8 rahsia menarik rezeki (Edisi 2022)

menarik rezeki

1. Menarik rezeki dengan solat

Solat ni umum, tapi ramai tak tahu, dengan solat kita boleh tarik rezeki kita ke level yang lebih dahsyat.

Tapi disebabkan kita sendiri tak tahu kita pun tak ada la serius sangat dalam bab solat ni. So kita takde la fokus sangat dalam bab solat ni, kita sekadar solat macam melepaskan batuk ditangga. 

Solat sebenarnya memang boleh tarik rezeki kita tanpa kita sedar. Kita cuma jaga kualiti solat, baiki mana mana yang patut kita baiki. 

Kita akan nampak aliran rezeki kita jadi laju macam air yang mengalir. 

Dan selama mana kita jaga solat kita dengan betul, selama itu lah rezeki kita akan terjaga. So kalau nampak rezeki kita ada something wrong, check solat dulu. InsyaAllah. 

Tapi jangan sampai kita salah niat, solat tu biarlah kerana Allah. Niat yang kedua baru kita letakkan kerana nak Allah permudahkan rezeki kita. 

Kalau kita solat, tapi tak dapat selesaikan apa apa masalah diri kita, maknanya something wrong pada solat tu. 

Sponsored

1.1 Solat wajib

Mulakan dengan solat wajib. Perbetulkan apa yang tak betul dalam solat wajib kita. Kalau kita selalu solat diakhir waktu, kita solat la diawal waktu. Simple. 

Kalau solat fardu ni kita dah jaga dengan baik, confirm rezeki kita pun akan dijaga dengan baik. Memang boleh nampak perubahan dia tu. Percaya lah. 

1.2 Solat Sunat

Takkan solat fardu je? Jom la buat solat sunat. Lagi banyak lagi bagus. Lagi lagi solat malam. Ibaratnya solat sunat ni macam booster. Bagi lagi padu. 

Kita boleh je buat solat tahajud, solat hajat, solat tasbih. Macam macam solat sunat ada. Tapi jangan la kita fokus pada berapa banyak solat kita buat. 

Kita solat tu kita fokus pada kualiti. Level kita kusyuk tu macam mana, level kita baca Al Quran tu macam mana. Baru la kita dapat kehidupan yang berkualiti. 

menarik rezeki
menarik rezeki
Sponsored

2. Menarik rezeki dengan sedekah

Sedekah ni semua orang tahu boleh mendatangkan rezeki pada diri, tapi tak semua orang yakin. 

Sekadar cakap & sembang kat mulut sesiapa pun boleh cakap. Tapi perbuatan kita sendiri menunjukkan kita sendiri tak yakin dengan sedekah. 

Nak sedekah, tapi rm1 ? Sedangkan dalam poket kita ada RM1000. Sama ada kita memang kedekut atau kita memang tak yakin dengan sedekah ni. 

Belajar kelebihan sedekah ni kemudian praktikkan, kita akan nampak hasilnya. Dan kita akan jadi yakin. InsyaAllah. 

2.1 Sedekah pada manusia

Cari orang yang lapar. Bagi dia makan. Minta orang tu doakan diri kita. InsyaAllah doa dia makbul. Semua tu akan effect dengan aliran rezeki kita. 

Itu baru satu orang, cuba bayangkan kita bagi makan pada ramai orang? This is business akhirat. 

Lagi banyak kita buat kerana Allah, lagi banyak kita akan dapat. 

Sponsored

2.2 Sedekah pada haiwan

Ada banyak haiwan yang tengah lapar kat luar sana. Contoh yang biasa kita nampak, kucing & anjing.

Belikan makanan khas untuk kucing & anjing, kalau jumpa terus bagi makan. Ni salah satu jalan pintas supaya rezeki kita dimurahkan. 

Rugi kalau jumpa kucing & anjing yang tengah lapar, tapi kita tak bagi makan sedangkan kita ada kemampuan. 

Rajin rajinkan diri untuk sedekah pada binatang.

Sponsored

3. Menarik rezeki dengan pertolongan

Kalau kita tiada duit untuk bersedekah, tak mengapa. Ada banyak jalan untuk kita bersedekah. Memberikan pertolongan juga sedekah. 

Kita tolong angkat barang, sedekah. Kita tolong ajarkan Al Fatihah, sedekah. Ada banyak benda mudah yang kita boleh jadikan sebagai sedekah. 

