9 sebab kenapa kita rasa berat nak solat

  • Allah menguji kita ketika didunia. Allah nak tengok sejauh mana usaha kita dalam mendekatkan diri kita kepadaNya. 
  • Syaitan sentiasa ada untuk menghalang diri kita dari melakukan kebaikan. 
  • Solat berjemaah lebih baik dari solat bersendirian. 

Mesti kita selalu fikir, kenapa kita berat nak solat. Padahal solat tu mudah sangat. Cuma perlukan 5-10 minit saja nak buat solat.

Tapi punya la payah kita nak istiqomah. Tak tahu kenapa jadi macam tu. Mesti kita akan cakap, kita sebenarnya nak solat, tapi tak boleh. Lagi lagi kalau kita duduk seorang diri. 

Mesti kita juga hari hari fikir nak berubah, tapi tak boleh. Tetap rasa berat juga nak solat. Persoalannya, kenapa jadi macam tu? Ini lah namanya ujian. Kalau mudah, bukan ujian namanya. Apa pun jom baca apa penyebab kita jadi macam tu. 

Links

1. Tak ada ilmu tentang solat

Ni yang pertama sekali kita patut tahu, punca kenapa kita berat nak solat. Ramai je tak belajar solat tu untuk apa sebenarnya, yang ramai buat ialah ikut apa yang mak ayah suruh sejak dari kecik. 

Tapi tak pernah pun mendalami untuk apa solat tu. 

Sekadar faham yang basic “perintah Allah” itu sahaja la. Sebab tu kita rasa berat sangat nak beribadat, dah kita sendiri pun tak faham solat ni apa benda sebenarnya. Memang la perintah Allah, tapi why kita kena solat. 

So bila tak faham, lama lama jadi la malas. Ini lah sebab kenapa kita jadi berat nak solat. 

So kita kena belajar balik kenapa kita kena solat. Baru kita jadi semangat. Kita pun tak tahu yang sebenar benarnya solat tu untuk apa. 

berat nak solat

2. Tak pernah dengar tentang kelebihan solat

Punca kita jadi berat nak solat, sebab kita jarang jarang sangat dengar kelebihan tentang solat. Kalau dengar pun gitu gitu aja, tak mendalami & tak ada siapa yang nak ajar diri kita. 

So kita tak tahu kelebihan & fungsi sebenar solat ni, bila kita tak tahu kita akan anggap solat tu benda biasa. Bukan satu benda yang luar biasa. 

Sebab tu kita pun lama lama jadi malas. Sebab buat ke tak, bukan ada apa pun menurut fahaman kita. 

Tapi kelebihan solat banyak yang kita tak sedar, sangat membantu dalam kehidupan kita sendiri. Jom buka buku & ulangkaji tentang kelebihan solat ni. 

InsyaAllah akan bertambah keyakinan kita. 

3. Bergaul dengan orang yang tak solat

Kadang kadang kita rasa macam solat ni penting dalam hidup kita, tapi bila kita tengok orang sekeliling kita sendiri pun tak solat, kita jadi auto malas lah. 

Kita dah beriya nak solat, dah semangat nak buat tapi bila tengok orang lain tak solat, macam tak ada apa je.

Tiba tiba je kita jadi down.  Sebab tu kita pun jadi auto malas. Kita akan guna alasan, orang lain pun tak buat. So kita tak payah la buat. Simple. 

Sebab tu Nabi pesan, nak berkawan, kita kena tengok dulu dengan siapa yang kita nak berkawan. Kalau kawan tu membawa kepada keburukan, elok la ditinggalkan. Kita cari la kawan yang boleh mengingatkan kita kepada Allah.

Asal kita tengok kawan je, terus kita ingat pada Allah. Kawan macam ni la yang kita nak cari. Tapi kalau dia buka mulut, jangan kita bosan pulak dengar ceramah dari kawan tu. Kecik hati dia nanti kalau kita tak dengar. 

Artikel berkaitan

4. Jarang pergi masjid

Bila tak ke masjid, kita takkan tahu ‘seronoknya” rasa solat. Kita takkan rasa ‘seronoknya’ berjemaah bila bersama dengan orang masjid. 

Bila kita tak tahu semua ni, kita takkan ada semangat untuk buat solat. Sebab kita pun tak faham, kita sendiri pun tak rasa seronok bila mendirikan solat, lama lama kita pun malas la nak solat. 

Jadikan masjid sebagai rumah kedua kita. Rumah untuk kita mendekatkan diri kepada Allah. Lama lama kita akan tahu betapa seronoknya ada dimasjid. 

Dapat kawan, dapat rezeki, dapat macam macam manfaat dari masjid. 

5. Kita tak dididik dengan betul

Sejak kita kecik, mak ayah kita pun tak pernah solat, sekadar bawa masjid untuk solat jumaat saje, ajar solat pun tak. Semua belajar sendiri kat sekolah. 

Sekolah pula ajar macam tu macam tu je.

