kat rumah & bersama kat atas katil. 

Mungkin tak ada apa sangat mula mula, tapi cukup setahun dua, hubungan kita dengan pasangan boleh jadi renggang. Boleh jadi tawar hati pada diri masing masing. 

So tak hairan kalau kita bercerai sebab jarang sangat bersama dengan pasangan. 

So pastikan kita jaga hubungan kita dengan pasangan kalau kita tak nak bercerai dengan pasangan disebabkan benda ni. Simple.

19. Curang

Curang ni benda paling lazim dalam rumahtangga. Ramai orang bercerai sebab pasangan curang. 

Biasanya curang ni disebabkan pasangan kita banyak habiskan masa dengan orang ketiga. 

Contoh macam suami, dia banyak habiskan masa dekat office. Dekat office tu pulak ada banyak kawan kawan perempuan. Ni salah satu punca curang. Sebab dia banyak habiskan masa bersama. 

So untuk situasi macam ni memang bahaya, dan boleh jadi punca bercerai. 

20. Suka mengarah ngarah pasangan

Buat pasangan macam hamba. Suka arah arahkan buat itu ini. Kadang diluar kemampuan pasangan. Lama lama pasangan pun dah tak mampu nak hadap. 

Apa jadi? Pasangan mungkin tak tahan & larikan diri. Tak pun tak tahu dah ada surat cerai. Talak 3 lah kita. 

Biasanya yang suka arah arahkan pasangan ni, suami. Isteri pulak biasa jadi hamba dalam rumah. Buat sana sini. Kena layan suami macam suami. 

Tapi suami pulak macam firaun. MasyaAllah. Ditengkingnya isteri kalau buat silap sikit. Ini la dunia akhir zaman. 

Kesimpulannya

Ada banyak lagi punca kenapa suami isteri berpisah. 

Saya selalu update artikel ni dari masa kesemasa. InsyaAllah. Hidup kena selalu peka dengan semua benda. Baru kita tahu apa yang perlu kita buat. 

Team Imuslim

Team Imuslim

Digital Content Writer - Menulis content yang berkaitan dengan kehidupan seorang Muslim.

Feedback Artikel

Feedback yang diberikan penting untuk membuat artikel yang lebih baik dari masa kesemasa.