5 sebab kenapa kita sakit sakit badan – salah satunya disebabkan gangguan jin!

1. Sebab stress

Stress berpanjangan boleh sebabkan tubuh badan kita jadi sakit sakit. 

Rasa macam nak bunyi bunyikan tulang belakang & bahu. Kadang rasa nak pusing kepala bagi dia berbunyi dan rasa lega.  Sebenarnya stress ni bahaya kalau kita tak manage betul betul. Lagi lagi kalau kita pandang remeh bab stress ni. Stress boleh buatkan kita hilang fokus, sakit badan & sakit sendi. 

Sebab kita sakit badan

2. Sebab anxiety

Anxiety pun boleh sebabkan kita sakit sakit badan. Anxiety buatkan kita selalu fikir negatif. Fikiran negatif tu boleh sebabkan aura diri jadi memburuk & sebabkan tubuh badan kita jadi sakit sakit. 

Bermula dengan anxiety, kita akan fikir bukan bukan sampai benda yang tak ada pun boleh jadi ada. Sebab tu badan kita jadi sakit. Semuanya dari fikiran kita sendiri. 

3. Sebab gangguan jin

Gangguan jin bila datang bertenggek pada diri, akan buatkan kita jadi sakit tubuh badan. Masalah ni jadi disebabkan adanya gangguan jin yang ikut dengan kita. Kita tak nampak, tapi benda ni ada & selalu duduk kat atas bahu. 

Itu yang sebabkan bahu jadi berat & sakit kat urat belikat. Benda macam ni nampak biasa, tapi lama lama boleh sebabkan kita sakit yang teruk. Kita mungkin tak percaya dengan benda macam ni, sebab kita tak didedahkan tentang kewujudan jin. 

4. Kekurangan air dalam badan (dehidrasi)

Kurang minum air boleh sebabkan badan jadi sakit sakit. Air benda penting dalam tubuh badan kita, tak ada air, boleh sebabkan semua proses dalam tubuh badan jadi terbantut. 

Selain sakit badan, kita akan rasa letih,  rasa pening, sakit kepala & badan akan keluar haba. Tanda lain kita kekurangan air dalam badan, warna air kencing jadi pekat. Minum air yang cukup bantu kita untuk elakkan dehidrasi & sakit sakit pada badan. 

sakit sakit badan

5. Salah duduk

Salah duduk boleh sebabkan badan kita jadi sakit. Terutama tulang belakang & leher. So kalau kita selalu salah duduk, elokkan tempat duduk kita. Betulkan balik cara kita duduk. 

Kalau tak tahu cara duduk yang betul, boleh search kat youtube cari duduk yang betul.  Bukan semua cara duduk, kita boleh amalkan. Kadang sebab salah setting kerusi pun boleh sebabkan badan kita jadi sakit. 

Kesimpulan

Sakit badan tanpa sebab boleh dirawat dengan beberapa cara. Antaranya melalui chiropractic, fisio & urutan tradisional. Bekam pun boleh membantu. Kadang dengan kaedah mandian pun boleh buatkan tubuh badan kita jadi ringan & hilang semua sakit sakit badan. 

Contoh macam mandi limau & mandi bunga. Semua penyakit ada jalan penyelesaiannya. Jadi jangan berputus asa dalam berikhtiar.  InsyaAllah. 

Respon Awak
0 responses
Terbaik!
Terbaik!
0
Suka!
Suka!
0
Syukur!
Syukur!
0
Haha
Haha
0
Sedih
Sedih
0
Bosan
Bosan
0

Yang mungkin berkaitan..

kelebihan minyak zaitun
Kesihatan

21 kelebihan minyak zaitun menurut Islam

VIEWS 169 Minyak zaitun adalah minyak yang berasal dari wilayah  Mediterranean. Antaranya Sepanyol, Turki, Italy, Mesir, Tunisia & Morocco. Minyak zaitun ini ditelah dikenal sejak

tanda sihir
Mistik

15 tanda sihir pada diri yang ramai tak perasan!

Tanda tanda sihir pada diri tapi tak ramai yang perasan ini adalah tanda sihir. Ramai ingat benda ni normal tapi sebenarnya tak normal. Segera berubat, sekiranya banyak tanda tanda sihir pada diri.

Kebaikan Bekam yang ramai tak tahu
Kesihatan

4 kebaikan bekam pada diri kita

VIEWS 3 Korang pernah dengar tak pasal bekam ni? Atau pernah cuba sendiri? Bekam ni sebenarnya satu kaedah perubatan tradisional yang guna alat khas untuk

tanda saka keturunan pada diri yang ramai tak tahu
Mistik

11 tanda saka keturunan pada diri

Tanda saka keturunan ni ada banyak. Tapi tak ramai yang perasan sebenarnya tanda ni ada pada diri kita. So apa kata kita baca artikel ni untuk check mana la tahu kita ada saka.