Keadaan macam ni akan buatkan kita lagi tak semangat nak solat. Lama lama malas & tinggalkan solat sepenuhnya. Allahu. 

Jangan risau, kita masih boleh mendidik diri sendiri walaupun kita dah dewasa. Didiklah diri sampai kita benar benar “matang” dalam menjalani kehidupan.

Tak perlu harapkan orang lain untuk mendidik kita. Kita boleh buat sendiri. InsyaAllah. 

Sebab kita rasa berat nak solat

6. Mak ayah pun tak solat

Dari kita kecik sampai ke besar, mak ayah tak ajar pun cara solat, bahkan diorang sendiri pun tak pernah solat.

Tak pernah nampak pergi masjid. Tak pernah nampak solat apalagi ketika berada diluar. 

So inilah punca kenapa kita berat nak beribadat, sebab dah la kita tak dididik, kita duduk pulak serumah dengan orang yang tak solat. 

Lagi lah bertambah berat untuk kita laksanakan solat sorang sorang. Tapi jangan risau, kita jangan ikut mak ayah kita. Kita selamatkan diri kita dari neraka. 

Walaupun kita dah terbiasa sejak kecil, tapi kalau kita terbaca artikel ni, cuba ubah diri kearah yang lebih baik. Jangan jadikan alasan “terbiasa”. 

Kita lebih hebat dari tu. So kenapa nak kena ikut mak ayah kita. 

Bila kita dah betulkan diri kita, baru la kita try ajak mak ayah kita untuk sama sama ke syurga. Hidup jangan pentingkan diri sendiri. Ye tak?

7. Sebab gangguan jin

Kalau faham tentang solat & tak ada masalah tentang didikan, tapi kita still rasa berat nak beribadat, itu menunjukkan adanya gangguan jin pada diri. 

Gangguan jin lah yang menyebabkan kita berat nak mendirikan solat. Kalau kita solat sekali pun, sangat sangat susah nak kusyuk. Mesti fikiran kita melayang layang. Allahu. 

Last sekali kita akan stop solat. Akhirnya hanyut dengan dunia. So ini lah sebab yang paling lazim jadi dalam masyarakat kita.

Tapi, tak semua orang sedar dan tahu tentang gangguan jin ni, sebab bukan semua orang percaya dengan benda benda yang tak nampak dengan mata. 

Antara gangguan jin yang menyebabkan kita rasa berat sangat nak solat, ialah saka keturunan. Macam mana nak tahu kita ada gangguan? 

Senang, melalui tanda tandanya. Lagi banyak tandanya pada diri, maka lagi jelas gangguan jin tu pada diri kita. 

8. Selalu menyendiri

Selalu duduk sorang sorang pun boleh buatkan kita rasa berat nak solat. Sebab syaitan suka dengan manusia yang duduk sorang sorang ni. Sebab tu Nabi galakkan kita untuk sentiasa berjemaah.

Sekali pun kita nak bersama dengan pasangan, kita berdua, bukan menyendiri. 

Kerap menyendiri, jauh dari manusia, jauh dari orang ramai akan buat kan kita rasa sunyi & rasa berat nak solat. 

Terlalu banyak syaitan yang datang temankan diri kita. Kita mungkin dah niat nak solat, tapi setiap kali masuk waktu, kita rasa berat melampau. 

Elakkan duduk menyendiri. Kalau kita tak ada keluarga, duduk dekat masjid & solat dalam jemaah. InsyaAllah masalah kita akan selesai. 

9. Kemurungan

Kita mungkin tengah kemurungan. Sebabkan kita malas nak buat apa apa. Bukan sekadar solat, tapi semua benda kita tak minat nak buat. 

Kalau kita alami state ni, kita mungkin alami kemurungan. Kita jadi down dengan semua benda. Kita jadi tak minat nak buat apa apa. 

Kita rasa mati tu lebih baik. Sebab kita nak buat apa pun kita dah tak bersemangat. Rujuk tanda kemurungan disini untuk penjelasan yang lebih jelas. InsyaAllah. 

Kalau confirm kita kemurungan, kita perlu dapatkan rawatan dari doktor pakar. InsyaAllah masalah kita akan selesai. 

Kesimpulan

So dah faham kenapa kita berat nak solat? Tinggal kita nak kena ubah je. InsyaAllah kita akan rajin solat.

Sama ada kita memang dah tahu atau pun kita tak tahu, kalau kita dah baca, ubahlah punca tu. 

InsyaAllah keadaan diri kita akan bertambah baik. Kalau masih rasa berat nak solat, angkat tangan berdoa, Allah dengar & Mahu Tahu. InsyaAllah.

Artikel berkaitan

Team Imuslim

Team Imuslim

Digital Content Writer - Menulis content yang berkaitan dengan kehidupan seorang Muslim.

Feedback Artikel

Feedback yang diberikan penting untuk membuat artikel yang lebih baik dari masa kesemasa.