Cukup dengan membuat amalan ni, kita dah pun dikira menarik rezeki. Lagi banyak pertolongan yang kita beri, maka makin deras aliran rezeki kita. Percaya lah, maka pasti akan menjadi. 

Paling penting niat kita tu ikhlas. Jangan ada udang disebalik batu. 

menarik rezeki

4. Menarik rezeki dengan doa

Rezeki secara asas boleh ditarik dengan doa. Asalkan doa yang kita buat tu bukan sebarangan doa. Doa yang mestinya datang dari hati, Tahu apa yang diminta, tahu apa yang diucapkan. 

Baru la timbul keyakinan. Bila timbul keyakinan, baru jadi. Bila dah jadi, baru la rezeki tu datang mencurah curah. So simple untuk kita fahamkan yang ini. 

Doa adalah senjata orang orang mukmin. Setakat rezeki bukan perkara yang besar. Rezeki ada dimana mana.

5. Menarik rezeki dengan zakat

Dah bayar zakat pendapatan? Kalau tak bayar, ini yang mungkin boleh sebabkan rezeki kita tersangkut. Jadi usahakan lah membayar zakat. Tak banyak, cuma 2.5% dari pendapatan tahunan kita. 

Kalau kita berjaya bayar zakat, insyaAllah rezeki kita akan dibukakan dengan lebih luas.

Zakat juga sucikan jiwa & harta kita. Lagi disucikan, lagi lancar aliran rezeki kita. InsyaAllah. 

6. Menarik rezeki dengan amalan zikir

Dengan zikir pun kita boleh tarik rezeki ya. Tinggal duduk & berzikir sahaja. Rezeki boleh ditarik perlahan lahan. 

Lagi banyak kita berzikir kerana Allah, lagi mudah rezeki nak masuk pada diri kita. Cuma amalan zikir ni jarang orang nak buat. 

Yang buat amalan ni, Alhamdulillah. Anda orang yang berjaya dunia & akhirat. 

7. Menarik rezeki dengan menyambung silaturrahim

Kita boleh tarik rezeki dengan cara menyambungkan tali silaturrahim. Lagi banyak kita sambung, lagi luas rezeki kita. InsyaAllah. 

Zaman sekarang nak sambungkan tali saudara ni mudah sangat, semudah ABC. Kita buat group whatsapp atau telegram, kita buat sesi perkenalan dalam tu. Dah siap. Ramai orang boleh kenal kenal dalam tu. 

Silaturrahim ni nampak macam biasa, tapi kesan dia padu. Rezeki kita pun boleh jadi masuk tanpa henti. 

Perubahannya dapat dilihat dengan mata kasar. InsyaAllah. 

7.1 Fokus keluarga

Kalau keluarga kita bermasalah, menjauh & sebagainya, jadikan diri kita sebagai asbab untuk menyambungkan kembali silaturrahim.

Ajak diorang lepak lepak, ajak tengok tv sama sama, ajak keluar makan & macam macam aktiviti lagi yang kita boleh buat dengan keluarga. 

Lagi seronok keluarga, lagi deras aliran rezeki. 

menarik rezeki

8. Menarik rezeki dengan doa ibu bapa

Jangan lupa, doa ibu bapa tu penting untuk kehidupan kita. Utamakan keluarga kita dulu, baru lah kita utamakan orang lain. 

Cukupkan semua keperluan keluarga, pastikan keluarga bukan dalam keadaan yang susah. Kalau keluarga tengah susah, utamakan sedekah tu pada keluarga dulu. 

Keluarga tengah susah, tapi kita sedekah pada orang lain, salah tu. 

Bila semua keperluan keluarga selesai, minta doa. Terutama ibu & ayah kita. 

Doa ibu & ayah akan buka aliran rezeki kita dengan lebih luas lagi. InsyaAllah. 

Kesimpulan

Ada banyak cara & kaedah untuk kita tarik rezeki pada diri. Cuma yang diatas ni, antara kaedah yang paling berkesan. 

Yang tak ada dalam list diatas ni, tak semestinya tak berkesan. Apa pun solat itu yang pertama. Hubungan dengan Allah itu yang pertama. 

Sebab ni yang ramai lupa. Hubungan & solat pada Allah, ramai yang tinggalkan hanya untuk mengejar dunia semata mata. 

Lagi banyak perbetulkan, lagi deras aliran rezeki kita. InsyaAllah. 

Sharekan artikel ini, sekiranya bermanfaat

Subscribe Blog Imuslim

Subscribe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Digital Content Writer untuk agama, kehidupan & berkaitan dengan Muslim.